You are on page 1of 12

PENDIDIKAN MORAL AB 202

ASSIGNMENT 2
NAMA: SOBNAVALLE A/P KESAVAN NO. PEND: 06DKA12F2056
NAMA: MARK A/L ANTONY SAMY NO PEND: 06DAD12F2043

TAJUK :

Pembunuhan Paling Kejam 4 Beranak Di Tampin,Gemencheh

5 JANUARI 2009- Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh , Negeri Sembilan

Mangsa dikenali ATAN DAUD, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, SOFIAH , 80, menantu pasangan warga emas itu, ISMAIL AWANG, 76, dan anak Ismail, SITI KHADIJAH ISMAIL, 22.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang.

Katanya, terdapat kesan tetakan dan tikaman pada semua mangsa dengan pisau tercacak pada dada Siti Khadijah, manakala Atan putus tangan kiri, Sofiah putus tangan kanan dan Ismail pula putus kepala.

Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari cucu bekas imam itu, Rashidi Ismail, 34, bagi membantu siasatan. Daripada sumber yang boleh dipercayai, suspek kes pembunuhan kejam ini( RASHIDI ISMAIL, 34 ) pernah menjawat jawatan sebagai pegawai bank di Affin Bank dan kemudiannya dikenakan VSS. Selepas itu, beliau menjalankan bisnes sendiri malangnya suspek telah ditipu. Pada masa yang sama tunang pula minta putus. Suspek juga mengalami masalah kewangan yang agak teruk.

Kepala di Shah Alam


Misteri kehilangan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam membabitkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan, terjawab apabila polis menemui anggota badan manusia itu yang ditanam di sebuah tanah perkuburan di Shah Alam. Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akhirnya bersetuju membawa polis ke satu lokasi di Shah Alam untuk menunjukkan tempat dia menanam kepala bapa kandungnya yang dipenggal dalam kejadian pembunuhan kejam di Gemencheh. Kerja penggalian sebuah lubang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, dilakukan sepasukan anggota Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir 20 minit kemudian. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M Chandra, yang menyelia operasi penggalian itu, mengesahkan penemuan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam berkenaan. Menurutnya, anggota badan manusia itu kemudian dihantar ke Gemencheh untuk siasatan lanjut.

Suspek yang berusia 34 tahun turut dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sejurus kerja penggalian itu selesai dengan dipakaikan baju pasung. Terdahulu, suspek membawa sepasukan polis ke satu lokasi sebelum menunjukkan tempat kepala mangsa yang juga bapa kandungnya, ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam, ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan berhampiran jejantas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, pada jam 4.05 petang semalam. Dia didakwa bertindak liar dengan mengeluarkan sebilah pisau lalu menyerang anggota polis berkenaan, sejurus menyedari anggota keselamatan itu mengawasi gerak-gerinya dengan membandingkan gambar yang diedarkan pihak berkuasa sebelum ini. Ketika cuba diberkas, lelaki dikenali sebagai Rashidi mengamuk dan menyerang seorang anggota polis bantuan menyebabkan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka hampir 20 minit sebelum suspek berjaya ditumpaskan dan diberkas anggota pasukan keselamatan itu.

RASHIDI ISMAIL

SEREMBAN Laporan perubatan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi di sini semalam mendapati Rasidi Ismail layak dibicarakan atas tuduhan membunuh empat ahli keluarganya termasuk bapa dan adiknya di Kampung Batang Rokan di Gemencheh pada 5 Januari lalu. Rasidi sebelum ini diarahkan menjalani pemeriksaan mental selama dua bulan di Hospital Permai, Tampoi, Johor oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah membunuh empat ahli keluarganya. 7 Sept Rasidi dibebaskan daripada pertuduhan membunuh empat

anggota keluarganya setelah didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan itu.

Rujukan
http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/02/pembunuhan-paling-kejam-4beranak-di.html
http://www.beritaterkini.my/tragedi-gemenceh-pembunuhan-palingkejam-di-malaysia

TERIMA KASIH

You might also like