Professional Documents
Culture Documents
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kenal pasti contoh ayat majmuk dalam petikan tersebut.
Tulis semula ayat majmuk itu.
Aktiviti bergotong-royong perlu diamalkan dan digalakkan. Aktiviti ini melibatkan kegiatan seperti
membersihkan kawasan masjid, perumahan, dan persekitaran. Banyak kepentingan yang diperoleh
daripada aktiviti tersebut.
Antara kepentingan bergotong-royong ialah dapat meringankan kerja. Kerja yang berat dapat
dikurangkan kerana ramai orang yang melakukannya. Contohnya kerja membersihkan kawasan atau
menebang pokok dapat dilakukan dengan mudah cepat kerana adanya bantuan daripada orang ramai.
Seterusnya kita dapat menjimatkan masa. Dengan bergotong-royong, sesuatu kerja itu dapat dilakukan
dengan cepat. Sebagai contohnya kerja mengutip sampah dan membersihkan kawasan taman
perumahan dapat dilakukan dengan cepat.
Aktiviti bergotong-royong juga dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain. Semasa melakukan
aktiviti bergotong-royong, anggota masyarakat bersatu. Masyarakat yang bersatu akan mengukuhkan
perpaduan negara.
Kesimpulannya, aktiviti gotong-royong banyak mendatangkan faedah kepada masyarakat. Oleh itu,
aktiviti tersebut perlulah digalakkan melalui kempen-kempen kesedaran kerana banyak manfaat yang
akan diperoleh.
1.___________________________________________________________________________________
2. ___________________________________________________________________________________
3. ___________________________________________________________________________________
4. ___________________________________________________________________________________
5. ___________________________________________________________________________________
6. ___________________________________________________________________________________
Keputusan: Menguasai/Belum Menguasai
Tandatangan guru: __________________
B1DT1E2 Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk.