You are on page 1of 6

Fakta Rokok Global Jumlah perokok seluruh dunia dianggarkan sekitar 1.15 bilion orang.

. Daripada jumlah itu, lebih 80 peratus perokok adalah di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit. Dalam kalangan remaja di seluruh dunia yang berumur antara 13 dan 15 tahun, dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok. Secara kasar, 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari dan separuh daripada jumlah itu di negara-negara Asia. Di Amerika Syarikat mendapati kecenderungan kanak-kanak yang merokok untuk menjadi penagih dadah adalah 13 kali ganda berbanding kanak-kanak yang tidak kerap merokok! FAKTA PEROKOK MALAYSIA Fakta Info Sihat Kementerian Kesihatan mengenai senario dan tabiat merokok di Malaysia menunjukkan hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok. Setiap hari sekitar 45 hingga 50 remaja bawah umur 18 tahun mula merokok. Statistik bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat 8 peratus dari tahun 2005 hingga 2010. Tahun 2004: secara keseluruhannya hampir seorang daripada lima remaja adalah perokok. Kes kanser paru-paru dalam negara bertambah dengan kadar 17 peratus setahun dan tabiat merokok juga dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung). Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2010: tabiat merokok menyebabkan kematian kira-kira 18,000 orang setahun. Lebih lima juta perokok tegar negara ini membelanjakan sekitar RM15 juta sehari untuk membeli rokok. Ini bermakna RM5.8bilion setahun. Asap rokok toksik! Ramai yang tahu tetapi buat tidak tahu dan masih mahu. Malah ada yang tegar merokok meskipun nyawa sudah seperti telur di hujung tanduk! Amalan merokok semakin menjadi budaya melibatkan bukan sahaja golongan dewasa tetapi juga remaja, baik lelaki mahu pun perempuan. Pun bagi mereka yang mungkin tersasar jauh, merokok berpuluh-puluh tahun, berhenti merokok bukan suatu yang mustahil! Punca-Punca Seseorang Terjerat Dengan Rokok 1. Pengaruh rakan sebaya Lazimnya tabiat ini bermula secara suka-suka. Lihat kawan hisap rokok, seseorang cenderung mahu mencuba. Ramai terpengaruh dengan ajakan kawan untuk mencuba merokok. Mereka bermula dengan suka-suka akhirnya ketagih. Kalau pun ada yang tidak mahu, pengaruh kuat rakan sebaya akhirnya menjeratnya kepada perangkap rokok. Ada juga yang merokok pada awal usia belasan tahun. Lazimnya mereka yang mencuba sekali, meskipun ada yang terbatuk-batuk menyedut asap rokok, tidak akan berhenti dengan hembusan asap rokok yang pertama. Kaki baru melangkah ke sekolah menengah rendah, sudah mula suka bau wangi asap rokok. .

2. Kekeliruan identiti remaja mendorong mereka terlibat dalam tabiat merokok. Pada usia yang muda, para remaja hendak menonjolkan diri dengan identiti tertentu untuk dikenali. Ramai remaja menganggap amalan ini sebagai fesyen sezaman Amalan ini melambangkan kedewasaan mereka. Dengan menghisap rokok, mereka nampaknya lebih matang dan dewasa. Ada pula menganggap mereka lebih bergaya dan berstatus. Ada pula kaum wanita mahukan badan langsing dan percaya amalan ini dapat mengekalkan kelangsingan badan mereka. KESAN NEGATIF ROKOK 1. Merokok boleh menyebabkan ketagihan. Hal ini kerana tembakau mengandungi bahan penyebab ketagihan dipanggil nikotin. Ini merupakan bahan psikokimia yang mempengaruhi sistem saraf dan mental seseorang. Nikotin dilaporkan menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh dadah kokain dan heroin. Penagih akan gian. Seluruh badan tidak selesa dan hilang semangat jika terputus bekalan rokok. 2. Merokok mencetuskan masalah disiplin remaja Bagi remaja yang terperangkap dengan ketagihan, bukan sahaja wang saku dihabiskan malah ada juga yang berani ponteng sekolah untuk melepas gian. Hal ini kerana mereka tidak boleh merokok di sekolah. Mereka menjadi liar dan kerap ponteng sekolah kerana ketagih merokok. Tidak cukup dengan wang saku sekolah, ada juga yang mula menjadi pandai mengebas duit ibu bapa sendiri. Selepads itu mereka mungkin bergelumang dengan tabiat buruk mencuri untuk menampung belanja membeli rokok. Malah tidak kurang juga perokok-perokok ini terlibat dengan jenayah juvana dan penyalahgunaan dadah! 3. Rokok menjejaskan kesihatan perokok. Asap rokok yang tampak seakan-akan berwarna putih sebenarnya tidaklah sebersih sebagaimana yang lazimnya dikaitkan dengan warna putih. Hakikatnya asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh membunuh. Tembakau adalah penyebab paling utama kematian di seluruh dunia di mana tabiat merokok dilaporkan boleh membunuh satu bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau di mana 2,000 daripadanya adalah toksik dan 63 karsinogenik. Separuh daripada perokok jangka masa panjang diuar-uarkan akan mati akibat penggunaan tembakau yang antaranya menyebabkan kanser paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik serta penyakit jantung. Secara puratanya juga, hayat seseorang itu akan menjadi pendek lima minit bagi setiap batang rokok yang dihisap!

