Professional Documents
Culture Documents
0 PENGENALAN
1
2.0 PROSES PENERBITAN AYAT
Proses pengguguran adalah satu proses transformasi yang berlaku pada struktur
ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur atau konstituen tertentu seperti
pengguguran subjek, predikat dan sebagainya daripada binaan ayat asalnya. Proses
pengguguran dalam bahasa Melayu ini mempunyai beberapa istilah lain yang digunakan
oleh tokoh-tokoh bahasa. Asmah Haji Omar (1993:369) menggunakan konsep
penghilangan bagi proses pengguguran ini. Beliau mendefinisikan penghilangan sebagai
proses yang menghilangkan binaan-binaan tertentu daripada pola dasar. Menurut Arbak
Othman (1980:77) pula, pengguguran juga disebut sebagai delesi. Abdullah Hassan et
al. (2006:114) dan Nik Safiah karim et al. (2008:538) masing-masing bersetuju bahawa
proses pengguguran utama dalam bahasa Melayu melibatkan pengguguran frasa nama
sebagai subjek dan pengguguran frasa predikat. Walau bagaimanapun, Nik Safiah karim
et al. (2008:538) berpendapat bahawa ada dua lagi jenis pengguguran utama, iaitu
pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif dan pengguguran kata nama
yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama.
Menurut Nik safiah karim et al. (2008:538), Arbak Othman (1980:82) dan
Abdullah Hassan et al. (2006:114), proses pengguguran frasa nama sebagai subjek
boleh berlaku dalam ayat perintah yang melibatkan pengguguran subjek kata ganti
nama diri orang kedua. Walau bagaimanapun, terdapat lagi penambahan proses
pengguguran frasa nama sebagai subjek ini. Abdullah Hassan et al. (2006:115)
menambah proses pengguguran juga boleh berlaku melalui pengguguran subjek kata
2
ganti nama orang ketiga dan pengguguran frasa nama. Nik safiah karim et al.
(2008:538) juga ada menambah bahawa subjek yang serupa dalam ayat majmuk boleh
digugurkan. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa pengguguran frasa nama sebagai
subjek terbahagi kepada empat jenis, iaitu pengguguran subjek kata ganti nama diri
orang kedua dalam ayat perintah, pengguguran subjek kata ganti nama diri orang
ketiga, pengguguran frasa nama dan pengguguran subjek frasa nama yang serupa
dalam ayat majmuk.
i. Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah
Menurut Abdullah Hassan et al. (2006:114), ayat perintah atau dikenali sebagai
ayat suruhan merupakan ayat yang digunakan untuk memberi perintah atau arahan.
Dalam ayat perintah, kata ganti nama diri orang kedua seperti engkau, awak, kamu dan
sebagainya menjadi unsur pengisi dalam konstituen subjek. Contohnya:
(1a) Kamu, berhenti!
(1b) Berhenti!
Dalam contoh ayat perintah di atas, subjek kata ganti nama diri orang kedua
kamu telah digugurkan. Lazimnya, kata ganti nama diri orang kedua kamu berada di
hadapan ayat perintah dan pengguguran konstituen subjek yang terdiri daripada kata
ganti nama diri orang kedua tidak akan menimbulkan kekaburan kepada siapa ayat
tersebut ditujukan.
3
iii. Pengguguran frasa nama
Menurut Abdullah Hassan et al. (2006:115), frasa nama juga dapat digugurkan
sekiranya konteks ayat sudah jelas dan tidak menimbulkan kekaburan pada ayat.
Penerangan ini dapat dijelaskan lagi berdasarkan contoh ayat di bawah:
(3a) Rumah setinggan terbakar hangus.
(3b) Terbakar hangus.
Dalam contoh ayat (3a), rumah setinggan merupakan frasa nama yang mengisi
konstituen subjek dalam ayat. Frasa nama rumah setinggan boleh digugurkan seperti
dalam ayat (3b) kerana sudah membawa maksud yang jelas dan boleh difahami.
Menurut Abdullah Hassan et al. (2006:116) dan Nik Safiah Karim et al.
(2008:542), pengguguran frasa predikat dalam bahasa Melayu melibatkan dua jenis,
iaitu pengguguran seluruh frasa predikat dan pengguguran bahagian-bahagian tertentu
dalam frasa predikat sahaja.
4
terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan.
Pengguguran frasa predikat yang serupa tersebut terdiri daripada frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Kesemua frasa predikat yang serupa ini
kecuali yang terakhir boleh digugurkan.
