You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (BIL.

2/2014) _________INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU 2014__________

Tarikh: 9 Februari 2014 (Ahad) Masa : 12.30 tengah hari Tempat : Bilik Kuliah R-7

Kehadiran: 1. Aiza Binti Mohamed Zahari 2. Aminah Binti Anuar 3. Hajar Binti Mohamad Zudin 4. Mohamad Sofyan Ats-Tsaury B. Mohd Supaih 5. Mohd Nazrin Bin Daud 6. Noormaziah Binti Tuah 7. Nor Nazlia Binti Baharudin 8. Nurul Hardi Bin Baharum 9. Rogayah Binti Mahalek 10. Siti Suriyani Binti Gani 11. Muhammad Zakwan Bin Md. Daud 12. Muhamad Farid Bin Ramli 13. Muhammad Afnan Bin Sabudin 14. Siti Aishah Binti Oon 15. Nur Wasimah Binti Matarsim 16. Husna Binti Md. Zuraini 17. Aziana Binti Sait 18. Nur Eleena Binti Ilmudin 19. Abdul Hafiz Bin Abdu Raman 20. Ahmad Shamsuddin Bin Mohd Amin 21. Muhamad Fazri Hassan

22. Nizamuddin Shah Bin Nawawi 23. Shahadan Bin Bidin 24. Siti Lianah Bt Majnie 25. Eve Erristy Ignatius 26. Marcelina Holudin 27. Jacqueline Chua Jie Yiing 28. Nurul Ain Binti Badrul Hisam 29. Mohammad Shawal Bin Suhaimi (Ahli Baru) Tidak Hadir : 1. Muhammad Arif Fahmi Bin Hassan 2. Muhammad Mukhlis Bin Samsudin

1.0 : PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Mohamad Sofyan Ats-Tsaury B. Mohd Supaih iaitu Pengerusi bagi Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus bagi tahun 2014. 1.2 Pengerusi mengucapkan selamat tengah hari dan terima kasih kepada semua ajk yang hadir terutamanya kepada Ajk informasi, Ajk kebajikan, Ajk pendaftaran dan juga naib pengerusi kerana telah menjalankan proses awal pilihan raya kampus. 1.3 Pengerusi menyatakan bahawa persediaan alatan boleh disediakan mulai sekarang.

2.0 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT (BIL. 1/2014) Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (Bil. 2/2014) disahkan tanpa pindaan.

3.0 : TUGAS YANG PERLU DILAKUKAN OLEH AJK SEBELUM PILIHAN RAYA 3.1 Setiausaha perlu memastikan semua barang yang diperlukan ditempah sebelum hari hari pilihan raya supaya persiapan awal dapat dibuat.

3.2 Setiap Ajk yang memerlukan bahan-bahan perlu memaklumkan kepada bendahari supaya bendahari dapat menyenaraikan diperlukan. bahan-bahan dan peralatan yang

3.3 Ajk keselamatan dan kebajikan perlu menyediakan jadual pengundian mengikut masa dan kelas. 3.4 Ajk keselamatan dan kebajikan harus menyelaraskan nama pengundi yang layak dengan Ajk Logistik. Tindakan: Semua Makluman

4.0 : HAL- HAL BERBANGKIT Ahli membincangkan perkara yang berlaku sepanjang proses pengundian pada tahun lepas dan terdapat beberapa kekurangan sepanjang proses pilihan raya kampus berlansung. Antaranya : Kelemahan - berlaku kesesakan pada tempat pengundian disebabkan ramai guru pelatih mengundi tidak mengikut masa yang telah ditetapkan Penambahbaikan/ cadangan - memaklumkan dengan pensyarah mengenai giliran mengundi untuk setiap kelas. Kelemahan - pengundi menconteng kertas undi Penambaikan/ cadangan - pihak SPR tidak mempunyai kuasa untuk melarang pengundi daripada menconteng kertas undi. Tindakan: Makluman Semua

5.0 : HAL-HAL LAIN 5.1 Ajk keselamatan diminta untuk menjadi runner pada hari pilihan raya nanti 5.2 Ajk keselamatan juga diminta untuk menerangkan kepada pengundi mengenai tatacara untuk mengundi dan perlu memastikan supaya orang lain tidak masuk ke kawasan pengundian. 5.3 Setiausaha diminta untuk menguruskan pengecualian kuliah pada hari pilihan raya. Tindakan: Makluman Semua

6.0 : PENUTUP Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua AJK dan anggaplah tugas yang dipertanggungjawabkan ini sebagai amal jariah. Mesyuarat ditangguhkan pada 1.30 petang.

Disediakan oleh: ______________________ (NIZAMUDDIN SHAH B NAWAWI)


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya IPG Kota Bharu

Disemak dan disahkan oleh : _____________________


(MOHAMAD SOFYAN ATS-TSAURY B. MOHD SUPAIH) Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya IPG Kota Bharu

Tarikh : 11 Februari 2014

You might also like