30 peratus daripada semua kematian berkaitan kanser berpunca daripada tabiat merokok. 90 peratus daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah juga kerana tabiat merokok! 4. Asap rokok mencetuskan penyakit kanser: Tar dan nikotin dalam asap rokok menyebabkan barah paru-paru dan mulut. Asap rokok bertoksid menyaluti tisu paru-paru, dan menjadinya kendur. Jadi, gas-gas oksigen sukar meresap masuk menyebabkan penyakit emfisema. Masalah sesak nafas atau batuk berpanjangan mencetuskan bronkitis. Pada tahap serius, kahak perokok bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan. Sel-sel paru-paru mengalami tumbesaran yang abnormal menyebabkan kanser paru-paru. 5. Rokok mencetuskan sakit jantung. Urat-urat darah menjadi tegang, menyebabkan penyakit jantung. Jika ketiga-tiga saluran darah ke jantung tersumbat, pembedahan pintasan jantung terpaksa dijalankan. Perokok menghadapi risiko serangan jantung yang teruk. Perokok yang merokok sehingga 40 batang sehari mudah menderita serangan sakit ahmar. 6. Rokok mengancam tumbesaran bayi dalam kandungan ibu Racun asap rokok meresap ke embrio. Janin dalam kandungan kekurangan oksigen. Kemungkinan besar bayi itu mengalami keguguran awal. Ada pula dilahirkan lebih awal dan dalam keadaan kurang berat badan. Maka bayi mudah dijangkiti penyakit. Kecerdasan otak bayi juga terjejas. HALANGAN-HALANGAN YANG MENGGAGALKAN USAHA MEMBUANG TABIAT MEROKOK. Bilangan perokok pelbagai peringkat umur di Malaysia kian meningkat.(Wanita) Merokok bukan sahaja membazirkan wang, malah mengancam kesihatan kita. Usaha demi usaha telah dijalankan untuk membendung tabiat merokok. Namun banyak halangan yang menyekat usaha kita. 1. Ibu bapa yang merokok membantutkan usaha ini. Pendidikan mencegah anak daripada merokok perlu bermula dari rumah. Malangnya Ibu bapa yang merokok akan menunjukkan teladan yang tidak baik. Akibatnya, anak-anaknya akan terikut-ikut dengan telatah orang tua mereka. Pasti ibu bapa tidak dapat menasihati anak menjauhi amalan merokok. Usaha mereka tidak ubah seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul . Jadi, mereka tidak dapat menghalang anak-anaknya daripada merokok. Dengan ini, tabiat buruk masih berlarutan. 2. Kelemahan diri perokok juga menghalang mereka mengkikis tabiat ini. Ramai perokok sedar tentang kesan buruk tabiat ini tetapi sengaja tidak mengambil peduli Mereka kurang mengambil iktibar daripada bukti sahih perubatan. Ramai yang ketagih kerana gagal mengatasi masalah hidupnya. Mereka cuba mengatasi tekanan hidup dengan merokok. Kesunyian hidup mendorong mereka terus merokok

