You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJOING BELANJA, PARIT, PERAK MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KE 1/2014 Nama Mesyuarat Tarikh Masa

Tempat Pengerusi Kehadiran Nama Yang Hadir : : : : : : : Mesyuarat Kokurikulum 15 Januari 2014 (Rabu) 2.00 petang Makmal Komputer Haji Tajuddin bin Abdullah Hashim (Guru Besar) 26/27

1. Haji Tajuddin bin Abdullah Hashim PPT 2. En Mohd Azizi bin Salleh 3. En Abdullah Radzi b. Abbas 4. Pn Che Waridah bt Haji Safian 5. En Yazali b. Yusoff 6. Pn. Che Nor Hazimah bt Abdullah 7. Pn.Halimatussadiah bt Taharim 8. En.Mohd Yaki b Zawawi 9. En. Aizzuddin b. Sallehuddin 10. En Abd Khalil b Jali 11. Tn Hj Rozali b. Din 12. En Mohd Firdaus b Mohd Jamil 13. En. Ahmad Ridzuan b. Abd Malek 14. En Mohd. Yusof b. Re 15. Pn Siti Fatimah bt. Osman 16. Pn Saftina bt Sabu 17. Pn Jamaayah bt Hariri 18. Pn Nor Hayati bt. Razali 19. Pn. Noorulhuda bt. Abdul Rahim 20. Pn Ganggadevi A/P Kandiah 21. Pn Rabizah bt Ali 22. Pn Zunairah bt Yaacob 23. Cik Nor Shaliza bt Azman 24. Pn Nor Nazahiah bt Abdullah 25. Pn. Syarinatul Laili bt Abd Wahab 26. Pn Siti Hagrah bt Khalin Nama Yang Tidak Hadir :

(Guru Besar) (PK Pentadbiran) (PK Hal Ehwal Murid) (PK Kokurikulum) (Penyelaras Pendidikan Khas)

1. En Qamarul Arifin b. Mohd. Saleh Diedarkan kepada semua guru pada 22 Januari 2014 dan diharapkan guru yang terlibat dapat ambil tindakan yang segera.

1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengerusi, Haji Tajuddin. 1.2 Majlis dimulakan bacaan Umul Kitab Al-Fatihah. 1.3 Tuan pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. 1.4 Beliau menyatakan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kokurikulum sekolah bagi tahun 2014. 1.5 Beliau juga memaklumkan tentang aktiviti kokuriukulum SK Tg Belanja yang akan dibentangkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Che Waridah. Tindakan : Untuk Makluman 2.0 Taklimat daripada Penolong Kanan Kokurikulum 2.1 Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Che Waridah memaklumkan dengan lebih terperinci mengenai Jawatankuasa Kokurikulum SKTB 2014. (LAMPIRAN 1) 2.2 Beliau memaklumkan ada tambahan guru baru iaitu En Aizzuddin b Sallehuddin. 2.3 En Aizzudin akan menggantikan Pn Raudah Nora yang telah bertukar ke SK Seri Iskandar untuk semua jawatan guru penasihat bagi permainan Bola Baling, unit Beruniform Pengakap dan Persatuan/kelab Bahasa Melayu. 2.4 PK Kokurikulum juga berharap agar semua guru dapat memberi kerjasama dalam menjayakan semua acara atau aktiviti kokuriukulum SKTB pada tahun ini dengan jayanya. Tindakan : Untuk Makluman 3.0 Pesanan daripada PPD 3.1 PK Kokurikulum, Pn Che Waridah memaklumkan mengenai dapatan daripada mesyuarat yang dihadiri baru-baru ini. 3.2 Beliau memaklumkan mengenai Program Pembangunan Sukan yang telah ditetapkan iaitu 3 jenis permainan yang mesti dibangunkan : Permainan Sukan Olahraga (cth: lari pecut 100m,200m) Hoki Boling Tenpin Tindakan Guru En Abd Khalil En Mohd Firdaus Pn Syarinatul Laili

3.3 Guru yang terlibat mesti membuat kertas kerja dan target sasaran bagi permainan-permainan di atas adalah mewakili negeri. 3.4 Pelaksanaan Kokurikulum di sekolah juga adalah wajib (Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan : Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjara tidak melebihi 3 bulan atau kedua-dua sekali) 3.5 Guru-guru diminta memakai baju KRS/pengakap/Puteri Islam atau baju beuniform yang sesuai dengan kehendak sekolah pada setiap hari Rabu. 3.6 Peruntukan wang kokurikulum pula adalah seperti berikut : i. 101 hingga 150 orang murid = RM 1200.00 ii. Perbelanjaan wang adalah 80% untuk aktiviti Kokurikulum iii. Aktiviti-aktiviti akademik, HEM, sukan, Pendidikan Islam, Kaunseling dan Dadah adalah tidak dibenarkan menggunakan wang kokuriukulum sekolah. 3.7 Pelaksanaan kegiatan kokuriukulum sekolah rendah pula adalah seperti berikut : Tahun Tahun 3 dan Tahun 4 Tahun 5 dan Tahun 6 Masa 60 minit seminggu 120 minit seminggu

3.8 Manakala bilangan perjumpaan bagi setiap aktiviti kokuriukulum sekolah adalah seperti berikut : Aktiviti PBB (Pasukan Badan Beuniform) Kelab/Persatuan Sukan/Permainan Bilangan perjumpaan

12 kali

3.9 Beliau mengharapkan agar semua guru dapat memberi kerjasama dalam menjayakan semua program atau aktiviti kokurikulum pada tahun ini dengan jayanya. Tindakan : Untuk Makluman

4.0 Hal-hal lain. 4.1 Semua guru dan murid mesti hadir setiap kali aktiviti kokurikulum diadakan pada setiap minggu mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut : Hari Selasa Rabu Masa 3.00 4.00 ptg 3.00- 5.00 ptg Aktiviti Aktiviti 1 Murid 1 Sukan A Unit Beruniform B Kelab/Persatuan

4.2 Semua guru harus memastikan murid hadir dan memakai pakaian yang sesuai ketika aktiviti kokurikulum dilaksanakan. 4.3 Buku pelaporan bagi setiap aktiviti yang dijalankn mesti dilengkapkan dan dihantar secepat yang mungkin untuk mengelakkan masalah keciciran buku. Tindakan : Semua guru 5.0 Ucapan Penangguhan 5.1 Mesyuarat ditangguhkan dengan surah Al-Asr pada pukul 4.00 petang.

Dicatat dan sediakan oleh,

Disemak oleh,

.... (Pn Che Nor Hazimah bt Abdullah ) Setiausaha Kokurikulum 2014, SK Tanjong Belanja

................... (Puan Che Waridah bt Haji Safian) Penolong Kanan Kokurikulum SK Tanjong Belanja

Disahkan oleh ,

................. (Haji Tajuddin Bin Abdullah Hashim PPT ) Guru Besar, SK Tanjong Belanja. Tarikh Keluaran 22 Januari 2014 No Keluaran 01 No Pindaan 00

You might also like