You are on page 1of 57

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

TAJUK 9 (PENGSKORAN PENTAKSIRAN) SINOPSIS


Skor yang diperolehi oleh seseorang murid bergantung kepada prestasi jawapan yang diberikan oleh setiap soalan yang dijawab. Di samping prestasi menjawab, skor yang diperolehi juga dipengaruhi oleh cara pemarkahan oleh guru atau pemeriksa. Pada umumnya dalam sesuatu peperiksaan atau ujian, penggubal soalan atau guru akan menyediakan skema pemarkahan sebagai panduan bagi

memeriksa skrip jawapan murid. Skema pemarkahan perlu disediakan oleh guru lebih awal supaya ia dapat membantu guru mengenalpasti soalan yang mungkin perlu diperbaiki atau dibuang. Dalam usaha menyediakan skema pemarkahan bagi pemeriksa kertas jawapan, tiga aspek yang perlu diberikan perhatian oleh guru atau penyedia skema pemarkahan ialah: 1. Kandungan mencakupi aspek maklumat atau

pengetahuan yang berkaitan; 2. Pengelolaan aspek penggunaan bahasa lancar, tepat dan matang, dan 3. Proses aspek ketepatan, munasabah, komperehensif, konsisten, keaslian dan daya kreatif menjawab. Secara umumnya, skema pemarkahan terbahagi pada dua cara iaitu skema pemarkahan holistik dan skema pemarkahan analitik.

HASIL PEMBELAJARAN
1. 2. Menjelaskan maksud penskoran rubrik, analitik dan holistik. Menyediakan penskoran rubrik , analitik dan holistik.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

PENSKORAN PENTAKSIRAN

RUBRIK

ANALITIK

HOLISTIK

PENSKORAN RUBRIK Skema penskoran rubrik merupakan skema yang dibuat oleh guru atau penilai sebagai panduan untuk menganalisis hasil atau proses yang dilakukan oleh pelajar.

Kegunaan pengskoran rubrik:

1.

Diperlukan untuk menilai penguasaan subjek atau aktiviti yang

dilakukan oleh murid. 2. Digunanakan sebagai panduan untuk menilai sampel yang dibuat

oleh pelajar. 3. Juga digunakan untuk menilai aktiviti kumpulan, projek dan juga

pembentangan lisan oleh pelajar. 4. Kegunaanya bergantung kepada tujuan penilaian bukannya

bergantung kepada aras gred atau subjek.

Pengskoran rubrik menyediakan panduan pada setiap aras yang diperlukan untuk menilai pelajar. Panduan penialain ini membolehkan pelajar memahami mengapa mereka mendapat sesuatu markah dan mereka perlu mempertingkatkan pencapaian mereka di masa hadapan.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Kelebihan pengskoran rubrik:

1: Menyokong peperiksaan di mana spesifik kriteria telah dicapai. 2: Menyediakan maklumbalas kepada pelajar bagaimana mereka boleh meningkatkan pencapaian mereka.

PENGSKORAN HOLISTIK

Skema pemarkahan yang disediakan secara umum sebagai panduan. Skema ini sesuai bagi pemarkahansoalan berbentuk karangan atau esei. Pemarkahan diberi berdasarkan impression. Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa terlebi dahulu secara keseluruhan jawapan yang diberikan oleh murid dan kemudian mengelaskan atau menelompokkan pencapaian mengikut kelompok pencapaian ikut kumpulan atau kelompok pencapaian sebelum menganggarkan pemberian markah keseluruhan bagi sesuatu soalan. Murid bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Pemeriksaan secara holistik ini memerlukan pemeriksa atau guru yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan.

Contoh skema pemarkahan secara holistik :

Skema pemarkahan secara holistik.

Markat 5

Kriteria Cemerlang-menguasai semua objektif serta dapat berhujah dengan baik dan berkesan.

Baik-menguasai

kebanyakan

objektif

dan

dapat

memberikan hujah dengan baik dan berkesan. 3 Memuaskan- menguasai hampir sebahagian besar objektif dan memberikan hujah dengan memuaskan.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) 2 Lemah Menguasai sebahagian kecil objektif dan hujah yang diberikan tidak memuaskan. 1 Kurang memuaskan belum menguasai sebarang objektif dan hujah adalah lemah. 0 Gagal gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah amat lemah.

Skema pemarkahan secara holistik mempunyai kelebihan dari segi pemeriksaan kertas jawapan yang lebih cepat berbanding cara analitis. Walaupun begitu cara pemarkahan sebegini kurang objektif. meningkatkan keobjektifan dapat dilaksanakan melalui Langkah mesyuarat Dalam

penyelarasan atau pemurnian markat antara guru berkenaan.

mesyuarat berkenaanketua bagi pemeriksaan skrip peperiksaan akan memberikan panduan memeriksa skrip jawapan diikuti dengan latihan tertentu.

PENGSKORAN ANALITIK

Pemarkahan secara analitik lebih terperinci daripada holistik.

Ia

mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yg lebih khusus. Misalnya penentuan pemberatan jawapan, banyaknya fakta serta kualiti hujah yang diberikan untuk pertimbangan, layak diberikan markat penuh, dan agihan markat berdasarkan aspek seperti markat untuk isi, persembahan, bahasa ataupun isi mengikut fakta.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Contoh skema pemarkahan analitik :

Kriteria Bilangan sumber Ketepatan isi Tidak ada isi yang tepat Organisasi Tidak dapat menyatakan sumber maklumat diperolehi Bibliografi Bibliografi mengandungi sedikit maklumat yang relevan 0-4

Aras Pencapaian 5-9 10 - 12

Sedikit isi yang tepat Sukar menyakatan sumber maklumat diperlehi Bibliografi mengandungi banyak maklumat yang relevan

Banyak isi yang tepat Senang menyatakan sumber maklumat diperolehi Bibliografi mengandungi kesemua maklumat yang relevan

Pemarkahan secara analitik lebih objektif berbanding dengan holistik. Hal ini disebabkan skemanya yang lebih terperinci. Walaupun begitu pemarkahan begini akan mengambil masa yang lama lebih-lebih lagi sekiranya bilangan calon yang ramai. Bagi meningkatkan keberkesanan pemeriksaan soalan berbentuk esei, langkah yang boleh anda lakukan sebagai seorang guru adalah dengan cara: 1. Memahami kehendak soalan. Pemeriksa perlu benar-benar

memahami kehendak soalan. 2. Menyediakan skema pemarkahan. skema harus fleksibel, iaitu

boleh ditokok tambah dan dibaiki apabila meninjau tindak balas calon. Murid mungkin memberikan jawapan yang tidak terdapat dalam skema tetapi idea itu boleh diterima. 3. 4. Mengadakan penyelarasan sebelum peperiksaan. Memeriksa beberapa skrip jawapan murid terlebbih dahulu.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) 5. 6. 7. Memeriksa jawapan hingga selesai. Mengelak daripada mengenali nama murid. Memberikan ulasan pada kertas jawapan.

AKTIVITI

LATIHAN

1.

Mengapakah pemarkahan amat dipentingkan dalam pengujian dan penilaian ?

TUTORIAL

1.

