You are on page 1of 13

PEMARKAHAN 1. 2. 3.

JUMLAH

QGU 3013: KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Soalan 2

KUMPULAN UPSI 26

DISEDIAKAN OLEH NAMA SAHRIL B. ISMAIL NO. ID D20102044391 NO. TELEFON 012-5438969

NAMA TUTOR E-LEARNING: NORKHALID B. SALIMIN

ISI KANDUNGAN

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Isi Kandungan Pendahuluan Pengenalan Faktor Obesiti Kesan Obesiti

PERKARA

HALAMAN 1 2 3 4 7 10 12

Langkah Mengatasi Masalah Obesiti Kesimpulan

1.0 Pendahuluan
Ewles dan Simnett (1986) pula mengemukakan tujuan yang lebih spesifik lagi tentang mengapa pendidikan kesihatan itu diberikan. Menurut mereka, dalam melaksanakan tugas tersebut, seseorang pendidik kesihatan mestilah berusaha untuk mencapai tujuan-tujuan berikut :

Meningkatkan kesedaran kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang sedang dihadapinya.

Memberikan penerangan dan juga menyumbang pengetahuan tentang segala sesuatu yang berhubung kait dengan masalah yang sedang dihadapi oleh individu atau masyarakat itu.

Menimbulkan kesedaran diri (self awareness) setelah mendengar penerangan dan penjelasan yang diberikan. Dengan adanya kesedaran ini, diharapkan orang yang menerima atau dididik akan lebih tegas untuk mengubah nasibnya.

Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Perubahan sikap ini pula akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan mereka yang dididik itu tercapai.

2.0 Pengenalan
Secara umumnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada menghadkan aktiviti fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Masalah obeseti/berat berlebihan adalah masalah kian meningkat di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak. Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Oleh itu kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan. Mereka yang tergolong dalam obesiti biasanya mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal. Mereka ini juga mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan yang sepatutnya. Selain itu, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 dan mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetis serta mereka yang gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan. Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah pasti membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri.

3.0 FAKTOR OBESITI


Perubahan lemak badan bergantung kepada ketidakseimbangan antara tenaga yang diambil dan yang digunakan. Lebihan berat badan dan obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi pengeluaran untuk jangkamasa yang tertentu. Terdapat banyak penyebab yang dikaitkan dengan lebihan berat badan dan obesiti tetapi faktor sosial dan persekitaran sama ada peningkatan pengambilan tenaga atau berkurangan aktiviti fizikal memainkan peranan penting terjadi keadaan ini. Ini berkaitan dengan peningkatan taraf ekonomi masyarakat dan penurunan aktiviti fizikal generasi muda dan yang telah berusia. Aspek keturunan terhadap kejadian lebihan berat badan dan obesiti sukar untuk ditentukan. Kajian yang telah dibuat telah mencadangkan lebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak lebih kepada kurangnya aktiviti fizikal dan bukannya lebihan makanan dan pada remaja ia lebih dipengaruhi oleh kurangnya aktiviti fizikal dan lebihan makanan (WHO, 1990).

Kajian lain menunjukkan lebihan berat badan dan obesiti adalah faktor risiko pada penyakit kardiovaskular. Lebihan berat badan dan obesiti merupakan faktor primer bagi penyakit koronari jantung dan bersama faktor risiko lain yang telah dibuktikan seperti diabetes, hiperkolesterolemia atau kekurangan tahap lipoprotein kepadatan tinggi (HDL)(Pollock & Wilmore, 1984). Hipertensi yang di alami oleh mereka yang obes adalah signifikan lebih tinggi jika di banding dengan yang tidak obes. Peningkatan tekanan darah adalah dicatat pada kedua-dua bacaan sistolik dan diastolik (Wan Mohamad et al., 1996). Lebihan berat badan dan obesiti juga mempunyai hubungan dengan penyakit diabetes. Kajian telah menunjukkan bahawa walaupun terdapat peningkatan pengeluaran insulin oleh pankreas antara 100-200% dalam keadaan obes tetapi masih wujud tanda-tanda klinikal kekurangan hormon tersebut. Ini menjelaskan terdapat kekurangan tapak reseptor, penurunan kadar sensitiviti reseptor atau kedua-duanya. Penurunan berat badan mengakibatkan tapak reseptor kembali kepada asal dari segi jumlah serta sensitiviti dan ini akan mengawal paras glukosa darah (Pollock & Wilmore, 1984). Kajian ini dijalankan bagi mengukur magnitud lebihan berat badan dan obesiti di kalangan pelajar sekolah menengah (tingkatan IV & V) di Kelantan dan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut.

