You are on page 1of 12

Seni Hibrid: Pergerakan Seni Visual Alternatif di Malaysia

Seni Hibrid: Pergerakan Seni Visual Alternatif di Malaysia


Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman Valerie Michael ABSTRAK Penggabungan bidang sains dan teknologi dalam seni tampak Malaysia telah mula berkembang pesat. Ini sejajar dengan peredaran masa dan nilai keilmuan masa kini. Penubuhan pergerakan seni hybrid melalui manifesto yang berunsurkan penyatuan bidang dan ilmu telah dikategorikan sebagai satu seni visual alternatif di Malaysia. Seni tidak dianggap sebagai subjektif tetapi dinilai dengan objektif. Pengkarya adalah penyelidik dan mengadaptasi kaedah saintifik untuk mencapai objektif. Cara pemikiran ini melalui kumpulan seni hybrid telah membawa satu pergerakan seni visual ke tahap yang lebih tinggi, dinamik dan futuristik. Kata kunci: Seni Hybrid, penyatuan bidang, seni visual alternatif.

Pendahuluan
Semua bidang pada masa kini mengalami peralihan, tidak kiralah dalam konteks politik, ekonomi mahupun sosial. Cabaran globalisasi telah banyak mengubah pemikiran dan kehidupan manusia sejagat. Seiringan dengan itu, aliran kemasukan sains dan teknologi juga mempengaruhi pelbagai aspek termasuklah perkembangan seni tampak di Malaysia. Melalui perkembangan ini, sumbangan seni tampak turut juga berlaku dengan melakukan lebih banyak penerokaan dan penyelidikan dalam seni. Sebelum kedatangan gelombang globalisasi melanda, artis lebih selesa mempraktis menggunakan teknik konvensional sahaja untuk menyalurkan idea. Namun senario ini telah berubah. Perkembangan teknologi yang bergerak pantas telah membawa kepada pergerakan dalam minda dan pemikiran untuk menjana suatu idea yang baru dengan mencipta pembaharuan.

255

Aswara Bab 11.pmd

255

10/6/2009, 9:03 AM

Jurnal ASWARA

Seni dan Teknologi


Hakikatnya, seni banyak dipengaruhi oleh kemajuan teknologi dan sains yang saling bersangkut paut sejak abad ke-20 lagi. Pengamal seni banyak mempraktiskan teknologi serta sains dalam mengaplikasikannya dalam karya. Dalam hasil tulisan Wan Jamarul Imran Wan Thani A Glance at Art and Technology (2005) menyatakan penggunaan teknologi secara inovatif melalui pengembangan perspektif dalam seni. Beliau juga menyatakan integrasi seni dengan teknologi elektronik mempunyai cabaran dari aspek keaslian dan nilai estetika. Senario ini berlaku apabila artis mengaplikasikan praktis yang di luar batasan dan pendekatan melalui kepelbagaian media dalam konteks eksplorasi. Cabaran menggunakan teknologi sememangnya memberi impak pengkaryaan seni dari segi stail dan pendekatannya. Senario ini telah mencabar praktis lama yang dipraktiskan oleh artis selama ini. Penerimaan praktis baru ini amat sukar untuk diterima kerana pengekalan tembok praktis lama masih menjadi pilihan sesetengah artis-artis lama. Begitu juga dengan kemasukan aliran seni elektronik di negara kita yang muncul akibat ledakan daripada gelombang kecanggihan. Pameran seni elektronik pertama tempatan telah berlangsung pada tahun 1997 yang menyaksikan himpunan karya-karya elektronik seperti seni komputer, seni cahaya dan seni video. Gaya pengucapan elektronik telah menjadi pilihan dalam mempamerkan karya dalam kalangan artis baru pada masa itu. Pameran ini telah memberi satu bukti bahawa aliran seni tempatan telah mengalami perubahan.

