You are on page 1of 18

MODUL KIMIA SPM 2014 KERTAS 2

[100 markah]

KELAS INTENSIF SKOR Kimia A+

MODUL 1
BAB 2: STRUKTUR ATOM BAB 3: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA

Written by: Cikgu Marzuqi Mohd Salleh M.Sc. Ed USM BSc (hons) Ed (Chemistry) USM

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

BAB 2: STRUKTUR ATOM 2.1 JIRIM 2.1.1Teori Zarah Jirim 1. Jirim merujuk kepada sebarang bahan yang mempunyai jisim dan isi padu. 2. Jirim terdiri daripada zarah yang seni dan diskrit. 3. Zarah itu mungkin atom, molekul, atau ion. 4. Atom ialah zarah neutral yang paling kecil dalam unsur dan dapat wujud secara sendiri atau mengambil bahagian dalam tindak balas kimia. 5. Molekul ialah zarah yang neutral, terdiri daripada sekumpulan atom unsur yang sama atau unsur yang berlainan yang diikat secara kimia. 6. Ion ialah zarah yang bercas positif atau negatif. 7. Ion yang bercas positif disebut kation. Ion yang bercas negatif disebut anion. 8. Jirim dapat wujud sebagai unsur atau sebatian. a) Unsur ialah bahan tulen yang tidak dapat diurai kepada bahan yang ringkas secara kimia. Unsur ini terdiri daripada satu jenis atom sahaja. b) Sebatian terdiri daripada atom yang lebih daripada satu jenis yang diikat secara kimia.

JIRIM

UNSUR

SEBATIAN

ATOM

MOLEKUL

MOLEKUL

ION

Rajah 2.1 Pengelasan jirim

2.1.2 Teori Kinetik Jirim 1. Teori kinetik jirim dapat digunakan untuk menerangkan Resapan Perubahan keadaan jirim 2. Teori kinetik ialah perkembangan daripada teori zarah jirim.teori ini menerangkan keadaan jirim yang berbeza dari segi aspek pergerakan zarah.

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

3. Berdasarkan teori kinetik: Zarah mempunyai tenaga kinetik. Zarah selalu bergerak secara rawak dan berlanggaran antara satu sama lain. Kelajuan zarah dalam tiga keadaan fizik jirim adalah berbeza. Semakin tinggi suhu, semakin tinggi tenaga kinetik. Zarah bergerak dengan lebih laju. 4. Pada suhu yang diberikan, zarah yang lebih ringan bergerak dengan lebih laju berbanding dengan zarah yang berat.Terdapat tiga keadaan fizik jirim: pepejal, cecair dan gas.

Jadual 2.1 Perbandingan antara pepejal, cecair dan gas. Keadaan jirim Sifat Pepejal Cecair Sususan zarah

Gas

Sangat rapat, teratur Daya tarikan antara zarah Pergerakan zarah Sangat kuat Bergetar dan berputar pada kedudukan yang tetap. Rendah Tidak dapat dimampat Sangat rendah Tetap Tetap Tinggi

Tidak disusun Tidak rapat, disusun dengan teratur, dengan longgar. sangat jauh antara satu sama lain. Lemah Sangat lemah Bergetar, berputar, dan bergerak secara bebas. Sederhana Sukar dimampat Sederhana Tetap Mengikut bentuk nekas Sederhana Bergetar, berputar, dan bergerak secara rawak. Sangat tinggi Mudah dimampat Sangat tinggi Tidak tetap Mengikut bentuk bekas. Sangat rendah.

Tenaga kinetik Kebolehmampatan Kadar resapan Isi padu Bentuk Ketumpatan

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

5. Resapan a. Resapan ialah satu proses apabila bahan yang berlainan dicampur akibat daripada pergerakan rawak zarah daripada kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah. b. Resapan melibatkan dua konsep: Zarah bergerak melalui ruang udara yang terdapat di medium tertentu. Pergerakan zarah berlaku secara rawak di semua arah.

c. Resapan zarah berlaku pada gas, cecair dan pepejal. Kadar resapan berkadar langsung dengan kelajuan zarah dan juga ruang udara di antara zarah- zarah. Kadarnya paling tinggi pada gas, lebih rendah pada cecair, dan paling rendah pada pepejal. d. Terdapat ruang udara yang lebih banyak besar di antara zarah- zarah gas. Ruang di antara zarah-zarah cecair adalah lebih kecil. zarah-zarah dalam pepejal adalah sangat rapat antara satu sama lain dengan ruang yang sangat kecil. e. Sebagai contohya, suatu balang gas yang mengandungi udara diletakkan di atas satu balang gas yang lain yang mengandungi wap bromin. Selepas penutup diagihkan, wap bromine perang meresap di seluruh balang. 2.1.3 Perubahan Keadaan Jirim Jirim dapat berubah daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain jika haba diserap atau dibebaskan.

