You are on page 1of 18

PENDIDIKAN

Aspek Pendidikan merupakan salah satu kepentingan dalam Perlembagaan Malaysia. Pendidikan

merupakan satu sistem yang mewujudkan suasana persekitaran belajar dan proses pembelajaran

agar dapat mengembangkan potensi individu yang bergelar pelajar supaya menguasai kekeuatan

spiritual, keagamaan, emosional, keperibadian dan sebagainya. Sistem Pendidikan di Tanah

Melayu berbentuk bukan formal sebelum kedatangan kuasa Barat. Dahulunya sistem Pendidikan

ini tidak mementingkan pembentukan kognitif dalam kalangan pelajar.

Pada peringkat awal, pendidikan di Tanah Melayu adalah berbentuk bukan formal. Pada masa

ini, institusi pendidikan yang disebut `sekolah pondok’ ditubuhkan dan dimajukan oleh ulama

Islam. Pelajar disini tinggal di pondok yang dibina dan belajar di madrasah agama. Kebanyakan

sekolah pondok ini berada di Terengganu, Kelantan, Kedah dan seterusnya menular di

Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura.

Sistem pendidikan pada masa penjajahan Inggeris pula berkaitan dengan warisan budaya

pendidikan zaman pentadbiran Inggeris. Pada masa ini, lima jenis sekolah vernacular

diperkenalkan. Antaranya ialah sekolah vernacular Melayu, Inggeris, Cina, India dan Sekolah

Agama(Madrasah). Hal ini berlaku disebabkan beberapa factor dari segi ekonomi, agama, politik

dan sosio-budaya.

Sistem pendidikan sebelum merdeka iaitu semasa pemerintahan Jepun, pendidikan Melayu dan

pendidikan Tamil dijalankan dengan menambahkan bahasa Jepun dalam sukatan kokurikulum
sekolah Nippon-Go ditubuhkan bagi mengantikan sekolah vernacular Cina dan Inggeris. Lagu

kebudayaan Jepun serta lagu rakyat Jepun ditekankan di dalam sukatan kurikulum mereka.

Kemudian selepas Perang Dunia ke-2, situasi sistem pendidikan pada masa itu mengalami

kerumitan. Tanah Melayu dianggap sebagai tempat tinggal oleh masyarakat Cina, India dan

seterusnya Orang Melayu mula membara semangat nasionalismenya yang berkaitan maslah

kerumitan kaum mengenai pendidikan. Lantas mereka mula menggesa pihak kerajaan

memperbaiki mutu pendidikan di sekolah Melayu. Oleh itu, satu jawatankuasa ditubuhkan dan

L.J Barnes telah memainkan peranan untuk memeriksa dan kemudian memperbaiki mutu

pendidikan orang Melayu. Antara laporan pendidikan yang membentuk ke arah satu sistem

pendidikan kebangsaan di negara ini adalah seperti Laporan Razak(1957), Laporan Rahman

Talib(1960) dan Laporan Kabinet(1979).

Perkembangan pembangunan pendidikan terkini pula telah maju dan menghadapi berbanding

sistem pendidikan dahulu. Sistem pendidikan kini telah banyak memperlihatkan unsur-unsur

pembaharuan dan inovasi dalam proses pendidikan. Selaras dengan dunia siber, kerajaan telah

menyediakan pembangunan pendidikan dengan lebih efektif lagi. Perkembangan terbaru dalam

era pendidikan kita adalah penubuhan sekolah Bestari. Sekolah Bestari ini diadakan untuk

menyelaraskan kehendak Koridor Raya Multimedia dan disamping itu bagi membangunkan

rakyat Malaysia agar menjadi inovatif dan berdaya kreatif dalam aspek intelektual.
Rumusannya pendidikan merupakan aspek penting dalam kepentingan Perlembagaan Malaysia.

Hal ini demikian kerana elemen pendidikan dapat membantu pembangunan negara menjadi lebih

peka dari segi politik, ekonomi dan social di Malaysia. Selain itu, pendidikan merupakan

yunjang dalam melahirkan generasi rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dan seterusnya

dapat membentuk rakyat Malaysia yang berfikiran minda kelas pertama.

