You are on page 1of 1

BAHAGIAN ADAB MENJAGA MARUAH DIRI KEPENTINGAN MENJAGA MARUAH DIRI Setiap individu muslim wajib menjaga diri

daripada melakukan perkara-perkara yang mencemarkan nama baik dan kehormatan diri. Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terpengaruh kepada unsure-unsur asing yang merosakkan. CARA MENJAGA DIRI DAN MARUAH

CARA BERPAKAIAN
Pakaian menutup aurat, tidak ketat dan jarang. Pakaian kemas dan bersih. Pakaian tiada lambang agama lain atau kumpulan sesat. Pakaian sesuai mengikut jantina. Pakaian daripada hasil yang halal. Pakaian mengikut peraturan syarak.

CARA PERGAULAN
Memberi salam ketika bertemu. Menjaga adab & hukum syarak dlm pergaulan. Hormat-menghormati, kasih sayang dan bermesra. Bertukar-tukar pendapat dengan sifat toleransi. Menjaga rahsia & keaiban orang lain. Menepati janji yang baik. Menjaga hati dan perasaan sahabat dgn cara yang baik.

CARA PERCAKAPAN
Bercakap dgn perkara yg baik. Berbahasa sopan. Percakapan yg menyenangkan Bercakap benar. Bercakap perkara yang berfaedah kpd semua. Lebih baik diam jika tidak tahu sesuatu perkara. Jangan menyampuk percakapan orang lain.

AKIBAT TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAH


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kehidupan tidak diberkati kerana jauh dari petunjuk. Mendapat dosa. Menjadi terpinggir kerana dipulau oleh rakan dan masyarakat. Kejadian jenayah semakin meningkat. Negara menjadi kucar-kacir dan tidak aman. Negara akan mundur dan tamadun manusia tidak akan berkembang maju. Masyarakat akan memandang rendah kepada orang yang tidak bermoral. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

HIKMAH MENJAGA DIRI DAN MARUAH


Kehidupan diberkati kerana mendapat petunjuk Allah. Mendapat pahala. Akan disayangi, dikagumi dan disanjung oleh rakan dan masyarakat. Membendung kejadian jenayah yang boleh mengakibatkan kehancuran negara. Melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu. Negara akan aman dan tenteram. Masyarakat akan memandang tinggi kepada orang yang berakhlak mulia.

PENGHAYATAN
Menjaga maruah diri semasa bergaul dengan rakan sebaya. Menunjukkan imej diri yang bersih, kemas dan ceria. Bersopan santun dan lemah lembut dalam percakapan. Berpakaian mengikut ketentuan hukum syarak.

INFO AL-DIN
Ingatlah ! Sesungguhnya Allah melaknat orang lelaki yang meniru perwatakan wanita dan wanita yang meniru perwatakan lelaki. Aurat Lelaki : Antara pusat & lutut. Aurat Wanita : Seluruh badan kecuali muka & tapak tangan.

INFO TAMADUN
Islam mewajibkan umatnya menutup aurat.Oleh itu menjadi fardhu kifayah bagi umat Islam berusaha membina kilangkilang pakaian untuk keperluan itu. Begitu juga perlu wujud pereka-pereka fesyen dari kalangan umat Islam yang mereka fesyen pakaian yang cantik dan kemas serta menutup aurat sebagaimana tuntutan syarak.

You might also like