(b) Pengguguran seluruh predikat bagi frasa nama yang serupa dalam ayat majmuk:
Pengguguran frasa nama yang serupa dalam predikat berlaku apabila terdapat
penggunaan frasa predikat yang sama dalam ayat majmuk gabungan. Hal ini dapat
dijelaskan lagi berdasarkan contoh di bawah:
(6a) Shuhada pegawai pertanian dan Hasina pegawai pertanian.
(6b) Shuhada dan Hasina pegawai pertanian.
Ayat majmuk gabungan (6a) mengandungi penggunaan frasa nama pegawai
pertanian yang serupa dan kesemua frasa predikat pegawai pertanian tersebut boleh
digugurkan kecuali yang terakhir. Dalam ayat (6b), pegawai pertanian daripada ayat
pertama telah digugurkan untuk mengelakkan pengulangan frasa nama yang serupa
sebagai unsur pengisi predikat dalam ayat majmuk.
(c) Pengguguran seluruh predikat bagi frasa adjektif yang serupa dalam ayat
majmuk:
(7a) Durian sangat manis dan manggis sangat manis.
(7b) Durian dan manggis sangat manis.
Ayat (7a) mengandungi frasa predikat, iaitu frasa adjektif sangat manis yang
serupa dalam ayat majmuk gabungan. Oleh itu, frasa adjektif sangat manis dalam
klausa yang pertama telah digugurkan seperti dalam ayat (7b).
5
(d) Pengguguran seluruh predikat bagi frasa sendi nama yang serupa dalam ayat
majmuk:
(8a) Ibu di dapur dan nenek di dapur.
(8b) Ibu dan nenek di dapur.
Dalam contoh ayat (8b), predikat frasa sendi nama di dapur dalam klausa
pertama telah digugurkan kerana mengandungi frasa predikat yang sama dalam ayat
majmuk (8a), iaitu frasa sendi nama di dapur.
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:557), frasa nama yang serupa yang
mendahului frasa relatif boleh digugurkan apabila dua ayat digabungkan dengan satu
ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif. Dalam bahasa
Melayu, proses pengguguran jenis ini boleh berlaku dalam kedudukan frasa nama
6
sebagai subjek dan frasa nama yang mendahului frasa relatif dalam kedudukannya
sebagai objek. Contohnya:
(13) Lelaki itu bapa saudara saya. Lelaki itu memandu kereta.
→ Lelaki yang memandu kereta itu bapa saudara saya.
→ Yang memandu kereta itu bapa saudara saya.
(14) Abang membeli cincin pertunangan itu. Cincin pertunangan itu cantik.
→ Abang membeli cincin pertunangan yang cantik itu.
→ Abang membeli yang cantik itu.
Contoh dalam ayat (13) merupakan pengguguran frasa nama lelaki yang
mendahului frasa relatif yang dalam kedudukan frasa nama sebagai subjek. Proses
yang sama seperti itu turut berlaku terhadap frasa nama cincin pertunangan yang
mendahului frasa relatif yang dalam kedudukannya sebagai objek seperti dalam contoh
ayat (14).
2.1.4 Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi sebagai Inti dalam Frasa Nama
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:560), kata nama yang terkandung dalam
binaan frasa nama, KNinti + penerang, boleh digugurkan sehingga yang tertinggal
dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada
kelas kata nama. Contohnya dapat dilihat dalam ayat berikut:
(15a) Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.
(15b) Bersenam boleh menyihatkan badan.
Dalam ayat (15a), kegiatan bersenam berfungsi sebagai frasa nama yang
mengandungi kata nama inti kegiatan dan bersenam (kata kerja) sebagai unsur
penerang. Jadi, kata nama inti kegiatan dalam frasa nama kegiatan bersenam boleh
digugurkan sehingga membentuk ayat (15b) dan kata kerja bersenam dalam (15b)
berfungsi sebagai frasa nama setelah menghilangkan ciri-ciri tipikalnya.
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:562), bentuk perkataan dalam ayat asal
diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang
baharu dalam proses penyusunan semula. Secara asasnya, makna pada ayat tidak
mengalami perubahan apabila melalui proses ini. Terdapat istilah lain yang digunakan
7
bagi proses penyusunan semula ini, iaitu Arbak Othman (1980:77) menyebut proses
penyusunan semula ini sebagai proses pergerakan yang bermaksud pergerakan unsur-
unsur dari satu tempat dalam satu struktur ke satu tempat lain dalam struktur yang lain.
