You are on page 1of 20

1.

PENGENALAN PENDIDIKAN PEMULIHAN


- merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran
dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira.

Definisi:

Tansley(1967) : ‘ ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-


benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.’

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975):


‘..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi murid-
murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah
biasa.’

Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1984):


‘...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah
pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah
dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.’

Bahagian Sekolah-sekolah, KPM(1986):


‘...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di
sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang
ini’.

Konsep:

- satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di SR
- ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira
- dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini

Rasional:

1. Dari sudut “Falsafah”:


- memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar
sepenuhnya dalam kelas biasa
- selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua”.

2. Dari sudut “Teori”


- Pendekatan pengajaran seperti “Prescriptive-Diagnostic Teaching”, “Precision Teaching”,
dan Clinical Teaching” telah terbukti berjaya - asas pelaksanaan program ini

3. Dari sudut “Pencegahan”


- Masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika
tidak ditangani dengan segera

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 1
Punca dan Bidang Kuasa

1. Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5):

“Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah


pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan, diteliti dan
diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar,
bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang
lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan
bahan-bahan tertentu”.

2. Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran:

• Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.


KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985.
“Guru Khas Pendidikan Pemulihan”.

• Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.


KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986.
“Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986”.

• Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.


KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989.
“Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah
Rendah”.

Objektif Program Pemulihan Khas

1. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas


dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan
dan potensi serta minat mereka;

2. memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar
perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain;

3. memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin;

4. meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa;

5. membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap
pelajaran;

6. membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh
menjejaskan pelajaran;

7. menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang
daripada keluarga yang bermasalah; dan

8. memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira
di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 2
Sejarah Pendidikan Pemulihan Khas

i. Luar Negara
- US berkembang pesat selepas termaktub PL 94-142
- UK selepas Laporan Warnock

ii. Dalam Negara


- bermula 1965 – 3 guru dapat latihan dr England
- 1968 - 9 guru lagi dihantar berkursus
- Projek Khas Universiti Malaya
- Pendidikan Imbuhan dpt sumbangan dr Yayasan Van de Leer Belanda
- Latihan Guru: sbg kursus dalam perkhidmatan
- Penuh Masa atau dalam cuti dr 2 hari hingga 1 tahun (KSPK)
- Mulai 2001 ditawar sbg pengkhususan utk KDPM sepenuh masa (3 th)
- 2007 KPM memberikan perhatian serius

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 3
2. JENIS-JENIS PROGRAM

2.1 Pemulihan Dalam Kelas


Pemulihan KBSR
- dalam kelas biasa
- bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari

KIA2M
- oleh BPK
- bantu murid th 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis)
- dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan
- gagal Ujian Pelepasan 3 – masuk ke kelas Pemulihan Khas pd th berikutnya

PROTIM
- Program Pemulihan 3M
- Membantu murid th 6 menguasai 3M
- Dilaksana selepas menduduki UPSR

2.2 Pemulihan Khas


Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)

- murid yang dikenalpasti


- ke kelas pemulihan pd waktu tertentu utk BM dan Matematik
- dihantar balik ke kas setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan

Kelas Khas

- murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas secara sepenuh masa


- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai tahap preatasi yang
ditentukan dalam kemahiran asas 3M

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 4
3. MURID PEMULIHAN KHAS

Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa


kajian mereka hanya belajar bila telah ‘bersedia’

Perkembangan Murid Pemulihan dipengaruhi oleh:


o Rencatan akal ringan
o Kurang peluang
o Budaya / ekonomi tersekat
o Gangguan emosi
o Kurang upaya sensori
o Bermasalah dalam pembelajaran secara khusus
o Ganjaran intrinsik

• Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task)


• Kanak-kanak perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai – boleh ditangguhkan
supaya kanak-kanak belajar bersabar
• Pemakanan yang betul – sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya
Tidur yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka
• Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan,
menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.

CIRI-CIRI PELAJAR YANG MEMERLUKAN PEMULIHAN (SLOW LEARNERS)

Secara umumnya kanak-kanak ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan, ini
bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan di sekolah.

• Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah


• Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja
• Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi
baru
• Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau
dalam menguasai peraturan mengeja
• Tidak dapat merancang objektif jangka panjang. Mereka lebih suka merancang untuk
keperluan semasa.
• Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan
• Lemah daya ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan
• Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman
• Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif,
• Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan
• Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku
• Bersikap egosentrik

Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a
problem with the process.

