You are on page 1of 12

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

Name Matric number NRIC

: Azilah Bte Asbullah : 680317125752001 : 680317125752

Telephone number : 0138017368 E-mail address : zyl68@yahoo.com

Tutors name Learning Centre

: Norlila Binti Talib : SABAH LEARNING CENTRE

Semester MAY 2012

Penghargaan

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyudahkan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah semasa atas segala panduan dan ilmu yang telah diberikan. Semoga tugasan ini dapat memberi menafaat pada saya, juga pada anak didik saya untuk disampaikan pada mereka pada masa akan datang. Selain daripada itu, sepanjang proses menyiapkan tugasan ini banyak mengajar saya erti ketabahan untuk mencari maklumat dengan berkolaborasi dan berbincang dengan rakan sekuliah untuk mendapatkan maklumat dan bahan-bahan seperti mana yang dikendaki. Tidak lupa juga saya mengucapkan terima kasih pada rakan-rakan serta keluarga yang memberi dorongan dan sokongan moral. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat secara langsung atau sebaliknya sangat saya hargai dan semoga mendapat berkat dan rahmat dariNya.

Sekian.

Senarai Kandungan

Muka Surat

Penghargaan Pengenalan Kekuatan sistem pendidikan negara. Kelemahan Cadangan Kesimpulan Rujukan

2 3 6 8 9 11 12

Pengenalan

Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa, etnik dan keturunan. Kaum yang terbesar ialah kaum Melayu dan disusuli dengan kaum Cina dan India bagi Semenanjung Malaysia dan berpuluh-puluh suku kaum bumiputera bagi negeri Sabah dan Sarawak. Sememangnya Malaysia sangat unik kerana kaya dengan kepelbagaian dalam aspek kepercayaan, budaya, adat resam, bahasa, sejarah dan sebagainya.

Namun begitu, penduduk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa, risiko yang sentiasa diberi perhatian ialah isu berkaitan perpaduan. Sebelum mengambil sebarang jalan penyelesaian kita perlulah memahami dengan jelas sebab-sebab perpaduan antara kaum sangat diutamakan dan sentiasa diberi perhatian oleh pihak kerajaan.

Sebagai masyarakat majmuk, kaum Melayu, Cina, India dan kaum bumiputera yang lain mempunyai banyak kepelbagaian cara hidup, amalan, persepsi dan sebagainya. Akibat perbezaan ini setiap kaum sukar untuk bekerjasama dan mengwujudkan suasana harmoni dalam erti kata yang sebenarnya. Ini terlihat apabila kecenderungan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan dan sokongan politik.

Perbezaan lokasi tempat tinggal turut merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Ia meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme iaitu persepsi yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri serta semangat kenegerian atau kewilayahan. Keadaan sebegini akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

Pendidikan dan pendedahan media telah menjadi faktor utama dalam perubahan sikap, prasangka dan persepsi etnik. Selain itu sosialisasi keluarga, sejarah masyarakat, persekitaran kehidupan, dan sistem pendidikan yang berasaskan kaum juga turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam menyemai sentimen perkauman. Sikap sesuatu etnik yang jarang berinteraksi dengan etnik lain akan dipengaruhi oleh imej sesuatu masyarakat itu sepertimana yang digambarkan dalam media. Kebebasan media cetak dan internet khususnya laman-laman sosial dan blog menambahkan lagi kekeliruan masyarakat terhadap sesuatu isu
4

atau maklumat. Selain itu, rakyat sebenarnya mengharapkan amalan politik yang lebih bertanggungjawab dan proaktif serta matang. Isu-isu perkauman jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Ia hanya akan menyuburkan amalan politik berdasarkan sentimen dan taksub terhadap kaum dan pemimpin sendiri.

Komitmen pihak kerajaan dalam meningkatkan serta mengukuhkan keharmonian dan kerjasama antara kaum sebenarnya sangat jelas khususnya iktibar daripada tragedi 13 Mei 1969. Pendekatan demi pendekatan telah diambil oleh setiap pemimpin yang menerajui pentadbiran negara ini. Keadaan ini begitu jelas dengan pendekatan dan perubahan dalam sistem pendidikan negara ini sejak merdeka lagi. Apabila menyorot kembali Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pendidikan 1961, dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974, semuanya bertujuan untuk mencari formula untuk meningkatkan semangat perpaduan kaum di negara ini.