Nik Safiah Karim et al. (2008:562) dan Abdullah Hassan et al. (2006:117)
masing-masing sependapat dalam membahagikan proses penyusunan semula dalam
bahasa Melayu kepada tiga jenis, iaitu penyusunan semula frasa nama sebagai subjek,
penyusunan semula frasa nama sebagai objek dan penyusunan semula melalui ayat
songsang. Walau bagaimanapun, Arbak Othman (1980:80) ada menambah satu lagi
proses penyusunan semula, iaitu transformasi relatif. Asmah Haji Omar (1993:371) pula
tidak membuat pecahan-pecahan kecil dalam proses penyusunan semula ini seperti Nik
Safiah Karim dan Abdullah Hassan.
Nik Safiah Karim et al. (2008:562), Abdullah Hassan et. al (2006:117) dan
Asmah Haji Omar (1993:371) masing-masing bersependapat bahawa proses
penyusunan semula boleh berlaku melalui proses transformasi pasif. Dalam proses ini,
struktur ayat aktif berubah menjadi pasif, manakala objek pula menjadi judul ayat.
Contohnya dalam ayat-ayat berikut:
(16a) Ayah memandu kereta besar itu.
(16b) Kereta besar itu dipandu oleh ayah.
(17a) Shahnon Ahmad telah menyiapkan novel terbaharu.
(17b) Novel terbaharu telah disiapkan oleh Shahnon Ahmad.
Kereta besar itu dalam ayat (16b) dan novel terbaharu dalam ayat (17b)
merupakan objek yang telah disusun semula menjadi judul ayat melalui proses
transformasi pasif daripada ayat aktif (16a) dan (17a), sementara subjek asal ayah
dalam (16a) dan Shahnon Ahmad dalam (17a) pula berpindah kepada kedudukan
selepas kata kerja dipandu (16b) dan telah disiapkan (17b).
Selain ragam ayat pasif di atas, terdapat satu lagi ragam ayat pasif dalam
bahasa Melayu yang melibatkan penggunaan kata ganti nama diri orang pertama dan
kedua sebagai subjek dalam ayat aktif. Contohnya dalam ayat-ayat di bawah:
(18a) Kami menentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris.
8
(18b) Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris kami tentang.
(19a) Kamu belum melangsaikan hutang saya.
(19b) Hutang saya kamu belum langsaikan.
Imbuhan meN- pada kata kerja menentang dalam (18a) dan melangsaikan
dalam (19a) tidak boleh digantikan dengan di- apabila ayat tersebut mengalami
transformasi pasif seperti dalam (18b) dan (19b).
Nik Safiah Karim et al. (2008:566), Abdullah Hassan et al. (2006:117) dan Arbak
Othman (1980:78) masing-masing bersependapat dalam membahagikan proses
penyusunan semula dalam bahasa Melayu kepada penyusunan semula frasa nama
sebagai objek. Walau bagaimanapun, Arbak Othman (1980:78) menyebut proses
penyusunan semula jenis ini sebagai pergerakan objek (datif). Asmah Haji Omar
(1993:371) pula tidak mengelaskan proses penyusunan semula kepada jenis
penyusunan semula frasa nama sebagai objek, namun beliau ada menyatakan bahawa
proses penyusunan semula akan menyebabkan susunan struktur ayat berubah.
Penyusunan semula frasa nama sebagai objek ini berlaku dalam ayat aktif transitif yang
mengandungi dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi. Contohnya dalam ayat-ayat di
bawah:
(20a) Kami sekeluarga membacakan nenek Surah Yaasin.
(21a) Yang Dipertuan Agong menganugerahi Azhar Mansor bintang
kehormatan.
Ayat-ayat di atas mengandungi objek tepat dan objek sipi, iaitu nenek (20a) dan
Azhar Mansor (21a) sebagai objek tepat serta Surah Yaasin (20a) dan bintang
kehormatan (21a) sebagai objek sipi. Ayat-ayat di atas boleh disusun semula dengan
menukar ganti kedudukan kedua-dua objek ini, iaitu dengan mengubah objek sipi Surah
Yaasin (20a) dan bintang kehormatan (21a) pada kedudukan selepas kata kerja
mambaca (20b) dan menganugerahkan (21b) untuk menjadikannya objek tepat yang
baharu dan kedudukan objek tepat nenek dan Azhar Mansor dalam ayat asal diubah ke
bahagian akhir dengan didahului oleh kata sendi untuk (20b) dan kepada (21b) supaya
dapat berfungsi sebagai keterangan dalam ayat (20b) dan (21b).
