You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID 1/2014

Tarikh Masa : 09 Januari 2014 : 3.00 petang

Tempat : Bilik Rehat Guru Kehadiran : 1. Pn. Zaiton B. Othman 2. En. Safuani Othman 3. Pn. Ho Siaw Fong 4. En. Phoa Eng Boon 5. En. Yakub Bin Dris 6. En. Pangi Bin Abd. Raji 7. En. Ismail Hud 8. Ustz. Suraya Subki 9. Pn. Hjh. Kalsum Bt Dahlan 10. Pn. Aliza Othman 11. Pn. Jennyfer Dois Sibin 12. Pn. Normala Harbi 13. Pn. Hartini Bt. Hj. Kipli 14. Pn. Kalsum Bt. Johari 15. Pn. Aliza Ijan 17. Pn Norma Annuar 18. Ust. Nazri Md. Nayan 19. Pn. Suraya Dawi 20. Lydia Tawai 21. Pn. Nuranisah 22. 23. 24. 25. 26. Guru Besar Penolong Kanan Pentadbir Penolong Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Ko-kurikulum

1. Kata alu-aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan semua guru atas kehadiran menghadiri mesyuarat. 1.2 Bidang Hal Ehwal Murid (HEM) merupakan bidang yang terpenting dalam sesebuah sekolah. Jika tidak dikendalikan dan diurus dengan baik akan mencacatkan

pengurusan sekolah. Pengurus dan pemimpin iaitu Penolong Kanan HEM sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan . Di peringkat sekolah, satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri instituti yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik. Oleh itu untuk mencapai hasrat ini, jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir (guru besar) dalam memainkan peranan sebagai pemaju, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, dan kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya khususnya murid-murid sekolah. 1.3 Fungsi Pengurusan HEM 1.3.1 Fungsi-fungsi pengurusan HEM di sekolah pula dapat dilihat seperti berikut: mengenalpasti potensi pelajar dan memupuknya hingga ke tahap cemerlang. memberikan khidmat bantuan kepada pelajar yang bermasalah. mengelolakan program latihan kepemimpinan dan organisasi pelajar. memberi galakan dan pedoman berdikari. mengeratkan hubungan antara instituti pendidikan dengan masyarakat dan ibu bapa. mengorientasikan pandangan ibu bapa supaya secocok dengan matlamat pendidikan negara. merancang dan melaksanakan program kendiri untuk mengenal kelemahan dan kekuatan diri.

mengatur dan mengelola aktiviti untuk mencapai kecemerlangan diri.


Tindakan : Makluman

2. Pengurusan HEM 2014 2.1 Kata Aluan PKHem - Tiada minit pengesahan dan pelantikan AJK kerana pelantikan AJK telah dibuat sebelum ini. - (Rujuk Lampiran 1)
3. Perancangan Aktiviti HEM 2014 - (Rujuk Lampiran II) 3.1 Program Memberus Gigi Sekolah - Cikgu Hjh. Kalsum mencadangkan agar program ini dilakukan mengikut kelas selepas Waktu rehat. Cadangan diterima bergantung kepada keadaan. - Program ini diteruskan juga untuk pra-sekolah. Tindakan : Guru pra, guru Kelas dan Cikgu Norma 3.2 Program Khidmat Masyarakat Asrama PKHem mencadangkan agar aktiviti asrama dapat digabungan dengan aktiviti-aktiviti lain. Program ini dirancang dijalankan pada 18 Mac 2014. 3.3 Projek Hijau Bersama Ibubapa PKHem memberi cadangan tentang Projek Hijau agar boleh dilakukan Pertandingan Bonsai dan Bunga gelung di kawasan asrama. Tarikh pelaksanaan yang dirancangan adalah 16 Jun 2014. Tindakan: Semua Guru 3.4 Program Tambahan - Kursus Motivasi Akademik - Kelas Tambahan dan Tuisyen - Ceramah Teknik Kemahiran Belajar - Anugerah Kecemerlangan Akademik - Mewujudkan kumpulan (Kompang)

Program-program yang dinyatakan di atas adalah gabungan khas untuk murid-murid asrama. 4. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 4.1 Dinaikan RM3 seorang. Jumlah RMT adalah 150 hari. Kelayakan RMT untuk murid adalah mengikut pendapatan keluarga dan perkapita. - Pendapatan Keluarga Rm600 - Perkapita RM140 4.2 Murid yang diluluskan mendapat RMT berjumlah 103 orang murid. Walaubagaimanapun, hanya 991 orang murid sahaja yang mengikut RMT sekarang. 4.3 Edaran nama murid akan diedarkan pada minggu hadapan. PkHem meminta agar guru kelas mengisi borang yang disediakan bagi mengukur berat serta ketinggian murid-murid selepas RMT. 4.4 Ibubapa murid yang memohon RMT, tetapi tidak mempunyai slip gaji perlu mengisi Borang Perakuan ibubapa menggunakan borang permohonan sahaja. Tindakan: Guru Kelas 4.5 Puan Nuranisah akan melakukan pemantauan RMT setiap hari pada masa rehat. Beliau akan membuat laporan harian RMT (Borang KP/RMT/A). Beliau akan berehat dari 9.30 hingga 10.00 pagi. 4.6 Syarikat Setiawaris berjaya mendapat tender untuk RMT tahun ini. Tindakan : Puan Nuranisah dan Makluman 5. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 5.1 KPM telah datang ke Daerah Mukah untuk lawatan mengenai pengurusan SPBT pada 4 Disember 2013. 5.2 PkHem mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pembantu Pengurusan Murid (PPM) atas bantuan mengemaskini fail-fail SPBT dan Cop Buku teks. 5.3 PKHem meminta agar guru kelas dan guru-guru lain agar memeriksa buku teks murid-murid. Buku aktiviti tidak akan dikembalikan. Ianya kepunyaan murid. Hanya buku teks sahaja yang akan dikembalikan.