Usaha mempertingkatkan lagi perpaduan nasional juga sangat jelas melalui Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional1 iaitu merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang turut bermatlamat memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi dalam pelbagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara.

http://www.jpnin.gov.my/pelan_tindakan

Kekuatan sistem pendidikan negara.

Integrasi antara kaum merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitandengan nilai nilai integrasi antara kaum. Antara langkah yang telah diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pendidikan negara ini ialah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah. Selain itu guru guru yang mengajar di semua sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruan yang sama. Ketiga tiga faktor ini merupakan kunci kepada pembentukan arah dan orientasi nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini. Menerusi perancangan yang sistematik, kurikulum latihan perguruan yang seragam dan amalan amalan pedagogi di bilik- bilik darjah yang bersesuaian , maka sistem pendidikan kebangsaan ini dijangka dapat membentuk ciri- ciri tingkah laku dan sikap pelajar yang bersesuaian dengan tatasusila masyarakat Malaysia.

Laporan Razak 1956 yang dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 dan Laporan Rahman Talib 1960 menjadi perintis ke arah pengukuhan sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Selepas merdeka 1957, Malaysia merupakan negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 pula bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan yang positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara (Abu Bakar Nordin, 1994)2. Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberi perhatian oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Hal demikian menjadikan dasar-dasar penting dalam Laporan Razak 1956 dan laporan Rahman Talib 1960 yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan melalui Akta Pendidikan 1961.

http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf

Pada tahun September 1974, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet untuk menyemak kembali dasar pendidikan kebangsaan dan bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang dipengerusikan oleh Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Laporan jawatankuasa ini hanya dibentangkan pada tahun 1979. Antara lain, laporan ini menyatakan tentang tujuan jawatankuasa ini; Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pendidkan termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar pendidikan kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

Laporan Jawatankuasa Kabinet mencadangkan semua murid hingga ke Tingkatan 5 di sekolah-sekolah termasuk sekolah-sekolah swasta, menggunakan sukatan pelajaran yang sama serta mengambil peperiksaan awam yang sama. Murid-murid dikehendaki mengikuti mata pelajaran yang sememangnya menganjurkan ke arah perpaduan seperti Pendidikan Agama Islam atau Pendidikan Moral, Sivik dan ilmu pendidikan sosial yang lain. Mata pelajaran Bahasa Malaysia diutamakan memandangkan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan. Di samping menitikberatkan bidang kurikulum, laporan Jawatankuasa tersebut juga telah menekankan kepentingan bidang ko-kurikulum sebagai asas perpaduan. Aspek perpaduan terus diberi penekanan dalam laporan Jawatankuasa Kabinet tersebut di samping dasar pendidikan untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang diperlukan oleh negara. Bagi melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, bidang pendidikan akan berfungsi untuk membimbing dan mendidik murid-murid di sekolah ke arah perpaduan.

Hasil daripada saranan laporan berkenaan, perubahan besar dilakukan ke atas kurikulum pendidikan yang menyebabkan terlaksanannya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) di semua sekolah rendah pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di sekolah menengah pada tahun 1989.

Kementerian Pendidikan juga mengemukakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1988. Kurikulum KBSR dan KBSM dihasilkan bagi tujuan untuk membentuk individu murid yang menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Keseimbangan ini mampu menjadi murid-murid sebagai individu yang berguna kepada matlamat pengisian negara bangsa.
7

Kelemahan

Dalam usaha mencapai matlamat perpaduan negara melalui sistem pendidikan, Akta Pendidikan 1961 yang diasaskan daripada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib menggariskan tiga asas utama iaitu sistem persekolahan seragam, penggunaan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama dari segi kandungannya dan bercorak kebangsaan. Melalui Akta Pendidikan 1961, kerajaan berusaha melaksanakan satu sistem pendidikan kebangsaan yang menjadi salah satu teras pembinaan negara bangsa.

Akibat daripada pelaksanaan dasar-dasar penting dalam Akta Pendidikan 1961, sekolahsekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Inggeris beransur-ansur diubah kepada sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolahsekolah menengah Cina ketika itu turut menerima kesan kepupusan kerana Akta Pendidikan 1961 hanya membenarkan satu bahasa rasmi sahaja yang digunakan dalam peperiksaan umum di sekolah menengah. Sekolah menengah Cina disyaratkan menggunakan kurikulum kebangsaan sekiranya ingin memperolehi bantuan kerajaan. Keadaan tersebut meresahkan kaum Cina di Malaysia terutamanya di akhir tahun 1960-an3. Secara tidak langsung, isu pendidikan dan bahasa kebangsaan telah menggugat proses pembinaan negara bangsa.