Seni Hibrid
Namun kini, perubahan tetap juga berlaku. Kemunculan seni hybrid telah memberi dimensi baru dalam arus seni tampak di Malaysia. Penekanan yang digariskan dalam seni hybrid ini adalah kebebasan atau tiada batasan (no boundaries) malahan penggabungan dalam meluahkan janaan idea untuk berkarya. Di barat, seni hybrid telah lama dipraktiskan oleh artis tidak kiralah gabungan dalam bentuk catan, persembahan dan budaya. Menurut Marshall McLuhan (2001), beliau menyatakan bahwa hybrid atau pertemuan dua media adalah situasi yang sebenar dan pendedahan dari kelahiran bentuk baru. Artis-artis pada masa kini banyak menerima pengaruh dari pengkarya luar negara dalam berkarya. Keadaan ini telah mendesak
256

Aswara Bab 11.pmd

256

10/6/2009, 9:03 AM

Seni Hibrid: Pergerakan Seni Visual Alternatif di Malaysia

artis tempatan untuk menerima perkembangan baru dalam seni untuk menjalankan eksperimentasi, mempelbagaikan disiplin, melakukan kombinasi serta meluahkan kreativiti dalam kotak fikiran. Penerimaan oleh artis tempatan telah membawa satu perubahan. Mereka juga mula membawa kepada eksplorasi dalam pelbagai aspek termasuklah bentuk media serta teknik. Berbanding dengan praktis artis tempatan yang mula menerima penggunaan teknologi contohnya pada karya yang berbentuk digital yang dipelopori oleh Allahyarham Ismail Zain sekitar tahun 1980-an. Sehingga sekarang pun, pendedahan terhadap praktis dalam seni hybrid belum diamalkan secara lebih aktif oleh artis. Menurut Margot Lovejoy (2004), beliau juga menggalakkan eksplorasi terutamanya dalam teknologi. Pendedahan ini telah menggalakkan eksplorasi untuk seni melangkaui sempadan. Hal ini penting untuk melahirkan satu bentuk penyampaian seni yang baru. Maka, mereka secara langsung akan dikenali sebagai ahli teknologi hybrid. Malahan, eksplorasi ini juga menggalakan peranan artis atau pengkaji berkolaborasi dengan makmal sains untuk melahirkan satu peralatan baru. Hal ini secara langsung membawa kepada satu nilai pengalaman secara artistik. Anjakan ini juga memberi minat kepada artis untuk memperluaskan kreativiti dan melihat sesuatu eksplorasi dari perspektif yang berbeza. Realiti maya juga amat popular dalam penghasilan karya terutama yang penglibatan hybrid . Keadaan ini telah ditranformasi melalui penggabungan seni dengan alam maya. Gabungan ini telah memberi daya kreatif untuk persembahan yang berbentuk instalasi dengan arkitek melalui mentranformasikan ruang maya. Hasil seni yang ditonjolkan amat mementingkan nilai kreativiti seseorang artis memanipulasikan media yang ada untuk menyampaikan kekreatifan seseorang artis. Memang tidak dapat dinafikan bahawa seni hybrid juga mementingkan kreativiti. Selain mendapat sokongan kombinasi daripada saintis untuk bergabung menghasilkan karya, artis juga boleh bergabung dengan pereka. Memetik kenyataan yang dinyatakan oleh Khairul Aidil Azlin dalam tulisan beliau DNA ! Hybrid: From Know How to Know Who ( 2003 ), beliau menyatakan dengan mengaplikasikan konsep hybrid, artis dengan pereka akan dilihatkan lebih bekerjasama dan berkolaborasi dan demokratik. Dalam tulisan Video as a time, space, motion oleh Margot Lovejoy mengemukakan bahawa aplikasi hybrid tidak hanya terkongkong dengan karya-karya yang membabit karya catan malahan lebih daripada batasan yang dikuasai oleh catan. Penglibatan filem atau video juga memberi
257

