You are on page 1of 21

ISI KANDUNGAN Tajuk 1. Isi Kandungan........................................................................... 2. Penghargaan............................................................................ 3. Pengenalan............................................................................... 4. Faktor-Faktor Mencuri dan Merompak........................................................................ 5.

Kesan-Kesan Masalah Mencuri dan merompak............................................................................ 6. Langkah-langkah menangani masalah mencuri dan merompak.................................................................................... 7. Kesimpulan................................................................................... 8. Refleksi......................................................................................... 9. Bibliografi....................................................................................... 10. Lampiran........................................................................................ 13-17 18 19-20 21 22 9-12 4-8 Muka surat 1 2 3

PENGHARGAAN Salam sejathtera, Saya bernama Sri Sakti A/P Ayaoo dari N4 amat bersyukur kerana membuat tugasan Pendidikan Moral ini dengan penuh keyakinan. Tajuk tugasan saya ialah tentang masalah mencuri dan merompak.Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah mendapat pelbagai pengalaman sama ada baik ataupun buruk yang amat berharga dan bermulia dalam hidup saya sebagai seorang pelajar IPG Kampus Ipoh.Justeru itu , saya juga telah memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci.Dengan ini,saya telah memahami tentang faktor-faktor masalah mencuri atau merompak,langakah-langkah menangani masalah ini dan juga kesan-kesan gejala ini dengan lebih lanjutnya. Saya juga ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu Pn. Siti Juariah Binti Termuji kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bantuan kepada kami

sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat berkesan kepada saya untuk menyempurnakan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakanrakan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi memenuhi usaha menyempurnakan tugasan ini. Sehubungan dengan ini,saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan bantuan daripada kesemua pihak yang telah menghulurkan bantuan dan dorongan yang berkesan kepada saya untuk

menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongkan anda semua, tugasan moral ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sekian,terima kasih. 2

PENGENALAN DEFINISI ROMPAKAAN DAN KECURIAN Kegemparan rakyat Malaysia tentang isu jenayah seolah-olah mengikut musim. Suatu masa dahulu, kita sering dikejutkan dengan kejadian kes-kes ragut. Di sana sini, orang ramai memperkata jenayah ragut kian bermaharajalela terutamanya di bandar-bandar besar. Ironinya, kes ragut tetap berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira di bandar mahupun di kampung. Ragut itu sendiri sebenarnya membawa maksud kepada menarik, menyentak dan mencabut secara paksa atau dengan kekuatan.

Walau bagaimanapun, kejadian malang ini dilihat mencerminkan keadaan yang lebih besar iaitu kes ragut yang semakin menular dalam kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, semua pihak perlu memainkan peranan bagi membanteras jenayah rakus yang mengganas ini. Mungkin pendapat orang ramai apa faedahnya menjaga tepi kain orang lain perlu dihakis dalam konteks memerangi jenayah ragut ini. Kita perlu prihatin dan membantu apabila berlakunya jenyah ragut di hadapan mata. Janganlah biarkan insiden ragut menghantui kehidupan kita selama-lamanya.

FAKTOR-FAKTOR MENCURI DAN MEROMPAK

KELUARGA

MASALAH KEWANGAN

FAKTOR-FAKTOR MASALAH MENCURI DAN MEROMPAK

KEAGAMAAN

PENGARUH MEDIA MASSA

MASALAH KELUARGA Faktor-faktor masalah mencuri dan merompak adalah masalah keluarga.Nilai murni kekeluargaan hari ini sudah merosot ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari rezeki.Selain itu,ibu bapa juga tidak menumpukan perhatian terhadap kualiti kehidupan berkeluarga dan anak-anak.Walaupun usaha murni ibu bapa adalah untuk kesenangan kepada anak-anak dan keluarga,namun pembentukan sahsiah diri anak-anak perlu diberi perhatian. Di samping itu,ibu bapa merupakan teladan terpenting kepada anak-anak tetapi pada masa kini ibu bapa lupa akan tanggungjawab mendidik dan mengajar anak-anak agar menjadi insan yang

sempurna disebabkan oleh harta dunia.Remaja yang tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya daripada keluarga akan mendapat kasih sayang daripada pihak luar termasuk rakan sebaya.Dengan ini,remaja kini akan membuat apa sahaja untuk berseronok dan mendapat perhatian orang lain.Sebagai contoh, melakukan jenayah seperti mencuri harta orang lain,merompak dan lain-lain lagi. Seterusnya,kebanyakan ibu bapa pada hari ini khususnya yang bekerja menyerahkan tugas menjaga anak-anak kepada pembantu rumah bulat-bulat.Bertitik tolak dari sinilah para remaja mengambil kesempatan keluar dari rumah,menoreka dunia yang penuh penipuan dan jenayah bagi memenuhi kekosongan jiwa akibat keperluan emosi mereka yang ketandusan dengan belaian kasih sayang keluarga.

