You are on page 1of 2

LAPORAN BINA INSAN GURU DI PUSAT KOKURIKULUM JPN SABAH, MELANGANG, KIULU (AKTIVITI KEMBARA) Jarak perjalanan aktiviti

kembara.

Aktiviti kembara ini bermula pada jam 2 petang. Jarak perjalanan aktiviti kembara ini adalah sejauh 6 kilometer. Setiap kumpulan telah diarahkan untuk berhenti pada setiap check point yang telah ditetapkan. Bermula dari garisan permulaan aktiviti kembara ini menuju ke check point pertama mengambil masa selama 19 minit dan jarak antara garisan permulaan ke check point pertama adalah sebanyak 1400 langkah. Di check point pertama itu terdapat sebuah jambatan gantung yang perlu dilalui oleh setiap kumpulan. Selepas melalui jambatan gantung tersebut, kami menuju ke check point yang kedua. Check point pertama ke check point kedua mengambil masa selama 30 minit, lebih kurang pada jam 2.48 petang dan jarak antara dua check point ini adalah sebanyak 1300 langkah. Selepas melalui check point kedua, kumpulan kami terus menuju ke check point yang ketiga. Di check point ketiga, kami telah bertemu dengan pegawai yang bertugas. Di check point ini, kami perlu menjawab soalan berkaitan dengan pertolongan cemas. Kami berada di check point ini selama 5 minit dan setelah dapat menjawab soalan yang ditanya, kami meneruskan perjalanan ke check point seterusnya. Jarak antara check point kedua ke check point ketiga adalah sebanyak 800 langkah dan mengambil masa selama 10 minit. Kami tiba di check point ketiga ini lebih kurang jam 3.00 petang. Jam 3.05 minit, kami telah bergerak menuju ke check point seterusnya iaitu check point keempat. Perjalanan ke check point keempat ini, kami mengambil masa selama 10 minit iaitu pada jam 3.15 petang. Jarak antara check point ketiga ke check point keempat ini sejauh 600 langkah. Semasa kami menuju ke check point keempat ini, kami perlu melalui satu lagi jambatan gantung.

Seterusnya, kami menuju ke check point yang terakhir iaitu check point kelima, di mana di check point ini kami perlu melakukan aktiviti memasak dengan menggunakan ranting-ranting pokok dan kayu-kayu yang ada di sekeliling kawasan untuk dijadikan kayu api. Setiap kumpulan diarahkan memasak Maggi dan makanan tersebut perlu dihias mengikut kreativiti ahli kumpulan masing-masing sebelum diberi kepada pegawai-pegawai yang bertugas untuk dirasa dan diberi markah. Jarak antara check point keempat ke check point kelima adalah sebanyak 2100 langkah. Perjalanan mengambil masa selama 40 minit, tiba pada jam 3.50 petang. Di check point terakhir ini, kami mengambil masa selama sejam untuk menghidupkan api dan memasak. Setelah selesai semuanya, kami meneruskan perjalanan ke garisan penamat. Perjalanan ke garisan penamat pula mengambil masa selama 30 minit. Jarak antara check point kelima ke garisan penamat ialah sebanyak 1750 langkah. Kumpulan kami tiba di garisan penamat pada jam 5.15 petang. Jumlah jarak keseluruhan perjalanan kembara ini bermula dari garisan permulaan ke garisan penamat adalah sebanyak 7950 langkah. Setelah itu, kami telah mengubahnya ke dalam bentuk kilometer dan kumpulan mendapati jarak keseluruhan aktiviti kembara kami adalah sebanyak 2.65 kilometer.

You might also like