You are on page 1of 14

Butiran Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Hasil kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Halaman 3 4 5 6-8 9 10 - 14 15 16 - 21 22

Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru Geogarfi saya iaitu Puan Siti Asmunah binti Jamaseri kerona unjuk ajar dan bimbang beliau dalam menjalankan Kajian Geogarfi Tempatan (KGT). Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua SMK Indahpura (1), Puan Hjh Noraini binti Juahir yang telah membenarkan saya menjalankan kajian ini sehingga selesai.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Michael dan Emileen yang sentiasa memberi dorongn dan galakan, bantuan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalankan kajian ini sehinggalah kajian ini selesai. Terima kasih kepada rakan-rakan dalam kajian iaitu Joel Jahziel, Gan Qi Wen dan Afzan, ucapanterima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama semua semasa menjalankan kajian ini.

Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk di Bintang Utama atas kerjasama yang diberikan.

Pendahuluan

Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, kami diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu kajian Geografi Tempatan. Saya telah memilih tajuk Migrasi Dalaman Penduduk di Bintang Utama, Senai , Johor. Saya telah memilih tajul tersebut kerana kebanyakan penduduk di kawasan kajian merupakan penduduk yang telah bermigrasi dari kawasan lain dan bulan pendudukasal di kawasan ini. Saya telah menjalankan kajian ini selama 7 minggu.

Objektif Kajian

Menghuraikan konsep migrasi penduduk di Bintang


Utama, Senai, Johor.

Menyatakan pola migrasi penduduk di Bintang Utama,


Senai, Johor.

Menyatakan dan menghuraikan factor yang


mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Bintang Utama, Senai, Johor.

Menyatakan dan menghuraikan kesan migrasi dalam


penduduk di Bintang Utama, Senai, Johor.

Menyatakan dan menghuraikan cadangan mengatasi


kesan migrasi dalaman penduduk di Bintang Utama, Senai, Johor.

Memupuk nilai kejasama dan bertanggungjawab di


Bintang Utama, Senai, Johor.

Kawasan Kajian
Kajian ini telah dijalankan di Bintang Utama, Senai, Johor. Biasanya, tambangan bas yang jikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 2.30 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 1jam 45minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan perumahan saya mempunyai sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Senai yang mempunyai pelajar seramai 1000 orang. Bentuk muka bumi di Bintang Utama, Senai, Johor rata dan landau. Di sini mempunyai tanih laterit yang sesuai untuk menanam pokok getah dan pokok kelapa sawit.

Kaedah Kajian

Kaedah Pemerhatian

Saya memerhatian perkara berikut di kawasan kajian


iaitu kesan migrasi dalamn penduduk.

Kaedah Temu Bual

Semasa menjalankan kajian, saa telah menemu bual 15


orang responden yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Kaedah Lain

Saya telah merujuk buku teks geografi Tingkatan 2 untuk


mengenal pasti konsep migrasi penduduk.

Hasil Kajian 1. Konsep migrasi Penduduk


Menurut di dalam Buku Teks Geografi Tingkatan Dua, migrasi bermaksud penghijrahan seseorang yang melintasi sempaan kawasan, negeri, negaa atau sempadan antarabangsa. Contoh migrasi penduduk ialah dai Senai ke Kuala Lumpur.

2. Pola Migrasi Penduduk di Bintang Utama, Senai , Johor.


Berdasarkan pemerihatian dan soal selidik yang dilaluikan di kawasan kajian, didapati pola migrasi peduduk disini ialah: i) Bandar ke Bandar Proses penghijrahan penduduk dari kawasan Bandar ke Bandar. Sebagai contoh, migrasi penduduk dari Bandar Pontian ke Senai ii) Luar Bandar ke Bandar Proses penghijrahan penduduk dari kawasan luar Bandar ke Bandar. Sebagai contoh, migrasi penduduk dari Felda Jengka ke Bandar Senai.

3. Faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk di Bintang Utama


Berdasarkan pemerhatian dan soal selidik yang dijalankan, fakto yang mempengaruhi migrasi penduduk di sini ialah: i) Peluang pekerjaan Pelbagai peluang pekerjaan yang lebih baik disediakan di Bintang Utama. Contohnya, di sector awam atau swasta seperti Perniagaan, Perkhidmatan dan Perindustrian. ii) Kemudahan asas Di Bintang Utama mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti bekalan tenega elektrik, bekalan air yang bersih serta mempunyai pengangkutan dan perhubungan yang cekap. Di sini juga mempunyai system rawatan air kumbahan yang baik. iii) Petempatan Baru Terdapat banyak perumahan yang baru dibina di Bintang Utama. Harga perumahan tersebut tidak mahal dan mampu dimiliki oleh rakyat jelata. Reka bentuk di rumah tersebut menarik dan cantik sangat.