Jelaskan perbezaan antara pemarkahan analitik dan pemarkahan holistik. Layari internet untuk mendapatkan maklumat tentang pemarkahan analitik dan pemarkahan holistik

----------

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

TAJUK 10

(PENTADBIRAN UJIAN)

SINOPSIS
Mentadbir ujian ialah sebahagian daripada langkah pengujian. Pentadbiran ujian dilaksanakan pada fasa terakhir langkah pengujian. Langkah-langkah dalam melaksanakan atau mentadbir ujian ini termasuklah dari aspek persediaan, melaksanakan dan

menyelesaikan ujian. Dalam bab ini pembaca akan didedahkan dengan cara ujian seharusnya ditadbir serta aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian oleh guru atau pengawas peperiksaan dalam melaksanakan ujian yang telah dirancang.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Mentadbir, memeriksa dan menjalankan moderasi kertas ujian seperti UPSR dan PEKA. 2. Menjelaskan proses pentadbiran ujian dan penyemakan kertas ujian.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

PENTADBIRAN UJIAN

Pentadbiran Ujian

Penyemakan Kertas Ujian

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) PENTADBIRAN UJIAN

Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian seorang murid atau sekumpulan murid. Kadang-kadang ujian berkenaan dianggap bermutu tetapi gagal dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh guru atau pihak berkenaan. Setelah item digubal dengan sempurna dan menepati keperluan sesuatu matlamat atau objektif penilaian, maka langkah seterusnya adalah mentadbir ujian kepada murid. Dalam usaha menjamin keboleh percayaan sesuatu ujian beberapa aspek perlu diikuti. Antara aspekaspek tersebut ialah: Keselamatan dan kerahsiaan ujian Perlantikan pengawas ujian Persediaan tempat ujian Persediaan kertas ujian Prosedur

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENTADBIRAN UJIAN

Langkah-langkah pentadbiran sesuatu ujian pada umumnya meliputi tiga peringkat yang utama iaitu peringkat persediaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat penyelesaian.

Peringkat Persediaan

Peringkat sebelum ujian dijalankan. Langkah ini meliputi penyemakan bilangan kertas soalan ujian yang telah disediakan. Sebelum ujian bermula, tempat duduk calon hendaklah disusun mengikut peraturan ujian, demi mengurangkan kesempatan calon meniru di antara mereka. Di samping itu, tempat hendaklah cukup selesa untuk calon menulis jawapan masing-masing. Segala kemudahan yang diperlukan seperti jam dinding,

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) pelan kedudukan calon, gunting, benag dan alatalat ujian yang lain hendaklah juga disediakan sebelum ujian bermula.

Peringkat Pelaksanaan

Bermula dari masa calon masuk bilik ujian hingga masa tamat ujian. Apabila semua calon telah masuk bilik ujian, biasanya 15 minit sebelum ujian bermula, dan semuanya telah berada di tempat masing-masing, kertas soalan dan kertas menulis akan diedarkan oleh pengawaspengawas. Sebelum calon mula menjawab soalan, arahan hendaklah diberikan dengan jelas oleh ketua pengawas. Semasa ujian dijalankan, pengawas-pengawas hendaklah mengawal calon-calon dengan rapi supaya kes kecurangan tidak akan berlaku. Di samping itu, pengawas juga hendaklah menyemak identiti calon serta angka giliran mereka. Ketua pengawas hendaklah memberitahu calon tentang masa ujian lima belas minit sebelum ujian itu berakhir. Ketua pengawas hendaklah juga memberi arahan kepada semua calon supaya berhenti menulis apabila ujian berakhir.

Peringkat Penyelarasan

Meliputi kerja mengutip skrip-skrip jawapan calon mengikut angka giliran dan kertas-kertas bertulis yang tidak lagi digunakan oleh calon masingmasing. Semua kertas jawapan hendaklah disemak untuk memastikan bilangan yang telah dikutip adalah betul. Calon-calon hanya dibenarkan meninggalkan bilik ujian selepas bilangan kertas-kertas jawapan telah dikira. Kerja dalam peringkat penyelarasan ini akan berakhir apabila kertas-kertas jawapan calon telah dibalut dan selamat diserahkan kepada pemeriksa yang berkenaan.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Penyemakan Kertas Ujian Selepas ujian dijalankan dan kertas jawapan dikutip maka guru akan melaksanakan tugas seterusnya, iaitu memeriksa skrip jawapan. Beberpa perkara yang perlu diambil kira dalam memeriksa skrip jawapan adalah dari aspek bentuk ujian yang diberikan kepada pelajar dan jawapan yang disediakan oleh pelajar sama ada dalam kertas objektif yang disediakan atau dalam bentuk esei. Bagi jawapan dalam bentuk soalan objektif, adalah mudah bagi guru memeriksa iaitu dengan cara menebuk kertas jawapan master dan seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar. Bagi yang menggunakan kertas jawapan OMR pula adalah lebih mudah dengan hanya memproses melalui mesin khusus memproses kertas jawapan OMR. Sebaliknya soalan yang berbentuk esei atau karangan pula memerlukan guru memeriksa dengan teliti dan tidak boleh disemak oleh sesiapa saja berbanding dengan skrip objektif. Lazimnya

pemeriksaan jawapan esei pelajar sesuatu mata pelajaran berkenaan.

memerlukan yang pakar dalam

Selain itu, objektif sesuatu ujian berkenaan itu dilaksanakan turut menentukan kriteria pemeriksaan skrip jawapan. Bagi ujian yang ingin mendapatkan maklumat berhubung tahap penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran sudah tentu memerlukan guru memeriksa dengan segera agar dapat digunakan bagi tujuan memperbaiki pengajaran dan pemb elajaran. Dalam proses memeriksa skrip jawpaan, guru juga mungkin berjhadapan dengan kekangan atau prosedur tertentu yang wajar dipatuhi. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemeriksaan sesuatu kertas jawapan. Justeru, guru perlulah mendapatkan tempat yang sesuai bagi mengelakkan berlakunya gangguan dalam memberikan

markah pelajar. Dalam memberikan markah pelajar, kekadang guru mengambil masa yang begitu lama untuk memproses. Keadaan ini menimbulkan rasa risau dalam kalangan murid dan menimbulkan rasa tidak puas hati dengan gred yang diperolehi. Keadaan ini menunjukkan betapa guru dan

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) murid amat memberikan perhatian berhubung dengan penyemakan skrip jawapan peperiksaan atau pemarkahan. Pelajar sememangnya

mengambil berat dengan gred yang diperolehi berbanding dengan kemahiran yang diperolehi oleh mereka. Maka tidak kurang juga sebilangan guru mungkin mengambil langkah yang salah hasil daripada maklumat yang diperolehi daripada ujian atau peperiksaan yang dijalankan. Jika hal ini terjadi maka ini merupakan suatu tindakan yang tidak bijak atau langkah yang silap diambil. Apa yang harus dilakukan ialah guru perlu menggunakan maklumat yang diperoleh bagi

meningkatkan pencapaian murid pada masa hadpan dengan memberikan kelas-kelas pemulihan atau aktiviti tambahan kepada murid

AKTIVITI

LATIHAN

Pentadbiran ujian sangat penting bagi memastikan proses peperiksaan di dalam dewan peperiksaan berjalan dengan lancar.

Mengapakah pentingnya mentadbir ujian di tempat yang sesuai dan kondusif seperti dewan dan bilik?

Nyatakan empat faktor yang menyumbang kepada kelicinan pentadbiran sesuatu ujian.

Berikan empat cara untuk meningkatkan ciri-ciri pentadbiran sesuatu ujian.

TUTORIAL

Sila jelaskan langkah-langkah dalam menguruskan pentadbiran ujian yang baik.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) RUJUKAN

Bhasah Abu Bakar, 2003. Asas pengukuran bilik darjah. Tanjung Malim:Quantum Books Fraenkel, J.R. dan Wallen, N.E,1996. How to design and evaluate research in educational. Edisi ke-3. New York:McGraw-Hill,Inc Tan Hui Leng,1996. Penilaian Dalam Proses Pendidikan:Asas Pendidikan 3. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

TAJUK 11

(ANALISIS SKOR UJIAN)

SINOPSIS
Analisis skor ujian merupakan sesuatu yang amat penting dan memberikan panduan kepada guru tentang bagaimana mereka boleh meningkatkan mutu item masing-masing dari semasa ke semasa supaya aktiviti menilai pencapaian pelajar menjadi lebih bermakna. Hal ini disebabkan mutu item yang berkualiti sahaja yang dapat memberikan maklumat yang tepat tentang hasil pembelajaran yang diharapkan daripada pelajar. Oleh itu, mutu item yang berkualiti membolehkan guru menggunakan keputusan ujiannya dengan lebih yakin untuk tujuan menganggar kebolehan pelajar, menelah

pencapaian pelajar, merancang kaedah pengajaran yang sesuai, mengenal pasti kelemahan pelajar dan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan maklumat yang tepat yang hanya dapat diperolehi daripada item ujian yang berkualiti tinggi.

