You are on page 1of 13

MINIT MESYUARAT GURU-GURU SIDANG PETANG SK TOMBOVO ,PENAMPANG KALI KE 4 . HARI : KHAMIS TARIKH : 4/4/2013 MASA : 4.30 PM 5.

.20 PM Ucapan aluan PK Petang ,mohon maaf kerana mengganggu masa P & P Guru-guru sidang pagi memaklumkan pemantauan bersilang dalam P & P daripada GB SK Tansau , Penampang . 3 hari peruntukan untuk melihat dari segi P & P ,pengurusan dan bidang masing-masing. PK Petang akan memantau guru-guru sidang petang selama 5 hari ,persiapan buku rekod ,serta penyediaan BBB dengan baik . Pk Petang berharap dapat menggunakan BBB yang sedia ada,contoh subjek Bahasa Melayu ,Matematik dan sebagainya., gunakan kreativiti guru masing-masing . Buku Rekod Kehadiran Guru hendaklah ditulis nama dan waktu hadir ,tandangan hendaklah ditulis semasa waktu pulang . Guru kelas hendaklah memastikan jadual kedatangan murid diisi setiap hari dan

dikemaskini setiap bulan ,PK HEM akan mengesahkan setiap laporan kehadiran murid . Kad kesihatan murid hendaklah diisi oleh guru kelas semua maklumat setiap murid dengan terperinci kerana pemantauan dari Kementerian Kesihatan akan dilakukan . Kad Kesihatan Murid serta kad 001R semakan . Guru yang bertugas mingguan hendaklah mengisi laporan kehadiran murid setiap hari serta diserahkan setiap hari Jumaat kepada PK Petang untuk pengesahan . Kehadiran guru-guru ke kelas hendaklah 5 minit lebih awal untuk memastikan P&P dapat berjalan dengan baik . PPD meminta agar pihak sekolah menyediakan kursus dalaman kepada semua guru SK Tombovo ,sebagai contoh Program Pemantapan LINUS , MBMMBI dan sebagainya. Pihak sekolah akan mengadakan Program Pemantapan LINUS pada 20/4/2013 ,Sabtu ,di SK Tombovo ,penceramah dari pihak PPD iaitu Puan Roslin Francis . hendaklah dihantar kepada PK HEM untuk

Guru penyelaras LINUS hendaklah menyediakan surat jemputan kepada penceramah jemputan serta membentuk jawatankuasa perlantikan tugas untuk program tersebut yang terdiri daripada guru-guru sidang petang sahaja.

Bahan-bahan kursus akan disediakan oleh pihak PPD. Setiap guru hendaklah memastikan buku biru dikumpul dan diserahkan kepada penceramah untuk dicop serta tandatangan . Bagi guru-guru yang tidak hadir hendaklah diberikan sijil kemudian setelah berjumpa dengan guru penyelaras LINUS untuk mendapatkan makluman . Pk Petang berharap semua guru memberikan kerjasama agar perancangan yang diatur berjalan dengan lancar . Mesyuarat berakhir jam 5.20pm .

Disediakan oleh , -. (HASNORALIZA MD HASSAN ) Setiausaha Mesyuarat Guru-Guru Petang )

Disahkan oleh , .. (PUAN DAYANG RATIJAH JEPANG) PK Petang SK Tombovo.

MINIT MESYUARAT GURU-GURU SIDANG PETANG SK TOMBOVO ,PENAMPANG KALI KE 9 . HARI : ISNIN TARIKH : 1/7/2013 MASA : 3.05 PM 3.30 PM Ucapan aluan PK Petang kerana sudi hadir ke taklimat sessi petang Makluman kemungkinan minggu ini ada pemantauan daripada PPD ,Sektor Pengurusan Akademik (SPA) dan Jaminan Kualiti . Semua guru diminta mengemaskini buku rekod RPH mengikut checklist yang telah diberikan sebagai contoh : senarai tugas,jadual waktu,rekod kerja murid, RPT,DSK ,DSP. Bengkel untuk refleksi akan dibuat secara terperinci . Slip guru ganti hendaklah diserahkan kepada PK Petang setelah selesai P d P untuk simpanan kerana ia berkaitan dengan MMI . Berkaitan dengan PBS ,semua guru hendaklah mengisi secara online untuk setiap bulanan pemberian band yang bersesuaian kepada pelajar . Kerjasama daripada semua guru juga perlu memastikan fail-fail pelajar dikemaskini dan dimasukkkan eviden-eviden yang terkini . Pk Petang berharap semua guru memberikan kerjasama agar perancangan yang diatur berjalan dengan lancar . Mesyuarat berakhir jam 3.30pm .

