You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI KEDUA TAHUN 2013 SK (LKTP) SUNGAI RETANG 27000 JERANTUT, PAHANG.

Tarikh Tempat Masa Kehadiran

: 13 Jun 2013 : Bilik Pengawas : 1.20 tengahari : 1. En. Arif Rahimi Bin Abdul Razak (Ketua Panitia) 2. En. Mohd Syah Rizal bin Abdullah (Setiausaha)

1.0

Ucapan Pengerusi Mulakan dengan bacaan umul kitab. Ucapan terima kasih di atas kehadiran guru walaupun melibatkan tidak ramai ahli. Tindakan : Pengerusi

2.0

Ucapan Ketua Panitia 2.1 En. Arif menyatakan Kemahiran Hidup mempunyai peruntukan kewangan untuk pembelian alatan bagi penggunaan murid-murid. Beliau menyerahkan kepada En.Syah dalam menguruskannya dan mencatatkan alatan yang perlu dibeli. Kemudian berhubung dengan Guru Besar dan En. Ismail untuk kelulusan pembelian tersebut. 2.2 Bagi peperiksaan PKSR 2 yang lepas, keputusan untuk murid tahun 4 dan 5 telah dicetak. Berikut adalah peratus keseluruhan murid.

TAHUN 4 5

GRED A 5 3

GRED B 19 27

GRED C 14 12

LULUS 38 42

GAGAL 2 1

2.3 Secara keseluruhannya, Kemahiran hidup merupakan subjek yang boleh dianggapp wajib lulus kerana pemarkahan bukan sekadar semasa

peperiksaan tetapi juga semasa menjalankan aktiviti atau projek.

3.0 Ucapan Setiausaha 3.1 Berkenaan pembelian alatan,beliau telah mengenalpasti beberapa alatan utama seperti gergaji tangan, tukul dan lain-lain untuk dimasukkan dalam senarai pembelian. Selain itu, kit jahitan murid juga perlu memandangkan ada dalam sukatan murid-murid yang perlu diajar jahitan. 3.2 Sebagai guru yang bertanggungjawab menjaga bilik Kemahiran Hidup, beliau meminta supaya penggunaan bilik tersebut dicatatkan dalam buku yang disediakan. Jadual penggunaan bilik telah pun diwujudkan bagi memudahkan aturan murid masuk dapat dibuat. 3.3 Berdasarkan keputusan peperiksaan PKSR 2, murid yang gagal telahpun dikenalpasti dan murid tersebut adalah pelajar sama yang gagal untuk subjek-subjek teras yang lain. Dalam erti kata lain, mereka mengalami masalah pembelajaran ataupun kurang berminat dengan subjek yang memerlukan kemahiran. 3.4 Beliau menyatakan panitia KH perlu bekerjasama dengan guru media (Guru Pusat Sumber Sekolah) dalam melaksanakan aktiviti atau program bagi meningkatkan lagi minat murid kepada subjek Kemahiran Hidup selaku subjek elektif. Pertandingan seperti reka cipta, tanaman sayur dan memasak sememangnya sinonim dengan subjek Kemahiran Hidup. Perkara ini akan dimasukkan dalam aktiviti dan program panitia bagi tahun ini.

4.0 Ucapan penangguhan 4.1 En. Arif menangguhkan mesyuarat pada jam 2.20 petang.

Disediakan oleh,

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

......................................... (EN.MOHD SYAH RIZAL ABDULLAH) Setiausaha Panitia Kemahiran Hidup, SK LKTP Sungai Retang

......................................... (EN.ARIF RAHIMI B. ABDUL RAZAK) Ketua Panitia Panitia Kemahiran Hidup, SK LKTP Sungai Retang

.........................................

SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) SUNGAI RETANG 27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR.

Kod Sekolah : CBA 2044 No.Tel : 09-2668834

TARIKH : 10 Jun 2013

Kepada, Encik/Puan/Tuan/Cik

Tuan, MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI KE 2 (2013) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada : Tarikh : 13 Jun 2013 Masa : 1.20 tengahari Tempat : Bilik Pengawas

3.

Kesudian dan kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah, .. (En. Mohd Syah Rizal b. Abdullah) Setiausaha Panitia KH, SK (LKTP) Sungai Retang, 27000 Jerantut.

You might also like