You are on page 1of 9

Fiqh Ikhtilat

Apa itu IKHTILAT ? Bahasa Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya. Istilah Syariat Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini? Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan? Jawapannya ialah; Tidak , secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.

HARAM ? Macam mana nak berkerja, nak belajar, nak berjual beli ? Dalam hal ini, Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengambil pendapat yang pertengahan (mutawasit). Iaitu, berserderhana dalam percampuran lelaki dan wanita, tidak mengharamkan secara mutlak dan tidak juga menghalalkan secara mutlak. Ulama juga mengariskan beberapa keadaan yang membolehkan menjadikan percampuran antara lelaki dan wanita yang HARAM pada asalnya kepada suatu perkara yang diHARUSkan, antaranya ialah: 1Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)

Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain. 2Dalam keadaan keperluan (Hajat)

Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan & program) Dalam pembelajaran (Kelas)

Jual beli Kerja kehakiman Saksi Amar maaruf nahi mungkar Melayan tetamu Dalam kenderaan awam Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga p/s: Keadaan diatas menyebabkan ikhtilat menjadi HARUS dengan syarat keadaan percampuran diatas mengelak perkara yang dilarang dalam ikhtilat & menepati syarat-syarat Ikhtilat Perkara yang dilarang dalam ikhtilat 1Pandangan yang berlebihan

Pandangan yang berlebihan adalah ditegah dalam Islam, Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan.. dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan Surah An-Nur : 30-31 Dan sabda rasulullah . janganlah engkau menuruti pandangan pertama kamu dengan pandangan kedua, sesunguhnya pandangan pertama adalah bagi kamu dan yang kedua adalah dosa ke atasmu 2Bersentuhan

Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang, sabda rasulullah, Sekiranya kamu ditusuk kepala kamu dengan besi, adalah lebih baik daripada memegang-megang lelaki/perempuan yang tidak halal untuk kamu Sentuhan yang dimaksudkan di sini, termasuklah sentukan kulit dan kulit atau berlapik, dan antara analogi mudah yang boleh diberikan, adalah adakah kita boleh membiarkan alat sulit kita disentuh oleh sesiapa sahaja walaupun ianya berlapik? 3Bercakap lembut

Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga, percakapan yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu dielakkan. Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada perbualan yang lain. 4Khalwat(berdua-duaan)

DILARANG bagi seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan berdua-duaan, melaikan bersama mahram. Tempat sunyi tidak menjadi syarat kepada khalwat. Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yangmemahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat 5Tidak menutup aurat

Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan Aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut Syarat-syarat Ikhtilat 1Niat

Kerana Allah 2Matlamat

Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja 3Tidak bersentuhan

Tidak berlaku sentuhan samada kulit dan kulit atau berlapik 4Menutup & menjaga aurat

Perlu sentiasa terjaga 5Menjaga adab bercakap

Ringkas, pada dan difahami, tidak meleret dan berlebihan 6Mengasingkan tempat

Diasingkan dengan pengasingan yang jelas, samaada kiri dan kanan, depan dan belakang 7Dibawah kawalan orang yang dipercayai

Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat Keadaan (Wakie) mahasiswa Malaysia di Mesir menjadikan pasangan berkahwin (Mutazauwij) adalah orang yang dipercayai

Salah Faham berkaitan Ikhtilat Jumlah lelaki dan wanita dalam satu percampuran tidak mengubah hukum dan adab-adab ikhtilat. Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalah ertikan Ikhtilat dan Khalwat Ikhtilat adalah percampuran lelaki wanita, tidak kira bilangan Khalwat adalah keadaan dimana lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa mahram (orang yang dipercayai, memahami hukum islam & mampu menegur) Fizikal tubuh (jisim) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilat Ikhtilat boleh berlaku samada melalui telefon, chatting dan lain-lain lagi cara komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita. Dalam ikhtilat moden ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ikhtilat juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan ikhtilat yagn diHARAMkan Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang membolehkan ikhtilat Antara yang sering berlaku apabila ada istilah adik angkat, abang angkat dan kakak angkat, kerana dikatakan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu antara mereka, perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan Hukum & Adab-adab Ikhtilat Perhubungan lelaki dan wanita, berlainan negara, bangsa dan warna kulit juga perlu mematuhi Hukum & Adab-Adab Ikhtilat

Wallahualam

Rujukan: Kutaib Wanita Musafir & Ikhtilat, karangan Ustaz Syaiful Azlan bin Che Daud,

