You are on page 1of 12

PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

PENGENALAN
Pendekatan ialah cara mempelajari dan menilai sesuatu dengan lebih dekat. Pendekatan mesti merangkumi 3 dimensi: 1. Penaakulan/ pemikiran moral- kognitif 2. Perasaan/emosi moral- afektif 3. Perlakuan /tindakan moral- psikomotor Pendekatan yang digunakan mesti sesuai agar dapat menyampaikan ilmu pengetahuna tentang moral dengan baik dan berkesan serta dapat mempengaruhi murid supaya dapat memahami, menghayati dan mengamalkan moral.

PENDEKATAN PEMUPUKAN NILAI PENDEKATAN KEPEDULIAN PENDEKATAN BERTIMBANG RASA

PENDEKATAN DOMAIN

PENDEKATAN RASIONAL

PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL


PENDEKATAN BERASASKAN KEMAHIRAN PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL

PENDEKATAN ANALISIS NILAI PENJELASAN NILAI

PENDEKATAN PERKEMBANGA N MORAL KOGNITIF

Isu-isu semasa dikaji secara jelas sbelum membuat keputusan seperti keselamatan negara, dadah, hak individu dan alam sekitar. Nilai dikelaskan kepada 2:

1. Nilai objek 2. Pertimbangan nilai Cara pelaksanaan a) Kenalpasti dan jelaskan isu nilai b) Kumpul bukti untuk buat pertimbangan nilai c) Nilai fakta yang relevan dan buat keputusan tentatif d) Uji keputusan tentatif dengan situasi yang berbeza, letakkan diri dalam situasi sebenar.

Teknik pendekatan analisis nilai: 1. Perbincangan 2. Perbahasan 3. Kajian kes 4. Forum 5. Projek

PENDEKATAN BERTIMBANG RASA


Pembelajaran tentang perasaan atau emosi Dapat bantu murid berfikir secara mendalam dan menimbulkan perasaan moral. Fokus kepada cara individu berhubung dengan orang lain. Pendekatan ini digunakan bagi mengajar pola perlakuan positif bagi amalan seseorang. bertujuan untuk mempengaruhi atau menanamkan ke dalam diri pelajar beberapa nilai tertentu yang dikendaki.

Kebaikan 1. Dapat memupuk pelajar untuk bersikap perihatin terhadap orang lain dan belajar membuat keputusan dengan mengambil kira perasaan orang lain. 2. Murid juga belajar untuk mengambil tindakan yang sesuai dan betul dan sesuatu situasi. 3. Dapat menyemai nilai bertimbang rasa terhadap keperluan, perasaan serta kepentingan diri sendiri dan juga orang lain. 4. Murid tidak bersikap pentingkan diri sendiri dalam membuat sesuatu keputusan.

Pemikiran yang rasional dan kritis. Melibatkan pelajar meneliti makna dan fungsi nilai. Garis panduan: - Kenalpasti dan jelaskan nilai - Membuat generalisasi konsep nilai diri dan nilai yang diterima oleh masyarakat. - Timbulkan implikasi yang mungkin timbul. - Buat keputusan, utamakan nilai. - Pupuk penglibatan diri.

Pendekatan Tindakan Sosial Berkaitan dengan peranan warganegara dalam


setiap institusi sosial. Fokus utama kebolehan sivik dan kecekapan bersosial. bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar supaya dapat bertindak ke atas nilai-nilai kendiri sebagai agen moral dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau konflik moral. Melalui pendekatan ini murid diberi peluang untuk bertindak dalam menyelesaikan konflik atau sesuatu masalah. Tidak hanya tertumpu dengan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja. Murid berpeluang untuk belajar dengan aktif melalui aktiviti seperti projek atau kumpulan

Dapat melibatkan murid dan guru dengan alam sekitar, pengguna atau kelab kebajikan. ini juga murid dapat diterapkan dengan nilai yang lebih meluas. Konsep penggabungjalinan dan penerapan nilai dapat digunakan dalam pelaksanaan pendekatan ini. Walaupun pendekatan ini mampu menarik minat murid semasa sesi pembelajaran ia juga terdapat kelemahannya. Dalam pelaksanaan pendekatan ini sokongan dari orang lain diperlukan bagi melicinkan projek yang hendak dijalankan. Sebagai contoh, satu projek membersihkan kawasan tepi sungai berhampiran sekolah dirancang untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Cintai Alam Sekitar. Bagi melaksanakan projek ini bantuan dan kerjasama dari pihak keselamatan, perbadanan atau perbandaran juga diperlukan bagi memastikan keselamatan murid terjamin.

PENDEKATAN MORAL KOGNITIF


Membantu pelajar membina kebolehan menaakul di peringkat yang lebih tinggi. Bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat. Peringkat perkembangan moral i. 1- orientasi dendaan dan kepatuhan ii. 2- orientasi ganjaran peribadi iii. 3- orientasi harmoni antara peribadi

Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka. fokus ialah proses (struktur) bukan keputusan (kandungan) penaakulan atau pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan yang setara.

You might also like