You are on page 1of 7

Strategi Pengajaran yang Dilaksanakan di SK St Xavier Cawangan Bagi sesi pengajaran di SK St Xavier Cawangan, kami telah mengadakan ujian

Diagnostik Matematik untuk mengesan kawasan kelemahan bagi mata pelajaran

Matematik untuk setiap murid pemulihan

Menurut analisis Ujian Diagnostik yang dilakukan pada murid pemulihan Tahun 2 Ixora Sekolah Kebangsaan St Xavier Cawangan, kami dapat mengesan kawasan kelemahan murid-murid tersebut iaitu dalam memahami konsep tambah dalam lingkungan 18 dan operasi tambah dalam lingkungan 50 dengan mengumpul semula.. Hal ini dapat dilihat melalui Jadual 1 : Analisis Kesalahan Murid Soalan Jumlah Betul ( /8 ) Soalan 21 Soalan 22 Soalan 23 Soalan 24 3/8 5/8 5/8 5/8

Jadual 1 : Analisis Kesalahan Murid Bagi soalan 21 hingga 24, soalan ini melibatkan soalan operasi tambah dalam lingkungan 18. Menurut analisis yang telah dilakukan, boleh disimpulkan bahawa 4 dari 8 orang murid kelas Tahun 2 Ixora ini tidak dapat menguasai kemahiran tambah ini.

Bagi operasi tambah melibatkan nombor dalam lingkungan 50 tanpa mengumpul semula, analisis jawapan dapat dilihat melalui Jadual 2 : Analisis Kesalahan Murid

Soalan

Jumlah Betul ( /8 )

Soalan 42 Soalan 43 Soalan 44 Soalan 45

1/8 0/8 0/8 0/8

Jadual 2 : Analisis Kesalahan Murid Menurut Jadual 2, adalah dapat disimpulakan bahawa kebanyakan murid kelas pemulihan Tahun 2 Sk St Xavier Cawangan masih tidak dapat menguasai kemahiran Tambah yang melibatkan Operasi Tambah dalam Lingkungan 50 tanpa mengumpul semula.

Setelah mengenalpasti kawasan kelemahan murid, kami telah membahagikan murid-murid pemulihan tersebut kepada dua kumpulan berbagai kebolehan yang terdiri daripada kumpulan sederhana dan kumpulan pintar. Ini bagi memudahkan kami merancang Rancagan Pengajaran berasaskan kawasan kelemahan murid. Kumpulan pertama dinamakan kumpulan Bestari yang terdiri daripada murid yang sederhana

manakala kumpulan Intelek terdiri kumpulan pintar. Bagi kumpulan Bestari, murid diajar kemahiran tambah dalam lingkungan 18 dan bagi kumpulan Intelek, kami menfokuskan hasil pembelajaran kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 50 tanpa mengumpul semula. Pengajaran secara kumpulan ini dapat membantu guru menumpukan kepada kemahiran murid serta dapat membantu guru merancang aktiviti yang lebih menjurus kepada kemahiran murid agar murid dapat menguasai kemahiran tertentu.

Bagi sesi induksi iaitu pengenalan kepada tajuk pembelajaran, kami telah menayangkan video Mari Mengira yang berkaitan dengan operasi tambah. Penggunaan video ini bertujuan menarik minat murid serta melibatkan murid dalam sesi pengajaran yang kami ingin laksanakan. Kami juga memilih video ini kerana ianya menarik serta mampu membuatkan murid berasa seronok dan memberikan tumpuan terhadap pembelajaran.

Seterusnya bagi sesi pengajaran dan latihan, kami telah menggunakan Bahan Multimedia iaitu penggunaan slide. Penggunaan bahan multimedia ini bukan sahaja dapat menarik minat murid, malah ianya juga memudahkan sesi pengajaran kami. Bagi sesi pengajaran, kami telah menyediakan soalan yang mempunyai aras dari mudah ke sukar. Ini berikutan saya telah membuat sesi pengajaran dan latihan kami yang sama untuk semua murid. Oleh itu, slide yang digunapakai oleh kami perlu dapat menyediakan pengajaran dan kepada murid dari tahap sederhana sehingga tahap tinggi.