Disediakan oleh , . (HASNORALIZA MD HASSAN ) Setiausaha Mesyuarat Guru-Guru Petang )

Disahkan oleh , ........................................... (PUAN DAYANG RATIJAH) PK Petang SK Tombovo.

MINIT MESYUARAT GURU-GURU SIDANG PETANG SK TOMBOVO ,PENAMPANG KALI KE 10 . HARI : ISNIN TARIKH : 8/7/2013 MASA : 3.05 PM 3.30 PM Ucapan aluan PK Petang kerana sudi hadir ke taklimat sessi petang Makluman ada sedikit perubahan jadual waktu pada bulan puasa P d P akan bermula jam 12.40 pm dan berakhir pada 4.45 pm . Semua guru hendaklah memastikan P d P berjalan lancar seperti hari biasa . Pada 9/7/2013 , Khamis ,akan diadakan penyerahan slip keputusan semester ke-2 pelajar kepada ibubapa bermula jam 11.35-12.30 pm . Tindakan guru kelas hendaklah memastikan semua guru menyerahkan keputusan band terkini untuk diisi dalam slip keputusan pelajar . Pk Petang berharap semua guru memberikan kerjasama agar perancangan yang diatur berjalan dengan lancar . Mesyuarat berakhir jam 3.30pm .

Disediakan oleh , . (HASNORALIZA MD HASSAN ) Setiausaha Mesyuarat Guru-Guru Petang )

Disahkan oleh , ........................................... (PUAN DAYANG RATIJAH) PK Petang SK Tombovo

MINIT MESYUARAT GURU-GURU SIDANG PETANG SK TOMBOVO ,PENAMPANG KALI KE 11 . HARI : JUMAAT TARIKH : 19/7/2013 MASA : 3.05 PM 3.30 PM Ucapan aluan PK Petang kerana sudi hadir ke taklimat sessi petang Taklimat SKT untuk setengah tahun 2013 ,tindakan semua guru hendaklah menghantar borang kepada PK Petang pada minggu hadapan . Berkaitan jadual kehadiran pelajar ,guru kelas hendaklah memastikan kehadiran pelajar ditanda paling lewat pada masa ketiga pembelajaran dan dihantar kepada pihak kerani sebelum rehat . Pihak kerani akan mengisi secara online kehadiran pelajar . Makluman majlis Pemuafakatan guru-guru kemungkinan akan diadakan pada 27/9/2013 selepas Hari Raya Puasa . Pk Petang berharap semua guru memberikan kerjasama agar perancangan yang diatur berjalan dengan lancar . Mesyuarat berakhir jam 3.30pm

Disediakan oleh , . (HASNORALIZA MD HASSAN ) Setiausaha Mesyuarat Guru-Guru Petang )

Disahkan oleh , .. (PUAN DAYANG RATIJAH JEPANG) PK Petang SK Tombovo.

MINIT MESYUARAT GURU-GURU SIDANG PETANG SK TOMBOVO ,PENAMPANG KALI KE 12 . HARI : RABU TARIKH : 24/7/2013 MASA : 3.05 PM 3.30 PM Ucapan aluan PK Petang kerana sudi hadir ke taklimat sessi petang Makluman pada kelmarin ,terdapat kesilapan pada surat edaran gantian cuti Hari Raya . Surat tersebut telah diedarkar kepada pelajar ,tindakan semua guru memastikan memberi penerangan kepada pelajar bahawa surat tersebut terbatal kerana terdapat beberapa kesilapan cetakan pada surat berkenaan . PK Petang berharap agar selepas cuti Hari Raya ada penambahbaikan dari segi kehadiran guru ke sekolah . Semua guru diminta hadir ke sekolah 10 minit awal sebelum P d P bermula . Guru bertugas mingguan memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar setiap hari Isnin bermula jam 12.00 dan berakhir jam 12.30 pm . Murid yang hadir lambat hendaklah dicatit nama serta dikenakan tindakan disiplin oleh guru disiplin sekolah . Guru Besar telah menetapkan jadual perjumpaan antara pentadbir dan Guru Besar pada hari Isnin manakala guru-guru dengan pentadbir pada hari Khamis . Makluman bahawa semasa UPSR kehadiran guru pada sessi petang ditukar kepada waktu pagi bemula 6.45 am hingga 12.00 pm . Semua murid pra sekolah, ,tahun 1-5 bercuti selama 3 hari bermula 10,11,dan 12/9/2013. Semua guru terlibat dengan pengisian semasa hari UPSR bermula . Antara kursus yang telah diatur ialah : 1-KURSUS MENTOR MENTEE LINUS, 2-KURSUS PENDEDAHAN MODUL ASAS 3 & KELESTARIAN LINUS NKRA , 3-BENGKEL PENILAIAN KUALITI PBS