Kelemahan seterusnya ialah dasar dan akta pendidikan di negara ini masih meneruskan sistem persekolahan mengikut kaum. Walaupun sekolah Kebangsaan dan sekolah Jenis Kebangsaan menggunakan sukatan pelajaran dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar namun murid-murid dipisahkan mengikut sekolah. Sekolah Kebangsaan majoritinya merupakan pelajar Melayu manakala sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan India masingmasing mempunyai pelajar majoriti iaitu kaum Cina dan kaum India. Oleh itu tidak berlaku interaksi antara ketiga-tiga masyarakat ini. Apabila keadaan ini berterusan seperti yang ada sekarang, memang sistem pendidikan yang diharapkan agar memupuk perpaduan dan intergrasi kaum telah tersasar daripada tanggungjawab yang sebenar kerana pemisahan aliran persekolahan. Akibatnya pelajar yang berlainan keturunan ini mengamalkan sikap berpuakpuak walaupun semasa menuntut di universiti tempatan.

MOHAMAD RODZI ABD Razak. 2009. Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah Dan Dasar Pendidikan Kebangsaan http://journalarticle.ukm.my/362/1/1.pdf

Cadangan

Sistem pendidikan di negara ini seharusnya tidak berdasarkan kaum. Ini kerana sehingga kini pihak kerajaan masih meneruskan sistem persekolahan berasaskan kaum iaitu lebih kurang sama dengan sekolah zaman sebelum merdeka. Ini jelas dengan kewujudan sekolah rendah awam yang terbahagi kepada dua jenis iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Berdasarkan kajian oleh pihak Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional pada tahun 2006, mendapati bahawa potensi pendidikan dalam menyemai dan meningkatkan integrasi nasional amat ketara di mana responden dari Melayu dan India bersetuju bahawa mixed education amat penting dalam meningkatkan integrasi kaum.

Pada masa ini segala dasar dan akta pendidikan dalam keadaan sempurna. Namun demikian jika segala dasar itu dilaksanakan dengan keadaan murid dan pentadbiran sekolah yang berrasaskan kaum , maka sudah tentu sistem pendidikan negara ini sendiri yang menjadi punca perpaduan kaum dalam erti kata yang sebenarnya. Akibat utama sekolah pelbagai aliran ialah tidak wujudnya peluang atau suasana yang mana kanak-kanak bebas bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan daripada keturunan atau kaum lain. Kecenderungan ibu bapa pada masa ini ialah anak Melayu pergi sekolah kebangsaan, kalau anak Cina pergi sekolah jenis kebangsaan Cina, kalau anak India pergi sekolah jenis kebangsaan Tamil. Oleh itu intergrasi dan perpaduan kaum dihalang oleh sisitem pendidikan yang sedemikian rupa.

Oleh itu, konsep Sekolah Wawasan harus dipandang positif oleh semua pihak. Konsep Sekolah Wawasan bertujuan memupuk integrasi kaum. Namun demikian, masih terdapat tentangan terhadap pelaksanaan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi kaum. Sekolah Wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara lansung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan, dan kemudahan lain di sekolah. Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami satu dengan yang lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum-kaum yang lain. Selain itu perasaan syak wasangka antara kaum dapat di hindarkan. Hal ini jika disokong oleh semua pihak pasti dapat memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat integrasi nasional. Satu daripada usaha terbaik mewujudkan perpaduan dan semangat setia kawan ialah

melaksanakannya pada peringkat sekolah rendah lagi dengan menggalakkan pelajar semua kaum berinteraksi menerusi kegiatan sukan dan persatuan.

Selain itu, isu bahasa juga mesti ditangani. Sekolah kebangsaan tidak boleh menggantikan sekolah jenis kebangsaan, tetapi mereka masih boleh mengadakan kelas-kelas untuk bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. Ini lebih baik daripada tidak mengadakan apa-apa kelas untuk bahasa ibunda kaum lain. Apabila isu bahasa ditangani, dan apabila ibu-bapa boleh mempercayai guru-guru ini, tiadalah halangan kepada satu sistem sekolah kebangsaan. Sepatutnya tiidak kira masyarakat Melayu ataupun masyarakat-masyarakat bukan Melayu, mesti sedia berkompromi. Dalam iklim masyarakat yang majmuk, hanya kompromi akan mengelakkan keganasan dan huru-hara.