HASIL PEMBELAJARAN
1. 2. Membina item yang sesuai untuk mentaksir pencapaian pelajar. Mengira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi item.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

ANALISIS SKOR UJIAN

Analisis Item

Indeks Kesukaran

Jawapan Salah/ Distraktor

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) ANALISIS ITEM

Analisis item adalah pelaksanaan proses bagi menentukan item yang dibina mencapai sesuatu piawaian atau kriteria yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa kegunaan analisis item, iaitu yang pertama

menentukan sama ada sesuatu item itu berfungsi seperti yang diharapkan. Untuk tujuan ini , item tersebut boleh dinilai sama ada item ini mengukur objektif pengajaran yang diharapkan, mempunyai aras kesukaran yang sesuai, boleh membezakan pelajar yang dapat menguasai dengan yang tidak dapat menguasai objektif pengajaran, mempunyai kekunci item (pilihan jawapan) yang betul dan mempunyai penggannggu yang berfungsi. Kegunaan analisis item yang kedua ialah memberikan maklum balas kepada pelajar tentang prestasi mereka bagi setiap item yang dimarkat. Dengan mengetahui jawapan yang betul, aras kesukaran dan indeks diskriminasi pelajar berkenaan akan menunjukkan prestasinya bagi satu item. Dia boleh mengetahui adakah item tersebut sukar atau mudah berdasarkan nilai indeks aras kesukaran dan adakah item tyersebut diskriminatif berdasarkan nilai indeks diskriminasi. Pelajar juga boleh mengetahui jawapan yang betul sekiranya dia membuat salah pada mana-mana item. Kegunaan analisis item seterusnya adalah sebagai maklum balas kepada guru tentang kesukaran pelajar. Maklumat tentang aras kesukaran item atau peratus bilangan pelajar yang mendapat betul bagi satu item adalah penting kepada guru untuk menentukan perlunya pengajaran tambahan atau pemulihan. Kegunaan keempat adalah bagi meningkatkan kemampuan

kurikulum. Misalnya , jika sesuatu item itu berulang kali didapati sukar oleh pelajar atau satu bentuk kesalahan sama dilakukanya, mungkin ini bukan masalah pengajaran atau pembelajaran tetapi mungkin disebabkan maslah kurikulum yang tidak sesuai dengan peringkat umur pelajar.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Sebarang keputusan ujian tidak akan memberikan gambaran yang lengkap tentang pencapaian objektif sesuatu kurikulum. Kegunaan analisis item yang kelima adalah untuk menyemak semula item. Maklumat tentang gerak balas pelajar terhadap sesuatu item boleh digunakan untuk menyemak semula item tersebut. Item berkenaan boleh digunakan semula dalam ujian yang akan datang. oleh itu jika setiap kali ujian diberikan, ini bermakna sebahagian kecil item akan disemak dan akhirnya keseluruhan kualiti ujian akan dipertingkatkan. Adalah lebih menjimatkan masa untuk menyemak semula item yang lama daripada membina item yang baru. Kegunaan terakhir adalah untuk menilai mutu item. Melalui analisis item, guru boleh mempertingkatkan kemahiran menulis item ujian. Melalui aktiviti ini juga , guru dapat menilai mutu item yang ditulus selepas setiap kali dilakukanj analisis item.

INDEKS KESUKARAN (IK) Salah satu pengukuran yang digunakan ialah indeks kesukaran (p). Indeks ini ditentukan dengan nisbah calon yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu item dan dinyatakan dalam persamaan berikut:

Bilangan calon yang menyatakan jawapan yang betul bagi p= item x____________________________ Bilangan calon yang menjawab item x

Nilai bagi p adalah di antara 0.00 hingga 1.00. Item yang mudah mempunyai nilai p yang besar dan sebaliknya sesuatu item yang sukar nilai p adalah kecil. Walaubagaimanapun, didapati bahawa item terlalu mudah (apabila nilai p lebih daripada 0.85) atau item itu terlalu sukar (apabila p kurang daripada 0.15) tidak akan memberikan maklumat psikometrik yang berguna.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) IK ialah satu petunjuk mengenai kesukaran sesuatu item.

Tafsiran IK Nilai p 0.61 hingga 0.80 0.36 hingga 0.60 0.20 hingga 0.35 Aras Kesukaran Item mudah Item sederhana Item sukar

Contoh: Item A yang direspons betul oleh 80 daripada 100 orang murid, indeks kesukarannya ialah 80% atau 0.8. Item B yang direspons betul oleh 30 daripada 100 orang murid, indeks kesukarannya ialah 30% atau 0.3. Item B lebih sukar daripada Item A

Indeks kesukaran juga boleh ditakrifkan sebagai peratusan pelajar yang menjawab dengan betul. Lagi besar peratusan jawapan betul yang diperolehi lagi mudahlah sesuatu item. Lagi tinggi peratusan

itemkesuakaran lagi mudahlah item tersebut.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) INDEKS DISKRIMINASI ITEM (ID)

Jika sesuatu ujian dan sesuatu item mengukur perkara yang sama, seseorang akan menganggap mereka yang boleh menjawab dalam ujian tersebut akan menjawab dengan baik atau betul bagi item tersebut dan jika mereka yang gagal menjawab ujian tersebut akan turut gagal dalam menjawab item tersebut. Indeks diskriminasi item dapat membezakan murid berpencapaian rendah daripada murid berpencapaian tinggi. Item yang mempunyai keupayaan diskriminasi yang baik adalah jika item tersebut dapat dijawab oleh kebanyakan murid yang mempunyai pencapaian tinggi. Indeks diskriminasi ialah pekali korelasi yang mengaitkan skor ujian (data selanjar) dengan skor setiap opsyen bagi sesuatu item berkenaan.

ID ialah satu petunjuk mengenai keupayaan suatu item mengasingkan CPT dan CPR

Tafsiran ID

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) JAWAPAN SALAH/ DISTRAKTOR (Indeks Diskriminasi Pengganggu)

Indeks Kesukaran Pengganggu

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) AKTIVITI

LATIHAN

Jadual di bawah menunjukkan bilangan murid dan pilihan jawapan bagi satu item soalan aneka pilihan dalam satu ujian sains.

Pilihan jawapan

D*

Bilangan pelajar

Kumpulan Cemerlang Sederhana Lemah Jumlah pelajar 1 8 6 15 2 6 4 12 3 12 8 23 21 20 9 50 27 46 27 100

D* adalah jawapan yang betul. a Kirakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi item ini. Adakah item ini baik? Berikan penjelasan anda.

Terangkan bagaimana analisis item dapat membantu guru untuk meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran sains.