Pk Petang berharap semua guru memberikan kerjasama agar perancangan yang diatur berjalan dengan lancar . Mesyuarat berakhir jam 3.30pm .

Disediakan oleh , . (HASNORALIZA MD HASSAN ) Setiausaha Mesyuarat Guru-Guru Petang )

Disahkan oleh , .. (PUAN DAYANG RATIJAH JEPANG) PK Petang SK Tombovo.

MINIT MESYUARAT GURU-GURU SIDANG PETANG SK TOMBOVO ,PENAMPANG KALI KE 13 . HARI : KHAMIS TARIKH : 22/8/2013 MASA : 3.05 PM 3.30 PM Ucapan aluan PK Petang kerana sudi hadir ke taklimat sessi petang Makluman tentang pengisian data secara online e-operasi dan e-profile . Password dan id sila dapatkan daripada cikgu Hassan selaku guru data sekolah. Tindakan semua guru hendaklah mengisi online data peribadi guru masing-masing dengan segera sebelum tarikh tutup yang dipaparkan di internet. Terdapat sedikit perubahan jadual Bahasa Arab kerana Ustazah Hasnoraliza bt Md Hassan akan cuti bersalin bermula 20/9/2013. Memandangkan tiada guru ganti waktu BA akan diambil alih oleh ustazah Wan Syairanah dan Ustazah Naemah . Perubahan jadual akan diberikan kemudian ,secara purata guru-guru akan mempunyai masa antara 24-30 waktu seminggu . Makluman pada 24/8/2013(sabtu ) sekolah akan mengadakan gantian cuti Hari Raya Puasa seperti biasa . Sessi petang akan bermula jam 12.35 pm hingga 5.25pm Sebelum rehat P d P berjalan seperti biasa manakala selepas rehat akan diadakan Majlis Sambutan Hari Raya dan Pra Kemerdekaan . Semua pelajar Tahap 1 berkumpul di dewan sekolah Pk Petang berharap semua guru memberikan kerjasama agar perancangan yang diatur berjalan dengan lancar . Disediakan oleh , . (HASNORALIZA MD HASSAN ) Setiausaha Mesyuarat Guru-Guru Petang ) Disahkan oleh , .. (PUAN DAYANG RATIJAH JEPANG) PK Petang SK Tombovo.

MINIT MESYUARAT GURU-GURU SIDANG PETANG SK TOMBOVO ,PENAMPANG KALI KE 14 . HARI : ISNIN TARIKH : 2/9/2013 MASA : 3.05 PM 3.30 PM Ucapan aluan PK Petang kerana sudi hadir ke taklimat sessi petang Hasil perbincangan dengan Guru Besar semasa hari UPSR semua guru pagi dan petang terlibat dengan pengisian . Kertas kerja telah diserahkan pada Guru Besar dan beliau bersetuju . Pada 9/9/2013(Isnin ) persiapan dewan peperiksaan UPSR akan diatur . Pelajar-pelajar sessi petang akan ditempatkan sementara di bilik KH,makmal computer,bilik LINUS ,bilik agama dan kelas tahun 6 Adil . Jadual P d P berjalan seperti biasa kerana ia berkaitan dengan MMI . Pada hari UPSR akan diadakan pengisian seperti berikut : Antara kursus yang telah diatur ialah : 1-KURSUS MENTOR MENTEE LINUS, 2-KURSUS PENDEDAHAN MODUL ASAS 3 & KELESTARIAN LINUS NKRA , 3-BENGKEL PENILAIAN KUALITI PBS Surat jemputan kursus akan diedarkan oleh cikgu Salmah pada minggu ini . Makluman bilik i-THINK akan ditukarkan kepada bilik Gerakan PBS ,semua fail-fail pelajar akan diletakkan di tempat tersebut . Kertas kerja telah disediakan oleh guru-guru praktikum dan telah diluluskan oleh pentadbir sekolah . Peruntukan RM300 telah dikeluarkan daripada duit PIBG untuk penambahbaikan bilik tersebut . Makluman tahun depan cikgu Hassan akan ditarik pada sessi pagi selaku guru data sekolah ,terdapat penggubalan jadual waktu pada tahun 2014 . Pk Petang berharap semua guru memberikan kerjasama agar perancangan yang diatur berjalan dengan lancar . Mesyuarat berakhir jam 3.30pm .

