You are on page 1of 3

DEFINISI BUDAYA DAN MASYARAKAT Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak

bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latincolore yang bermaksud menanam atau mengerjakan. Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik). Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.

Definisi menurut tokoh/pakar sosio budaya a) (Mohd taib Osman,1988) : budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannye dengan keadaan sekeliling b) EDWARD B. TAYLOR (Primitive Culture) : Keseluruhan kompleks yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, sikap, undang-undang, adat resam dan kebolehan lain dan tingkah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli masyarakat. c) RALPH LINTON, 1947 (The Cultural Background of Personality) : Budaya ialah susunan perlakuan yang dipelajari dan hasil daripada kelakuan ini digunakan bersama dalam masyarakat. d) RUTH BENEDICT (1947) : Budaya sebagai unsur pengorganisasian antara individu dan membentuknya menjadi satu kelompok kebudayaan. e) Nik Safiah Haji Abdul Karim : Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa.Hasrat serta nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak bercanggah dengan kehendak masyarakat secara umumnya dan diterima serta dipersetujui untuk diamalkan bersama. Nilai tersebut akan membentuk Norma dalam masyarakat. f) Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi (1984), bersepakat bahawa Budaya merupakan alat penghasilan karya seni, rasa serta penciptaan dalam sesebuah masyarakat. g) Menurut E.D. Tylor (1947), Budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undangundang, adat serta amalan kebiasaan yang lain. h) L.A. White (1956), menjelaskan bahawa Budaya merupakan satu pola tingkah laku, objek, alat, idea, sentimen, yang bergantung kepada simbolsimbol.Tindakan dan Tingkah Laku tersebut akan menunjukkan nilai yang diterima secara bersama oleh setiap individu yang terdapat dalam masyarakat.

i) Kroeber & Kluckohn (1954), berpendapat bahawa Budaya sebagai sebagai satu Entiti yang mengandungi pola Implisit serta Eksplisit tentang tingkah laku yang diperoleh dan diwariskan melalui Simbol serta berbentuk Material. j) Malinowsky (1965), dalam bukunya A Scientific Theory of Culture, mengkelaskan Budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia

Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohanidan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

You might also like