Pendidikan mempunyai kesan yang begitu besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia

untuk mendapatkan dan mengekalkan kualiti kehidupan. Pendidikan boleh membangunkan


keupayaan seseorang individu dalam membentuk hidup yang berkualiti disebabkan factor

ekonomi dan social bergantung kepada pendidikan yang diterima. Pendidikan yang berkualiti

sangat efisien dan efektif bagi menentang kemiskinan, membina masyarakat yang sejahtera serta

membentuk demokrasi.

Di samping itu, kepentingan pendidikan pada seseorang individu juga memberi kuasa kepada

individu, menjelaskan potensi mereka, memberi mereka suara, membentuk pandangan dan

pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan, mendedahkan potensi mereka serta yang

terakhirnya menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri.

Selain itu juga, melalui pendidikan, individu berupaya membentuk keyakinan diri untuk

berhadapan dengan dunianya, memahami diri sendiri serta memperolehi kemudahan yang ada

dipersekitarannya. Malahan pula, pendidikan bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup

dengan cara memimpin seseorang individu ke arah sumber ekonomi yang kukuh, kestabilan

hubungan social serta keupayaan kawalan diri. Kepentingan pendidikan ini adalah satu konsep

yang dinamik, dan berkembang mengikut masa serta berubah dalam konteks ekonomi, sosial,

dan persekitaran setempat.


BIBLIOGRAFI

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1985). Sosiologi Pendidikan

Sofean Hussin. (1993). Pendidikan di Malaysia, Sejarah Sistem dan Falsafah. Dewan Bahasa

Pustaka

Http://www.anneahira.com/artikel-pendidikan/pengertian.pendidikan.htm. Akses pada 12 Julai

2009

http://www.usm.my/education/MEDC/VOL2/1.Kepentingan pendidikan. Akses pada 14 Julai

2009
Perkembangan Pentadbiran di Perancis

Pada Tahun 1789, Pentadbiran Awam mula berkembang di Perancis setelah berlakunya revolusi

Perancis pada tahun tersebut. Bentuk Pentadbiran Kerajaan yang dahulunya sistem monarki

digantikan dengan sistem republic. Kewujudan kuasa mutlak yang berada ditangan raja

menyebabkan sistem monarki tersebut telah ditolak. Oleh itu, amalan desentralisasi m,ula

diperkenalkan di dalam Pentadbiran Awam Perancis.

Revolusi Perancis menyebabkan kakitangan awam dijadikan instrumen kuasa awam.Antaranya

berkhidmat untuk orang awam, kakitangan awam juga mempunyai perwatakan yang mulia, telus,

jujur dan sebagainya. Mereka juga harus memberi sepenuh ketaatsetiaan kepada ketua,

mementingkan kepentingan rakyat dan tidak boleh mementingkan diri dan mereka melakukan

kerja dengan berkesan serta seterusnya mematuhi undang. Aspek kebolehan dan kecekapan

dijadikan asas untuk pelantikan pegawai perkhidmatn awam.


PENGENALAN

Penulisan ini menumpukan kepada perkembangan ilmu pentadbiran awam. Ilmu

pentadbiran awam ini telah bermula sejak beberapa tahun lamanya. Pentadbiran Awam

merupakan satu elemen kegiatan dan institusi pemerintahan yang telah lama bertahan dalam

kehidupan manusia amnya dan pentadbiran kerajaan khususnya. Menurut Gordon A Milakovich

(1995:6), mendefinisikan pentadbiran awam sebagai segala proses, organisasi dan peraturan yang

diputuskan atau dikeluarkan oleh badan perundangan, eksekutif dan kehakiman, di samping

terlibat dalam proses penggubalan undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Manakala

Dimock etal (1983:5) pula mendefinisikan pentadbiran awam sebagai satu operasi pengeluaran

barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak rakyat. Justeru itu, pentadbiran awam

boleh dilihat sebagai sebuah badan yang akan menjalankan fungsi pentadbiran negara

merangkumi dasar dan peraturan yang dibentuk oleh kerajaan dalam sesebuah negara. Dalam

penulisan ini, ilmu pentadbiran awam mula berkembang di negara Jerman dan kemudian

Perancis, Britain dan Amerika Syarikat dan seterusnya di Malaysia.