Disediakan oleh , . (HASNORALIZA MD HASSAN ) Setiausaha Mesyuarat Guru-Guru Petang )

Disahkan oleh , .. (PUAN DAYANG RATIJAH JEPANG) PK Petang SK Tombovo.

MINIT MESYUARAT GURU-GURU SIDANG PETANG SK TOMBOVO ,PENAMPANG KALI KE 15 . HARI : JUMAAT TARIKH : 6/9/2013 MASA : 3.05 PM 3.30 PM Ucapan aluan PK Petang kerana sudi hadir ke taklimat sessi petang Pada hari UPSR akan diadakan pengisian seperti berikut : Antara kursus yang telah diatur ialah : 10/9/2013: 1-KURSUS MENTOR MENTEE LINUS (PN SCOLASTICA BENJAMIN ) 11/9/2013: 2-KURSUS PENDEDAHAN MODUL ASAS 3 & KELESTARIAN LINUS NKRA (PN DG.RATIJAH JEPANG & EN.HAZMI AG.KASSIM) 12/9/2013: 3-BENGKEL PENILAIAN KUALITI PBS (PN WAHIDAH ABD.GHANI & PN DG.RATIJAH JEPANG ) Program ini akan dijalankan bermula jam 7.00 hingga 12.00 tengahari . Guru-guru yang bertugas mengawas UPSR adalah dikecualikan . Pk Petang berharap semua guru memberikan kerjasama agar perancangan yang diatur berjalan dengan lancar . Mesyuarat berakhir jam 3.30pm .

Disediakan oleh , . (HASNORALIZA MD HASSAN ) Setiausaha Mesyuarat Guru-Guru Petang )

Disahkan oleh , .. (PUAN DAYANG RATIJAH JEPANG) PK Petang SK Tombovo.

MINIT MESYUARAT GURU-GURU SIDANG PETANG SK TOMBOVO ,PENAMPANG KALI KE 16 . HARI : RABU TARIKH : 18/9/2013 MASA : 3.05 PM 3.30 PM Ucapan aluan PK Petang kerana sudi hadir ke taklimat sessi petang Makluman majlis Pemuafakan guru-guru ditunda atas sebab sebab tertentu . Pada 20/9/2013 (Jumaat ) akan diadakan Jamuan Perpisahan guru-guru praktikum 2013 yang telah menamatkan latihan mengajar selama 3 bulan di sekolah ini. Jamuan makan akan diatur oleh cikgu Salmah . Pk Petang memaklumkan SKT akhir tahun 2013 hendaklah diserahkan kepada beliau untuk diberikan penilaian . Beliau memaklumkan semua guru hendaklah menghantar hasil perbincangan atau masalah yang dihadapi semasa kursus 3 hari yang telah dilaksanakan semasa haru UPSR . Pk Petang berharap semua guru memberikan kerjasama agar perancangan yang diatur berjalan dengan lancar . Mesyuarat berakhir jam 3.30pm

Disediakan oleh , . (HASNORALIZA MD HASSAN ) Setiausaha Mesyuarat Guru-Guru Petang )

Disahkan oleh , .. (PUAN DAYANG RATIJAH JEPANG) PK Petang SK Tombovo.

PERMASALAHAN YANG DIHADAPI DALAM PBS Untuk subjek Bahasa Arab ,selaku guru mata pelajaran saya memerlukan CD LAGU BAHASA ARAB KSSR untuk TAHAP 1 Plastic laminating untuk Bahan Bantu Belajar Kertas A4 yang berwarna putih dan berwarna Pensil warna Fail-fail showcase untuk eviden PBS Bahasa Arab Buku Pentaksiran Bahasa Arab yang terkini yang bersesuaian dengan sukatan KSSR

Disediakan oleh : Hasnoraliza Md Hassan (Guru Bahasa Arab )

You might also like