You are on page 1of 6

Minit Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum Tahun 2013 Bil 2/2013

Kepada guru yang ingin muat turun minit mesyuarat yang terpapar di bawah, sila muat turun Minit Mesyuarat di bawah dengan klik pada pautan berikut : Minit Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum Tahun 2013 Bil 2/2013

Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 Lingkaran Seroja, Seksyen BB7, Bandar Baru Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan

Minit Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum Tahun 2013 Bil 2/2013 Tarikh : 7 Januari 2013 Masa : 12.30 Tengah hari -2.30 Petang Tempat : Bilik Mesyuarat SKBB2 Pengerusi : En. Samsudin Bin Ahmad (GPK Kokurikulum) Kehadiran : 34 / 35 ___________________________________________________________________ HADIR:

1. Pn Hjh Azizah Binti Hassan 2. En Samsudin Bin Ahmad 3. Pn Hjh Rohanah Binti Mokhtar 4. Pn Norhashimah Binti Ismail 5. Pn Sharmiah Binti Hj. Abas 6. Pn Ruzita Bt. Mohamad Yusoh

Guru Besar GPK Kokurikulum GPKP GPK HEM GPK PTG GPK PKI

7. En Munaizi Azmi Bin Musa 8. Pn Hafidzah Binti Musatafa 9. En Othman Bin Yob 10. Pn Nurul Huda Binti Pauzi 11. Pn Zuridah Binti Jaafar 12. En Wan Azri Bin Abdullah 13. Pn Siti Hadijah Binti Ibrahim 14. En An Nahari Bin Sarif 15. En Ahmad Ezanee Bin Mohd Sidek 16. Pn Arul Selvi a/p Durrar Raj

17. Pn Hjh. Asma Binti Ariffin 18. Pn Fazilah Binti Ibrahim@Idris 19. Pn Hazrina Binti Soid 20. Pn Noraishah Binti Shahruddin 21. Pn Rosmaniza Binti Ismail 22. Pn Siti Musalmah Binti Jamaluddin 23. Pn Rahimah Binti Mohd Zain 24. Pn Jafiza Binti Jaafar 25. Pn Azizah Binti Abdul Shukor 26. Pn Aiddawaty Binti Husaini 27. Pn Sulaihah Binti Salim 28. Pn Salmiah Binti Ahmad 29. Pn Aznida Binti Nordin 30. Pn Che Rusnah Binti Hassan 31. Pn Siti Zalilah Binti Salamat 32. Pn Azrina Binti Abu Bakar 33. Pn Amira Binti Abd Jalil 34. Pn Haslina Binti Ahmad

TIDAK HADIR: 1. Pn Hjh Ruhayah Binti Jaafar Bersebab

Agenda 1.0 : Kata Alu-aluan .1 Guru Besar mengucapkan selamat sejahtera dan mengalu-alukan kehadiran guru- guru ke mesyuarat kokurikulum kali kedua bil. 2/2013 Tindakan : Makluman .2 Guru Besar menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan berlangsung pada sesi pagi. Pengecualian diberikan kepada aktiviti merentas desa ini bertujuan menggalakkan penyertaan semua murid. Tindakan : Makluman .3 Guru Besar mengingatkan bahawa aktiviti kokurikulum yang melibatkan semua guru pada hari sabtu hendaklah dihadiri. Pengambilan CRK sewenang-wenangnya oleh guru boleh diambil tindakkan tatatertib dan laporannya akan dihantar ke Kementerian Tindakan : Makluman .4 Guru Besar mengharapkan semua guru dapat meneruskan komitmen dalam melaksanakan tugas yang diberikan bagi tahun 2013 dengan bersungguh-sungguh. Tindakan : Makluman