MASALAH KEWANGAN Banyak jenayah dan masalah sosial yang dilakukan remaja hari ini disebabkan oleh soal kewangan kerana keinginan anak-anak muda hari ini semakin meningkat untuk menggunakan barangan mewah bagi menunjukkan status diri mereka di kalangan rakan-rakan sebaya. Tidak semua anak-anak remaja ini lahir dari keluarga berada dan mampu menikmati kemewahan hidup. Bagi remaja dari keluarga susah, mereka mudah terikut-ikut rakan-rakan yang mewah tetapi soalnya bagaimana mereka mendapatkan sumber kewangan tersebut. Sudah tentu dengan melakukan jenayah dan kegiatan tidak bermoral seperti mencuri,merompak dan keskes lain. Tambahan pula jenayah mencuri dan merompaknmemberi keuntungan dalam sekelip mata.

Secara tuntasnya,kemelesatan ekonomi juga menjadi titik tolak penglibatan remaja dalam kes mencuri dan merompak.

KEAGAMAAN Iman dan amal yang lemah terhadap agama menjadikan remaja hari ini tidak mampu berfikir mengenai perbuatan buruk yang mereka lakukan. Pegangan agama yang longgar dan tiada tunjuk ajar yang baik daripada ibu bapa menjadi punca masalah sosial ini berterusan seperti kes merompak dan mencuri. Semua agama sama ada Islam,Hindu dan Buddha melarang penganutnya melakukan kejahatan. Tanggungjawab ibu bapa adalah memberi didikan agama kepada anak-anak bukan mencari nafkah sahaja. Anak-anak akan melakukan jenayah ragut ini tanpa berasa takut akan kesannya di hari pembalasan kelak.Jelaslah,lemah pegangan agama menyebabkan remaja terlibat dalam jenayah ragut ini.

PENGARUH MEDIA MASSA Media massa memberi banyak manfaat internet,emel dan kemudahan ,televisyen kepada dan

penggunanya.Sebagai

contoh

sebagainya.Perkembangan teknologi telah memudahkan setiap perkara tanpa batasan dan sempadan untuk mendapatkan maklumat, dan berhibur. Namun begitu,media massa turut memberi kesan negatif kepada remaja jka disalah guna.Remaja hanya perlu memuat turun apa sahaja yang mereka inginkan.Sebagai contoh menonton video lucah,menonton video ragut dan video keganasan.Secara tidak langsung wujud perasaan ingin mencuba dalam diri remaja.Jiwa remaja sememangnya mudah dipengaruhi.Perasaan ingin tahu dan ingin mencuba menyebabkn remaja mempraktikkan apa sahaja yang mereka lihat di dalam internet. Banyak dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran yang akhirnya mereka terikut-ikut oleh pengaruh buruk ini.Kesan-kesan daripada penyelewangan dalam proses penyaluran maklumat,pemaparan dan aksi-aksi yang bercorak kegiatan

keganasan,pembunuhan,rompakan

pencurian

dalam

jenayah.Sememangnya,tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh media massa dan arus perdana globalisasi serta tamadun materialistik yang dibawa bersama-sama telah banyak mencetuskan krisis.Lambahan majalah hiburan yang tidak bermoral dan beretika berleluasa di pasaran.Akibatnya,pelajar menjadi keliru dan tidak tahu memilik perkara kebaikan untuk medmbina kehidupan mereka. Oleh itu media massa juga menjadi faktor berlakunya kes mencuri dan merompak dalam kalangan remaja.

KESAN-KESAN MASALAH MENCURI DAN MEROMPAK

KESAN-KESAN MASALAH MENCURI DAN MEROMPAK

PENJEJASAN NAMA NEGARA

KEHURU-HARAAN MASYARAKAT

MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA

PENJEJASAN NAMA NEGARA Menurut kajian , sejak kebelakangan ini ramai pelancomg asing turut menjadi mangsa rompak. Keadaan ini memberi impak yang amat serius kepada negara kita . Pelancong asing akan berasa tidak selamat apabila datang ke negara kita ,mereka akan memberitahu kawan-kawan mereka tentang kejadian yang berlaku terhadap mereka di negara kita . Maka , imej megara yang terjejas akan menjejaskan pandangan negara asing terhadap negara kita.Selain itu, akan menjejaskan reputasi Malaysia sebagai Negara yang dikenali sebagai Negara yang aman dan damai. Ia memberi perspektif yang negatif dari seluruh pelusuk dunia. Bagi pelancong yang ingin atau sudah melancong di Negara ini, ia akan menimbulkan kerisauan dan kebimbangan terhadap keselamatan mereka ketika berada di Negara ini. Ini akan menjejaskan industri pelancongan di Malaysia. Ini kerana terdapat segelintir pelancong yang melancong di Negara ini adalah menjadi mangsa ragut atau rompak.