Cecair

Pepejal

Gas

Rajah 2.3 Perubahan keadaan jirim

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

2.1.4 Graf pemanasan jirim 1. Keadaan perubahan jirim dapat dijelaskan melalui graf pada Rajah di bawah.

Rajah 2.4 Graf pemanasan naflatena AB: Naftalena dalam keadaan pepejal. Apabila dipanaskan, tenaga haba ditukar kepada tenaga tenaga kinetik. Molekul bergetar dengan cepat pada kedudukan yang tetap. Suhu naftalena meningkat. BC: Naftalena mula melebur di B. Molekul naftalena menerima tenaga yang cukup untuk mengatasi daya tarikan di antaranya. Suhu adalah tetap. Suhu apabila pepejal menjadi cecair disebut takat lebur. Sekarang, naftalena terdiri daripada satu campuran pepejal dan cecair. Haba diserap sehingga naftalena bertukar menjadi cecair dengan selengkapnya.Semua naftalena telah melebur dengan lengkap di C. CD: Naftalena dalam keadaan cecair. Apabila naftalena dipanaskan, molekul menerima tenaga haba yang banyak. Suhu terus meningkat. 2. Dalam pemanasan naftalena, kukus air digunakan dan bukan dipanaskan secara terus, hal ini untuk memastikan proses pemanasan adalah seragam. kerana wap naftalena adalah sangat mudah terbakar. 3. Bagi menentukan takat lebur suatu bahan yang melebihi 100 celcius, kukus minyak atau kukus pasir diperlukan. 4. Pembekuan adalah proses apabila cecair bertukar menjadi pepejal. Sebagai contohnya, penyejukan naftalena.

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

Rajah 2.5 Graf penyejukan naftalena PQ: Naftalena dalam keadaan cecair. Suhu menurun kerana molekul naftalena kehilangan haba. Pergerakannya menjadi perlahan dan molekul menjadi semakin rapat. QR: Cecair mula membeku di Q, cecair itu berada dalam keadaan campuran pepejal dan cecair. Suhu adalah tetap kerana haba yang hilang ke persekitaran diseimbangkan dengan tenaga yang dibebaskan untuk menarik zarah bersama. Suhu apabila cecair menjadi pepejal disebut takat beku. RS: Naftalena dalam keadaan pepejal. Suhu terus menurun lagi sehingga mencapai suhu bilik. 5. Semasa proses penyejukan, tabung didih diletakkan di dalam kelalang kon untuk memastikan proses penyejukan adalah seragam. untuk mengelakkan kehilangan haba dengan cepat. 6. Bagi bahan yang tulen, takat beku dan takat leburnya adalah sama. Tenaga haba dibebaskan semasa pembekuan. 7. Kehadiran bendasing akan merendahkan takat lebur tetapi meningkatkan takat didih suatu bahan. 8. Keadaan fizik suatu bahan pada suhu dan tekanan tertentu bergantung pada takat lebur dan takat didihnya. Suatu bahan berada dalam keadaan pepejal jika wujud pada suhu yang lebih rendah daripada takat leburnya. Suatu bahan berada dalam keadaan cecair jika wujud pada suhu yang lebih tinggi daripada takat leburnya tetapi lebih rendah daripada takat didihnya. Suatu bahan berada dalam keadaan gas jika wujud pada suhu yang lebih ntinggi daripada takat didihnya.

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

2.2 STRUKTUR ATOM 2.2.1 Nombor Proton Dan Nombor Nukleon 1. Zarah subatom dalam suatu atom ialah proton, elekrton, dan neutron.