(20b) Kami sekeluarga membaca Surah Yaasin untuk nenek.
9
(21b) Yang Dipertuan Agong menganugerahkan bintang kehormatan kepada
Azhar Mansor.
Nik Safiah Karim et al. (2008:568) dan Abdullah Hassan et al. (2006:117)
masing-masing bersependapat bahawa proses penyusunan semula berlaku juga pada
ayat songsang. Menurut Abdullah Hassan et al. (2006:117), proses penyusunan semula
melalui ayat songsang melibatkan penjudulan predikat atau adverba (frasa keterangan).
Arbak Othman (1980) pula tidak mengaitkan langsung proses penyusunan semula ini
melalui ayat songsang. Asmah Haji Omar (1993:371) tidak menyebut proses ini secara
langsung dalam proses penyusunan semula, tetapi beliau ada memberikan beberapa
contoh berkaitan dengan penyusunan semula melalui ayat songsang. Asmah ada
memberikan contoh seperti berikut:
(22a) Lambat-lambat dia mengemaskan kedudukannya. (A-S-P-O)
Ayat (22a) ini telah disongsangkan daripada ayat (22b) di bawah yang
mengandungi pola subjek-predikat-objek-ajung (adverba atau keterangan). Ajung
berasal daripada “ adjuncts ” dalam bahasa Inggeris. Menurut Keith Brown dan Jim
Miller (1991:336), “ adjuncts “ lazimnya berfungsi sebagai keterangan sama ada frasa
adverba, frasa sendi nama, kata adverba atau sebahagian daripada klausa yang
menerangkan masa, tempat, cara dan sebagainya yang berfungsi sebagai keterangan.
Dalam ayat (22a), keterangan lambat-lambat (frasa adverba) telah dikedepankan.
(22b) Dia mengemaskan kedudukannya lambat-lambat. (S-P-O-A)
Penyusunan semula melalui ayat songsang ini dalam bahasa Melayu berlaku
apabila predikat dan keterangan (frasa sendi nama atau frasa adverba) hendak
difokuskan atau diberi penekanan. Contohnya dalam ayat-ayat yang berikut:
(23) Tinggal di desa Terenas mereka. (pendepanan seluruh predikat)
(24) Semalam bapa memukul abang Suman. (pendepanan frasa adverba)
(25) Kerana dia hendak mengeluarkan wang, Aminah ke Maybank.
(pendepanan frasa sendi nama)
Dalam ayat (23), predikat tinggal di desa Terenas telah dikedepankan apabila
disusun semula melalui ayat songsang. Begitu juga dengan ayat (24) dan (25), frasa
adverba semalam (24) dan frasa sendi nama kerana dia hendak mengeluarkan wang
10
(25) yang berfungsi sebagai keterangan telah dikedepankan untuk memberi penekanan
kepada keterangan dalam ayat.
Selain ketiga-tiga proses penyusunan semula ini, Arbak Othman (1980:80) dan
Asmah Haji Omar (1993:371) ada menambah beberapa proses penyusunan semula
lagi. Asmah Haji Omar (1993:371) berpendapat bahawa proses penyusunan semula
tidak terbatas pada pemindahan tempat tetapi juga meliputi pemisahan unsur, iaitu
terdapat selaan pada unsur berkenaan oleh unsur lain. Unsur-unsur yang mengalami
pemisahan di sini ialah predikat dan ajung (adverba atau keterangan). Contohnya dalam
ayat-ayat berikut:
(26) Dia tidak pernah dari dahulu memberitahu mereka tentang hal itu.
(27) Semangatnya betul-betul terbang waktu itu.
Ayat (26) menunjukkan pemisahan unsur predikat pernah memberitahu mereka
tentang hal itu disebabkan penyelaan ajung dari dahulu dan ayat (27) menunjukkan
pemisahan ajung betul-betul waktu itu oleh predikat terbang.
Arbak Othman (1980:80) pula ada menambah proses transformasi relatif dalam
proses penyusunan semula ini. Suatu ayat dalam bahasa Melayu boleh berlaku dengan
urutan FN + ayat yang boleh tertakluk kepada satu FN, dan jika ayat menakluki satu
frasa nama yang sama dengan FN dalam urutan FN + ayat, maka FN yang tertakluk itu
akhirnya menjadi yang (Arbak Othman, 1980:80). Contohnya:
(28a) Kereta yang besar itu milik Dato’ Shahidan.
