You are on page 1of 5

Jom kita belajar 8

PETA PEMIKIRAN i-Think

Peta Buih Berganda digunakan untuk * membuat perbandingan dari sudut persamaan dan perbezaan yang wujud bagi dua benda / perkara

Peta Pokok digunakan untuk *membahagikan kepada kategori tertentu, * memberi contoh-contoh, * membuat sub-topik dan * memberi huraian

Peta Bulatan digunakan bagi * menjana idea, *mengaitkan pengetahuan sedia ada, *membuat gambaran awal topik dan *membuat rumusan.

Peta Buih digunakan dalam *menjelaskan sifat sesuatu perkara dan hanya *menggunakan adjective /kata sifat

Peta Dakap digunakan bagi * menyenaraikan komponen atau bahagian kecil sesuatu objek. Ianya * melibatkan objek yang nyata (fizikal) sahaja

Peta Titi digunakan untuk * mencari analogi yang boleh digunakan untuk menghubungkan pelbagai perkara, dan * memikirkan perkaitan yang boleh diwujudkan bagi pelbagai perkara.

Peta Alir digunakan dengan tujuan untuk * membuat aliran, susunan, kronologi, siri, kitaran, plot, proses sesuatu perkara

Peta Pelbagai Alir digunakan untuk * mencari sebab dan akibat bagi sesuatu perkara dan * menjelaskan kesan sesuatu perkara tersebut

You might also like