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan kepada nilai2 dan system hidup jahiliyyah. Bentuk pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa system dan nilai hidup yg dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah. BEZA ANTARA IKHTILAT DAN KHALWAT IKHTILAT Seorang lelaki & seorang perempuan berada bersama di tempat terbuka. Cth : Di pasar/bank/sekolah @ tempat awam semasa berurusan. 2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan tidak berniat untuk berkhalwat walaupun berada di tempat tertutup atau sunyi Cth : Bermesyuarat dlm bilik khusus,belajar di kelas/dewan kuliah. KHALWAT Seorang lelaki dan perempuan berada bersama di tempat tertutup/sunyi. Cth : Sudah sedia maklum dah......Dlm bilik/hotel berdua2an. 2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan berniat untuk melakukan khalwat ditempat tertutup/sunyi. Cth : Sekumpulan lelaki&perempuan berpakat berkhalwat dalam dewan tertutup walaupun dalam jumlah yg ramai. SALAH KE??? Ramai yg bertanyakan soalan ini malah selalu diajukan soalan ini. Semasa saya di sekolah dahulu,soalan ini amat famous sekali diajukan pada saya malah sentiasa menjadi isu semasa yang panas dalam usrah saya. Disini saya utarakan 3 pendapat atau 3 golongan dalam menghukum dan mengadili permasalahan ini:1- GOLONGAN MUTASYADDIDUN Golongan ini amat keras/syadid dalam berhukum sehingga menfatwakan kesemua ikhtilat itu haram dalam apa jua keadaan sekalipun. Cth : Sekolah perlu diasingkan antara lelaki dan perempuan hatta sekolah rendah/tadika sekalipun. Malah guru perempuan hanya boleh mengajar di sekolah perempuan sahaja dan begitulah sebaliknya. Di Arab Saudi, ayah dilarang untuk menghadiri majlis di sekolah(cth:PIBG) bagi pihak anak perempuannya. Golongan ini juga turut mendakwa memakai niqab adalah wajib selain menutup seluruh aurat. 2- GOLONGAN MUTASAHHILIN Golongan ini terlalu memudah2kan urusan agama sehingga soal aurat dan ikhtilat ini dipandang enteng. Aurat boleh didedahkan dan percampuran lelaki dan perempuan dibolehkan tanpa batasan atas dasar kebebasan dan hak individu. 3- GOLONGAN MUTAWASITTHIN Golongan ini adalah golongan pertengahan yang menjadi pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Golongan ini bersederhana dalam pengamalan. Tidak terlalu keras/syadid atau tidak terlalu memudahkan dalam pergaulan lelaki dan perempuan. Tidak mengharamkan dan tidak menghalalkan terus secara mutlak percampuran lelaki dan perempuan malah meletakkan garis panduan dan syarat2 tertentu dalam pengamalan ikhtilat.

Daripada huraian diatas, kita perlu berpegang dan berhukum dengan golongan yg ketiga dan menolak pegangan golongan pertama dan kedua. Kita boleh berikhtilat lelaki dan perempuan tetapi mestilah disertai dengan etika garis panduan yang ditetapkan. Jika kita mengatakan haram berikhtilat secara mutlak,maka apa hikmahnya Allah menciptakan kaum wanita di bumi ini. Jika begitu,adalah munasabah jika kaum wanita berada di planet lain yang mana dikhususkan hanya untuk kaum wanita. Begitulah sebaliknya. Islam membenarkan ikhtilat bukan secara mutlak tetapi berpandu dan terarah. APA YANG SALAH??? Hati kita sering tertanya2... Apa yang salahnya ikhtilat ini?? Dimanakah salahnya ikhtilat ini??? Mengapa salah?? Sememangnya hati sentiasa berperang dengan nafsu. Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan. Mungkin hati kita terasa remeh dengan faktor2 tegahan ikhtilat ini namun ia memberi impak maksima pada maruah,hati,diri dan seterusnya rantaian hubungan dengan Allah. Apa yang dilarang?? [ 1 ] MELIHAT - " Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka" Surah An-Nur 30-31 Sabda Rasulullah SAW : " Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu" Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi [ 2 ] SENTUH Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negetif. Ada kutub utara+kutub selatan. Dalil sudah sedia maklum tentang pengharaman sentuhan lelaki/perempuan. [ 3 ] BERCAKAP LEMBUT " Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik." Surah Al-Ahzab 32 [ 4 ] TIADA PENDINDING ( HIJAB ) " Dan apabila kamu meminta sesuatu y harus diminta dari mereka(isteri2 nabi) mintalah dari sebalik tabir. Cra demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka" Surah Al-Ahzab 53 [ 5 ] KHALWAT " Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim" Riwayat Imam Bukhari PECAHAN IKHTILAT