Perkembangan awam di Jerman

Pada asalnya pentadbiran awam bertitik tolak di Jerman. Kerajaan Prussia jerman pada

abad ke 17 dan 18 telah menyedari betapa pentingnya pentadbiran awam sebagai satu institusi

dalam sesebuah negara. Dalam hal ini negara di benua eropah khususnya jerman memberi
sepenuh perhatian kepada pentadbiran awam. Oleh itu Jerman berpendapat satu badan yang

merangkumi pegawai-pegawai yang professional perlu ditubuhkan dan mengendalikan tugas

pentadbiran.

Semenjak kewujudan negara moden di Eropah Barat seperti Jerman, pengajian akademik

yang sistematik mula diterokai pada pertengahan abad ke 19 akan tetapi pada peringkat

permulaanya pengajian ini hanya memberi tumpuan kepada aspek-aspek formal kerajaan sebagai

contonya Perlembagaaan dan susunan pemerintahan serta dipengaruhi oleh tulisan sarjana

Jerman yang telah menyampaikan hujah-hujah mereka.

Kejayaan pucuk pimpinan negara Jerman dalam memperkenalkan satu badan pentadbir

yang professional telah berjaya menjadi negara model kepada negara Austria Hungary untuk

menjalankan pentadbiran yang professional.

Kebiasaanya di Jerman jentera pentadbiran awam memainkan peranan untuk mengawal

keadaan keamanan dan tertib. Oleh itu, negara-negara di Benua Eropah terutamanya Jerman

memberi perhatian kepada pentadbiran awam.

Perkembangan pentadbiran awam di Perancis

Pada Tahun 1789, pentadbiran awam mula berkembang di Perancis setelah berlakunya

revolusi Perancis pada tahun tersebut. Bentuk Pentadbiran Kerajaan yang dahulunya sistem

monarki digantikan dengan sistem republik. Kewujudan kuasa mutlak yang berada ditangan raja

menyebabkan sistem monarki tersebut telah ditolak. Oleh itu, amalan desentralisasi mula

diperkenalkan di dalam pentadbiran awam Perancis.


Revolusi Perancis menyebabkan kakitangan awam dijadikan instrumen kuasa awam.Antaranya

berkhidmat untuk orang awam, kakitangan awam juga mempunyai perwatakan yang mulia, telus,

jujur dan sebagainya. Mereka juga harus memberi sepenuh ketaatsetiaan kepada ketua,

mementingkan kepentingan rakyat dan tidak boleh mementingkan diri dan mereka melakukan

kerja dengan berkesan serta seterusnya mematuhi undang. Aspek kebolehan dan kecekapan

dijadikan asas untuk pelantikan pegawai perkhidmatn awam.

Perkembangan pentadbiran awam di Britain

Pada abad ke-19, perkembangan pentadbiran awam bermula di Britain. Pada masa itu saiz

pentadbiran awam adalah sangat kecil, namun pentadbirannya tidak cekap berkenaan dengan

masalah sistem pelantikan pegawai, pengaruh politik serta amalan pilih kasih. Masalah yang

berlaku dalam pentadbiran Britain adalah seakan sama ketika perkembangan pentadbiran awam

di amerika syarikat. Oleh itu, Britain telah memperkenalkan “Code of Practice” yang

mengandungi tiga perkara iaitu pertama, larangan menerima sebarang hadiah aripada peniaga

tempatan. Kedua, kenaikan pangkat adalah berasaskan senioriti serta ketiga, system peperiksaan

yang telah diperkenalkan sebagai asas bagi menjawat jawatan baru untuk menggantikan system

patronage yang dahulunya. Bentuk pentadbiran moden di Britain dipengaruhi corak pentadbiran

India.Selain itu, Britain juga memperkenalkan system peperiksaan baru yang dahulunya dikenali

sistem patronage dan pelantikan kakitangan yang berlainan mengikut pembahagian tugas kepada

intelektual dan rutin serta pemilihan seseorang kakitangan yang berjawatan tinggi dengan

mengukur keupayaan intelektualnya.

