You are on page 1of 2

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: : : :

Minit Mesyuarat Agong Kelab SPBT, SMK Desa Murni, Tahun 2014 8 Januari 2014 3.00 petang Dewan SMK Desa Murni Ahli Kelab (Lampiran)

Agenda Mesyuarat: 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi Kelab SPBT mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penasihat kerana telah banyak membantu dan membimbing menguruskan kelab ini. 1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kelab kerana telah banyak bekerjasama menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. 2.0 Ucapan Guru Penasihat Kelab 2.1 Guru penasihat Pn. Zohayu Bt. Ghazali mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kelab yang telah banyak membantu beliau menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. 2.2 Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menguruskan kelab ini. 3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agong 2013. Pengesahan minit mesyuarat agong 2013 telah dicadangkan oleh Nur Rusydinaizati Mohd Fauzi (3 Bestari) dan disokong oleh Natasha Jeffery (2 Arif). 4.0 Membentang Laporan tahunan 2013 Pengerusi meminta semua ahli membaca laporan tahunan yang disediakan dan menyuarakan sebarang perkara berbangkit sekiranya ada. 5.0 Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan 2013 Pengesahan laporan kewangan 2013 telah dicadangkan oleh Nadhirah Md Rizal (4 Bestari ) dan disokong oleh Nurul Fatihah Natwa (4 Arif) 6.0 Pembubaran Ahli Jawatan Kuasa Kelab 2013 Ahli jawatankuasa Kelab 2013 dibubarkan secara rasmi. 7.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru 2014 Ahli-ahli Jawatankuasa baru yang dilantik adalah seperti berikut: Pengerusi : Nur Sahira Rosidi (3 Bestari) Naib Pengerusi : Jeffry Maulana (3 Arif) Setiausaha : Nur Husna Rosli (3 Arif) Bendahari : Nur Rusydinaizati Mohd Fauzi (3 Bestari) Ahli Jawatankuasa : 1. Natasha Jeffery (2 Arif) 2. Shamirul Shafix (3 Bestari) 3. Nurul Afiqah Aida (3 Bestari) 4. Ikhwan Sazri Mohd Sabri (4 Arif) 5. Nadhirah Md Rizal (4 Bestari ) 6. Muhamad Rahim Omar (5 Dedikasi) Juru Audit : Muhammad Izzat Hussin (3 Arif)

8.0 Perkara Berbangkit 8.1 Pn. Zohayu telah mengurangkan jumlah ahli kelab daripada 35 orang kepada 25 orang sahaja supaya tidak berlaku kesesakan semasa perjumpaan kelab di bilik SPBT. 9.0 Ucapan Penangguhan 9.1 Pengerusi baru berucap dan mengucapkan terima kasih kerana beliau telah dipilih sebagai pengerusi baru kelab ini. 9.2 Beliau seterusnya menangguhkan mesyuarat ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.10 petang

Disediakan oleh,

13 JANUARI 2014

_____________________ (NUR HUSNA BINTI ROSLI) Setiausaha Kelab SPBT SMK DESA MURNI, PULAU PINANG

You might also like