5.4 Proses pelupusan buku teks lama sedang dalam proses. JPN mengarah agar bukubuku teks yang lama dihantar ke Arkib Negara. Tindakan : Guru SPBT dan Makluman Semua Guru 6. E-Kehadiran 6.1 PKHem memohon agar e-kehadiran disiapkan pada waktu pertama masa iaitu sebelum jam 8 pagi. 6.2 Walaubagaimanapun, Setakat ini pengisian E-kehadiran tidak dapat dikemaskini. 6.3 Jumlah murid di APDM perlu dikemaskini. Tindakan : Guru Kelas dan Guru Data 7. Program Guru Penyayang 7.1 Dalam program ini adalah guru-guru mengalu-alukan kedatangan murid di pintu pagar sekolah. 7.2 Program Mentor-Mentee akan diserahkan kepada Cikgu Pangi. Beliau akan mengedarkan modul pelaksanaan kepada guru-guru. Perbincangan akan dilakukan bersama cikgu Pangi. Program ini akan dilakukan 10 kali iaitu sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Tindakan : Semua Guru 8. Warden asrama 8.1 Cikgu Nursyakirah dilantik menjadi warden asrama berkuatkuasa tahun ini. Beliau diminta untuk berjumpa dengan Puan Esah untuk tugas-tugas yang akan dijalankan kelak. 8.2 Penguni Asrama 8.2.1 Penghuni asrama setakat ini berjumlah 46 orang murid. - Penghuni asrama lelaki 21 orang murid - Penghuni asrama perempuan 25 orang murid - Pihak sekolah akan menjemput ibubapa datang ke sekolah untuk memberi pandangan 13 orang murid tahun 6 yang tinggal di asrama. Tindakan: Warden dan Makluman 9. Hal-hal lain Beberapa aktiviti yang dirancang oleh PKHem akan dimasukkan ke dalam takwim

Sekolah 2014. Antaranya ialah i. Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang. (Rujuk Lampiran III) Tugas guru adalah mengalu-alukan kedatangan ke sekolah kepada ibubapa dan murid-murid dengan senyuman. PPD sendiri akan memantau program ini dan sekurang-kurangnya sekolah mempunyai bukti dan jadual bertugas bahawa program ini dilaksanakan mengikut jadual yang disediakan. Penilaian positif ibubapa terhadap pihak sekolah. Instrument pelaksanaan Amalan Guru Penyayang. (Rujuk Lampiran IV) Tindakan: Semua Guru ii. Jadual bertugas mingguan awal pagi. (Rujuk Lampiran V) Murid-murid akan masuk ke kelas pada jam 7 pagi. Keberadaan guru di dalam kelas pada waktu pagi. Perhimpunan pagi akan bermula pada pukul 7.15 7.20 pagi diketuai oleh cikgu Syakirah. Tindakan: Semua Guru Kehadiran murid sebelum jam 8 pagi. Guru akan diberi tugasan harian. (Jadual akan diberi) Cikgu Hajah Kalsum memohon agar Borang SMM dicetak yang sedia ada dan mengubah menggunakan pen merah. PKHem bersetuju dan akan memberi borang SMM yang tahun lalu untuk memudahakan ibubapa mengisi dan mengubah maklumat. Tetapi hanya Tahun 3 sahaja diberi borang baharu. Cikgu Yakub mencadangkan agar sesiapa sahaja murid-murid yang ingin membeli Tag nama boleh ditempah sekali. Begitu juga T-Shirt sukan sekolah yang bewarna hijau bagi tahun 1, termasuk dengan murid-murid lain. Tindakan: Makluman Kutipan wang akan dilakukan selepas mesyuarat PIBG pelaporan untuk ke JPN. senaraikan barang yang hendak dikutip beserta harga. Mesyuarat PIBG adalah bulan Mac. dibuat kerana perlukan Menurut Cikgu Safuani mesyuarat dengan PIBG dan

Dicadangkan agar T-shirt sukan sekolah ditempah dahulu beserta size. Guru kelas diminta untuk mendapatkan size murid dan nama untuk tag sekali sekurang-kurangnya Isnin minggu hadapan. Pesanan Cikgu Syakirah; borang SMM harus dihantar sekurang-kurangnya minggu hadapan. Tindakan: Guru Kelas

Cikgu Yakub memaklumkan kepada semua guru agar memaklumkan kepada guru pra-sekolah dan PPM jika ternampak murid pra keluar dari pra-sekolah. Tindakan : Semua Guru

Duit akan masuk ke akaun sekolah sekurang-kurangnya pada 15 Januari 2014 Guru besar mengakhiri mesyuarat. Kata-kata penutup GB adalah i. teguran guru terhadap murid mestilah dengan penuh kasih sayang ii. Disiplin murid mempengaruhi pencapaian akademik iii. menitikberatkan amalan menjaga kebersihan diri, bukan sahaja di rumah tetapi juga di dalam kelas dan persekitaran sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Pencatat Minit, ................................ (JENNYFER DOIS SIBIN) Setiausaha HEM

Disemak oleh, ................................ (HO SIAW FONG) Penolong Kanan HEM

Disahkan Oleh, ........................ (ZAITON BT OTHMAN) Guru Besar

You might also like