Perkembangan pentadbiran di Amerika Syarikat


Pada tahun 1776, pentadbiran awam mula berkembang di amerika syarikat. Amerika

Syarikat berjaya mendapat kemerdekaan selepas ditakluk oleh British. Kemudian Amerika

Syarikat cuba memperkenalkan jentera pentadbirannya mengikut keadaan tempatan untuk

melicinkan urusan pentadbiran, corak pemerintahan kerajaan di Amerika Syarikat, seorang

rakyat biasa menjadi presiden Amerika Syarikat bagi satu tempoh yang terhad. Situasi ini

memberi kesan kepada jentera pentadbiran yang dianggap sebagai satu alat peribadi pentadbiran

kepada presiden. Jentera pentadbiran juga dianggap sebagai ranting badan eksekutif. Oleh itu,

presiden mula menggunakan institusi tersebut untuk mencapai tujuan dan kehendaknya. Keadaan

ini telah menyebabkan masalah pilih kasih, rasuah dan masalah ketidakcekapan dalam soal

pentadbiran

Pada tahun 1880, gejala sistem perlantikan pilih kasih pegawai ini telah diketahui oleh

ahli-ahli dewan perundangan(Kongres Amerika Syarikat). Mereka mengetahui bahawa pihak

pentadbiran perlu diatur semula dan dijadikan satu badan berkecuali untuk mempertahankan cita-

cita murni demokrasi. Keputusannya mereka berjaya memperkenalkan Akta Pandleton atau

Akta Pembaharuan Perkhidmatan Awam pada tahun 1883. Akta Pandleton 1883 ini memberikan

tumpuan mengenai pelantikan kakitangan pentadbiran awam harus mengikut kelayakan misalnya

lulus dalam peperiksaan, memberi jaminan hak milik jawatan dan terakhirnya mereka bertindak

berkecuali ketika melayan pelanggan. Kajian dan tulisan yang bercorak akademik oleh sarjana

Amerika Syarikat seperti Woodrow Wilson yang bertajuk “The Study Of Public

Administration’’ pada tahun 1887, memberi kesan yang mendalam kepada corak pentadbiran

awam di Amerika Syarikat sendiri.

Walaubagaimanapun. pentadbiran awam di Amerika Syarikat tetap tidak diiktiraf .pada

tahun 1900 sehingga 1930, ramai sarjana pentadbiran awam di Amerika Syarikat seperti Leonard

D. White, Frank J. Goodnow dan sebagainya berjuang untuk memenuhi kehendak mereka yang
mahu pentadbiran awam diiktiraf sebagai satu pengajian ilmu. Seterusnya untuk mengekalkan

kepentingan pengajian pentadbiran awam pada tahun 1939, ASPA iaitu Persatuan Pentadbiran

Awam Amerika (American Society For Public Administration) telah diasaskan. Akhirnya

pentadbiran awam telah mula ,mendapat tumpuan dan pengiktirafan sebagai satu kajian

tersendiri. Kemudian dalam tahun 1950, ilmu pentadbiran awam semakin berkembang dengan

tertubuhnya Majlis Pendidikan pentadbiran awam pada peringkat sarjana. Seterusnya pada tahun

1962, ilmu pentadbiran awam bukan lagi disenaraikan sebagai satu sub bidang sains politik.

Perkembangan pentadbiran di Malaysia

Perkembangan pentadbiran awam setrusnya di Malaysia. Pentadbiran awam di Malaysia

boleh dibahagikan kepada empat peringkat pembangunan yang dilalui oleh Negara kita

perkembangan pentadbiran awam pada peringkat pertama adalah mengenai pengaruh

pemerintahan kerajan melayu Melaka. Setrusnya peringkat kedua pula merupakan pegaruh

zaman penjajahan iaitu seperti penjajahan Portugis, belanda, dan british.pada peringkat

ketiga,pembentukan kerajaan yang memperkembangka legasi ekonomi pasaran bebas(laissez

faires. Serta menumpukan tentang birokrasi colonial yang berasaskan tindakan. peringkat yang

terakhir ialah mengenai perkembangan pentadbiran awam yang dibawah kepimpinan sepenuhya

oleh perdana menteri serta tuntutan terkini orang awam iaitu bermula dengan zaman Tun Abdul