Aswara Bab 11.pmd

257

10/6/2009, 9:03 AM

Jurnal ASWARA

dimensi dalam menggabungkan karya dengan media yang berlainan. Anjakan ini telah memberi satu penafsiran yang lebih inovatif dalam mengeksplorasi pemikiran seseorang artis. Selain itu, menurut Adriana de Souza e Silva (2004), beliau menyatakan bahawa seni hybrid juga mempunyai saling pautan dalam sains, teknologi, seni dan kemanusiaan. Hal ini jelas memperlihatkan keluasan perspektif hybrid dinilai dan secara jelas perluasan ini mampu melahirkan suatu pengalaman baru kepada artis mahupun saintis. Perkembangan ini tidak menghadkan hanya artis seni sahaja boleh berkarya tetapi saintis juga turut menyumbang buah fikiran dari sudut yang berbeza untuk pengembangan seni. Memang tidak dinafikan bahawa penggabungan sains mahupun teknologi telah melebarkan penerimaannya dalam seni tampak tetapi perlu diingatkan bahawa elemen dan prinsip seni tidak akan diketepikan sewenang-wenangnya. Pengembangan ini berupaya mewujudkan pelbagai disiplin dalam seni yang boleh dipraktiskan oleh pengamal seni atau artis. Contohnya, Nano Creative Group telah menghasilkan karya yang bersifat hybrid. Kumpulan ini bertindak menggabungkan realiti maya dengan alam nyata. Mereka telah mengaplikasikan alam maya untuk menyampaikan idea dan mewujudkan interaktif antara karya dengan audien. Malahan, mereka telah mentransformasikan suasana pameran tersebut menjadi ruang hybrid. Audien akan merasakan sendiri interaksi tersebut dan di situlah wujudnya pengalaman baru. Dalam kenyataan Keith Gallasch (2004) menyatakan bahawa seni hybrid ini adalah satu idea baru yang meliputi seperti isi, budaya, sejarah dan teknologi. Kriteria ini dapat dilihat melalui ekspresi yang ditonjolkan, eksplorasi dan kritikan yang diluahkan melalui idea-idea. Hal ini banyak memberi kecenderungan terhadap keterbukaan dalam menerima kolaborasi dalam pelbagai elemen. Melalui kolaborasi tersebut, seni hybrid ini dapat mempraktiskan gabungan seperti crossart form, interculture malahan cross discipline. Ciri-ciri dinyatakan sama seperti dalam manifesto The Hybridism Manifesto. Selain itu, kemunculan hybrid telah mencabar kewujudan teknologi digital untuk memecahkan kaedah tradisional secara radikal (Edmond Couchot 2005). Teknologi digital seperti komputer yang tidak hanya dilihat sebagai alat untuk memproses data ataupun menyimpan data tetapi lebih daripada itu. Teknologi ini boleh digambarkan sebagai media dalam aspek seni. Kemunculan ini sekali gus tidak membataskan artis atau pengkarya memilih untuk menggunakan kaedah-kaedah yang menjadi keutamaan
258