A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more
problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have
learning disabilities.

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 5
4. GURU PEMULIHAN KHAS

Ciri-ciri guru Pemulihan Khas:


Chua & Koh (1992) memetik syor Haigh(1977):

- punyai peribadi yang stabil dan mantap


- luas bacaan
- cerdas
- tidak takut disisihkan
- sentiasa ingin belajar
- cekap dalam pengajaran dan pentaksiran

Peranan Guru Pemulihan Khas

i. Peranan Penilaian (Assessment Role)


• Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang
menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M.
• Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi
oleh murid secara khusus.
• Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik.

ii. Peranan Preskriptif (Prescriptive Role)


• Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid
yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
• Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan.

iii. Peranan Pengajaran (Therapeutic Role)


• Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta
penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran
khusus dapat dicapai.
• Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa.
• Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team-teaching’ atau ‘khidmat
damping sekiranya perlu.

iv. Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role)


• Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran.
• Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik
mengajar kanak-kanak yang menghadapi m,asalah pembelajaran.

v. Peranan Perhubungan (Liaison Role)


Berhubung dengan:
• Pentadbir sekolah –Guru Besar dan Penolong Kanan
• Guru-Guru lain – guru kelas dan guru subjek
• Ibu bapa dan waris
• Masyarakat
• Khidmat sokongan – pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar.

vi. Peranan Kaunseling (Counseling Role)


• Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari
ancaman
• Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif.
Hz/Pemulihan Khas/IPIS 6
vii. Peranan Advokasi (Advocative Role)
• Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat
PKG, daerah malah sehingga ke peringkat negeri.
• Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para
waris melalui program ‘reach out’ atau ‘outreach’.

Bidang Tugas Guru Pemulihan


Ditentukan oleh Surat-surat Pekeliling KPM

• Senarai Tugas
o Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus
- murid-murid yang dikenalpasti dari th 1 – 6
- keutamaan kpd th 1,2 dan 3

o Membantu guru-guru asas dalam:


- mengenal pasti untuk pemulihan khas
- merancang, menyediakan aktiviti dan bahan pemulihan
- mengatur jadual waktu pemulihan
- mengajar bersama sekiranya perlu

o berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/ doktor/ pegawai kebajikan
atau pihak lain berkaitan hal-hal:
- mendapat maklumat lanjut murid – kelakuan, tabiat, kesihatan
- latar belakang

o melaksanakan penilaian berterusan untuk progres murid di kelas pemulihan dan


merekodkan butiran berikut:
- kemajuan murid
- latar belakang murid
- laporan kesihatan
- hasil temu bual
- rujukan

• Jadual Waktu Guru Pemulihan Khas


Agihan masa guru Pemulihan Khas adalah seperti berikut:

o Masa mengajar – 990 minit


o Masa untuk persediaan dan panduan – 120 minit (dimasukkan ke dalam JW)
o Masa luang (free period) sama seperti guru-guru lain

• Prosedur Mengadakan Kelas Pemulihan

o Sekolah-sekolah yang mempunyai dua kelas atau lebih bagi satu darjah – murid
kelas pemulihan boleh diambil dari kelas tersebut jika jumlah yang ada hanya 3 – 4

o Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas sahaja bagi satu darjah – murid kelas
pemulihan boleh diambil dari darjah lain tetapi bilangan tidak melebihi 15

o Jika murid pemulihan diambil dari 1 kelas sahaja – bilangan tidak melebihi 6

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 7
*Pilihan mana-mana alternatif tertakluk kepada persetujuan antara guru pemulihan,
guru
besar dan guru-guru asas

Peranan Pentadbir Dalam Program Pemulihan Khas

i. Jabatan Pendidikan Khas/ Bahagian Sekolah KPM

- memberi kelulusan untuk membuka kelas


- memberikan latihan untuk guru pemulihan
- menyediakan kewangan untuk pengurusan

ii. Jabatan Pelajaran Negeri

- melantik guru-guru pemulihan


- memantau pelaksanaan
- memastikan pihak sekolah menghantar data pada masa yang ditetapkan dan
dikemukakan kepada JPK

iii. Pejabat Pelajaran Daerah

- memantau pelaksanaan program


- menggerakkan aktiviti di peringkat daerah
- memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan
- memastikan pihak sekolah menghantarkan data

iv. Pentadbir / Pengurus Sekolah

- memastikan program berjalan mengikut surat pekeliling/ surat siaran yang sedang
berkuatkuasa
- mewujudkan JK Pemulihan Khas di peringkat sekolah
- memastikan JK Kurikulum merancang program kecemerlangan untuk Program
Pemulihan
- Memastikan data kekemuka kepada PPD dan JPN pada waktu yang ditetapkan
- Menyediakan prasarana bilik darjah yang cukup
- Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk kelas pemulihan berada
dalam kelas berkenaan
- Menyalurkan kewangan