Razak,Tun Hussien Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta

terkini adalah Datuk Seri Najib Tun Razak. Justeru, perkembangan pentadbiran awam di

Malaysia lebih di bawah unsur mengenai tuntutan semasa dan kepimpinan negara.
Kesimpulan

Secara keseluruhannya dapat difahami pentadbiran awam ini telah bertapak lama di sesebuah

negara. Ilmu pentadbiran awam ini banyak memberi tumpuan kepada pentadbiran awam dalam

sesebuah institusi setiap negara dan berperanan sebagai aset bagi memajukan sesebuah kerajaan.

Kesan yang dapat digarapi daripada ilmu pentadbiran awam itu sendiri adalah pentadbiran

sesebuah negara adalah bertujuan mencapai kesejahteraan ekonomi, politik dan sosial. Justeru

dalam penulisan ini, kepelbagaian tafsiran definisi mengenai pentadbiran awam yang telah

dinyatakan oleh sarjana ilmu pentadbiran awam contohnya Woodrow Wilson, Dwight Waldo

dan sebagainya.hal ini telah banyak menyumbang kearah konsep pentadbiran itu sendiri dan

seterusnya perkembangan ilmu pentadbiran awam di setiap negara tersebut


BIBLIOGRAFI

Ahmad Atory Hussain

AMERIKA SYARIKAT

Pada tahun 1776, pentadbiran awam mula berkembang di amerika syarikat. Amerika syarikat

Berjaya mendapat kemerdekaan selepas ditakluk oleh British. Kemudian amerika syarikat cuba

memperkenalkkan jentere pentadbirannya mengikut keadaan tempatan untuk melicinkan urusan

pentadbiran.corak pemerintahan kerajaan di amerika syarikat, seorang rakayat biasa menjadi

presiden amerika syarikat bagi satu tempoh yang terhad.situasi ini memberi kesan kepada jentera

pentadbiran yang dianggap sebagai satu alat peribadi pentadbiran kepada presiden. Jentera

pentadbiran juga diangap sebagai ranting badan eksekutif.oleh itu, presiden mula menggunakan

institusi tersebut untuk mencapai tujuan dan kehendaknya. Keadaan ini telah menyebabkan

masalah pilih kasih,rasuah, dan masalah ketidakcekapan dalam soal pentadbiran


Pada tahun 1880, gejala sistem perlantikan pilih kasih pegawai ini telah diketahui oleh ahli-ahli

dewan perundangan(Kongres amerika syarikat). Mereka mengetahui bahawa pihak pentadbiran

perlu diatur semula dan dijadikan satu badan berkecuali untuk mempertahankan cita-cita murni

demokrasi. Keputusannya mereka Berjaya meluluskan akta pandleton atau akta pembaharuan

perkhidmatan awam pada tahun 1883.akta pandleton 1883 ini memberikan tumpuan mengenai

pelantyikan kakitangan pentadbiran awam harus mengikut kelayakan misalnya lulus dalam

peperiksaan, memberi jaminan hak milik jawatn dan terakhirnya mereka bertindak berkecuali

ketika melayan pelanggan.kajian dan tulisan yang bercorak akademik oleh sarjana amerika

syarikat seperti Woodrow Wilson yang bertajuk the study of public administration pada tahun

1887, memberi kesan yang mendalam kepada corak pentadbiran awam di amerika syarikat

sendiri.

Walaubagaimanapun. Pentadbiran awam di amerika syarikat tetap tidak diiktiraf .pada tahun

1900 sehingga 1930 an, ramai sarjana pentadbiran awam di amerika syarikat seperti leonard

d.white, frank j.goodnow dan sebagainya berjuang untuk memenuhi kehendak mereka yang

mahu pentadbiran awam diiktiraf sebagai satu pengajian ilmu.seterusnya untuk mengekalkan

kepentingan pengajian pentadbiran awam pada tahun 1939, ASPA iaitu persatuan pentadbiran

awam amerika(American sociery for public administration) telah diasaskan.akhirnya pentadbiran

awam telah mula ,mendapat tumpuan dan pengiktirafan sebagai satu kajian tersendiri.kemudian

dalam tahun 1950, ilmu pentadbiran awam semakin berkembang dengan tertubuhnya majlis

pendidikan pentadbiran awam pada peringkat sarjana.seterusnya pada tahun 1962,ilmu

pentadbiran awam bukan lagi disenaraikan sebagai satu sub bidang sains politik dab oersatuan

sains politik amerika syarikat.