Agenda 2.0: Ucapan Pengerusi 2.1 Pengerusi berharap guru-guru telah bersedia untuk menjalankan tugas pertama unit kokurikulum iaitu Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Tindakan : Makluman 2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa minit mesyuarat kali pertama juga boleh dirujuk pada blog Kokurikulum SKBB2 dan meminta pengesahan minit mesyuarat bagi mesyuarat kokurikulum bertarikh 24 Disember 2012 Pencadang : Pn. Rahimah Binti Mohd Zain Penyokong : Pn. Siti Musalmah Binti Jamaluddin Tindakan : Makluman 2.3 Pengerusi meminta guru-guru yang membuat kertas kerja bagi aktiviti kokurikulum boleh menerapkan unsur-unsur keIslaman agar boleh memohon peruntukkan dari Lembaga Zakat Selangor. Tindakan : Guru-guru Penasihat 2.4 Pengerusi memaklumkan bahawa Ketua Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam dari Pn. Rudzita Bt Mohd Nor kepada Pn. Rahimah Bt Mohd Zain. Tindakan : Makluman 2.5 Pengerusi juga memaklumkan bahawa Cik Nurul Zulpa Bt Rosli dipindahkan ke Kelab Bola Baling dan Pn. Nurul Murni Bt Mohd Haluwi ke Kelab Bola Sepak. Tindakan : Makluman

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

Agenda 3.0 : Hal Berbangkit Pengerusi memaklumkan bahawa perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah wajib kerana ia telah diwartakan dan menjadi peraturan untuk melaksanakannya. Tindakan : Makluman Pengerusi mencadangkan setiap kelab dan persatuan membuat satu visi dan misi yang selaras dengan visi misi sekolah. Tindakan : Guru Penasihat Pengerusi mengingatkan kepada semua pengerusi mendrafkan peraturan dan pelembagaan persatuan berserta senarai AJK Penaja. Tindakan : Guru Penasihat Pengerusi mencadangkan setiap persatuan membuat logo persatuan dengan memberi peluang kepada murid-murid menciptanya. Tindakan : Guru Penasihat Pengerusi juga mengingatkan semua kelab dan persatuan menghantar senarai aktiviti yang ingin dilaksanakan sepanjang tahun. Tindakan : Guru Penasihat Pengerusi seterusnya mengingatkan kepada semua guru penasihat menghantar permohonan penubuhan dan Jawatankuasa Penaja Persatuan. Setelah permohonan dibuat guru-guru hendaklah menunggu surat kelulusan penubuhan. Tindakan : Guru Penasihat

3.7 Pengerusi memberitahu bahawa Kejohanan Merentas Desa akan dilaksanakan pada 19 Januari 2013 berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh Guru Besar. Tindakan : Makluman

Agenda 4.0 : Agihan Tugas Kejohanan Merentas Desa 4.1 Pengerusi menyerahkan mesyuarat kepada En. Othman B Yob untuk menerangkan perjalanan latihan dan perlaksanaan Kejohanan Merentas Desa. Tindakan : En Othman 4.2 En. Othman menerangkan bahawa murid sasaran kejohanan ini adalah dari murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Tindakan : Makluman 4.3 En. Othman juga menerangkan bahawa hadiah akan diberikan kepada pemenang 1 hingga 20 mengikut kategori masing-masing lelaki dan perempuan. Tindakan : Makluman 4.4 En. Othman juga menerangkan bahawa mata rumah sukan akan diberikan kepada tempat 1hingga 50. Tindakan : Pencatat Masa 4.5 En. Othman memaklumkan bahawa terdapat perubahan laluan diatas faktor keselamatan iaitu para peserta tidak akan melalui hadapan rumah Cikgu Megat tetapi membuat laluan singkat di Jalan Tanjung kerana terdapat kerja-kerja pembinaan. Tindakan : Makluman 4.6 Pengerusi menyatakan bahawa perubahan laluan dan pengurangan jarak tidak menjadi masalah kerana faktor keselamatan murid perlu menjadi keutamaan guru-guru. Tindakan : Makluman 4.7 En Othman memaklumkan bahawa latihan akan dilaksanakan pada 9, 16 dan 17 Januari jam 7.45 hingga 8.45 pagi. Tindakan : Makluman 4.8 En. Othman membentangkan dan menerangkan agihan-agihan tugas yang perlu dilaksanankan pada hari Kejohanan tersebut. Tindakan : Makluman 4.9 Pn. Azlina Bt Abu Bakar bertanya mengenai peruntukan minuman dan makanan kepada murid adakah disediakan. Pengerusi akan bertanya dan meminta peruntukkan tersebut dari Guru Besar. Tindakan : GPK Kokurikulum 4.10 Pn. Siti Hadijah Bt Ibrahim mengingatkan bahawa perlu memasukkan senarai guru tahun 1 dalam agihan tugas kerana Kejohanan akan berlangsung pada hari Sabtu tidak pada hari Jumaat seperti perancangan awal. En. Othman memaklumkan bahawa dia akan memasukkan nama-nama guru tahun 1 kemudian. Tindakan : Makluman 4.11 Pengerusi meminta pandangan En Mohd Syukri B Abd Rahman selaku Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Mantan Pengerusi Teknik Daerah mengenai Kejohanan yang akan dilaksanakan. En. Syukri menyatakan bahawa tiada sebarang masalah mengenai pengurusan