Ayat di atas terhasil melalui proses transformasi relatif daripada ayat berikut:
(28b) [ kereta[ kereta itu besar ] milik Dato’ Shahidan ]
Ayat (28a) mengalami transformasi relatif kerana mempunyai frasa nama kereta
yang sama seperti dalam (28b) dan frasa nama kereta yang tertakhluk itu perlu
digantikan dengan yang, manakala frasa adjektif besar dalam (28b) perlu dipindahkan
daripada kedudukan selepas kata penentu belakang itu kepada kedudukan sebelumnya
melalui transformasi pergerakan adjektif seperti dalam (28a). Sebenarnya, proses
transformasi relatif ini ada disebut oleh Nik Safiah Karim et al. (2008:557 dan 569-575)
dan Asmah Haji Omar (1993:368-369) dalam proses pengguguran dan peluasan,
manakala Abdullah Hassan et al. (2006:118) menyentuhnya dalam proses peluasan.
Ketiga-tiga tokoh ini tidak menggolongkan proses ini dalam proses penyusunan semula
ayat seperti yang dilakukan Arbak Othman.
11
2.3 Proses Peluasan Ayat
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:569), proses peluasan ayat ialah proses
yang menambahkan unsur-unsur dalam ayat baharu. Terdapat istilah lain yang
digunakan untuk merujuk proses peluasan ini. Arbak Othman (1980:81) menggunakan
konsep penambahan bagi menerangkan proses peluasan ayat. Proses penambahan ini
melibatkan penambahan unsur be-en dan by dalam bahasa Inggeris atau di dan oleh
dalam bahasa Melayu bagi membentuk ayat pasif. Nik Safiah Karim et al. (2008:569)
dan Abdullah Hassan et al. (2006:118-119) berpendapat bahawa proses peluasan ayat
dalam bahasa Melayu boleh berlaku melalui peluasan frasa nama sebagai subjek,
peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses
komplementasi. Walau bagaimanapun, Abdullah Hassan et al. (2006:119) ada
menambah satu lagi jenis peluasan, iaitu peluasan dengan frasa adverba.
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:569) dan Abdullah Hassan et al.
(2006:118), frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu
memancangkan frasa relatif pada klausa induk. Frasa relatif ini terbina dengan
menggunakan kata relatif yang. Asmah Haji Omar (1993:368) menyebut proses ini
sebagai pelapisan terbatas. Contohnya:
(29a) Baju baharu adik itu dilepaskan.
(29b) Baju baharu adik itu masih erat dipegangnya.
(29c) Baju baharu adik yang masih erat dipegangnya itu dilepaskan.
Ayat (29b) dipancangkan pada klausa induk (29a) melalui proses relativiasi.
Ayat (29b) telah dipancangkan pada ayat (29a) dan menghasilkan satu ayat baharu
(29c). Dalam ayat (29c), subjek baju baharu adik telah diluaskan dengan
memancangkan frasa relatif yang masih erat dipegangnya pada ayat (29a).
Menurut Abdullah Hassan et al. (2008:118) dan Nik Safiah Karim et al.
(2008:572), frasa nama yang berfungsi sebagai predikat juga boleh diperluas dengan
12
syarat frasa nama dalam ayat pertama mestilah menjadi subjek dalam ayat yang ingin
dipancangkan. Contohnya dalam ayat berikut:
(30a) Mama menjual kerongsang itu.
(30b) Kerongsang itu cantik.
(30c) Mama menjual kerongsang yang cantik itu.
Dalam ayat (30a), kerongsang itu berfungsi sebagai predikat dan boleh diluaskan
dengan memancangkan ayat (30b) pada ayat (30a) melalui proses relativisasi untuk
membentuk ayat baharu. Frasa relatif yang cantik telah dipancangkan pada predikat
menjual kerongsang itu dalam ayat (30a) dan membentuk ayat (30c) yang baharu.
Asmah Haji Omar (1993:368) juga menamai proses ini sebagai pelapisan terbatas.
