You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 18 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NIBONG TEBAL

Tarikh : 22 Februari 2013 Hari : Jumaat Masa : 3.00 ptg Kehadiran : seperti di dalam lampiran

MINIT 1 : Ucapan Yang Dipertua Tn Hj Zulkafli bin Kamarudin Beliau mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, En Mohd Fauzi b Saad kerana sudi menerima jemputan PIBG. Beliau menyatakan sepanjang 4 tahun beliau dapat melihat perubahan sekolah dan ianya adalah daripada sokongan ibu bapa. Dari sudut akademik, ibu bapa tidak harus khuatir, kerana keputusan sekolah diberikan perhatian sepenuhnya oleh JPN, yang bersama-sama memberikan idea dan sumbangan untuk meningkatkan pencapaian. Jika dibandingkan dengan sekolah lain, beliau merasakan pencapaian SMKANT masih boleh dibanggakan. Tahun ini, beliau akan meletakkan jawatan pengerusi PIBG kerana anak-anak beliau sudah tidak bersekolah di sini. Beliau memberikan peluang ini kepada orang lain yang berpotensi untuk menyumbangkan idea. Beliau juga berjanji akan memberikan perhatian dan sumbangan secara tidak langsung kepada sekolah. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan waris yang banyak membantu terutama kepada jawatankuasa PIBG tahun 2012/2013 MINIT 2 : Ucapan Pengetua Beliau merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke Mesyuarat PIBG kali ke-18. Kehadiran semua memberi erti yang besar kerana memberi peluang untuk mengenal dengan lebih rapat lagi dan juga menjadi tempat untuk berkongsi ilmu. Beliau menyatakan warga pendidik di sekolah ini telah memberikan sepenuh perhatian kepada pelajar bagi bersama-sama menjayakan visi dan misi sekolah. Beliau menyatakan lagi warga pendidik merupakan insan terpilih yang sangat menitik beratkan proses pembelajaran dan pengajaran walaupun terdapat banyak program yang telah diatur untuk pelajar. Sebagai contoh, kursus motivasi, seminar menjawab soalan, kursus kepimpinan jati diri, dan kelas tuisyen. Beliau turut memaklumkan keputusan peperiksaan PMR yang lalu jatuh kerana gangguan histeria yang agak kritikal . namun peristiwa itu dijadikan sebagai cabaran untuk berjaya. Beliau berharap ibu dan bapa membuat solat hajat dan menggalakkan anak-anak berusaha dengan lebih keras untuk kecemerlangan pelajar. Beliau juga berharap mesyuarat kali ini, dapat memberi peluang untuk ibu bapa memberi cadangan untuk kecemerlangan pelajar. Beliau menambah lagi, sekolah mempunyai beberapa permasalahan dari segi persekitaran sekolah seperti air yang bertakung di padang dan rekahan pada dinding bangunan sekolah. Beliau memohon jasa baik PPD untuk memberikan peruntukan untuk membaik pulih tempat-tempat yang disebutkan tadi dan ibu bapa juga boleh memberikan sumbangan untuk memperbaiki persekitaran sekolah.