Dengan ini,nama negara akan tercemar.Selain itu bilangan pelacong akan kurang.

10

KEHURU-HARAAN MASYARAKAT Keselamatan seluruh masyarakat kini semakin teruk akibat jenayah rompak atau kecurian . Bagi mangsa yang dirompak atau dicuri, mereka akan menanggung kesengsaraan akibat kecederaan fizikal dan masalah kesihatan di samping mengalami trauma akibat gangguan mental dan emosi seperti rasa takut, tekanan perasaan dan rasa rendah diri . Pastinya kesan mendalam akibat dirompak atau dicuri sedikit sebanyak memberi kesan jangka panjang kepada mangsa tersebut. Bagi pencuri atau perompak , mereka akan terus berleluasa dalam melakukan jenayah. Rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan amannya , menjadi huru hara dan tidak berasa selamat walaupun berada di Negara sendiri. Masyarakat menjadi trauma tentang permasalahan ini yang semakin meruncing. Setiap hari ada sahaja jenayah rompak atau kecurian berlaku di tempat mereka. Ini menyebabkan masyarakat menjadi takut untuk keluar bersiar siar bersama keluarga dan teman teman. Tidak bebas melakukan aktiviti seharian kerana perlu mengawasi keadaan sekeliling.

11

MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA Ekonomi negara akan terjejas kerana pelancong luar tidak sudi untuk datang melancong ke negara kita akibat keadaan negara kita yang tidak selamat . Kesannya , industri pelancongan akan merosot . Pada masa yang sama , ini akan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat negara . Industri pelancongan menyumbang kepada sektor lain seperti perhotelan . Sektor perhotelan tidak akan mendapat sambutan handal akibat industri pelancongan yang merosot .Hal ini menyebabkan rakyat menganggur akibat kekurangan sektor pekerjaan. .Remaja yang berlatar belakangkan keluarga yang berpendapatan rendah terpaksa menjadikan jenayah rompak untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.Hal ini dibuktikan dengan kenyataan oleh Pengarah Jabatan Siatasatan Jenayah Bukit Aman Dato Muhammad Bakri Zinin bahawa faktor ekonomi menyumbang kepada peningkatan jenayah ini..Tambahan pula jenayah rompak dan kecurian memberi keuntungan dalam sekelip mata..

12

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH MENCURI DAN MEROMPAK

PERANAN IBU BAPA

MEMBENDUNG PERANAN MEDIA MASSA

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH MENCURI DAN MEROMPAK

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

MENGADAKAN KEMPEN DAN CERAMAH

13

PERANAN IBU BAPA Peranan mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal

pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakanrakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,

berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

14

MEMBENDUNG PENGARUH MEDIA MASSA Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Remaja hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat

membendung jenayah rompakan dan pencurian..Remaja yang bermaklumat ini akan memenuhi masa mereka dengan ilmu dan perkara berfaedah sahaja.Secara tidak langsung mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan jenayah ragut.Bukan itu sahaja,pihak kerajaan haruslah menyekat video-video yang tidak berfaedah daripada tersebar melalui medium tertentu.Hal ini dapat mengurangkan bukan sahaja jenayah rompakan dan pencurian bahkan dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi membanteras perompak dan pencuri dalam kalangan remaja.

15

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG Selain itu penguatkuasaan undang-undang terhadap remaja perlu

digubal.Remaja yang melakukan jenayah ragut perlu dihukum seperti penjenayah lain.Jika jenayah ragut yang mereka lakukan membabitkan kematian mereka perlu dihukum seperti mana penjenayah lain dihukum..Kerajaan tidak perlu berkompromi dengan remaja yang mencuri dan merompak ini kerana mereka bukan sahaja

meragut harta tetapi mereka juga meragut nyawa manusia.Tindakan undang-undang yang keras harus diambil agar menjadi teladan kepada golongan yang melibatkan diri dalam gejala mencuri dan merompak yang semakin berani. Golongan yang melibatkan diri dalam gejala ini perlu mengikut peraturan dan undang-undang untuk membangunkan Negara kerana di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung,agar gejala ini dapat dielakkan.