Masalah berat badan ini sebenarnya berpunca dari kesalahan dan kelalaian diri kita kerana kemudahan dan kemewahan hidup yang diperolehi oleh kita. Menurut orkumala (2007), masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian.

Ini sejajar dengan kenyataan oleh Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek iaitu jika kita tidak membetulkan tabiat makan akan mengakibatkan kita mengalami masalah berat badan pada masa akan datang ( Berita harian, 2007). Ini menunjukkan bahawa tabiat amalan pemakanan yang tidak sihat dan betul akan mengakibatkan masalah berat badan kepada seseorang individu. Aspek pemakanan ini perlu diberikan penekanan dari kecil lagi sebagai langkah untuk mengelakkan tabiat pemakanan dan berat badan bertambah seiring dengan peningkatan usia seseorang individu.

Namun begitu menurut Hanee (2006), berat badan seseorang dapat menunjukkan bahawa jumlah nutrien dan pemakanan yang mesti diambil. Jika tidak ia mungkin akan mengakibat seseorang itu mengalami masalah berat badan. Pendapat ini dapat disokong oleh Zainab (2001), ia menyatakan bahawa orang dewasa perlu menentukan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga seimbang untuk menetap dan mengawal berat badan. Jika ini dijadikan sebagai panduan kepada pelajar ia boleh mengelakkan pelajar mengalami masalah berat badan. Ia bermakna pelajar itu sendiri yang menentukan jumlah pemakanan berat yang perlu diambil pada setiap hari, tidak semestinya tiga kali sehari jika ia merasakan memadai untuk hanya mengambil dua kali menu hidangan berat sehari.

Jika masa makan yang tidak menentukan diamalkan ia pastinya memberikan kesan bukan sahaja kepada berat badan tetapi kesihatan juga. Ia sejajar dengan apa yang diperkatakan oleh Azmi (2005), kesibukkan bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa didepan komputer menjadi punca masalah berat badan. Jika perkara ini tidak diberikan penekanan pastinya akan mengakibat masalah berat badan akan terus meningkat.

Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Hal ini demikian kerana pada ketika ibu obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada bayi dalam kandungan. Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada satu bahagian otak yang disebut hipotalamus, iaitu kumpulan inti sel otak yang berhubung dengan bahagian-bahagian lain daripada otak dan kalenjar di bawah otak. Dua bahagian hipotalamus yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu hipotalamus lateral(HL) yang menggerakkan nafsu makan, hipotalamus ventromedial(HVM) ya ng bertugas mengekang nafsu makan. Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila hipotalamus ventromedial rosak atau hancur, makan individu menolak untuk makan atau minum dan akan mati kecuali dipaksa makan dan minum. Sedangkan kerosakan terjadi pada bahagian hipotalamus ventromedial, maka seseorang akan menjadi rakus makan dan kegemukan. Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan apabila merasa ingin makan, bukan makan ketika ia lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar keluar daripada perangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan. Sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti, apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal dan gemuk. Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, McDonald dan Pizza Hut digemari ramai penduduk negara ini terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah

dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula dan lemak yang tinggi. Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan.

