You are on page 1of 17

Fungsi Bank Perdagangan

Institusi kewangan yang memberi sumbangan penting dalam sistem kewangan di negara ini.

a) Fungsi Utama Bank Perdagangan


Seperti berikut :Menerima Simpanan /Deposit Memberi Pinjaman Membuat dan menerima bayaran Mengurus pertukaran asing Menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain

1) Menerima Simpanan Deposit


Tiga jenis deposit : Deposit Semasa
Deposit Tabungan Deposit Tetap

Simpanan/Deposit Semasa Membolehkan pembayaran menggunakan cek. Tidak dibayar faedah. Dikenakan caj bank. Tidak menggunakan buku simpanan. Boleh memohon kemudahan overdraf.

Simpanan/ deposit tabungan. Boleh dikeluarkan pda bila-bila masa. Akan diberi Buku Akaun Simpanan Catatan transaksi dalam buku simpanan. Deposit dibayar faedah. Simpanan/ Deposit Tetap Simpanan untuk tempoh tertentu. Kadar faedah lebih tinggi.

2) Memberi Pinjaman
Memberi pinjaman melalui : Kemudahan overdraf
Akaun Pinjaman Mendiskaunkan bil-bil pertukaran Kemudahan Overdraf Overdraf bank merupakan pendahuluan jangka pendek. Kemudahan overdraf diberikan kepada pemegang akaun semasa. Boleh mengeluarkan wang melebihi jumlah deposit mereka.

Akaun Pinjaman

Menerusi tiga jenis akaun bank pinjaman : Pinjaman bercagar


Pinjaman persendririan Pinjaman melalui penggunaan kad kredit. Pinjaman Bercagar Diberikan kepada pelanggan yang membeli harta tetap. (bangunan,rumah,tanah) Memerlukan cagaran. Merupakan pinjaman jangka panjang Dikenakan bayaran kadar faedah.

Pinjaman Persendirian Berbentuk pinjaman jangka pendek. Tidak perlu kepada cagaran tetapi pemohon perlu
mengemukakan penjamin. Kad Kredit

Membolehkan pemegang kad membuat perbelanjaan dan pembayaran secara kredit. Pembayaran yang dibuat oleh pihak bank dikenakan
faedah kepada pemegang kad.

Mendiskaunkan bil-bil pertukaran.

Pihak bank membeli bil daripada pembekal dengan


memotong faedah atas nilai sebenar. Apabila cukup tempoh matang, bank akan mengutip bayaran penuh.

3) MEMBUAT DAN MENERIMA BAYARAN BAGI PIHAK PELANGGAN


Cek

Membuat Bayaran

- Apabila pihak bank menerima cek yang dikeluarkan oleh pelanggannya kepada pembawa cek, maka pihak bank akan membuat bayaran berdasarkan jumlah wang yang tertulis pada cek berkenaan.
Menerima bayaran

- Bank perdagangan juga bertindak menerima bayarandalam bentuk cek untuk pendeposit.

Arahan Kepada Bank

Perintah Sedia Ada


- Pemegang akaun boleh mengarahkan bank membuat pembayaran tetap yang berulang mengikut tarikh yang ditetapkan. - Membenarkan pelanggan memberi arahan kepada pihak bank sekali sahaja & pindahan wang yang berkaitan akan dilakukan berulang-ulang mengikut jangka masa yang diberitahu oleh pelanggan.

Debit Langsung

- Arahan kepada bank untuk membayar bil-bil tanpa mengambil kira amaunnya apabila masa untuk menjelaskan bil tersebut sudah tiba.
Pindahan Kredit - Sesuai digunakan oleh pihak swasta yang ingin mengkreditkan gaji, bonus dan sebagainya. - Boleh mengarahkan bank membuat bayaran terus ke dalam akaun penerima.

KAD KREDIT
Kad yang dikeluarkan oleh bank perdagangan kepada pelanggannya. Membolehkan pemegang kad membeli barang dan perkhidmatan secara kredit. Bank akan membuat pembayaran bagi pihak pelanggannya.

DRAF BANK
Cek yang dikeluarkan oleh pihak bank perdagangan atas permintaan pelanggan sebagai pembayaran kepada pihak tertentu. Dijual kepada individu atau firma dengan harga yang sama dengan nilai muka cek tersebut dan ditambah yuran perkhidmatan. Dijamin sepenuhnya oleh pihak bank yang mengeluarkannya.

PERKHIDMATAN KAD JURUWANG ELEKTRONIK (ATM), TELEPERBANKKAN DAN INTERNET


Pemegang akaun semasa dan tabungan boleh

membuat bayaran untuk barang dan perkhidmatan melalui mesin juruwang elektronik. Pemegang akaun semasa dan tabungan hanya perlu mendail nombor telefon atau melayari laman web bank terbabit untuk membuat pembayaran. Contohnya, membayar bil elektrik, air dan telefon.

4) Menguruskan Pertukaran Asing


Bank Perdagangan membeli mata wang asing pada harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi. Pengiriman melalui draf bank, pindahan mel dan pindahan telegraf.

5) Perkhidmatan Lain
Mengeluarkan cek kembara. Perkhidmatan peti simpanan selamat. Perkhidmatan nasihat dan perundingan. Pemegang amanah.

Perkhidmatan Lain
Mengeluarkan Cek Kembara
Cek kembara merupakan satu cara selamat apabila melawat luar negara tanpa membawa wang tunai yang banyak.

Perkhidmatan Peti Simpanan Selamat

Peti simpanan selamat ini disewakan kepada para pelanggan untuk menyimpan dokumen-dokumen penting. Contoh: barang kemas, sijil saham, geran tanah dan sebagainya.

Perkhidmatan Nasihat dan Perundingan


Bank Perdagangan menyediakan perkhidmatan nasihat dan perundingan tentang perniagaan dan pelaburan kepada para pelanggan

Pemegang Amanah
Bank Perdagangan memyediakan khidmat bagi pengurusan wasiat dan pemegang amanah.

You might also like