Dalam usaha merealisasikan matlamat pembentukan negara bangsa, satu mekanisme sahaja tidak mampu berdiri sendiri. Semua elemen baik bahasa, budaya, ideologi, politik, sosial, sejarah, pendidikan dan sebagainya perlu diadun dan digembelingkan bagi memudahkan pencapaian hasrat tersebut. Sebagai elemen wajib bagi setiap warganegara sekurangkurangnya hingga ke peringkat menengah, pendidikan merupakan mekanisme terbaik. Mahu atau tidak, hakikat yang tidak dapat disangkal ialah matapelajaran sejarah merupakan salah satu alat terpenting untuk membolehkan impian membentuk negara bangsa tercapai. Di samping mata pelajaran lain khususnya Bahasa Melayu sebagai alat pemersatu atau sebagai asas pembentukan identiti nasional, sejarah seharusnya diajar dan dipraktikkan di semua peringkat atau tahap pengajian.

Namun demikian, mewajibkan sahaja tentunya tidak memadai. Jika diteliti dari segi matlamat mata pelajaran sejarah serta Dasar Pendidikan Negara memang tidak dinafikan ia seakanakan kelihatan sempurna malah jika ia dihayati dan dipraktiskan oleh segenap lapisan masyarakat mungkin Malaysia sudah lama mencapai matlamat pembentukan negara bangsanya. Namun, setiap ciptaan manusia tentu ada kekurangannya. Terdapat beberapa perkara asas yang perlu diberi perhatian oleh pemerintah, penggubal dasar mahupun tenaga kerja yang terlibat dalam sektor pendidikan. Antara perkara penting yang perlu diberi penekanan termasuklah sukatan mata pelajaran yang harus mengesampingkan kepentingan politik semata-mata di samping aspek geografikal yang lebih meluas khususnya yang melibatkan sejarah Sabah dan Sarawak.
10

Kesimpulan

Membina sebuah negara-bangsa yang sempurna bukanlah tugas mudah apatah lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan kepelbagaian kaum serta etnik dari latar sejarah, bahasa dan budaya yang berbeza serta diperkukuhkan pula oleh sentimen warisan berbeza menyumbang kepada munculnya persoalan dan masalah yang kompleks. Ibarat sebuah resepi masakan, negara bangsa bukanlah sekadar pelengkap rasa tetapi merupakan bahan utama bagi menghasilkan satu masakan yang bukan sekadar enak dan lazat malah menyihatkan. Di sebalik kesukaran dan pelbagai alasan yang memungkinkan kegagalan mencapainya ia sebenarnya sesuatu yang tidak mustahil untuk dikecapi. Melalui pengalaman sejarah yang disalurkan secara sistematik khususnya melalui sektor pendidikan impian untuk membentuk negara bangsa yang selama ini berteraskan kepada bangsa idaman mungkin akan menjadi kenyataan. Sejarah dan pendidikan berupaya menjadi alat bagi mencapai matlamat tersebut seterusnya membentuk bangsa Malaysia yang mempunyai jati diri dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Oleh itu, sekiranya sistem pendidikan merupakan salah satu alat utama ke arah perpaduan kaum, maka sistem pendidikan di negara ini harus dikaji semula agar segala kepincangan dapat dikurangkan demi kesejahteraan dan kemakmuran negara yang berpanjangan.

11

Rujukan

Asnarulhadi Abu Samah dan Jayum A. Jaw an 1997.Kenegaraan Malaysia. Universiti Putra Malaysia. DASAR EKONOMI BARU (DEB)(1970-1990) Ee Ah Meng ( 1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya: Fajar Bakti

Ee Ah Meng ( 1989 ). Pedagogi Satu Pengenalan , Petaling Jaya: Fajar Bakti MOHAMAD

Rodzi Abd Razak (2009). Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah Dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dimuat turun ( 5/7/2012 ) http://journalarticle.ukm.my/362/1/1.pdf Lotfi Ismail 1980. Sejarah Malaysia 1400-1963. Utusan Publications &Distributors

12

You might also like