PERBINCANGAN Bincangkan dalam kumpulan kepentingan analisis item.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

TAJUK 12

PENTAFSIRAN SKOR UJIAN

SINOPSIS Topik ini membincangkan pentafsiran skor ujian . Bahagian ini menerangkan penggredan atau peratus lulus-gagal, pelan tindakan pemulihan dan pengayaan serta cara membaiki pengajaran. HASIL PEMBELAJARAN Mengenalpasti peratus lulus-gagal. Membina pelan tindakan pemulihan dan pengayaan. Menentukan cara membaiki pengajaran.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

PENTAFSIRAN SKOR UJIAN


PELAN TINDAKAN UNTUK PEMULIHAN/ PENGAYAAN Rajah 12.1 Kerangka Tajuk Kandungan Isi CARA MEMPERBAIKI PENGAJARAN

PERATUS LULUS / GAGAL

Selepas menduduki sesuatu ujian, guru akan memeriksa kertas jawapan pelajar berdasarkan contoh Peraturan Memberi Markah (PMM) yang telah ditetapkan. Guru juga bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak pentakbir sekolah, murid yang menduduki peperiksaan, ibu bapa atau pihak berkepentingan tentang pencapaian atau kemajuan seseorang murid

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Skor ujian tidak mendatangkan apa-apa makna kecuali guru berupaya membuat tafsiran yang tepat dan sesuai. Skor 75 yang diperoleh oleh seseorang pelajar dalam ujian matematik tidak memberi makna kecuali kita boleh mentafsirkannya sebagai

penguasaan yang lemah, sederhana atau cemerlang. Cuba bayangkan bagaimana seorang guru dapat melakukan tugas memberikan skor dan menggred kemajuan murid. Adakah mereka mempunyai sesuatu strategi?. Bab ini membincangkan tentang pentafsiran skor ujian dan pemberian gred.

Penskoran adalah satu proses memberi skor kepada jawapan pelajar (Mokhtar Ismail,1995). Skor adalah berbentuk numerik. Manakala penggredan pula adalah proses memberi gred ke atas jawapan pelajar atau skor pelajar. Biasanya dilaporkan dalam bentuk abjad yang terdiri daripada 5 atau 6 kategori iaitu A - cemerlang, B - Baik, C - Sederhana, D - rendah, E - tidak menguasai dan Ggagal. Pada umumnya semua sekolah rendah dan menengah menggunakan gred seperti ini dalam laporan kemajuan.

12.1

Peratus lulus/gagal Pentafsiran untuk Peratus lulus gagal agak berbeza dengan memberi

gred A,B,C,D,E dan G. Sistem ini hanya memberitahu samada seseorang pelajar itu lulus atau gagal dalam ujian yang diambil. Guru boleh menetapkan peratus lulus ialah 50% ke atas manakala peratus gagal ialah 49% kebawah daripada markah penuh 100%. Kaedah ini memudahkan guru dan secara tidak langsung tidak memberikan tekanan kepada pelajar. Tetapi sistem ini kurang memberi maklumat tentang prestasi pelajar berbanding gred berabjad. Dari segi kebolehpercayaan, sistem dua kategori adalah rendah kebolehpercayanya berbanding dengan sistem lima kategori. Pada diri murid, usaha mereka mungkin hanya untuk lulus ujian sahaja, bukan untuk mendapat markah yang baik kerana penggeredan lulus-gagal telah melenyapkan sebahagian daripada motivasi dan ganjaran untuk berusaha ke arah kecemerlangan. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa penggredan lulus-gagal telah mengwujudkan rekod keputusan ujian yang tidak tepat dan tidak lengkap tentang pencapaian pelajar.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Dalam konteks sistem pendididkan negara kita, penentuan gred elok dilihat dari segi mata pelajaran apa yang sesuai dengan sistem gred A,B,C,D,E dan G, dan apa yang sesuai dengan sistem lulus-gagal. Contohnya bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani gred lulus-gagal adalah sesuai kerana tujuan guru hanyalah untuk melihat keupayaan minimum dari segi kebolehan fizikal murid dalam melakukan pergerakan otot tertentu.

12.2

Pelan Tindakan untuk Pemulihan/Pengayaan Pemulihan bermaksud satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi

keperluan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran.

Manakala

Pengayaan pula bermaksud satu proses di mana aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Berfikir (1 jam) 12.3 Cara memperbaiki pengajaran pembelajaran Kepentingan memberi gred adalah untuk mengetahui sejauh mana objektif pengajaran & pembelajaran telah dicapai. Gred juga digunakan oleh guru untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalam penilaian sumatif seperti ujian akhir penggal/ujian akhir tahun. Guru dapat mentafsirkan keputusan ujian yang baik atau sebaliknya hanya dengan melihat serakan skor skor selepas ditaksirkan. Jika keputusan yang diperolehi selepas sesuatu ujian kurang memuaskan, guru seharusnya membuat refleksi tentang pengajaran yang telah dilaksanakan samada telah memenuhi objektif pembelajaran murid. Guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan. Antara peranan yang boleh digunakan oleh guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran adalah: mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran menyediakan bahan dalam sesi pemulihan menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

Strategi pemulihan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan Rajah di bawah adalah langkah-langkah pengelolaan sesi pemulihan
Kenalpasti murid Tindakan susulan Penganalisian masalah

Ujian dan Penilaian Pengajaran dan pembelajaran

Perancangan dan persediaan bahan

Rajah 12.2 Proses Pengelolaan Sesi Pemulihan

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Konsep pengayaan sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu Objektif-objektif pengayaan 1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran tertentu. 2. Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk mempertingkatkan pencapaian mereka. 3. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka. 4. Memupuk tabiat membaca malalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan. 5. Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup. 6. Memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya. 7. Memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Contoh-contoh Aktiviti Pengayaan Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya ditumpukan kepada: 1. bacaan (membaca) 2. tulisan (menulis) 3. kiraan (mengira) Aktiviti Pengayaan Bacaan (Membaca) Sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku cerita, majalah-majalah berunsur pendidikan. Kad-kad bacaan mengandungi unsur-unsur Sains, Pendidikan Moral, HalEhwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan. Bahan bacaan yang sesuai digunakan ialah bentuk penerangan, pantun, teka-teki, dialog, cerita dan berita. Aktiviti Pengayaan Tulisan (Menulis) Biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja. Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan, biasanya disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang menarik. Aktiviti Pengayaan Matematik (Mengira) 1. Permainan - Ular dan tangga, domino, cantuman nombor dengan bilangan benda, aktiviti juaI beli. 2. Teka-teki - Meneka nombor, waktu, operasi.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) 3. Projek - Melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar, graf turus dan graf melintang. Penyediaan Bahan Aktiviti Pengayaan 1. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai oleh murid-murid. 2. Peringkat kesukaran hendaklah sesuaikan dengan kebolehan murid-murid,tanpa memerlukan banyak bimbingan daripada guru. 3. Bentuk aktiviti pengayaan haruslah menarik dan mencabar. Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara: 1. Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan. 2. Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan. 3. Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai

kebolehan. 4. Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara: i) Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) ii) Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan. iii) Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan.