Tambahan pula,masalah pencurian dalam kalangan masyarakat bukanlah disebabkan oleh ketidaktegasan pengusaan undang-undang semata-mata tetapi juga sikap dan kelalaian sesetengah pihak seperti ibu bapa,media massa dan sebagainya.

16

MENGADAKAN KEMPEN DAN CERAMAH Mengadakan kempen merupakan amalan yang terbaik untuk mengelakkan gejala seperti mencuri,merompak dan sebagainya.Kempen sangat penting kerana masyarakat harus diingatkan perkara-perkara yang terpenting dari semasa ke semasa tentang gejala-gejala ini.Kempen boleh dijalankan dengan cara menampal poster di tempat yang menjadi tumpuan masyarakat.Selain itu,kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini.Melalui kempenkempen ini masyarakat tetap akan mendapat kebaikan dan juga dapat kesedaran tentang masalah ini.

17

KESIMPULAN Orang ramai harus juga memainkan peranan masing-masing dalam membanteras jenayah ini. Pencegahan" merupakan jawapan kepada penyelesaian masalah ini, namun penguatkuasaan juga penting. Penguatkuasaan ini haruslah dilakukan secara berterusan. Jika pihak polis sukar menempatkan anggotanya sepanjang masa di tempat yang sering berlaku kejadian rompak atau kecurian maka agensi penguatkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga harus memainkan peranan untuk membantu. Di samping itu, orang ramai haruslah berwaspada terhadap keadaan sekeliling.Oleh itu, diharapkan berkat kesanggupan kita membanteras jenayah sosial itu kesejahteraan hidup akan terus kita nikmati.

18

REFLEKSI Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya ingin memperkenalkan diri saya.Saya Sri Sakti A/P Ayaoo dari N4 (Matematik).Terlebih dahulu saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi banyak sumbangan dan dorongan untuk menyiapkan tugasan moral ini dengan jayanya. Terutamanya kepada pensyarah saya Puan.Siti Juariah Binti Termuji. Sepanjang menyiapakan kerja krusus ini beliau telah banyak memberi kerjasama serta tunjuk ajar kepada saya.Melalui kerja kursus ini saya dapat mempelajari tentang jenayah rompakan atau kecurian di negara kita. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai faktor-faktor,langkah-langkah dan juga kesan-kesan terhadap jenayah ini di sekeliling kita. Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut walaupun mendapat maklumat yang berkurangan. Pada masa itu rakan-rakan sekelas saya memberi idea-idea tentang tajuk ini.Dengan ini,saya dapat menyiapkan tugasan ini.Tambahan pula,maklumat-maklumat yang saya dapatinya kurang jelas. Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya. Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Tugasan ini juga memberi kesan yang baik dalam kefahamahan tentang isu moral dengan kritis dan juga bermakna,Sebenarnya,isu moral ini amat menjejaskan keamanan negara dan juga rakyat.Dengan tugasan ini saya dapat memahami

19

bagaimana boleh membanteras jenayah ini.Selain itu,saya juga memahami impakimpak masalah ini kepada rakyat dan juga negara kita. Sebelum menamatkan saya juga ingin berkongsi beberapa cabaran yang saya menghadapi semasa menyempurnakan tugasan ini,antaranya ialah masalah pencarian buku-buku.Saya amat sukar untuk mendapatkan bahan buku tentang tajuk ini kerana kekurangan maklumat tentang tajuk ini. Cabaran - cabaran yang saya menghadapi dalam kerja kursus ini telah banyak memberi pembelajaran kepada saya dan juga memupuk nilai kesabaran dalam diri saya.Selain itu,saya juga memahami tentang tajuk ini dengan selanjutnya. Sekian terima kasih.

20

Rujukan

Bibliography
(n.d.). Retrieved december 5, 2007, from www.mutiamutiara .blogspot.com/2010/09 pada51207 suatu kes rompak dan rogol: http://mutiamutiara.blogspot.com/2010/09 (n.d.). Retrieved from anymiehanzz wodpress.com/punca-punca-gejala sosial.......: http://anymiehanzz.wordpress.com/punca-punca gejala sosial-dan langkah-langkah mengatasi/ (2010, 08). Retrieved 08 2010, from wwwbmpengurusan blogspot.com//2010/08/kesragut: http://wwwbmpengurusan.blogspot.com (2010). Retrieved from www.sblm 1053 blogspot.com/2010/08/ragut-merujuk: http://sblm1053 blogspot.com/2010/08/ragut-merujuk kepada tindakan seseorang Bahari, A. (2010). Contoh Karangan bahasa melayu SPM. selangor: Ilmu bakti SDN.BHD.

21

You might also like