Nombor nukleon, A = bilangan proton + bilangan neutron =p+n Bilangan neutron dalam atom = nombor nukleon nombor proton =A-Z
A

2. Nombor nucleon A, dan nombor proton Z, bagi unsur X ditulis sebagai X Z 3. Ahli kimia menggunakan simbol sebagai singkatan bagi nama unsur. Jadual 2.3 Unsur dengan simbol, nombor proton, nombor nukleon, dan bilangan zarah subatomnya.
Unsur Hidrogen Helium Litium Berilium Boron Karbon Nitrogen Oksigen Fluorin Neon Natrium Magnesium Aluminium Silikon Fosforus Sulfur Klorin Argon Kalium Kalsium Simbol H Nombor proton (Z) 1 2 4 6 7 8 9 11 13 14 15 17 18 19 20 Nombor nucleon (A) 1 7 9 11 14 19 20 23 24 28 32 35 40 39 40 Bilangan proton 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Bilangan elektron 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Bilangan neutron 0 2 4 5 6 6 7 8 10 12 12 14 16

O F

P S

22 20

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

2.3 ISOTOP 1. Isotop ialah atom-atom bagi unsur yang sama mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza. 2. Dengan perkataan yang lain. isotop mempunyai nombor proton yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza. 3. Isotop mempunyai a) sifat kimia yang serupa kerana bilangan elektron valens yang sama. b) sifat fizik yang berbeza kerana mempunyai jisim yang berbeza.

Kegunaan Isotop

2.4 STRUKTUR ELEKTRONIK SUATU ATOM 1. Elektron mengorbit nukleus pada petala suatu atom. Setiap petala dapat menempatkan bilangan elektron yang tertentu.

Rajah 2.11 Petala elektron suatu atom

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

Petala Pertama Kedua Ketiga Keempat

Bilangan elektron maksimum 2 8 18 36

2. Sungguhpun begitu, bagi atom yang mempunyai nombor proton 1-20, bilangan elektron yang maksimum pada petala yang ketiga ialah lapan sahaja. Petala Pertama Kedua Ketiga Bilangan elektron maksimum 2 8 8

3. Cara elektron disusun dalam suatu atom adalah disebut susunan atom. 4. Elektron pada petala yang terkeluar disebut elektron valens. Elektron valens menentukan sifat kimia bagi sesuatu unsur.
Unsur Nombor proton, Z 1 2 4 5 5 8 1 12 14 16 17 2.8.8 (oktet) 19 5 6 8 1 2.8 (oktet) 8 1 Susunan elektron 1 2 (duplet) Bilangan elektron valens 1 2 Bilangan petala elektron yang terisi. 1 2

Hidrogen Helium Litium Berilium Boron Karbon Nitrogen Oksigen Fluorin Neon Natrium Magnesium Aluminium Silikon Fosforus Sulfur Klorin Argon Kalium Kalsium

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

BAHAGIAN A 1. Rajah 1.0 menunjukkan nombor proton dan nombor neutron bagi atom P, Q, R dan S Atom P Q R S Nombor proton 3 16 16 19 Rajah 1.0 a) i) Nyatakan maksud bagi nombor proton? [1 mark] ii) Apakah numbor nukleon bagi atom P? .... A b) Tulis simbol bagi atom Q dalam bentuk Z [1 mark] Nombor neutron 4 17 16 20

X
[1 mark]

c) Atom manakah mempunyai valens elektron yang sama? [1 mark] d) i) Atom manakah adalah isotop? ............................ [1 mark] ii) Nyatakan sebab bagi jawapan 3(d) (i)? [1 mark]

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

e)

Rajah 1.1 menunjukkan graf suhu melawan masa bagi pemanasan naftalena, C10H8.

Suhu/C 100 D 80 A B C

60 -

0 Rajah 1.1

Masa/min

i) Berdasarkan graf pemanasan naftalena yang diperoleh, titik yang manakah mewakili takat lebur bagi suatu unsur? .... [1 mark] ii) Lengkapkan jadual di bawah dengan menyatakan keadaan fizikal pada titik AB dan CD. Titik AB CD [1 mark] iii) Terangkan mengapa tiada perubahan suhu pada titik BC [1 mark] iv) Terangkan tenaga kinetik zarah-zarah dan daya tarikan antara zarah pada bahagian lengkung AB. [1 mark] Keadaan fizik