Kumpulan

Cerdas

Sederhana

Lemah

Pengayaan

Pemulihan

Rajah 12.3 Aktiviti pengayaan dilaksanakan serentak dengan aktiviti pemulihan Rujukan Mokhtar Ismail (1995). Penilaian Dalam bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Pembangunan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sains. Kementerian Pelajaran Malaysia

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

TAJUK 13 BENTUK PEPERIKSAAN:PEPERIKSAAN BERPUSAT


SINOPSIS Topik ini membincangkan bentuk peperiksaan berpusat . Bahagian ini menerangkan bagaimana Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dilaksanakan, format kertas UPSR, fokus ujian dan implementasinya

HASIL PEMBELAJARAN Mengetahui cara Ujian Penilain Sekolah Rendah dilaksanakan Dapat membezakan bahagian format kertas ujian sains Menentukan fokus ujian Menyenaraikan proses implementasi UPSR

KERANGKA TAJUK

PEPERIKSAAN BERPUSAT

Ujian penilaian sekolah rendah (UPSR)

Struktur /format kertas ujian

Fokus ujian

Implementasi

KANDUNGAN ISI
12.1 Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau Ujian Pencapaian Sekolah Rendah adalah program pengujian yang ditadbir secara berpusat untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah. Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) asas mereka. Ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ). UPSR dilapor berdasarkan pencapaian pelajar dalam setiap ujian menggunakan skala lima-mata. A - Sangat Baik B - Baik C - Sederhana D - Lemah E - Sangat Lemah

Pencapaian di atas tahap penguasaan minimum (lulus) Pencapaian di bawah tahap penguasaan minimum (gagal)

Jadual 3.1 Skala lima mata untuk penggredan UPSR Jadual di atas adalah bertujuan untuk menggred pelajar mengikut pencapaian mere bagi mendapatkan sijil. 13.2 Struktur /format kertas ujian UPSR Sains

Rajah 13.1Contoh muka depan kertas UPSR Sains

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) 13.3 Fokus Ujian UPSR terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A - 30 soalan objektif Aneka pilihan dan Aneka gabungan membawa 30 markah(pengetahuan Bahagian A- 30 %) yang ditakbirkan selama 45 minit atau 1 jam 15 minit. Soalan bahagian ini berdasarkan pengetahuan dan kefahaman Sains Tahun 4, 5 dan 6 dari semua tema. Bahagian B mengumpul sebanyak 20 markah (Kemahiran Proses Sains bahagian B- 20%-KPS) mengambil masa selama 30 minit. Soalan berbentuk struktur dan mengisi tempat kosong. Bilangan soalan antara 3 ke 5 ransangan dan setiap satu ransangan ada beberapa soalan kecil (a) hingga (f). Lima Kemahiran Proses Sains diuji dalam UPSR iaitu Membuat inferens, Meramal, Mengawal pembolehubah, Membuat hipotesis dan Mentafsir data. 5 KEMAHIRAN MANIPULATIF & 7 KPS DIUJI DALAM PEKA iaitu Memerhati, Mengelas, Mengukur menggunakan nombor, Perhubungan ruang dan masa, Berkomunikasi dan Mendifinasi secara operasi.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

13.4 Implementasi Pelaksanaan UPSR mengikut panduan Lembaga Peperiksaan Malaysia yang diedarkan pada awal tahun meliputi sukatan pelajaran sains tahun 4,5 dan 6. Pemantauan dilakaukan secra berterusan oleh pihak Jabatan pelajaran Negeri dan Jabatan Pelajaran Daerah untuk memastikan ujian UPSR dilaksana dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

Berfikir Kaji format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah sekarang.Bincangkan dan tulis laporan samada format tersebut perlu pengubahsuaian atau pendekatan baru. Adakah anda setuju UPSR dimansuhkan?

Rujukan: Lembaga Peperiksaan Malaysia http://www2.moe.gov.my/~lp/faq_upsr.htm

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

TAJUK 14

BENTUK PEPERIKSAAN:PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

SINOPSIS Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menerangkan tentang Penilaian Berasaskan Sekolah 2. Menjelaskan maksud PEKA dan konsep-konsepnya 3. Menghuraikan keperluan dan implimentasi PEKA Sains dalam penilaian berasaskan sekolah.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS)

PEKA

FORMAT

KONSEP

IMPLIMENTASI

OBJEKTIF

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Kandungan Isi

14.1 Pengenalan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan kebolehpercayaan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah terdiri daripada 2 bentuk iaitu Kerja Kursus (PEKA) dan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) 14.2 PEKA Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA) merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Peka sains dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang melalui prosedur yang ditetapkan oleh LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia). Peka Sains dilaksanakan oleh pihak sekolah dan ditaksirkan oleh guru-guru di sekolah secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Demi menjamin kualiti pelaksanaan PEKA Sains, mekanisme penyelarasan, pemantauan dan pengesanan dilakukan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan keesahan skor pentaksiran. dan

Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains) merupakan pentaksiran berasaskan sekolah. PEKA Sains dilaksanakan untuk mentaksir konstruk kemahiran proses sains, kemahiran menyelesaikan masalah secara saintifik, kemahiran manipulatif sains dan nilai murni serta sikap saintifik semasa pelajar menjalankan aktiviti, eksperimen, penyiasatan atau kajian lapangan.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

Pentaksiran ini merupakan proses mendapatkan evidens dan membuat penghakiman terhadap penguasaan dan penghayatan pelajar terhadap konstruk yang telah dikenalpasti berdasarkan standard yang telah ditetapkan. PEKA Sains ini dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. PEKA Sains merupakan pelengkap kepada kurikulum sains di sekolah. 14.21 Objektif PEKA

Untuk membolehkan pelajar: Menguasai kemahiran kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif Sains Memantapkan kefahaman dan pengetahuan tentang teori dan konsep sains Menerapkan sikap saintifik dan nilai- nilai murni.

14.3 STRUKTUR/FORMAT Ciri-ciri PEKA Sains Dalam usaha untuk merealisasikan konsep dan memenuhi keperluan pentaksiran, maka proses pentaksiran Sains berdasarkan ciri-ciri berikut:

Keserasian dengan kehendak kurikulum Format pentaksiran berdasarkan sekolah dan jenis aspek yang ditaksir mengambil kira kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni yang ingin diperkembangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Berpusatkan Pelajar PEKA Sains ini memberi peluang kepada murid untuk ditaksirkan apabila telah bersedia dan mempunyai pengalaman dalam sesuatu perkara yang hendak ditaksir. Ini memberi peluang pentaksiran dilaksanakan dalam keadaan tenang, selesa dan selaras dengan rancangan pengajaran guru.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

Telus dan Terbuka PEKA Sains memberi peluang kepada murid untuk mengetahui: * perkara yang ditaksir * bagaimana perkara itu ditaksir * bila perkara itu ditaksir * dimana perkara itu ditaksir

Bolehlaksana dan sistematik Format pentaksiran ini telah mengambil kira aspek-aspek berikut: * kebolehlaksanaan pentadbiran pentaksiran * tertib pelaksanaan pentaksiran Kepelbagaian instrumen Instrumen yang digunakan: Laporan dan kerja amali Kerja lapangan Aktiviti-aktiiti dalam kelas (simulasi dan mainan peranan) Folio Projek Buku skrap Senarai semak Model Penilaian formatif dan berterusan Pelajar digalakkan menguasai ilmu dan mendapatkan pengalam sepanjang masa Pelajar diberi peluang meningkatkan prestasi kerja dan skor yang diperoleh. Produk pelajar disimpan untuk tujuan koordinasi.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Kaedah Penilaian: Berterusan dan penilaian formatif Penilaian dilaksanakan untuk Tahun 3 hingga Tahun 6. Melalui jangkamasa penilaian ini pelajar digalakkan menguasai pengetahuan dan pengalaman untuk memberi peluang mereka memperbaiki kerja amali dan skor yang diperoleh.

Instrumen Instrumen ialah kaedah/mekanisme yang digunakan untuk mendapatkan evidens tentang tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang ditaksir.

Instrumen yang digunakan ialah laporan amali dan senarai semak 3.1 Laporan Amali Laporan kajian yang berformat mengenai sesuatu tugasan penyiasatan daripada buku teks/ buku amali sains / sumber-sumber lain .