MINIT 3 : Ucapan En Muhamad Fauzi Bin Saad ( Timbalan Pegawai PPD) Beliau mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG di sekolah ini. Beliau menyatakan, pada tahun 2013 sudah hampir 56 tahun Penyata Razak diumumkan. Di dalam Penyata Razak, turut memuatkan pelan pendidikan yang mengharapkan supaya generasi yang akan mencapai Wawasan 2020 merupakan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Semoga sekolah ini dapat melahirkan insan yang diinginkan. Beliau menyatakan pada sekarang ini, banyak dasar baru yang dilaksanakan seperti dasar 1 Murid 1 Sukan yang mengharapkan pelajar menjadi seorang pelajar yang aktif dan cemerlang dari semua segi memandangkan untuk memohon ke institusi pengajian tinggi, markah 10% dikira daripada markah kokurikulum. Beliau juga memberitahu bahawa pencapaian akademik SMKANT agak ketinggalan disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dijangkakan. Guru-guru juga telah berusaha bertungkus lumus bagi membantu pelajar. Harapan beliau supaya bantuan dari pihak PIBG untuk membantu mengatasi masalah ini. Pihak jabatan juga akan cuba membantu untuk mencari punca dan sebab penurunan ini. Beliau memberitahu berlaku kesesakan asrama dimana asrama yang sepatutnya memuatkan 400-500 orang pelajar, telah menempatkan 700 orang pelajar. Beliau akan cuba membantu untuk menambah bangunan asrama bagi menampung pelajar yang semakin ramai. Beliau memberikan cadangan supaya kuarters guru yang terbiar digunakan untuk dijadikan asrama pelajar. Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan yang akan menduduki peperiksaan supaya bertambah selesa. Cara ini juga serba sedikit boleh meningkatkan kecemerlangan sekolah. Seterusnya, berkaitan isu air bertakung di padang sekolah, beliau akan cuba mendapatkan bantuan daripada PPD. PPD juga akan berusaha memenuhi hasrat sekolah memandangkan SMKANT merupakan calon Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Calon Sekolah Berprestasi Tinggi akan mendapat peruntukan RM 1 juta daripada kerajaan. Sebelum menamatkan ucapan, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan seterusnya merasmikan mesyuarat Agong PIBG ke 18 MINIT 4 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu 4.1 Encik Sahahudin bin Sultan selaku Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-17. 4.2 Cadangan pengesahan minit dibuat oleh Encik Mohd Aseri Mansor dan disokong oleh Encik Ariffin Abu Bakar 4.3 Teguran tentang buku PIBG, diharap agar buku dibuat dengan lebih besar kerana tulisan terlalu kecil untuk orang yang berumur. MINIT 5 : Membentang Dan Mengesahkan Penyata Kewangan

5.1 Puan Nazira binti Ibrahim selaku bendahari membentangkan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2012 seperti yang terdapat pada muka surat 18 hingga 21. Baki terkini adalah sejumlah RM 71254. Jumlah adalah berbeza kerana pada tahun 2013 masih terdapat perbelanjaan dan pembayaran yang belum dibuat. 5.2 Terdapat sesetengah penyelenggaraan yang tidak boleh menggunakan peruntukan sekolah dan terpaksa menggunakan duit PIBG kerana memerlukan pembayaran segera.

MINIT 6 : Pembubaran AJK PIBG Sesi 2012/2013 Dan Pelantikan AJK PIBG Sesi 2013/2014 6.1 YDP mengumumkan AJK PIBG bagi sesi 2012/2013 dibubarkan dengan rasminya 6.2 Tuan Pengetua pula mengumumkan senarai AJK PIBG bagi sesi 2012/2013 6.3 Senarai penuh AJK PIBG SMKANT sesi 2013/2014 yang baru dipilih adalah seperti berikut Yang Dipertua Naib Yang DIpertua Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari AJK Ibu bapa : Tn Hj Mohamad Idris bin Ahmad : En Md Kamal bin Shari Pinansa : En Zakaria bin Darus : Pn Rozalizda Ghazale : Pn Azlihanim Mohd Fazim : Pn Ros Amira bt Idris : En Khalid bin Ahmad Tn Hj Imtiaz Ahmad bin Ghulam Kadir En Ramlee bin Awang Chek En Mohd Shihabudin bin Ismail En Rosnin bin Saranor Pn Jamilah bt Md Nan Pn Siti Ruhana bt Hanadfiah :Pn Nor Ashikin bt Alawi Pn Norhana bt Ahmad En Anuwar bin Ibrahim En Hasni bin Mohamed Noor Pn Wan Nooranis bt Abdul Rahman

AJK Guru

MINIT 7 : Membentang, Membahas Dan Menerima Usul B I L 1 . LOKER ASRAMA Tn Hj Omar telah mengatakan loker baru untuk asrama putera telah dibuat. Sekolah akan menggantikan untuk asrama perempuan pula. Tn Hj Omar memberitahu untuk memasang penghawa dingin di sekolah memerlukan kebenaran KPM kerana melibatkan kos elektrik. Kos pemasangan aircond untuk satu dewan adalah RM70 000 Tn Hj Omar menyatakan sekolah telah menyediakan 12 papan USUL PENJELASAN

2 .

