You are on page 1of 3

PANDUAN SOALAN SPONTAN DAN BORANG RASMI PENGHAKIMAN BERCERITA KISAH DARIPADA AL-QURAN MTQSS PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

1.0 Pendahuluan Usaha-usaha penambahbaikan bagi acara Bercerita Kisah Daripada Al-Quran telah dimulakan pada akhir 2009 lagi, apabila panel penggubal soalan pada tahun tersebut telah mencadangkan agar format pemarkahan sedia ada iaitu isi (40 markah), penyampaian (30 markah) dan bahasa (30 markah) ditukar kepada format yang baru iaitu isi (40 markah), penyampaian (40 markah) dan bahasa (20 markah). Borang-borang penghakiman dan syarat peraturan yang baru telah siap digubal pada tahun 2010 untuk digunapakai dalam Majlis Tadarrus Al-Quran Sekolah-sekolah pada tahun tersebut. Namun disebabkan oleh permasalahan teknikal, borang-borang penghakiman dan syarat peraturan yang baru itu tidak dapat digunapakai di dalam MTQSS. Pada tahun 2011, Bahagian Pendidikan Islam di bawah kepimpinan yang baharu, sekali lagi meminta cadangan daripada panel penggubal soalan MTQSS tentang penambahbaikan bagi acara bercerita ini. Justeru panel penggubal 2011 telah mencadangkan agar tajuk bercerita dikurangkan daripada 5 tajuk kepada 3 tajuk dan penambahan soalan spontan dengan wajaran markah isi (30 markah), penyampaian (40 markah), bahasa (20 markah) dan soalan spontan (10 markah. 2.0 Objektif Meningkatkan mutu dan kualiti acara Bercerita Kisah Daripada Al-Quran Menyuntik pembaharuan dalam acara bercerita agar selari dengan tuntutan semasa Melahirkan murid yang lebih berketrampilan dan menghayati tuntutan dakwah Membugar strategi dan pendekatan baharu dalam kalangan GPI selaku mursyid Menambah nilai acara bercerita dalam membentuk kemenjadian murid

3.0 Format Baru Pertandingan Mulai 2013 Bermula MTQSS kali ke-39 pada tahun 2013, Bahagian Pendidikan Islam telah menerima cadangan untuk memperkenalkan format baru iaitu penambahan soalan spontan kepada setiap peserta. Format baru ini akan dilaksanakan dengan wajaran markah isi (30 markah), penyampaian (40 markah), bahasa (20 markah) dan soalan spontan (10 markah). 3.1 ISI (30 markah) Isi : Huraian : Nas / Dalil : Markah Bonus:

1 markah x 4 = 4 markah 4 markah x 4 = 16 markah 2 markah x 4 = 8 markah 2 markah

3.2

PENYAMPAIAN (40 markah) Kelancaran : Kesesuaian Nada dan Gaya : Kesopanan : Meyakinkan : Markah Bonus : 1

9 markah 9 markah 9 markah 9 markah 4 markah

3.3

BAHASA (20 markah) Bahasa yang baik : Markah Bonus :

18 markah 2 markah

3.4

SOALAN SPONTAN (10 markah)* Isi : 4 markah Penyampaian : 4 markah Bahasa : 2 markah *Penghakiman Soalan Spontan akan dibuat oleh Hakim Isi, Hakim Penyampaian dan Hakim Bahasa.

3.5

Sekiranya berlaku persamaan markah, maka hendaklah dirujuk kepada Bahagian Soalan Spontan. Sekiranya berlaku persamaan juga, maka hendaklah dirujuk kepada Bahagian Penyampaian dan sekiranya berlaku persamaan juga, maka hendaklah dirujuk kepada Bahagian Isi. Sekiranya tetap berlaku persamaan, maka keputusan akan ditentukan melalui muzakarah hakim. Keputusan hakim adalah muktamad.

3.6

4.0 Pelaksanaan Pertandingan 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Peserta akan menyampaikan cerita mengikut tajuk yang telah diundi. Selepas selesai bercerita, Pengacara Majlis akan menjemput peserta untuk memilih sampul soalan spontan. Peserta akan menyerahkan sampul soalan yang dipilih kepada urusetia untuk disampaikan kepada Ketua Hakim. Ketua Hakim akan membacakan soalan spontan. Peserta boleh meminta Ketua Hakim mengulang membacakan soalan sebanyak 1 kali sahaja. Peserta akan diberi tempoh persediaan untuk menjawab. Pada waktu persediaan menjawab, peserta akan berdiri di atas pentas seperti kedudukan bercerita. Loceng akan dibunyikan sebagai tanda masa persediaan, masa mula menjawab dan masa tamat menjawab.

5.0 Masa Bercerita 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 Masa bagi setiap peserta untuk menyampaikan ceritanya ialah 8 minit sahaja. Loceng pertama dibunyikan sebagai tanda masa bercerita bermula. Loceng kedua akan dibunyikan sekali pada minit keenam dan loceng ketiga akan dibunyikan sebanyak 2 kali pada minit kelapan menandakan tamat masa bercerita. Masa bagi setiap peserta untuk soalan spontan ialah 3 minit iaitu 1 minit masa persediaan dan 2 minit masa untuk menjawab soalan spontan. Loceng akan dibunyikan sekali selepas Ketua Hakim membacakan soalan sebagai tanda bermula masa persediaan. Loceng kedua akan dibunyikan sekali selepas 1 minit sebagai tanda bermula masa menjawab soalan spontan dan loceng ketiga akan 2

dibunyikan 2 kali pada minit ketiga sebagai tanda berakhirnya masa untuk menjawab. 6.0 Panduan Soalan Spontan 6.1 6.2 6.3 Setiap peserta akan diberikan 1 soalan spontan berdasarkan tajuk cerita yang telah disampaikan. Soalan spontan yang diberikan adalah berbentuk soalan terbuka berkisarkan tentang pengajaran dan nilai daripada kisah yang telah disampaikan. Contoh-contoh soalan : i. Siti Aminah Bonda Rasulullah Kisah ini menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Cuba adik/anda ceritakan, apakah tanggungjawab seorang anak kepada ibubapanya? Qabil dan Habil Terdapat banyak pengajaran daripada kisah Qabil dan Habil. Boleh adik/anda ceritakan, apakah pengajaran utama yang boleh diambil daripada kisah ini? Peristiwa Kewafatan Nabi Muhammad SAW Kisah ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW amat menyayangi umatnya. Pada pandangan adik/anda, bagaimanakah caranya untuk kita menyayangi nabi kita?

ii.

iii.

6.4

Pemarkahan Soalan Spontan dibuat berdasarkan : i. ii. iii. Isi : Isi, huraian, contoh dan pengolahan idea Penyampaian : Kelancaran, keyakinan, kepetahan menjawab dan kesopanan (ada pendahuluan dan penutup) Bahasa : Bahasa yang baik, sederhana atau lemah

7.0 Penutup Semoga usaha ini dapat memberikan suntikan yang baharu kepada acara Bercerita Kisah Daripada Al-Quran dan menjadi tambah nilai kepada murid-murid yang menyertai pertandingan ini. Sesungguhnya Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu dan kualiti aktiviti-aktiviti Pendidikan Islam agar selari dengan transformasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melalui sembilan bidang keutamaan yang telah digariskan.

You might also like