Aswara Bab 11.pmd

258

10/6/2009, 9:03 AM

Seni Hibrid: Pergerakan Seni Visual Alternatif di Malaysia

mereka untuk berkarya. Malahan bukan satu kesalahan untuk artis menghadkan pemilihan kaedah yang dirasakan bersesuaian dengan karya mereka. Sebelum kemunculan seni hybrid secara proaktif, Redza Piyadasa (2001) dalam katalog Rupa Malaysia Meninjau Seni Lukis Moden Malaysia ada menyatakan bahawa minat baru di kalangan pelukis Malaysia dalam bereksperimentasi dengan bentuk-bentuk elektronik dan multimedia perlulah difahami dalam konteks budaya baru pascamoden. Karya-karya ini merupakan usaha oleh pelukis-pelukis kita yang berpandangan ke hadapan menerokai teknik yang lebih baru dan mencabar dalam penyampaian idea-idea. Dalam tulisan oleh Scott deLahunta etl (2008) yang bertajuk Hybridity The Signature of our Age menyatakan pemikir budaya dengan ahli teori kritikal telah mengembangkan hybridity, mengkategorikan makna yang efektif kepada timbal balas dan hubungan dalam bentuk pencampuran budaya dan migrasi dalm kontek peralihan sempadan global. Pada Prosiding Sidang Seni SINI 08, Hasnol Jamal Saidon (2008) yang bertajuk Overview Of Contemporary Art in Malaysia After 1990 menyatakan impak yang dilihat dalam arus informasi dan teknologi masa kini juga memberi sumbangan dalam kontek pengembangan praktis seni kontemporari. Kesan tersebut telah memberi satu platfom kepada artis saling bertukar maklumat dan mengumpul pandangan dengan pandangan artis-artis dari luar negara mengenai pergerakan semasa seni. Perkembangan ini juga membolehkan memberi kesan kepada pertembungan peralihan budaya bagi mengemudikan kareer artis yang meliputi kehadiran blog, video atas talian, galeri maya, sistem pesanan ringkas dan mms dengan memberi tumpuan kepada hybridity, interaksi dan modulariti. Hasil tulisan Muliyadi Mahamood (2008) dalam Karya Ikonik 50 Tahun Seni Lukis Moden Malaysia tumpuan ke arah menggunakan media baru dan peralatan elektronik menjadi sumber ilham kepada artis generasi baru seperti Hasnul Jamal Saidon, Niranjan Rajah, Kamal Sabran dan Wong Hoy Cheong. Kemunculan pengaruh penyebaran media mendorong artis mempersoalkan kepada isu identiti dan jati diri dengan berlatarbelakangkan sifat mesyarakat di Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya. Kesannya memang berhasil dengan budaya meneruskan mengeksplorasi media baru malahan teknik baru. Contohnya perintis karya yang berbentuk teknologi komputer yang pernah dihasilkan oleh Kamarudzaman Md. Isa yang bertajuk Penghargaan Untuk Bapak
259

Aswara Bab 11.pmd

259

10/6/2009, 9:03 AM

Jurnal ASWARA

pada tahun 1987 dan karya Ismail Zain dalam pameran beliau Digital Collage pada tahun 1988 yang memperkatakan isu yang berkaitan dengan budaya dan semasa masyarakat setempat mahupun global. Hal ini terbukti sehingga sekarang artis masih mempraktikkan penggunaan teknologi dalam karya mereka malahan budaya ini diteruskan ke pelaksanaan di peringkat institusi pengajian tinggi untuk memberi pendedahan sehingga wujudnya pengkaryaan berteraskan hybrid.

Manifesto Seni Hybrid


Berbalik kepada amalan seni hybrid yang dipraktik oleh artis Malaysia, kumpulan artis seni hybrid dari Universiti Malaysia Sarawak telah mempelopori secara aktif karya-karya yang berunsurkan hybrid. Berbekalkan lapan manifesto iaitu The Hybridism Manifesto dari katalog Hybrid + ism yang telah dikeluarkan, rujukan terhadap karya akan dilakukan untuk memastikan karya yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan praktis seni hybrid. Merujuk kepada manifesto dari Hybridism Art Group iaitu Hybridism Concept of Manifesto artis telah menghasilkan karya berdasarkan konsep yang digariskan. Dalam konsep manifesto ini banyak menekankan tumpuan kepada tiada batasan dalam media, kreativiti, peralihan dalam disiplin, eksperimentasi dalam proses dan masa depan seni hybrid. Gabungan ini telah memberi inspirasi dan kebebasan kepada artis untuk melakukan eksplorasi seni berlandaskan kreativiti dan pemikiran yang inovatif. Pendekatan ini secara keseluruhannya menjana kepada kepentingan dalam estetika. Khairul Aidil Azlin (2007) juga menekankan bahawa seni bukan subjektif sebaliknya ia adalah objektif dan ia adalah proses ide novel dan inovasi. Ini adalah kerana pengkarya seni itu bertindak sebagai penyelidik. Mereka menjadi artis hybrid, teknologis dan kolaborator di dalam penyelidikan saintifik untuk menghasilkan seni baru dan ke arah ilmuan baru. Hanya orang yang tidak mengenali seni itu yang menganggap seni itu subjektif. Kumpulan artis seni hybrid tempatan telah menghasilkan karya yang berunsurkan ciri-ciri hybrid. Selama ini, audien sering diketengahkan dengan karya seperti catan yang berbentuk 2 dimensi sahaja. Audien hanya dapat menghayati dan melihat karya secara mata kasar sahaja. Perspektif untuk melihat karya catan boleh digubah dengan adanya bahan sokongan yang lain. Contohnya karya seperti Khairul Aidil Azlin dalam karya yang bertajuk Midin in Hologram Series 1 and II. Beliau melihat catan dari perspektif yang berbeza iaitu melihat
260