3.2 Senarai Semak Senarai semak ialah alat pentaksiran yang mengandungi suatu set pernyataan yang dirangka dan disediakan secara terancang untuk menyemak konstruk II (Menjalankaneksperimen) dan konstruk V (Sikap saintifik dan Nilai Murni)

Dokumen dokumen yang diperlukan Manual Pengurusan Pentaksiran Sains UPSR 1. PEKA : Panduan Penilaian 2. PEKA : Buku Laporan

Layari internet untuk mendapatkan Panduan Penilaian PEKA Sains. Sila baca dan fahami kaedah penilaian PEKA Sains dan bincangkan dengan rakan.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) 14.4 KONSEP

K O N S T R U K Y AN G D I T AK S I R Terdapat lima konstruk yang ditaksir iaitu: Konstruk I : Konstruk II : Konstruk III : Konstruk IV : Merancang eksperimen Menjalankan eksperimen Mengumpul dan merekod data/ pemerhatian Mentafsir data dan membuat kesimpulan / rumusan Konstruk V : Sikap saintifik dan nilai murni

Konstruk I : Merancang eksperimen Konstruk ini menguji kebolehan calon mempamerkan perancangan menyeluruh yang mengandungi perkara berikut dengan tepat : 1. 2. 3. 4. 5. Tujuan penyiasatan Hipotesis Semua pembolehubah yang terlibat Bahan dan radas Kaedah atau teknik

Konstruk II : Menjalankan eksperimen Konstruk ini menguji kebolehan calon menjalankan eksperimen berdasarkan perancanganserta penggunaan dan pengendalian bahan/ radas: 1.Kebolehan mengguna dan mengendali bahan/ radas dengan cermat dan betul. 2.Kebolehan membersihkan bahan/ radas dengan cara yang betul. 3.Kebolehan menyimpan bahan/ radas dengan betul dan selamat. 4.Kebolehan melakar/ melukis spesimen/ peralatan sains dengan susunan yang kebolehan calon mengumpul dan merekod data dipamerkan melalui perkara berikut : 1. Boleh membina jadual dengan pembolehubah dimanipulasi dan pemboleh ubahbergerak balas yang betul.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) 2. Boleh melengkapkan data pembolehubah dimanipulasikan dalam jadual dengan betul. 3. Boleh mencatatkan data/ pemerhatian pembolehubah bergerak balas yang diperolehi daripada eksperimen dengan betul

Konstruk IV : Mentafsir data dan membuat kesimpulan / Rumusan Konstruk ini menguji kebolehan calon mentafsir dan membuat kesimpulan/ rumusandipamerkan melalui perkara berikut : 1. Boleh mentafsir data atau menulis perbincangan atau melukis graf dengan kaedahyang betul: Tajuk graf Paksi berlabel dan berunit Skala seragam Bentuk graf sesuai dengan eksperimen 2. Boleh menyatakan hipotesis diterima atau ditolak. 3. Boleh membuat kesimpulan / rumusan

Konstruk V : Sikap saintifik dan nilai murni Konstruk ini menguji kebolehan calon penghayatan sikap saintifik dan nilai murni melalui : 1. Minat dan sifat ingin tahu 2. Sistematik 3. Bekerjasama 4. Bertanggung jawab

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Tanggungjawab Sekolah

Sebelum Pentaksiran Menerima surat pekeliling PEKA daripada JPN Menerima dokumen PEKA daripada JPN Pengetua menubuhkan Jawatankuasa PEKA Pengetua melantik pentaksir bagi setiap mata pelajaran Menghantar senarai JK PEKA dan pentaksir memperbanyakkan dokumen PEKA untuk kegunaan pentaksir menyediakan jadual pelaksanaan PEKA dan menghantar salinan kepada JPN dan KP kawasan Memberi taklimat pelaksanaan PEKA kepada pelajar Memastikan setiap murid memiliki fail PEKA

Semasa Pentaksiran Pentaksiran dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Penyelarasan skor dilakukan oleh KP Sekolah Pemantau dalaman membuat pemantauan Pentaksir merekod skor dalam Borang Skor Individu Pentaksir menyimpan evidens pentaksiran dalam fail individu Pentaksir memaklumkan skor kepada pelajar yang ditaksir dan murid menandatangani Borang Skor Individu bagi setiap taksiran Pentaksir memindahkan skor dari Borang Skor Individu ke Borang Gred Induk

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Selepas Pentaksiran Borang Skor Individu disemak dan disahkan oleh Pengetua dan disimpan di sekolah Borang Gred Induk disemak dan disahkan oleh Pengetua. Satu salinan dihantar ke JPN melalui KPKawasan SU Peperiksaan bertanggungjawab memastikan pentaksir sekolah memasukkan GRED calon dalam aplikasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan SU Peperiksaan menyerahkan salinan cetakan Borang Gred Induk calon untuk disahkan oleh Pengetua Mengeluarkan sijil PEKA kepada calon

14.5

IMPLIMENTASI

Kerangka Pelaksanaan

TAHUN

PERKARA

CADANGAN TARIKH

3,4,5

Kemaskini Penilaian Individu Bentuk Skor

Februari-Oktober November Februari 31 Julai 1 Ogos 2 Ogos 3-5 Ogos 7-8 Ogos 9-10 Ogos

Kemaskini Penilaian Individu Bentuk Skor dan penilaian akhir individu Melengkapkan skor Masukkan skor menghantar disket dan skor ke PPD menghantar disket dan skor ke JPN

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Pernyataan Keputusan

KOD PENCAPAIAN TAHAP PENCAPAIAN 1 Boleh menggunakan kemahiran dengan

cemerlang serta mengamalkan sikap saintifik dalam melakukan penyiasatan untuk

menyelesaikan masalah 2 Boleh dalam menggunakan melakukan kemahiran penyiasatan saintifik untuk

menyelesaikan masalah 3 Boleh menggunakan kemahiran saintifik

dengan bimbingan guru serta mengamalkan sikap saintifik dalam melakukan penyiasatan untk menyelesaikan masaalah. 4 Boleh menggunakan kemahiran saintifik

dengan bantuan guru dalam melakukan penyiasatan

Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan pelajar dan ini bolehdiperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa

Pemantauan berterusan Pemantauan dilakukan secara berterusan bertujuan untuk memastikan PEKA Sains dilaksanakan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Penubuhan Jawatankuasa dan Pelan Tindakan JK Pengurusan dan Pengendalian PEKA Sains (peringkat sekolah) Tutorial

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

TUTORIAL

Sila dapatkan satu contoh Carta Organisasi Pelaksana dari sekolah anda dan buat kajian mendalam tentang JK tersebut. Sila siapkan Carta Organisasi tersebut dan laporan bertulis anda dalam 50 patah perkataan.

MEMIKIR Sila luangkan masa anda untuk melihat rekod penilaian PEKA Sains sekolah anda. Sila sediakan laporan pemeriksaan dan pelaksanaan PEKA sekolah anda dalam 100 patah perkataan.

RUJUKAN

Naylor, S., Keogh, B. and Goldsworthy, A. (2004). Active assessment. L London:David Fulton Publishers Ltd. Doran, R.,Chan, F. and Tamir, P. (1998) Science educators guide to assessment. Virginia: National Science Teachers Association.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS)

TAJUK 15

(BENTUK PEPERIKSAAN:PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH)

SINOPSIS Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan tentang PEKA 2. Menerangkan aplikasi PEKA dalam bilik darjah 3. Menghuraikan hasil dapatan kajian berkenaan PEKA Sains dalam penilaian berasaskan sekolah.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS)

APLIKASI DLM BILIK DARJAH

DAPATAN KAJIAN

KESIMPULAN

KANDUNGAN ISI 15.1 PENGENALAN Kurikulum Sains Sekolah Rendah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi dan mampu mengaplikasikannya berlandaskan sikap sains dan

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah seharian dalam kehidupan. Oleh itu murid perlu mempunyai landasan sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat yang dinamik, ikram, progresif , bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan pengagumi penciptaan alam. 15.2 APLIKASI DALAM BILIK DARJAH Penilaian kerja amali (PEKA) dilaksanakan untuk menilai prestasi atau pencapaian pelajar dalam proses sains dan kemahiran manipulatif sains. Pentaksiran sekolah ialah satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan dalam bentuk formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun. Semua guru telah didedahkan maksud pentaksiran sewaktu mengikuti pengajian di maktab. Pada ketika ini, lebih penekanan diberikan terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Terdapat beberapa pecahan seperti PEKA (Sains), PLBS (B. Melayu dan B. Inggeris) dan PAFA (Pend. Agama Islam). Peranan yang perlu dimainkan oleh guru dalam pentaksiran sekolah ialah:

menjadi pemudahcara dalam proses Pembelajaran. membuat pemerhatian langsung dan tak langsung tentang tingkah laku murid dalam Pembelajaran.

mendapat maklumat tentang pembelajaran murid. memberi maklum balas tentang pembelajaran murid. membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperolehi.