PERKEMBANGAN PENTADBIRAN AWAM DI BRITAIN

Pada abad ke-19, perkembangan pentadbiran awam bermula di Britain. Pada masa itu saiz

pentadbiran awam adalah sangat kecil, namun pentadbirannya tidak cekap berkenaan dengan

masalah system pelantikan pegawai, pengaruh politik serta amalan pilih kasih. Masalah yang

berlaku dalam pentadbiran Britain adalah seakan sama ketika perkembangan pentadbiran awam

di amerika syarikat.Oleh itu, Britain telah memperkenalkan “Code of Practice” yang

mengandungi tiga perkara iaitu pertama, larangan menerima sebarang hadiah aripada peniaga

tempatan. Kedua, kenaikan pangkat adalah berasaskan senioriti serta ketiga, system peperiksaan

yang telah diperkenalkan sebagai asas bagi menjawat jawatan baru untuk menggantikan system

patronage yang dahulunya. Bentuk pentadbiran moden di Britain dipengaruhi corak pentadbiran

India.Selain itu, Britain juga memperkenalkan system peperiksaan baru yang dahulunya dikenali

sistem patronage dan pelantikan kakitangan yang berlainan mengikut pembahagian tugas kepada
intelektual dan rutin serta pemilihan seseorang kakitangan yang berjawatan tinggi dengan

mengukur keupayaan intelektualnya.

JERMAN

Pada asalnya pentadbiran awam bertitik tolak di jerman.kerajaan Prussia jerman pada abad ke 17

dan 18 telah menyedari betapa pentingnya pentadbiran awam sebagai satu institusi dalam

sesebuah negara.dalam hal ini negara di benua eropah khususnya jerman memberi sepenuh

perhatian kepada pentadbiran awam.oleh itu jerman berpendapat satu badan yang merangkuymi

pegawai-pegawai yang professional perlu ditubuhkan dan mengendalikan tugas pentadbiran.

Semenjak kewujudan negara moden di eropah barat seprti jerman pengajian akademik yang

sistematik mula diterokai pada pertengahan abad ke 19. Akan tetapi pada peringkat permulaanya

pengajian ini hanya memberi tumuan kepada aspek-aspek formal kerajaan sebagai contonya
perlembagaab dan susunan pemerintahan. Serta dipengaruhi oleh tulisan sarjana jerman yang

telah menyampaikan hujah-hujah mereka.

Kejayaan pucuk pimpinan negara jerman dalam memperkenalkan satu badan pentadbir yang

professional telah Berjaya menjadi negara model kepada negara Austria hungary untuk

menjalankan pentadbiran yang professional.

Kebiasaanya di jerman jentera pentadbiran awam memainkan perana untuk mengawal keadaan

keamana dan tertib.oleh itu,negara-negara di benua eropah terutamanya jerman memberi

perhatian kepada perntadbiran awam.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapat difahami pentadbiran awam ini telah bertapak lama di sesebuah

negara. Ilmu pentadbiran awam ini banyak memberi tumpuan kepada pentadbiran awam dalam

sesebuah instiitusi setiap Negara dan berperanan sebagai asset bagi memajukan sesebuah

kerajaan.. Kesan yang dapat digarapi daripada ilmu pentadbiran awam itu sendiri adalah

pentadbiran sesebuah negara adalah bertujuan mencapai kesejahteraan ekonomi,politik dan

social.Selain itu dalam penulisan ini juga dapat dilihat rententan perkembangan perntadbiran

awam yang sangat meluas di Negara Jerman, Perancis, Britain dan Amerika Syarikat.

You might also like