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

BAB 3: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA 3.1 Jisim atom relatif dan jisim molekul relatif Jisim Atom Relatif, J.A.R. Jisim atom sesuatu unsur sangat kecil dan hanya boleh diukur dengan membandingkan jisim-jisimnya dengan jisim atom unsur lain yang dipilih sebagai piawai. Jisim atom relatif suatu unsur ditakrifkan sebagai purata jisim satu atom unsur itu berbanding dengan 1/ 12 daripada jisim satu atom karbon-12.
Purata jisim satu atom unsur 1 X jisim satu atom karbon-12 2

Jisim atom relatif tidak mempunyai unit pengukuran kerana ia hanya perbandingan. Karbon-12 dipilih sebagai piawai kerana: Karbon ialah pepejal pada suhu bilik. Karbon dijumpai dalam kebanyakan bahan. Mudah bergabung dengan kebanyakan unsur-unsur lain. Walaupun karbon mempunyai 3 isotop, karbon-12 ialah isotop utama karbon dengan kelimpahan 99%. Jisim atom relatif 1 12 16 Jisim satu mol (g) 1 12 16

Atom unsur Hidrogen (H) Karbon (C) Oksigen (O)

Jisim Molekul Relatif, J.M.R. Jisim molekul relatif satu sebatian ialah bilangan kali jisim satu molekul sebatian itu lebih besar daripada 1 kali jisim satu atom karbon-12. 2 Jisim molekul relatif suatu bahan boleh ditentukan dengan menjumlahkan jisim atom relatif semua atom dalam bahan itu.
Purata jisim satu molekul sebatian 1 X jisim satu atom karbon-12 2

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

Contoh: Apakah jisim molekul relatif bagi NH3? [jisim atom relatif bagi H = 1, N = 14]

Apakah jisim molekul relatif bagi C2 H5OH? [jisim atom relatif bagi C = 12, H = 1, O = 16]

3.2 Bilangan mol dengan bilangan zarah Satu mol (1 mol) ditakrifkan sebagai bilangan zarah bagi sebatian bahan seperti yang terdapat dalam 12.00 g karbon-12. Bilangan atom untuk 1 mol karbon ialah 6.02 x 10 23 . Nombor ini dikenali sebagai pemalar Avogardo. Simbolnya ialah N A. Dengan itu, satu mol ditakrifkan sebagai kuantiti suatu bahan yang mengandungi 6.02 x 10 23 zarah seperti yang terdapat dalam 12.00 g karbon-12. Zarah itu mungkin atom, molekul, elektron, atau ion.

x 6.02 x 10 23 Bilangan mol 6.02 x 10


23

Bilangan zarah

Bilangan mol = bilangan zarah 6.02 x 10


23

Contoh: Hitungkan bilangan mol molekul bagi 1.8 x 10 23 molekul iodin.

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

3.3 Bilangan mol dan jisim bahan Jisim untuk satu mol suatu atom dalam gram adalah bersamaan dengan jisim atom relatif atom itu. -1 Jisim untuk satu mol sebarang bahan disebut jisim molar. Unitnya ialah g mol . Dengan cara yang sama, jisim untuk satu mol suatu sebatian adalah bersamaan dengan jisim molekul relatifnya.
Bilangan mol = Jisim/g J.A.R. atau J.M.R.

Contoh: Hitung bilangan mol atom bagi 103.5 g plumbum. [Jisim atom relatif Pb = 207]

Hitung bilangan molekul dalam 16 g gas oksigen. [Jisim atom relatif O = 16]

3.4 Mol dan isi padu gas Sekiranya isi padu suatu gas dapat ditentukan, maka bilangan mol gas tersebut dapat diketahui. Keadaan ini hanya diaplikasikan untuk bahan berkeadaan gas sahaja. Isi padu molar suatu gas ditakrifkan sebagai isi padu yang dimuatkan oleh satu mol gas itu pada suhu dan tekanan tersebut. Ini bermakna isi padu molar suatu gas ialah iai padu gas yang dimuatkan oleh 6.02 x 10 23 zarah gas tersebut. -1 -1 3 3 Isi padu molar pada STP ialah 22.4 dm mol dan 24 dm mol pada keadaan bilik. STP merujuk kepada keadaan suhu piawai, 0 C dan tekanan piawai, 1 atmosfere. Keadaan bilik pula merujuk kepada suhu 25 C dan tekanan 1 atmosfere.