Ada yang tidak berupaya mengawal nafsu dan kurang berazam mengatasinya. Mereka terikut-ikut dengan ajakan kawan-kawan dalam amalan ini. 3. Usaha kerajaan membanteras tabiat buruk ini juga tidak menyeluruh. Kerajaan menyeru rakyat membuang tabiat buruk ini. Namun, usaha menanam tembakau digalakkkan di kawasan pantai Kelantan dan Trengganu. Selagi tembakau dimajukan, selagi itulah rokok akan membanjiri pasaran. Kerajaan juga membenarkan nama syarikat rokok menjadi penaja temasya sukan dan filem. Akibatnya ramai rakyat memberi alasan tanpa menghisap rokok, kita tidak dapat menikmati pelbagai rancangan sukan dan tayangan filem. 4. Penguatkuasaan undang-undang yang kurang berkesan juga merupakan halangan utama. Kini pengharaman mengisap rokok di kawasan awam sudah berkuatkuasa Remaja di bawah usia 18 tahun juga dilarang membeli dan menghisap rokok. Namun remaja masih melayan ketagihan mereka. Rokok dapat beli dengan mudah oleh sesiapa sahaja. Para ramaja melepak di kafe siber, warung, perhentian bas atau pusat membeli-belah. Remaja ini tidak segan silu menghembus asap rokok, sebatang lepas sebatang dalam masih berpakaian seragam sekolah! Tanpa tangkapan dan hukuman yang berat, pasti orang ramai tidak akan takut. 5. Pengaruh iklan rokok merupakan halangan utama usaha kita membasmi amalan merokok. Kerajaan telah mengharamkan iklan rokok dalam media massa. Namun syarikat rokok sepereti Dunhill menggunakan cara lain mempromosikan rokok. Syarikat-syarikat rokok secara agresif menjalankan kempen merokok terutama dalam kalangan golongan remaja. Ini dapat dilihat dengan penglibatan syarikat rokok dalam pelbagai pesta yang melibatkan golongan remaja Jenama rokok menjadi penaja rancangan televisyen dan temasya sukan antarabangsa dsn. Dunhill juga mengiklankan barangan mewah. Dengan itu, mesej rokok sebagai simbol status, dan prestij yang tersirat di sebalik nama rokok tersebar. Selanjutnya ini menggalakkan orang ramai tertarik dengannya. Ini akan menghalang usaha kita membuang tabiat merokok. LANGKAH MEMBANTERAS TABIAT MEROKOK 1. Kempen kesedaran Banyak wang sehingga ratusan juta ringgit setiap tahun dibelanjakan untuk menanam sikap benci kepada rokok, umpamanya menerusi Kempen Tak Nak Merokok. Pelbagai jenis media digunakan. Bermacam jenis strategi juga disusun termasuk memaparkan gambar-gambar yang mengerikan di kotak-kotak rokok yang menunjukkan kesan buruk rokok kepada perokok. Program Hari Tanpa Merokok Sedunia anjuran IJN Langkah menghentikan tabiat ini disarankan kepada orang ramai. Kesan buruk rokok disiarkan melalui media massa.

Orang ramai akan sedar Kesedaran untuk berhenti merokok timbul Mereka akan menjauhi amalan ini. Ibu bapa akan mengawal ketat anak-anak mereka. 2. Batuan NGO Klinik Berhenti Merokok (QSC) Institut Jantung Negara (IJN) memberikan pelbagai bimbingan kepada perokok tegar. Sesi Sokongan Berhenti Merokok diadakan di IJN. Perokok dijemput menyertai Klinik Berhenti Merokok IJN. khidmat kaunseling kaunselor dapat membantu perokok tegar berhenti merokok. Ubat diberi untuk merawat ketagihan merokoknya. Perjumpaan Sesi Sokongan Berhenti Merokok dianjurkan agar perokok berjaya menahan keinginan merokoknya. Selanjutnya menanam azam untuk memilih jalan hidup yang lurus 3. Dasar kerajaan Melalui dasar cukai, kerajaan boleh menaikkan cukai rokok. Dengan sedemikian, rokok akan menjadi mahal. Golongan yang kurang mampu akan mengurangkan amalan ini. Ini membantu perokok kuatkan azam mereka untuk henti merokok. Kementerian Kesihatan terus menguatkuasakan larangan merokok di zon-zon yang ditetapkan. Sehingga kini sebanyak 21 premis telah dikenal pasti sebagai zon larangan merokok. Antaranya ialah hospital/klinik, lapangan terbang, lif serta tandas awam, restoran berhawa dingin, pengangkutan awam, premis kerajaan, institut pendidikan, stesen petrol, kafe internet, pusat membeli-belah di samping ruangan pejabat swasta dengan sistem pendingin hawa yang berpusat. PENGALAMAN SEORANG PEROKOK DALAM USAHA MEMBUANG TABIAT MEROKOK: Amaran doktor bahawa batuk yang serius tanda awal kanser paru-paru. Separuh sel paru-paru hampir mati. Kahaknya bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan. Merokok sehingga 40 batang sehari senang kena serangan sakit ahmar. Tiga saluran darah jantung sudah 80% tersumbat. Mula-mula mengurangkan bilangan rokok yang dihisap, secara perlahan-lahan. Hari pertama berhenti merokok, merasa keperitannya. Apabila bangun pagi, teringin sangat hendak merokok. Ingin menangkap dan menghiru asap rokok perokok lain. Terpaksa buat-buat sibuk, jangan biarkan diri kesenangan kerana idea hisap rokok akan muncul. Tidak menghampiri mereka yang merokok. Baru boleh menahan diri daripada ingin merokok apabila melihat orang merokok. Setelah mengambil ubat untuk merawat ketagihannya, bau rokok sudah menjadi tidak sedap. Sokongan rakan dan sokongan moral kaunselor di Klinik Berhenti Merokok IJN mendorongnya lupa langsung tentang rokok. TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Beban menyedarkan rakyat tentang bahaya merokok sewajarnya bukan sahaja digalas kerajaan. Pelbagai pihak perlu turun padang dengan melaksanakan kempen kesedaran anti merokok. Kita perlulah mendukung amalan gaya hidup sihat dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutama bebas daripada amalan merokok yang memudaratkan kesihatan. Insaflah semua, bebaskan alam kita daripada pencemaran asap rokok. http://goaypastpm.wordpress.com/category/kertas-2-stpm/bahagian-a-karangan-laras-sosialkemasyarakatan/

You might also like