Sebagai penduduk di Bintang Utama, Senai , Johor, saya berasa bangga kerana kawasan ini menjadi tumpuan penduduk.

4. Kesan Migrasi Penduduk di Bintang Utama, Senai, Johor


Berdasarkan pemerhatian saya, migrasi penduduk di Bintang Utama, Senai, Johor telah menyebabkan. A. Kesan Positif i) Masyarakat majmuk / pelbgai kaum Ramai migrasi datang dari pelbagai negeri dan bangsa seperti masyarakat cina datang dari China. Dengan ini, ramai migrasi boleh melahirkan masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Penduduk tempatan juga boleh mengenal pelbagai adat dan budaya negeri dan bangsa lain ii) Pasaran bertambah Imigran dari luar negeri akan menyebabkan penduduk di Bintang Utama bertambah. Dengan ini, permintaan sesuatu barangan akan menaik untuk keperluan penduduk. Oleh itu, banyak kedai akan dibuka dengan galakan kerajaan. iii) Penduduk Bertambah Di Bintang Utama, Senai, Johor mempunyai banyak peluang perkerjaan. Imigrasi dai luar negeri dapat mengisi peluang pekerjaan yang berlebihan.

B. Kesan Negatif i) Masalah social

Dengan kemasukan inigram dari ;uar negari, banyak masalh social akan terjadi. Contohnya, masalh meremrip, meragut, merompak dan bergaduh. Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa memberi banyak kebebasan kepada anakanak mereka. ii) Masalah perumahan

Masalah perumah akan terjaga persekitaran rumah sewa kerana mereka berasal bukan rumah sendiri. Mereka juga sentiasa membuang sampah sarap merata-rata.

Sebagai penduduk di Bintang Utama, Senai, Johor, saya perlulah menjaga kebersihan kawasan perumahan.

5. Cadangan Mengatasi Kesan Migrsi Dalaman Penduduk di Bintang Utama, Senai, Johor. Berdasarkan kesan negative migrasi , terdapat beberapa cadangan untuk mengatasinya, iaitu:

i)

Menguatkuasakan undang-undang

Untuk mengatasi masalh social, penguatkuasaan undangundang perlu dilaksanakan. Sebagai contoh, pihak polis boleh saman sesiapa yang menjadikan kawasan perumahan kotor. ii) Pemantauan pihak MPKu

Untuk mengatasi masalh perumahan dan penjagaan kebersihan kawasan persekitaran, pihak MPKu perlu memantau kawasan kediaman setiap taman perumahan.sekiranya, pemilih rumah gagal menjaga persekitaran rumah, pihak MPKu boleh mendenda tuan rumah tersebut.

Setiap penduduk perlu berkerjasama menjaga persekitan dan keamanan di Bintang Utama, Senai, Johor.

Rumusan
Secara kesimpulannya, terdapat banyak factor yang mendorog penghijrahan penduduk di Bintang Utama, Senai, Johor, antaranya ialah peluang pekerjaan, kemudahan asas dan petempatan baru. Selain itu, migrasi yang berlaku menyebabkan kesan positif iaitu mesyarakat pelbagai kaum, pasaran ertambah dan penduduk bertambah dan juga kesan negatif iaitu masalah sosial dan masalah perumahan. Walau bagaimanapun undang-undang dan pemantauan MPKu. Saya sangat gembira kerana penduduk di Bintang Utama, Senai, Johor dapat hidup dalam keadaan yang selesa.

Rujukan
1) Buku Teks Latifa binti Mahtod, Shamshiah binti Almad 2003, Geografi Tingkatan 2, Edaran Kemajuan (m) Sdn.Bhd 2) Buku Rujukan Kang Chai Yeong, Chong Koon Choi, Aw Soon Woon, Nik Idris Nik Muhamed, 2009, Focus PMR Geografi Tinkatan 1, 2, 3 Peneritan Pelangi Sdn.Bhd

You might also like