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

4.18

Kejohanan tetapi guru-guru perlu mengambil berat soal keselamatan murid-murid ketika di simpang. Tindakan : Guru Checkpoint Simpang En. Syukri menambah perlu ada guru yang menjadi Sweeper bagi memastikan tiada murid yang tertinggal di belakang demi keselamatan mereka. Tindakan : Guru Sweeper En. Syukri mengingatkan guru-guru yang berada di checkpoint perlulah dalam kumpulan bukan bersendirian kerana terdapat kes guru diragut ketika menjaga checkpoint merentas desa. Tindakan : Guru Checkpoint En Othman mencelah bahawa akan diwujudkan AJK Pengurus Trek iaitu Ustaz Annahari yang memerangkap Sweeper. Tindakan : Ustaz Annahari En. Syukri juga memaklumkan agar guru pencatat mencatat masa peserta agar boleh dijadikan rujukan pencapaian Kejohanan. Tindakan: Guru Pencatat Masa Pn Siti Hadijah mencadangkan agar ada guru yang ditugaskan untuk membuat aktiviti renggangan setiap kali sebelum latihan dimulakan dengan mencadangkan Pn Sulaihah dan Pn Noraishah. Cadangan : Pn Siti Hadijah Bt Ibrahim Menyokong : En Ahmad Ezanee Bin Mohd Sidek Tindakan : Guru Warm Up En Syukri meminta En Othman membuat pembetulan Referi Pelepas kerana tiada istilah tersebut dan diganti dengan Penolong Pelepas. En Othman akan membuat pembetulan itu kemudian. Tindakan : En Othman En Othman meminta Pn Nurulhuda Bt Pauzi mengimbangi jumlah murid dari setiap rumah sukan. Pn Nurulhuda menyatakan bahawa dia telah selesai melakukannya kecuali terdapat satu dua kelas belum selesai. Tindakan : Makluman

Agenda 5.0 : Ucapan Penangguhan 5.1 Pengerusi berharap semua guru memberi kerjasama dalam menjayakan Kejohanan Merentas Desa dan memastikan setiap aktiviti dilaksanakan berjalan lancar seperti yang ditetapkan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dan disudahi dengan Surah Al-Asr. Tindakan : Semua Guru Disediakan Oleh Disemakan Oleh

......................................... (Munaizi Azmi Bin Musa) Setiausaha Kokurikulum SKBB2

......................................... (En. Samsudin Bin Ahmad) GPK Kokurikulum SKBB2

Disahkan Oleh

......................................... (Hjh Azizah Bt Hassan) Guru Besar SKBB2

You might also like