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 8
5. PENGURUSAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Pencalonan

• Pada akhir th 1 (Murid KIA2M yang gagal Ujian Pelepasan 3)


• Selepas Ujian Semester 1
• Dicalonkan oleh
o Guru besar
o Guru kelas/guru subjek
o Guru pemulihan
o Ibu bapa

• Pencalonan dibuat melalui:


o pengumpulan maklumat
o Borang Latar Belakang
o Maklumat pencapaian dengan merujuk keputusan peperiksaan dan buku latihan

Ujian Saringan

Mekanisme yang digunakan untuk meninjau pencapaian murid secara am dalam kemahiran
asas BM dan Matematik – menilai semula apa yang telah dipelajari di dalam kelas.

• Bentuk dan skop


- Ujian bertulis
- Merangkumi apa yang sepatutnya telah dipelajari
- Keputusan Ujian Pelepasan KIA2M, IPP3M dan Ema boleh diguna pakai

• Pentadbiran Ujian
- dilaksanakan secara kumpulan
- murid dalam keadaan selesa – jauh dari gangguan
- masa dihadkan
- keperluan alat tulis yang lengkap

• Kriteria Pemilihan Murid


- Murid yang gagal Ujian Saringan
- Jumlah murid yang telah ditentukan – yang mampu diurus
- Jenis masalah yang dihadapi murid

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 9
Ujian Diagnostik

- Mekanisme yang diguna pakai untuk membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan
kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus.

• Jenis Ujian Diagnostik


- Ujian Pengamatan (UDP)
- Bahasa Melayu (UDBM)
- Matematik (UDM)

• Tujuan Ujian Diagnostik

- membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi


oleh murid
- membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu
kemahiran
- membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan
kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid
- membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu
atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik
- membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar
yang bersesuaian mengikut tahap murid

• Bila dilaksana
- selepas dicalonkan/ hasil daripada Ujian Saringan
- setelah menguasai satu-satu kemahiran dan bersedia untuk kemahiran baru

• Subjek yang diuji


- BM dan Matematik
- Ujian Pengamatan sebagai pelengkap kepada pengumpulan maklumat yang
mungkin mempengaruhi pencapaian murid

• Pembinaan Ujian
Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan :

- Kemahiran yang hendak diuji


- Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.
- Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang
dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.
- Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut
hendaklah disusun dari senang ke susah.
- Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih
dahulu.
- JPU disediakan berdasarkan senarai kemahiran mengikut subjek
- Jumlah item hendaklah ganjil – 5 hingga 9 – perlu ada contoh
- Sebaran aras kesukaran mengikut nisbah 2:2:1 untuk aras senang, sederhana dan
susah
Hz/Pemulihan Khas/IPIS 10
- Item-item bagi satu kemahiran hendaklah disediakan dalam satu muka surat
- Bentuk soalan:
• padanan / suaian
• pelbagai pilihan / diskriminasi
• mengisi tempat kosong
• benar / salah
• Pentadbiran Ujian

- dilaksanakan selepas Ujian Saringan / pemilihan murid telah dibuat


- secara kumpulan atau individu
- ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling
tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan
dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.
- Ujian Diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis
dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa
- Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan
- pemerhatian guru perlu semasa ujian
- Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka
dapat menjawab dengan tenang dan selesa.
- jika murid gagal menjawab tiga kamahiran secara berurutan – hentikan ujian
- Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-
keterangan atau data-data yang diberi

• Analisis Ujian
- dibuat mengikut setiap kemahiran yang diuji
- jika murid gagal setiap item, analisisnya ialah tidak menguasai kemahiran
- jika gagal separuh, analisisnya ialah belum menguasai kemahiran
- Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah
direkodkan dalam Borang Analisis
- Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan
kepada guru pada satu masa yang lain

• Penyediaan Objektif pengajaran dan pembelajaran


- Keputusan analisis ujian diguna untuk merangka obektif p & p
- Contoh:
Analisis: Belum menguasai kemahiran abjad kecil mengikut urutan
Objektif: Dapat menyebut abjad kecil secara berurutan dengan betul

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 11
Ujian Diagnostik Pengamatan

Rasional:

Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh


amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid
untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.