Aswara Bab 11.pmd

260

10/6/2009, 9:03 AM

Seni Hibrid: Pergerakan Seni Visual Alternatif di Malaysia

Future

HYBRIDISM
Unlimited Process & Experimentation Media & Technology Convergence

Cross disciplinary or Multi disciplinary

Value Creative Minds

Support the Activity of Combining

Embrace Culture of Origin

Rajah 1: Hybridism Concept of Manifesto

Rajah 2: Midin in Hologram Series I & II, Khairul Aidil Azlin Abd Rahman, 2007. 261

Aswara Bab 11.pmd

261

10/6/2009, 9:03 AM

Jurnal ASWARA

ruang secara maya dalam catan. Karya catan yang bergabung dengan imejan digital yang bergerak telah mewujudkan interaksi antara realiti dan imejan maya secara khayalan melalui pengaplikasian ChromaDepth 3-D optik untuk melihat imejan secara 3 dimensi. Dengan ini, jelas menunjukkan praktis hybrid dalam karya dengan mengintergrasikan pelbagai elemen seperti tradisional, teknologi dan disiplin. Dengan tiada batasan dalam berkarya, eksplorasi akan berlaku. Karya seperti Affendi Ramli dalam karya yang bertajuk The Tales of Whispering Bonang (An Electroacoustic Composition) telah mengetengahkan muzik dengan penggunaan teknologi dalam karya. Karya ini merujuk kepada kebolehan peralatan elektronik (perisian) untuk menghasilkan komposisi muzik secara elektroakustik dan mampu mengatasi kebolehan alatan biasa dalam menghasilkan muzik. Hanya berinspirasikan peralatan gamelan. Keadaan ini telah mewujudkan peralihan ke arah menggunakan teknologi dan tidak mengehadkan proses untuk menghasilkan persembahan karya komposisi muzik secara teknologi. Dalam pada itu juga, sudut fotografi juga aplikasi menggabungkan virtual reality turut diaplikasikan. Karya seperti Virtual Reality: Logistic and Information dari Zulkalnain Zainal Abidin telah membawa audien melihat suatu karya seni secara maya melalui kaedah fotografi.

Rajah 3: Affendi Ramli, The Tales of Whispering Bonang (An Electroacounstic Composition), 2007

262

Aswara Bab 11.pmd

262

10/6/2009, 9:03 AM

Seni Hibrid: Pergerakan Seni Visual Alternatif di Malaysia

Rajah 4: Virtual Reality: Logistic dan Information, Zulkalnain Zainal Abidin, 2007

Beliau secara jelas menunjukkan bahawa kepelbagaian kaedah boleh membawa kepada kebebasan eksplorasi dengan mempelbagaikan perspektif pandangan untuk melihat alam maya.

Rajah 5: Kobong Series I & II, Sylvester Weilding Jussem, 2007 263

Aswara Bab 11.pmd

263

10/6/2009, 9:03 AM

Jurnal ASWARA

Seiringan dengan itu, Sylvester Wielding Jussem dalam karya beliau Kobong Series I and II telah menghasilkan karya catan abstrak dengan mengintegrasikan eksplorasi, artistik malahan aplikasi hybrid. Luahan kreativiti dapat dilihat pada hasil kepingan setiap kanvas dapat dicantum menjadi satu kepingan besar. Maka, audien dapat menghayati kandungan karya secara kepingan kanvas yang berasingan dan secara cantuman kepingan kanvas yang telah menjadi satu set karya yang besar. Manakala Nazlina Shaari (2005) pula melalui karya beliau Clone membentang isu fizikal emosi dan pemusnahan alam sekitar. Instalasi ini menggunakan multimedia dan material silicon dan kertas tisu, plastik yang dianyam secara bebas.