PENGHAWA DINGIN DI DEWAN

PAPAN SETERIKA

seterika tetapi kesemuanya telah rosak dan patah 4 TANDAS Tn Hj Omar menyatakan sebahagian besar tandas telah dipulihkan Tn Hj Omar memberitahu jemaah Nazir ada mencadangkan rak bertutup. Tetapi ia memerlukan kos yang tinggi dimana 1 kelas memerlukan RM2000 dan 26 kelas RM 52000. Jika PIBG ingin menyumbangkan, tidak menjadi masalah Tn Hj Omar menjelaskan untuk menaikkan harga makanan, mereka memerlukan kebenaran JPN. Untuk sekarang ini kantin masih menjual dengan harga lama Tn Hj Dzulfakhor menjelaskan masalah ini lebih teruk pada tahun lepas. Tetapi sekolah telah mengambil langkah seperti bacaan ayat AL-Quran oleh para pelajar dan juga dari pihak luar, sekolah telah meminta bantuan Darul Syifa untuk memagar kawasan sekolah. Sehingga awal tahun ini, masalah ini masih lagi terkawal dimana hanya seorang dua saja yang masih diserang hysteria. Sekolah juga masih berbincang dengan ustaz-ustaz untuk mengatasi masalah ini. Pertolongan daripada waris dialu-alukan. Tn Hj Omar menjelaskan pembayaran masih lagi dengan kaedah cash kerana untuk membuat secara online, peruntukan sebanyak RM 3000 setahun bagi proses pendaftaran akaun dikenakan KE Tn Hj omar menjelaskan ADUN kawasan Sg Acheh menyatakan untuk meletakkan tar jika masih ada peruntukan YDP mencadangkan kuarters guru dijadikan asrama kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang Tn Hj Omar menyatakan untuk sekarang ini, sekolah telah menetapkan 2 mingu sekali untuk pelajar pulang ke rumah. Namun begitu, bagi kes kes tertentu, pelajar boleh dibenarkan pulang dengan kebenaran warden Tn Hj Omar menyatakan dasar kerajaan telah melarang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Tn Hj Omar menyatakan sekolah telah menyediakan kelab tarannum. Kelab ini dibuka kepada semua pelajar yang berminat dan yang layak Tn Hj Omar menjelaskan tuisyen telah dibuat. Akan tetapi pelajar kurang berminat dan tidak membayar yuran. Namun begitu, kelas-kelas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan telah dibuat dan diteruskan

RAK BERTUTUP

KANTIN

MASALAH HISTERIA

PEMBAYARAN YURAN

TAR JALAN ASRAMA

1 0 1 1

KUARTERS GURU

BALIK WAJIB

TELEFON BIMBIT 2 KE SEKOLAH KELAS 3 TARANNUM

1 4

TUISYEN

CARPET 5 SURAU

DI

Carpet yang lama telah dibuang kerana masalah anjung yang masuk ke dalam surau. Carpet baru akan digantikan. Pelajar perlu menggulung semula karpet selepas solat. Tn Hj Omar menjelaskan masalah ini memang sedang dipantau. Tetapi sukar untuk membuat tangkapan. Sekolah telah memesan pelajar supaya tidak membawa duit yang banyak dan tidak membawa barang berharga. Jika membawa duit yuran makanan, hendaklah menyerahkan kepada guru kelas segera Tn Hj Omar menyatakan kolah air telah dibuat tetapi tidak mampu untuk menampung. Selain itu, berlaku juga kebocoran.

MASALAH 6 KECURIAN

1 7

MASALAH AIR

MINIT 8 : Ucapan Penangguhan 8.1 Encik Anuar bin Ramli bapa Nor Aqilah (Tingkatan 4) menaruh harapan yang tinggi kepada sekolah. Beliau risau dengan keputusan SPM 2011 dan mendoakan supaya keputusan akan lebih terus cemerlang. Beliau berharap pihak sekolah akan terus berusaha dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah-masalah ini. Beliau berharap sekolah memperbanyakkan program dan kelas tambahan yang lebih berkualiti dan bukan mementingkan kuantiti. Beliau menegur ibu bapa yang masih belum membayar yuran anak-anak. 8.2 Tn Hj Mohd Idris bin Ahmad mencadangkan pihak sekolah membuat kajian terhadap kekurangan yang ada. Terutama bagi masalah pelajar yang masih lemah walaupun pelbagai program telah dilaksanakan. MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 5.00 PETANG

Dicatat oleh : PN HASNIZA BT KAMARDIN PN ROS AMIRA BT IDRIS

Disediakan oleh,

(PN ROZALIZDA BT GHAZALE) Naib Setiausaha PIBG sesi 2013/2014 SMKA Nibong Tebal

You might also like