Berkaitan dengan PEKA Sains,

'evidence' untuk eksperimen 'pickling'.

Murid-murid menjalankan eksperimen berkumpulan untuk menghasilkan jeruk yang mereka tentukan sendiri buah yang hendak dipilih untuk dijadikan jeruk. Selepas seminggu mereka akan memberikan jeruk

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) tersebut kepada semua guru beserta borang 'komen'. Guru-guru akan meninggalkan komen setelah merasanya. Maka kita dapat menilai hasil kerja murid bersama-sama guru yang lain. Oleh itu saya merasakan penilaian yang dibuat kelak lebih tepat dan tidak 'bias'. .Sila layari internet dalam dapatkan Buku Panduan PEKA Tahun 3, 4, 5 dan 6

http://www.ukm.my/jurfpend

Kaedah amali dalam mata pelajaran sains merupakan kaedah pengajaran yang memberi peluang kepada pelajar menjalankan penyiasatan melalui perancangan, pelaksanaan dan perbincangan. Satu kajian telah

dijalankan oleh pasukan pengkaji UKM.Tujuan kajian mereka adalah untuk meneroka cara guru mengurus pelajar, bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam amali sains. Kajian yang berbentuk kajian kes ini menggunakan tiga orang guru sains berpengalaman, menggunakan pendekatan kualitatif dengan pengumpulan data melalui pemerhatian guru, temu bual pelajar dan analisis dokumen pelajar. Semua data dianalisis secara manual. Hasil kajian Nurzatulshima Kamarudin, Lilia Halim,Kamisah Osman, dan Subahan Mohd. Meerah,(2009) menunjukkan penglibatan pelajar dalam amali sains adalah tinggi, apabila guru mengurus pelajar mereka dengan membahagi pelajar kepada tiga hingga lima orang sekumpulan serta mengagih tugas. Didapati rondaan dan teguran sepanjang kerja amali berlangsung, pemberian ganjaran positif dan kerjasama pembantu makmal mengawasi pelajar, turut membantu meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas amali. Tegasnya,

penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat membantu dalam penghasilan modal insan yang dilengkapi dengan ciriciri kreativiti, kritikal dan inovatif.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Skor diberi mengikut skema skor. Dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Guru boleh menilai satu kemahiran atau lebih dalam sesuatu masa Pelajar boleh dinilai secara individu, kumpulan kecil atau satu kelas. Sikap saintifik dan nilai murni boleh dinilai ketika berjalannya penilaian kemahiran Penilaian guru , pemarkahan dan laporan skor berasaskan bahan projek pelajar persembahkan. Pelajar mesti menghasilkan bukti yang lengkap Pelajar -pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran boleh mengulangi penilaian tersebut pada masa lain. Guru mesti menyediakan tugasan yang secukupnya untuk memastikan semua konstruk dikuasai. Pelajar seharusnya diberikan peluang yang mencukupi untuk menguasai semua kemahiran sebelum dinilai. Kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai oleh pelajar tidak perlu lagi dinilai pada setahun seterusnya kecuali ianya melibat pemikiran tertinggi. Penilaian dijalankan sekurang- kurangnya dua kali setahun.

Perhatian: Skor maksimum = 50 Contoh 30 markah untuk SPS dan 20 markah untuk SMS

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) 15.3 DAPATAN KAJIAN

Pendidikan sains di Malaysia digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kesepaduan antara ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai murni (Pusat Perkembangan Kurikulum,1992). Tahap penguasaan guru dalam melaksanakan pentaksiran kerja amali (PEKA) Sains Menengah Rendah telah dilaksanakan oleh Abdul Rahim Hamdan, Saliza Ahmad (2007). Menurut Abdul Rahim (2007), proses pengesanan kurikulum perlu dilakukan untuk mengesan perkara-perkara yang boleh dibaiki dan meningkatkan aspek kualiti kurikulum sedia ada. Matapelajaran Sains adalah di antara matapelajaran yang awal telah dipilih untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah melalui program Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) yang melibatkan semua pelajar dari darjah 3,4,5 dan 6 serta Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di peringkat sekolah menengah. Dalam Seminar Kebangsaan penilaian KBSM tahun 1996, beberapa kelemahan dalam pelaksanaan KBSM di sekolah telah dikenalpasti iaitu terlalu menjurus ke arah berorientasikan peperiksaan dan mencadangkan supaya bentuk penilaian dikaji semula dan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah diberikan pengiktirafan (Zalina, 1996). Ini adalah selaras dengan strategi yang dilaksanakan bagi mencapai teras membangunkan modal insan dalam Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP) iaitu mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran yang dapat dikuasai oleh pelajar

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Berdasarkan dapatan hasil dari kajian-kajian lepas yang telah

dilaksanakan khususnya untuk pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali Sains , beberapa jangkaan dapatan dapat dilakukan. Tahap penguasaan guru dalam melaksanakan PEKA Sains PMR dari segi matlamat dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan, dijangkakan tahapnya adalah pada tahap sederhana tinggi. Tahap yang sama juga dijangkakan akan diperolehi bagi tahap sokongan yang diberikan oleh individu berautoriti terhadap pelaksanaan PEKA Sains PMR. Dari segi perbezaan pula,

dijangkakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor latar belakang guru iaitu jantina dan pengalaman mengajar serta faktor persekitaran iaitu jenis gred sekolah terhadap pelaksanaan PEKA Sains .

Akhir sekali dijangkakan masalah dan kekangan yang dihadapi oleh guruguru Sains PMR adalah sama seperti yang dihadapi oleh guru-guru dalam kajian lepas iaitu antaranya masalah dari segi kaedah penskoran, kemahiran yang terlalu banyak perlu ditaksir, bahan dan alat radas yang tidak mencukupi semasa pelaksanaan PEKA, bebanan tugas-tugas lain yang agak banyak, bilangan pelajar yang terlalu ramai untuk ditaksir, sikap pelajar yang agak negatif terhadap pelaksanaan PEKA serta kekangan masa untuk melaksanakan PEKA.

Maka, keberkesanan pelaksanaan PEKA Sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat bergantung kepada penerimaan dan

penguasaan guru. Selain itu pihak ibu bapa juga perlu dilibatkan sama.

Program Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah dilaksanakan lebih awal di luar negara. Di Amerika Syarikat contohnya, pentaksiran prestasi telah dilaksanakan oleh guru-guru Sains bagi mentaksir pelajar-pelajar K-12 di kebanyakan sekolah-sekolah. (Shavelson.et.al, 1991). Tujuan pentaksiran ini adalah untuk menilai kemahiran sebenar pelajar semasa

melaksanakan eksperimen sains dan bagaimana pelajar mengaplikasikan

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) pengetahuan yang telah dipelajari untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Strategi pentaksiran prestasi yang dilaksanakan adalah lebih kurang sama seperti pelaksanaan PEKA di Malaysia.