Apa itu pengamatan:

- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya “Reading Diagnosis and Remediation” beliau
mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif dan
kederiaan.

- Janet W Learner(1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah


mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada
tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan
pancaindera dengan kuasa intelek.

Objektif Ujian Diagnostik Pengamatan:

- Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf,
nombor, suku kata dan perkataan.

- Menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan antara satu-satu objek

- Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku
kata, perkataan dan ayat.

- Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan
dari bawah ke atas.

- Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.

- Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Komponen Ujian Pengamatan:

- Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek,
bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

- Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek,
bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 12
- Diskriminasi saiz ( Discrimination of size)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna,
nombor, huruf dan sebagainya,

- Diskriminasi kedudukan ( Position in space)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak,
warna, nombor, huruf dan sebagainya,

- Koordinasi Motor –mata –tangan.


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan
fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.

- Pertalian jarak (Spatial Relationship)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara
satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.

- Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari
jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.

- Turutan ( Sequencing)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.

- Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure – Ground)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.

- Menyalin ( Visual Copying)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

Panduan melaksanakan ujian pengamatan

- Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana
yang
terkandung dalam komponen pengamatan.
- Dalam ujian ini murid diberi pelbagai latihan pengamatan.
- Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.
- Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.
- Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.
- Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 13
ANALISIS PRESTASI UJIAN DIAGNOSTIK MATEMATIK
(Digunakan untuk membentuk kumpulan p&p Pemulihan Khas)

SENARAI KEMAHIRAN YANG DIUJI (BERDASARKAN UJIAN DIAGNOSTIK)


BIL KEMAHIRAN PENEMPATAN
Pranombor Nombor Operasi + Operasi - Operasi x Operasi KUMPULAN
NAMA MURID

SENARAI AHLI KUMPULAN


KUMPULAN LAMBAT KUMPULAN SEDERHANA KUMPULAN CEPAT

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 14
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Khas

- Menetapkan murid berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik


- Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
- Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
- Menentukan kumpulan murid
- Menyenaraikan kemahiran yang akan diajar
- Menentukan strategi, pendekatan dan kaedah p & p yang sesuai
- Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
- Menyediakan bahan Pemulihan Khas
- Menyediakan aktiviti

Penilaian

- Bentuk ujian – formatif, sumatif, pencapaian


- Analisis
- Keputusan – meneruskan program atau balik ke kelas biasa

Tindakan Susulan

- Pemantauan ke atas murid yang telah pulang ke kelas biasa perlu dilaksanakan
secara berterusan

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 15
PENGAJARAN INDIVIDU
RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)

BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF PENGAJARAN STRATEGI P & P TARIKH TARIKH CATATAN PENILAIAN
MULA CAPAI

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 16
PENGAJARAN KUMPULAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

MODEL 1

LANGKAH KUMPULAN CEPAT KUMPULAN SEDERHANA KUMPULAN LAMBAT

NAMA MURID 1. 1. 1.
2. 2. 2.
3. 3. 3.
4. 4. 4.

KEMAHIRAN

OBJEKTIF 1. 1. 1.
2. 2. 2.

Set Induksi Aktiviti Kesediaan – Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada

Langkah 1 Interaksi pengajaran secara kelas


Interaksi pengajaran guru secara kumpulan kecil
Langkah 2 Aktiviti Bertulis
Interaksi pengajaran guru secara
Langkah 3 Aktiviti Pengukuhan Aktiviti Bertulis
individu
Penutup Penutup Kognitif
Penutup Sosial

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 17
MODEL 2

LANGKAH KUMPULAN CEPAT KUMPULAN SEDERHANA KUMPULAN LAMBAT

NAMA MURID 1. 1. 1.
2. 2. 2.
3. 3. 3.
4. 4. 4.

KEMAHIRAN

OBJEKTIF 1. 1. 1.
2. 2. 2.

Set Induksi Aktiviti Kesediaan – Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada

Langkah 1 Interaksi pengajaran guru Aktiviti Pengukuhan Aktiviti Bertulis

Langkah 2 Aktiviti Bertulis Interaksi pengajaran guru Aktiviti Pengukuhan

Langkah 3 Aktiviti Pengukuhan Aktiviti Bertulis Interaksi pengajaran guru

Penutup Penutup Kognitif


Penutup Sosial

Hz/Pemulihan Khas/IPIS 18
Hz/Pemulihan Khas/IPIS 19
Hz/Pemulihan Khas/IPIS 20

You might also like