Penggunaan slide ini berjaya menarik minat murid, kami telah menyediakan slide yang menarik dan ceria bagi membolehkan murid tertarik dengan sesi pengajaran kami. Selain itu, kami juga turut menyelitkan lagu serta pautan-pautan yang menarik bagi membuatkan murid tertarik dengan sesi pengajaran serta memberikan tumpuan terhadap sesi pengajaran kami.

Selain itu, kami juga menggunakan Bahan Bantu Mengajar berbentuk Kad Nilai Nombor. Kad ini dapat membantu murid menulis dengan lebih mudah serta membantu guru menyemak jawapan yang diberikan oleh murid. Kami telah membahagikan Kad Nilai Tempat ini kepada dua bahagian iaitu bahagian nilai puluh dan bahagian nilai sa. Murid hanya perlu mengisi nombor yang diberikan oleh guru pada nilai tempat yang sepatutnya dan menambah nombor tersebut. Permukaan Kad Nilai Tempat ini juga boleh diguna pakai berulang kali kerana ianya boleh dipadam. Oleh itu, sesi pengajaran dapat menjadi lebih mudah. Kad Nilai Tempat ini juga akan memudahkan murid memahami konsep bentuk lazim. Ini kerana menurut pemerhatian kami, kebanyakan murid masih belum dapat menguasai kemahiran tambah dalam bentuk lazim. Penggunaan Kad Nilai Tempat ini banyak membantu murid memahami dengan lebih baik akan konsep tambah dalam bentuk lazim.

Gambar 1 : Kad Nilai Tempat

Seterusnya, bagi sesi permainan, kami telah mengadakan satu permainan iaitu permainan Dam Nombor. Bagi permainan ini, kami telah membahagikan kepada kumpulan mengikut kebolehan. Bagi kumpulan sederhana, kami menfokuskan kepada kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 18 dimana nombor yang digunakan oleh kami lebih kurang berbanding kumpulan tinggi.

Melalui permainan yang diadakan, murid bukan sahaja berasa gembira malah mereka dapat belajar sambil bermain. Dalam sesi permainan ini juga, kami telah menggunakan Teori Pembelajaran Skinner dimana kami telah memberikan bintang buat murid yang berjaya menjawab soalan matematik dengan betul. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi murid untuk menjawab dengan baik malah sesi pengajaran menjadi lebih baik. Penggunaan permainan dalam pengajaran bukan sahaja dapat menarik minat murid, guru juga boleh mempelbagaikan cara pengajaran dengan membuat permainan lebih menarik. Dengan ini murid bukan sahaja dapat belajar dengan lebih baik, malah sesi pengajaran guru menjadi lebih mudah.

Dam Nombor

Penutup

Pelaksanaan pengajaran program Pemulihan Khas perlu dirancang dengan teliti oleh guru kerana ianya mempunyai perbezaan yang amat ketara berbanding kurikulum KSSR dan KBSR. Tidak dilupakan juga, pelaksanaan program Pemulihan Khas ini juga turut membantu murid-murid Pemulihan yang gagal menguasai kemahiran-kemahiran asas yang diajarkan di kelas arus perdana. Tidak dilupakan juga, proses Ujian diagnostik yang telah dilaksanakan dapat membantu guru membuat tafsiran mengenai tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Ini dapat membantu guru untuk menentukan topik serta kaedah yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Pemulihan Khas Selain itu, rancangan pengajaran harian dan juga alatan bantu mengajar yang dibina dapat membantu memberi kefahaman yang mendalam kepada murid. Bahan bantu mengajar yang dibina ini dapat membantu menerangkan konsep dengan lebih jelas kepada murid. Oleh itu guru memainkan peranan penting dalam merancang Rancangan Pengjaran yang boleh meliputi kawasan kelemahan murid. Guru juga perlu bijak dalam menggunakan kemudahan ICT serta lain-lain bahan bantu mengajar. Ini bukan sahaja dapat menarik minat murid malah dapat membantu dalam sesi pengajaran.

You might also like