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

Bilangan mol =

Isi padu/dm 3 22.4 dm 3 pada s.t.p.

Contoh; Hitung bilangan molekul dalam 33.6 dm 3 sulful dioksida pada s.t.p. [Jisim atom relatif O = 16, S = 32]

x NA Bilangan zarah NA isi padu molar Bilangan mol

x jisim molar Jisim bahan/g jisim molar x isi padu molar

Isi padu gas/dm 3

3.5 Formula kimia Ahli kimia menggunakan simbol untuk mewakili atom. Simbol untuk suatu sebatian disebut formula kimia. Contohnya, formula kimia untuk natrium klorida iaitu NaCl. Formula kimia suatu sebatian memberitahu kita tentang; -Jenis atom yang hadir. -Nisbah atom-atom itu wujud dalam sebatian (ditunjukkan oleh subskrip yang ditulis selepas simbol) Sebatian dapat diwakili oleh: Formula empirik Formula molekul

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

Contoh; Dalam sesuatu ekperimen, 3.12 g logam X telah bertindak balas dengan oksigen membentuk 4.56 g oksida logam. Apakah formula empirik oksigen logam X? [Jisim atom relatif: O = 16, X = 52]

Satu sebatian mempunyai komposisi mengikut jisim seperti berikut: Na = 15.23%; Br = 52.98%; O = 31.79 %. Tentukan formula empirik sebatian ini. [Jisim atom relatif; O = 16, Na = 23, Br = 80]

Sebatian X terdiri daripada 40% karbon, 6.7% hidrogen dan 53.3% oksigen berdasarkan jisim. Jisim molekul relatif bagi X ialah 60. Tentukan formula empirik dan formula molekul bagi sebatian X. (spm 2010) [Jisim atom relatif; C = 12, H = 1, O = 16]

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

3.6 Persamaan Kimia Persamaan kimia adalah persamaan yang boleh ditulis dalam bentuk persamaan perkataan atau persamaan bersimbol menggunakan formula kimia. Permasaan kimia merupakan huraian ringkas mengenai sesuatu tindak balas kimia. Bahan tindakbalas ditulis di sebelah kiri manakala hasil tindakbalas ditulis di sebelah kanan persamaan itu. Permasaan kimia memberi maklumat yang berkaitan; -Bahan kimia yang bertindak balas. -Hasil tindak balas yang diperoleh. -Keadaan fizikal bahan dan hasil tindak balas. Dalam menyeimbangkan persamaan kimia, bilangan mol setiap unsur atau sebatian ditukar sehingga bilangan atom setiap unsur adalah sama pada keduadua belah kiri dan kanan persamaan itu. Persamaan kimia yang seimbang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan stoikiometri.

Contoh; Imbangkan persamaan berikut.

CO + O 2

CO 2

K + H2O

KOH +

H2

Zn + AgCl

ZnCl

Ag

KNO 3

KNO 2

O2

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

BAHAGIAN C 1.(a) Dengan menggunakan contoh yang sesuai, terangkan apa yang dimaksudkan dengan fomula empirik dan formula molekul. [3 mark] (b) Maklumat berikut adalah bagi sebatian Q. Karbon Hidrogen Oksigen Jisim Molekul Relatif Berdasrkan maklumat bagi sebatian Q, tentukan: i. ii. Formula empiriknya Formula molekulnya [Jisim atom relatif; C=12, H=1, O=16] [5 mark] (b) (i) Lukiskan susunan radas bagi menentukan formula empirik dua sebatian yang berlainan seperti kaedah I dan Kaedah II. [2 mark] 40% 6.66% 53.33% 180

(ii) Terangkan mengapa kaedah II tidak sesuai bagi menentukan formula empirik bagi magnesium oksida. [1 mark]

(iii) Cadangkan satu oksida logam dalam kaedah II. [1 mark] (iv) Dengan menggunakan contoh yang sesuai, huraikan satu eksperimen di dalam makmal untuk menentukan formula empirik bagi suatu oksida logam relatif. Penerangan anda mestikah meliputi: Prosedur bagi eksperimen Penjadual data. [8 mark]

TAMAT

Cikgu Marzuqi, M.Sc. Edu USM

Acceleration Chemistry

You might also like