Di Kanada pula, pentaksiran berasaskan sekolah telah diberi perhatian khusus dan mendapat sokongan melalui penubuhan beberapa program dan modul sebagai panduan kepada guru dan pihak pengurusan sekolah. Nilai (value) yang dianggap termasuk dalam kurikulum tersembunyi (hidden curriculum) dan bukannya dalam kurikulum bertulis (written curriculum) sebelum ini telah diberi penekanannya sehingga pentaksiran ke atas sikap saintifik dan nilai telah diperkenalkan sebagai salah satu elemen yang dinilai dalam pentaksiran berasaskan sekolah

(Saskatchewan Education Report, 1981). Di England, ramai pendidik sains lebih cenderung kepada pentaksiran kerja amali di peringkat sekolah berbanding dengan peperiksaan amali yang berpusatkan ujian pensil kertas. Para pendidik ini berpendapat antara kelebihan

melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah adalah guru dapat menyediakan maklumat yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan mengenai prestasi amali pelajar dan pelajar juga sentiasa bersedia untuk tugasan secara formatif (Buchan & Jenkins, 1992).

Dalam konteks kajian di Malaysia pula, oleh kerana pelaksanaan PEKA Sains masih baru , maka tidak banyak kajian yang telah dilakukan. Kajiankajian lepas berkaitan PEKA Sains juga lebih tetumpu kepada pelaksanaan PEKA Sains Tulen bagi mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi (Tingkatan 4 dan 5). Kajian oleh Siti Aloyah (2002) yang bertujuan untuk menilai implementasi program PEKA Biologi telah dapat mencungkil beberapa cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh guru dan pelajar semasa melaksanakan PEKA Biologi. Dapatan kajian beliau mendapati bahawa walaupun pelajar seronok menjalankan aktiviti-aktiviti PEKA Biologi tetapi mereka kurang pasti tentang kemahiran yang harus mereka

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) kuasai. Guru pula kurang pasti tentang cara membina serta menggunakan rubrik penskoran dan merasakan mereka memerlukan latihan tambahan. Guru juga membangkitkan tentang masa yang tidak mencukupi serta tugas pentaksiran yang terlalu membebankan dan tidak terurus.Guru juga merasakan bahawa sistem sokongan (Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak pengurusan sekolah) kurang membantu mereka semasa melaksanakan PEKA Biologi.

Faiza (2002) mendapati masalah yang dihadapi oleh guru adalah skema penskoran yang terlalu rubrik, peralatan makmal yang tidak mencukupi dan pemilihan eksperimen yang sesuai untuk ditaksir. Beliau juga mendapati walaupun pencapaian pelajar dalam PEKA Biologi adalah cemerlang, tetapi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi didapati adalah tidak selari dengan pencapaian dalam PEKA iaitu boleh dibahagikan kepada kategori cemerlang, sederhana dan lemah. Kajian oleh Yeow (2002) pula mendapati sikap guru terhadap PEKA Sains menunjukkan sedikit cenderung ke arah negatif. Majoriti guru (73.2%) menyatakan pelaksanaan PEKA Sains sangat membebankan kerja mereka. 65.9% guru pula tidak berpendapat PEKA Sains lebih baik daripada peperiksaan amali yang telah dilaksanakan sebelum PEKA Sains diperkenalkan, manakala hanya 14.6% guru sahaja yang

berpendapat pelaksanaan PEKA adalah satu kejayaan. Masalah utama guru semasa pelaksanaan PEKA adalah masa yang tidak mencukupi, perlu mentaksir bilangan pelajar yang ramai, elemen yang hendak ditaksir terlalu banyak dan pelajar bersikap negatif terhadap PEKA.

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Alias (2001) dalam kajiannya mendapati kursus yang berkaitan PEKA yang telah dihadiri masih belum memadai untuk membantu guru memahami sepenuhnya prosedur melaksanakan PEKA. Beliau juga menyatakan faktor yang boleh menjejaskan keberkesanan program PEKA mengikut perspektif guru adalah masa yang tidak mencukupi, kesukaran menentukan skor dengan tepat, bilangan pelajar yang ramai, elemen yang perlu ditaksir terlalu banyak, pemberian skor yang tidak adil, sikap negatif pelajar terhadap PEKA, alat radas dan bahan yang tidak mencukupi. Sharifah Nor Ashikin ,S.A. Rahman, Rohaida Mohd Saat, (2005) telah menyiasat tentang keberkesanan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) dalam penguasaan kemahiran proses sains bersepadu mendapati bahawa terdapat signifikan antara min ujian pra dan ujian pos. Sejumlah 32 orang pelajar dalam kajian telah berupaya menguasai kemahiran formulasi hipotesis, mendefinisi operasional, mengeksperimen dan intepret data . Pada tahun 2008, Kementerian telah melaksanakan pemantauan dan menyediakan laporan pemantauan pentadbiran PEKA SPM.Kekerapan pemantauan yang dilaksanakan adalah sekali.

KESIMPULAN Keberkesanan pelaksanaan PEKA Sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat bergantung kepada penerimaan dan penguasaan guru. Selain itu pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung juga mungkin mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan PEKA Sains . Dapatan kajian kelak diharap dapat memberi lebih pemahaman dan menjadi bahan rujukan berkaitan pelaksanaan PEKA Sains kepada guruguru Sains yang mengajar di peringkat rendah. Selain itu diharapkan lebih bayak kajian dilaksanakan supaya berupaya memberi idea dan input

bukan sahaja kepada guru-guru Sains malah kepada semua pihak yang

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) terlibat dengan pelaksanaan PEKA Sains seperti pentadbir sekolah, Lembaga Peperiksaan Malaysia dan seterusnya Kementerian Pelajaran Malaysia. Dapatan kajian tersebut boleh digunakan oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meninjau pencapaian program PEKA Sains di sekolah dengan memberi perhatian khusus kepada aspek penguasaan guru dalam pelaksanaannya. Kajian tersebut juga boleh digunakan untuk merancang kursus dalam perkhidmatan yang diperlukan oleh guru untuk penambahbaikan terhadap pelaksanaan PEKA Sains untuk memastikan matlamat diharapkan. Tahap penguasaan guru yang tinggi dalam melaksanakan PEKA akan mempengaruhi pelaksanaan PEKA secara berkesan dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja kukuh dari segi teori dan konsep Sains malah dapat menguasai kemahiran saintifik serta dapat memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Rujukan PEKA Sains tercapai seperti yang

Alias Mingan (2001). Pelaksanaan Pentaksiran Amali Sains Berdasarkan Sekolah Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak. Disertasi Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya. Faiza Hussein. (2003). Pelaksanaan PEKA Biologi di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Hillcrest, Seri Gombak Selangor Darul Ehsan. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan Nurzatulshima Kamarudin, and Lilia Halim, and Kamisah Osman, and Subahan Mohd. Meerah,(2009) Pengurusan Penglibatan Pelajar dalam Amali Sains. Jurnal Pendidikan (UKM), 34 (1). pp. 205-217. ISSN 01266020

(SCE3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS) Sharifah Nor Ashikin S.A. Rahman, and Rohaida Mohd Saat, (2005) Keberkesanan Program PEKA dalam Penguasaan Kemahiran Proses Sains Bersepadu. Jurnal Pendidikan, 25 (Malay Language Version) . pp. 65-77. ISSN 0126-5261 Siti Aloyah Alias. (2002) Penilaian Pelaksanaan Program PEKA Biologi. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan. Yeow, Hoo Meng. (2002). Penilaian Guru dan pelajar Terhadap Pentaksiran Kerja Amali Sains Berasaskan Sekolah di Sekolah Menengah di Seremban Negeri Sembilan. Disertasi Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya. Tidak diterbitkan.

TAMAT -----------------------------------------------------------------------

You might also like