Seperti yg bincangkan diatas,Islam meletakkan garis panduan etika bagi masalah ikhtilat ini. Ikhtilat pula terbahagi kepada 2 iaitu : [ 1 ] Ikhtilat ghoiri syar'ie [ 2 ] Ikhtilat syar'ie IKHTILAT GHOIRI SYAR'IE 1- Percampuran yang boleh menghilangkan maruah 2- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah 3- Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam 4- Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat. 5- Tidak ikut adab Islam. Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan. Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat. IKHTILAT SYAR'IE 1- Mempunyai hajat Tempat menuntut ilmu Medan jihad Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar Menziarah Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dlll Menunaikan haji dan Umrah Musafir syar'ie Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan Menjadi saksi Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud SYARAT2 IKHTILAT 12345Tidak bersentuhan Menjaga aurat Menjaga adab bercakap Mengasingkan tempat ( Pada tempat2 tertentu ) Dibawah kawalan orang yang dipercayai dan siqah.

MENGAPA DITEGAH??? 1234567Islam sangat berhati-hati menjaga sifat semulajadi manusia. iaitu menutup segala lubang-lubang maksiat Mengelakkan fitnah yang mana memberi kesan yang besar dalam kehidupan. Perbuatan ini termasuk dalam muqaddimah zina. Menonjolkan ciri2 kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan atas segala darjat. Menolak bentuk pergaulan diatas ciri2 kebinatangan dalam proses pembentukkan masyarakat. Melahirkan keperibadian dan generasi manusia yang tinggi etika.

KESIMPULAN Sesungguhnya masalah ikhtilat ini perlu diberi pencerahan dengan suluhan Al-Quran dan Sunnah. Pergaulan bebas tanpa kawalan dan terarah akan mengunndang bahana yang membengkak dalam masyarakat. Masyarakat kita sekarang 'tenat' dan semakin menjauh dari akhlak dan budaya ketimuran. Kembali dan berubahlah kepada pengamalan dan penghayatan Islam.. Jangan terikut dek kejahilan moden...

"Dan jika engkau menuruti kebanyakkan orang yang ada di muka bumi,nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah mereka sangka semata2 hanyalah berdusta" Permasalahan Ikhtilat Ikhtilat pada prinsipnya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, ia boleh berlaku samada di tempat sunyi atau di tempat yang terbuka. Kesan dari perhubungan semacam ini membuka ruang kepada berlakunya perzinaan di dalam masyarakat. Sabda rasulullah saw: Maksudnya : Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya. Hadis Riwayat Turmu Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada wanita lain yang bukan muhrim. Seorang lelaki tidak diperbolehkan memandang kepada orang perempuan selain kepada isterinya dan wanitawanita muhrimnya. Firman Allah : 13 ( ) Maksudnya : katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan merekadan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka. Surah An Nur : 31 Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat dilakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka sayugialah Islam bertindak mengharamkannya, dan Islam menetapkan kepada yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya. Firman Allah : ( Maksudnya : " Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu." Surah Al Ahzab :53 Selain itu, di sini juga suka untuk dinyatakan beberapa panduan interaksi antara lelaki dan perempuan iaitu 3 perkara pokok mesti sentiasa diikuti, iaitu 1) Niat Mestilah diniatkan kerana Allah. 2) Matlamat Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara'. 3) Cara / Method

Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah: i) menjaga pandangan ii) memelihara aurat iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya iv) mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja Walapun telah jelas hukum serta garis panduan berkenaan ikhtilat namun di sana kita lihat masalah ikhtilat sentiasa berlaku. Siapakah yang harus kita persalahkan? Dan, lebih menyedihkan lagi bilamana penyakit terbaru ini juga merebak di kalangan mahasiswa Islam di tanah air termasuk warga azhari/ah. Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua untuk sama-sama memikirkan masalah ini dan berusaha mencari jalan keluar. Kemelut ini tidak boleh dibiarkan. Penyakit yang berjangkit kepada mahasiswa kita ini mesti diubati dan dipulihkan sebelum ia benar-benar menjadi barah yang tidak dapat dirawat lagi. Semua pihak dan segala bentuk jentera mesti digerakkan ke arah itu.

You might also like