You are on page 1of 4

6.

2 KAD – KAD PILIHAN

Kad-kad pilihan ini adalah penting untuk membolehkan komputer

menghubungi peranti luaran seperti pencetak, unit paparan, pemacu cakera,

cakera kera, modem tetikus dan lain-lain. Dalam komputer IBM PC serasi

sekurang-kurangnya terdapat 2 kad pilihan iaitu “display adapter card” dan

“multi I/O card”.

“Display adapter card” digunakan untuk mengantaramuka unit pemapar

dengan komputer, manakala “multi I/O card” digunakan untuk mengantaramuka

pemacu cakera , cakera keras, pencetak dan tetikus.

Di samping itu juga komputer boleh dihubungkan dengan dunia luar iaitu

dengan menggunakan kad modem (MOdulator DEModulator) melalui rangkaian

talian telefon. Kad modem ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu internal dan external

yang mana kad internal diletakkan dalam CPU manakala kad external diletakkan

di luar CPU.

Dalam perkembangan yang pesat sekarang ini kad suara memainkan

peranan yang sangat penting lebih-lebih lagi dalam bidang multimedia. Pada kad

suara ini kita boleh merakam suara yang dikehendaki dan boleh didengar bila

ianya disambungkan kepada pembesar suara. Kita juga boleh mendengar lagu

atau ‘klip video’ apabila memasukkan cakera padat ke dalam CD-ROM dengan

bantuan perisian tertentu tetapi sambungan CD-ROM tersebut mestilah

disambung kepada AUDIO IN (input) pada kad suara. Setiap jenama kad suara

adalah berbeza dari segi prestasi dan kualitinya (samada memperoses data 128 bit

atau pun 64 bit)


Kad Bunyi ( Sound Card )

Kad Bunyi mempunyai beberapa jenama dan jenis iaitu;


1.Jenama : Sound Blaster, Yamaha, ESS,
dll.
2. Jenis : Terdapat kad bunyi yang menyokong slot ISA atau PCI.
Kebanyakan kad bunyi terbaru menyokong slot PCI
Pemasangan : Dipasang pada slot PCI di papan induk. Sesetengah papan induk sudah
mempunyai kad bunyi sedia pasang Pemasangan kad bunyi tidak diperlukan lagi pada
papan induk jenis ini. Selaraskan "jumper" sahaja supaya kad bunyinya aktif

Kad Paparan ( Display Card )

Kad Paparan (VGA Card) merupakan salah satu alat yang penting dalam sesebuah
komputer. Kad Paparan adalah alat yang menghubungkan antara Papan Utama
(Mainboard) dengan Unit Paparan (Monitor). Kad Paparan mempunyai banyak jenis
diantaranya jenis AGP, jenis PCI dan lain-lain lagi. Jenis bagi Kad Paparan bergantung
kepada jenis slot pada Papan Utama. Kelajuan Kad Paparan ini pula bergantung kepada
memori kad tersebut

Kad grafik

Kad grafik digunakan untuk menukar isyarat digital kepada analog supaya sesuatu imej
boleh dipaparkan di skrin monitor. Kad pemecut grafik pula bertindak mempercepatkan
proses penukaran isyarat imej digital (termasuk objek 3D seperti poligon). Pada hari ini,
kebanyakkan kad grafik mengunakan protokol AGP.

Kad jaringan (Network Card )

Kad jaringan ( network card ) merupakan alat untuk digunakan sebagai perantaraan
antara komputer dalam sesebuah kawasan. Ianya digunakan untuk menghubungkan
komputer-komputer dalam sesuatu kawasan setempat.

Kad VGA slot tambahan ISA, PCI dan AGP

Kad video slot ISA sudah pupus. Kad video slot PCI mungkin mengikut jejak yang
sama. Kini kad grafik slot AGP paling popular dan semakin canggih. Kad grafik
dengan RAM yang tinggi menjadi idaman setiap pengguna yang berminat dengan
permainan komputer dan kerja-kerja grafik berat dalam bentuk CD-ROM atau disket.
Terdapat juga kad video bersepadu dalam papan induk bertujuan bagi menjimatkan
kos. Kad video jenis bina dalam akan berkongsi memori dan boleh menjejaskan
sedikit operasi komputer. Sebagai contoh, sekiranya komputer mempunyai RAM
sebanyak 32MB, ia cuma akan tinggal 28MB saja untuk sistem dan yang lainnya
diambil oleh kad video iaitu sebanyak 4MB. Perkongsian RAM diset dalam CMOS
Setup semasa komputer dihidupkan.

You might also like