Rajah 6: Clone, Nazlina Shaari 2005

264

Aswara Bab 11.pmd

264

10/6/2009, 9:03 AM

Seni Hibrid: Pergerakan Seni Visual Alternatif di Malaysia

Kesimpulan
Berdasarkan kenyataan daripada pengamal seni di atas, seni hybrid bertunjangkan cenderung kepada teknologi dalam berkarya. Hal ini kerana hybrid banyak dipengaruhi oleh arus permodenan khususnya dalam teknologi yang tiada sempadan. Meskipun praktis seni hybrid masih satu permulaan di Malaysia, tetapi pergerakan seni hybrid perlu diukur untuk melihat praktisnya dalam pembangunan seni tampak. Selain itu, perlu diingatkan bahawa pemahaman yang tinggi dalam menilai seni hybrid tidak akan menganggap seni bertunjangkan teknologi semata-mata tetapi melihat kepada kebebasan dalam mengaplikasi kaedah yang ingin ditonjolkan. Dengan tiada keterbatasan yang digariskan dalam seni hybrid, maka pengkarya seni akan mudah memanipulasikan dan menggabungkan pelbagai media, teknik, peralatan mahupun disiplin. Jelas sekali menunjukkan bahawa hanya keterbukaan amat memainkan peranan penting untuk melihat kemajuan seni tampak agar seiringan menikmat kemajuan dalam berkarya.

Rujukan
Hayles, N. Katherine (2004). Nanoculture Implications of The New Technoscience, The Cromwell Press, Wiltshire, United Kingdom, pg 32. Lovejoy, Margot (2004). Digital Currents Art In The Electronic Age. British Library Cataloging in Publication Data, United Kingdom, pg 295. McLuhan, M. (1964). Understanding Media: The Extensions of Man, Routledge, pg 55. Katalog Ars Electronica (2007). International Compendium Prix Ars Electronica 2007, CyberArt 2007, Hatje Cantz, Austria, pg 102. Balai Seni Lukis Negara (1997). Pameran Seni Elektronik Pertama, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur, pg 7. Mahamood, Muliyadi (2008). Susur Masa Seni Lukis Malaysia Bersama 50 Tahun Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur, pg 214. Piyadasa, Redza (2001). Rupa Malaysia Meninjau Seni Lukis Moden Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.
265

Aswara Bab 11.pmd

265

10/6/2009, 9:03 AM

Jurnal ASWARA

Rahman, KAA. (2005). DNA- > Hybrid: From Know to Know Who. DNA-> Hybrid. Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS. Rahman, KAA. (2007). The Hybridism Manifesto, Faculty Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS. Saidon, Hasnol (2008). Prosiding Sidang Seni SINI 08, Balai Seni Lukis Negara, pg 82. Wan Jamarul Imran Wan Thani (2005). DNA> Hybrid: A Glance at Art and Technology - The Reality. Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS. Wan Jamarul Imran Wan Thani (2007). Expanded Media in The Malaysian Contemporary Arts Practice, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS. Internet http://www.banffcentre.ca/bnmi/programs/archives/2005/refresh/docs/ conferences/Edmond_Couchot.pdf - retrieved 23 April 2008 http://www.ozco.gov.au/__data/assets/pdf_file/0009/4311/ 03_hybrid_art_hybrid_nation.pdf - retrieved 23 April 2008

KHAIRUL AIDIL AZLIN ABD RAHMAN. (Prof. Madya, Ph.D) Timbalan Dekan (Postgraduate and Research) Faculty Applied and Creative Arts, UNIMAS. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel azlin@faca.unimas.my

266

Aswara Bab 11.pmd

266

10/6/2009, 9:03 AM

You might also like