Abdullah Hassan et al. (2006:119), Nik Safiah Karim et al. (2008:575) dan
Asmah Haji Omar (1993:369) menyatakan bahawa proses peluasan ini berlaku apabila
ayat yang mempunyai konstituen yang sama digabungkan menggunakan kata hubung
seperti dan, tetapi, kerana, jika, dan sebagainya. Setiap kata hubung ini boleh
digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih bagi menghasilkan ayat terbitan
yang bersifat peluasan. Peluasan dengan kata hubung ini juga disebut oleh Asmah Haji
Omar (1993:369) sebagai penggabungan. Proses peluasan jenis ini dapat dilihat dalam
contoh berikut:
(31a) Abangnya pandai bermain bola sepak.
(31b) Adiknya tidak pandai bermain bola sepak.
(31c) Abangnya pandai bermain bola sepak tetapi adiknya tidak pandai.
Ayat (31c) di atas telah diluaskan dengan menggabungkan ayat (31a) dan (31b)
dengan menggunakan kata hubung tetapi bagi membentuk ayat terbitan yang baharu.
13
(32c) Azri memberitahu bahawa Salina telah berkahwin.
Ayat (32c) telah diperluas melalui proses komplementasi. Ayat Salina telah
berkahwin dalam (32b) berubah fungsinya menjadi frasa nama dan dipancangkan pada
binaan Azri memberitahu sesuatu dalam (32a). Kata hubung komplemen bahawa dalam
ayat (32c) menandakan berlakunya proses komplementasi.
3.0 KESIMPULAN
Proses penerbitan ayat terbentuk apabila beberapa unsur, sama ada unsur perkataan
atau unsur frasa mengalami penambahan pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu
ayat dasar (Ahmad Khair Mohd Nor, 2003:147). Terdapat tiga proses penerbitan ayat
dalam bahasa Melayu, iaitu proses pengguguran, proses peluasan dan proses
penyusunan semula. Pendapat Nik Safiah Karim et al. (2008), Asmah Haji Omar (1993),
Abdullah Hassan et al. (2006) dan Arbak Othman (1980) berkaitan proses penerbitan
ayat adalah hampir sama, namun agak berbeza dari segi penggunaan istilah dan
pembahagiannya. Nik Safiah Karim et al. (2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006)
sependapat dalam penggunaan istilah pengguguran, penyusunan semula dan peluasan
ayat. Asmah Haji Omar (1993) pula menggunakan istilah lain bagi proses pengguguran
ayat, iaitu penghilangan. Selain itu, Arbak Othman (1980) pula menggunakan istilah
delesi yang berasal daripada “delection” dalam bahasa Inggeris untuk proses
pengguguran, pergerakan untuk proses penyusunan semula dan penambahan untuk
proses peluasan.
14
Berdasarkan pendapat Abdullah Hassan et al. (2006) dan Nik Safiah karim et al.
(2008) berkaitan dengan proses pengguguran ayat, dapatlah disimpulkan bahawa
proses peluasan yang utama dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu
pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, pengguguran
frasa nama yang mendahului frasa relatif, dan pengguguran kata nama yang berfungsi
sebagai inti dalam frasa nama. Dalam proses penyusunan semula pula, Nik Safiah
Karim et al. (2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) masing-masing sependapat dalam
membahagikan proses penyusunan semula dalam bahasa Melayu kepada tiga jenis,
iaitu penyusunan semula frasa nama sebagai subjek, penyusunan semula frasa nama
sebagai objek dan penyusunan semula melalui ayat songsang. Walau bagaimanapun,
Arbak Othman (1980) ada menambah satu lagi proses penyusunan semula, iaitu
transformasi relatif, manakala Asmah Haji Omar (1993) pula tidak membuat pecahan-
pecahan kecil dalam proses penyusunan semula ini seperti yang dibuat oleh Nik Safiah
Karim dan Abdullah Hassan. Di samping itu, Nik Safiah Karim et al. (2008) dan Abdullah
Hassan et al. (2006) juga bersependapat bahawa proses peluasan ayat dalam bahasa
Melayu boleh berlaku melalui peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa
predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi.
Walau bagaimanapun, Abdullah Hassan et al. (2006) menambah satu lagi bentuk
peluasan, iaitu peluasan dengan frasa adverba (keterangan).
15
RUJUKAN
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman, (2006).
Sintaksis Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Khair Mohd Nor, (2003). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications Distributors Sdn. Bhd.
Arbak Othman, (1980). Pengantar Teori Sintaksis: Satu Pengenalan Konsep Tatabahasa
Transformasi-Generatif. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
Asmah Hj. Omar, (1993). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Keith Brown dan Jim Miller, (1991). Syntax: A Linguistic Introduction to Sentence
Structure Second Edition. New York: Routledge.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
16