You are on page 1of 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

ISO 2101

ACARA PADANG: LONTAR PELURU GAYA GELONGSOR Pendahuluan

Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya berdiri, gaya gelongsor dan gaya Parry OBrien. Lontar peluru merupakan acara lontar paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem dibawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Acara ini menggunakan kekuatan sebelah tangan sahaja. Badan yang sasa dan tegap juga akan memberikan suatu dasar atau tapak yang agak stabil dalam gerakan melontar. Namun begitu, kepantasan pergerakan juga merupakan satu faktor yang penting dan seseorang atlit itu hendaklah mempunyai kualiti ini disamping ciri-ciri tubuh yang dijelaskan diatas. Seperti yang kita maklum, pelontar peluru biasanya berbadan tegap dan besar. Ini selalunya akan memberi kelebihan kepada peserta tersebut, Walaupun ia bukanlah syarat utama, kerana acara ini sebenarnya memerlukan tenaga dan kekuatan yang banyak serta pergerakan yang pantas. Latihan asas dan latihan fizikal seperti yang dikehendaki daripada seseorang atlit. Latihan-latihan seperti berjongging, lari pecut, latihan angkat berat, dan latihan khusus untuk tangan, lengan, dan bahu sangat perlu dilakukan oleh peserta-peserta lontar peluru. Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak. Begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lotar peluru memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran yang lain.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

ISO 2101

Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang boleh dialeh dengan sfesipikasi di atas boleh digunakan. Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahirantertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Ramai beranggapan lontar peluru bolehdilakukan oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar. Ini satu tanggapanyang salah. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai struktur fizikalyang tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik untuk memastikan jarak yang maksimum

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

ISO 2101

Objektif I. Membina kekuatan konponen otot secara umum dan khusus di bahagian bahu, tangan, pinggang dan kaki. II. Membina kuasa eksplosif otot bahu, pinggang dan akki. III. Membina daya tahan otot umum dan spesifik. IV. Membina kelajuan. V. Meningkatkan fleksibiliti. VI. Meningkatkan keupayaan sisitem kardiorepiratori.

FIZIKAL PELURU Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam lain yang tidak kuranglembutnya. Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Saiz danberat peluru berbezabeza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan. Beratpeluru bagi peserta lelaki ialah 7.26 kg manakala berat untuk peserta wanita ialah 4 kg.Berat peluru untuk peringkat sekolah pula bergantung pada umur mereka. Perbezaanberat ini adalah perlu bagi memudahkan lontaran mengikut keupayaan seseorangpeserta berdasarkan peringkat umur mereka.Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm, manakalauntuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16paun. Kumpulan Umur Lelaki Bawah 18 Bawah 15 Bawah 12 5.45 KG 4.55 KG 2.72 KG Berat Peluru Wanita 4.00 KG 4.00 KG 2.72KG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

ISO 2101

KAWASAN LONTARAN Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Padamulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki.Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain sepertiGreek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik modentahun1896.Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik padatahun 1900 dan 1904. Pada tahun1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentukbulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukanlontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasanlontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetapberhubung teknik melontar peluru.Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acaraini melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisansekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter padadiameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatanlontaran ini dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki pesertamenyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontarannya akandibatalkan.Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yangmerentangi dan membahagikan bultan ini kepada dua bahagian selari dengan kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran dari dalambulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini.

KAWASAN PENDARATAN. Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan.Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada sudut 40 pada tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu bergantung kepadaperingkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang mengambil bahagian.Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh didalam kawasan tersebut. Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atasgarisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal. Oleh itu pesertahendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalamkawasan yang dikhaskan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

ISO 2101

PITA PENGUKUR Lontaran yang dibuat oleh peserta perlulah diukur bagi menetukan jarak yangdilakukan. Bagi menetukan jarak tersebut, ianya perlu diukur sebaik selepas sesuatulontaran. Ianya bermula dari tempat peluru mendarat hinggalah ke bahagian tengahbulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalampapan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak yang paling jauhmenerusi lontaran yang sah dikira pemenang

CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga kebahagian dalam penahan atau garis bulatan. Hujung pita ukur ditempatkan padabahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan. Hujung pita ukur ditempatkanpada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan lontaran. Pita ukur ditarik sehingga di tengah bulatan. Bacaan pita yang bertemu dengan bahagian dalampenahan akan menunjukkan bacaan lontaran.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

ISO 2101

PEGANGAN PELURU Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu:i.Teknik memegang peluru dengan tiga jariPeluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingkingdibengkokkan di sisi peluru.ii.Teknik memegang peluru dengan lima jariKelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukanpeluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satukesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar peluru.

Memegang dengan lima jari

Memegang dengan tiga jari

FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU Fasa-fasa peluru peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada:

1)Pegangan peluru
2)Lakuan sedia 3)Lungsuran 4)Kilasan badan 5)Lontaran 6)Pulihan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

ISO 2101

LONTAR PELURU GAYA GELONGSOR TEKNIK DAN BUTIRAN PELAKUAN Gaya Gelongsor Lakuan sedia Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkankawasan lontaran. Selepas menempatkan peluru di ntempat yang sepatutnya,bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkandalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki). Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukanbadan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunyadibengkokkan sedikit. Lungsuran Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukansecara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kakikanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok (jangan tegakkan badan semasa melungsur). Kaki kiri pelontar pula diletakkan dihadapan bulatan. Kilasan badan Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat,pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serantak dengan kilasan badan. Bahudan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang. Lontaran

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

ISO 2101

Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah lontaran), kakiyang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehinggabadan terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli denganpergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahudiikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat.Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.

Pulihan Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan keimbangan danterjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihanhendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripadapergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kakikanan ke hadapan bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yangsama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantuimbangan badan.

CARA MEMEGANG PELURU Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan selesa. Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting oleh setiap peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

ISO 2101

Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang peluru. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya dapat dilakukan dengan sempurna. 1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali. 2. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong. 3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam bulatan lontaran, dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan keseimbangan badan. 4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan.

PERATURAN ASAS ACARA LONTAR PELURU i. ii. Peserta hendaklah memulakan lontarannya di dalam bulatan Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan menggunakan sebelah tangansahaja. iii. iv. Peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam lengkungan atau papanpenahan. Peserta boleh menghentikan percubaan melontar yang telah dimulakannyadengan meletakkan peluru di dalam bulatan, berdiri tegak semula danmemulakan percubaan yang baru. Gangguan seperti ini dibenarkan sekali sahajadalam setiap pusingan. v. vi. Peluru yang dilontar mestilah mendarat dalam kawasan garis sektor. Selepas peluru mendarat, peserta dikehendaki keluar dari bulatan melaluibahagian belakang bulatan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

ISO 2101

LAKUAN-LAKUAN YANG MEMBATALKAN LONTARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

ISO 2101

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU 1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang biasanya berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru keparas yang rendah. Kesalahan ini akan mernbawa kepada kegagalan mernbuat fasa-fasa yang berikutnya. 2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan melontar

hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang kurang rnemuaskan 3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut kaki kiri

seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah atlit meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran. 4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa gelungsuran

pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ketangan. 5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan peluru iaitu selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran dan kesalahan yang biasa berlaku ialah over pulled atau Thnder pulled. Ini berpunca dari tangan kiri yang tidak

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

ISO 2101

dikunci sikunya. Over pulled bermakna pusingan yang terlebih dan Under pulled pusingan yang tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak menuju kearah lontaran. 6. Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan pemulihan

merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi pergerakan. Sepatutnya kaki kanan yang turut berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan kaki kiri, manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang. 7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 450 Biasanya peluru yang menghasilkan jarak yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450 Ianya bergantung kepada fasa selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

ISO 2101

LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

ISO 2101

You might also like