You are on page 1of 2

Tanpa kita sedari, kita telah membina suatu kepercayaan dengan masa yang berlalu.

Sebelum berumah tangga kita selalu mempercayai bahawa pasangan yang kita pilih adalah yang terbaik buat diri kita, kita akan sentiasa berfikiran positif terhadap apa sahaja yang berlaku kerana kita percaya pasangan kita akan memberikan kebahagiaan kepada diri kita. Jika kita sedang berjalan-jalan di bandar dan tiba-tiba pasangan kita terjatuh dengan cepat kita akan membantu untuk berdiri semula dan akan memarahi punca yang menyebabkan pasangan kita jatuh, mungkin kita akan marahkan orang yang membuang kulit pisang merata-rata, atau marahkan air yang berada diatas lantai, atau apa sahaja tanpa mencari kesalahan pasangan kita. Tetapi apabila telah berumah tangga dan kita berjalan-jalan dibandar, tiba-tiba pasangan kita terjatuh, apakah yang mungkin kita lakukan? Kita membantu dengan segera atau kita seperti nampak tak nampak. Adakah kita memarahi punca yang menyebabkan kemalangan tersebut atau kita dengan pantas berkata Apalah awak ni tak nampak ke kulit pisang tu, batu tu dah lama kat situ kenapa awak nak langgar juga, lain kali kalau jalan tu hati-hati Mengapa ada perbezaan dari segi tindakan kita berbanding dengan suatu masa dahulu. I think, I feel and I do Apa yang kita fikirkan akan kita rasai dan akan dilahirkan didalam tindakan. Ianya bermula dari apakah yang kita percayai dan akan membina suatu pemikiran dan akan dijelmakan didalam perasan dan diperlihatkan melalalui tindakan. Sebagai contohnya jika kita percaya anak kita bukan seorang yang cemerlang dan bijak. Apa lagi jika keputusan peperiksaan persekolahannya sentiasa mendapat tempat yang terakhir di sekolahnya. Apakah mungkin kita akan mempercayai dia boleh berubah untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya? Tentu sekali tidak dan kita akan menerima suatu kepercayaan anak kita adalah seorang yang kurang IQ dan tidak ada harapan untuk berjaya. Kita tetap berusaha untuk menghantar ke pusat tyusen agar dapat memperbaik keputusan peperiksaannya, tetapi pada hakikatnya apa yang kita lakukan sebenarnya tidak akan memberikan apa-apa kesan kerana tanpa kita sedari kita telah berdoa yang anak kita tetap seperti apa yang ada dan perubahan itu adalah sukar untuk berlaku. Tanpa kita sedar sekiranya kita percaya anak kita boleh melakukan yang terbaik, setidak-tidaknya kita akan berdoa kepada Allah swt agar anak kita diberikan kebaikan dan dipermudahkan untuk memperlajari sesuatu yang baru. Jika kita membantu kita akan bantu dengan bersungguh-sungguh bukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Kita akan bersama-sama untuk memastikan kejayaan mereka dan tidak akan mengenal putus asa didalam mencapai tujuan yang dikehendaki. Mari kita lihat pula kepercayaan terhadap keluarga yang telah kita bina. Apakah sebenarnya kepercayaan yang telah terbina dengan masa yang telah berlalu. Jika sebelum berumah tangga kita mempunyai banyak harapan yang ingin kita lakukan bersama-sama, tetapi kini berapa banyak lagi harapan yang kita ingin lakukan bersama-sama. Apakah kepercayaan yang ada terhadap pasangan kita sekarang? Apakah kepercayaan kepada Allah swt kita terapkan kepada pasangan kita sehingga melahirkan iman yang mendalam di dalam kehidupan. Apakah kepercayaan yang ada apabila kita di anugerahkan anak-anak didalam kehidupan. Adakah kita percaya tugas kita setakat memberikan makan minum kepada mereka, memberikan pelajaran agar menjadi seorang yang berguna nanti, mungkin

sebagai jurutera atau doktor. Atau kita percaya anak ini adalah sebagai harta buat kita diakhirat kelak. Kalau kita percaya bahawa mereka perlu diselamatkan diakhirat daripada api neraka, apakah mungkin kita memfokuskan kepada pelajaran dunia semata-mata. Tentu sekali kita akan memastikan pelajaran Al Quran dan sunnah yang membentuk akhlak menjadi teras kehidupan mereka. Marilah kita semak semula apakah sebenarnya kepercayan yang telah kita bina sekarang dalam diri kita, kita perlu membetulkan semula kepercayaan ini sehingga kepercayaan kepada Allah swt merupakan peringkat yang tertinggi didalam kehidupan kita kerana ini sahaja yang akan dapat memberikan keselamatan buat isteri dan anak-anak kita di dunia dan akhirat.

You might also like