4.0 KESAN OBESITI

4.1 Sakit Jantung Lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ tubuh kita dan menyebabkan tubuh badan kita tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Mereka yang mengalami obes iaitu pada ukuran BMI dalam lingkungan 25 ke atas terdedah dan menyebabkan penyakit seperti serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal 4.2 Darah Tinggi Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berekemungkinan mendapat tekanan darah tinggi. Puncanya kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yang rendah di dalam darah pengidap obesiti. Trigliseride yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dengan cepat. Apabila ruang salur darah telah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat. 4.3 Kanser Golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser seperti kanser endometrical iaitu kanser lining uterus, kolon, gall bladder, prostat, buah pinggang dan post menopausal, breast kanser.

4.4 Penyakit Kencing Manis Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes. Pengambilan gula yang berlebihan dan mempunyai tabiat malas bersenam akan menyebabkan seseorang individu tersebut mudah terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi punca kepada masalah jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab penyakit kencing manis jenis dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta dikaitkan dengan tumor darah. 4.5 Emosi Tidak Stabil Seseorang yang mengalami obesiti juga akan menyebabkan emosi tidak stabil dan sering menganggap dirinya tidak menarik, kurang keyakinan diri dan mengalami depresi kerana tidak dapat menghadapi hidup yang normal dan aktif seperti orang lain 4.6 Kesan Obesiti Terhadap Kesihatan Mental Markus M, (2002) menyatakan kesan sampingan obesiti termasuklah gangguan kesihatan mental. Kesan mental ini belum dikaji secara meluas sebagai kesan sampingan obesiti fizikal. Bagaimanapun, bukti menunjukkan bahawa obes yang negative menjejaskan kesihatan mental. Persaan rendah diri adalah perkara biasa dalam kalangan orang yang obesitinya teruk. Kadar kemurungan dan keresahan kelihatan lebih tinggi kerana kajian di Sweden mendapati orang yang obesitinya teruk adalah tiga hingga empat kali lebih cenderung untuk mempamerkan gejala-gejala kebimbangan dan kemurungan, berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. 4.7 Kesan Sampingan Obesiti Dan Stigma Sosial Markus M, (2002) menyatakan sejarah lampau banyak mengejek dan

mendiskriminasikan orang yang obesiti. Mereka menganggap kegemukan adalah untuk dipersalahkan akan keadaan mereka, dan kegemukan merupakan tanda kecuaian mereka sendiri. Orang yang obes berkemungkinan mempunyai hubungan sosial dan hubungan romantik yang sangat kurang berbanding mereka yang tidak gemuk. Kemasukan ke kolej, pekerjaan dan kuasa pendapatan boleh terjejas mengikut bear, terutamanya bagi wanita yang obes. Walaupun ia mungkin tidak diterima untuk

mendiskriminasikan

berdasarkan

jantina,

agama,

atau

etnik,

ramai

orang

mempersendakan atau mendera golongan ini. 4.8 Kesan Obesiti Pada Kanak-Kanak Markus M, (2002) menyatakan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (2010), kadar obesiti kanak-kanak telah meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak 1980-an. Hampir 20 peratus daripada kanak-kanak Amerika Syarikat yang berusia 6 hingga 11 tahun adalah gemuk. Kesan obesiti kanak-kanak termasuk risiko yang lebih tinggi diperingkat awal iaitu hipertensi, penyakit jantung dan meningkatkan risiko masalah seperti strok, penyakit jantung dan diabetis apabila dewasa. Kesan obesiti lain terhadap kanak-kanak ialah meningkatnya risiko kejadian buli dan ejek mengejek. Walaupun kesan jangka panjang obesiti terus dikaji, kanak-kanak dan remaja yang obes dikatakan mempunyai tahap penghargaan kendiri yang rendah berbanding rakan-rakan mereka yang tidak obes. 4.9 Kesan Terhadap Seksual Du Plesis et al. (2010) menyatakan, obesiti juga didapati memberikan kesan yang tidak diingini terhadap kesihatan seksual seseorang, hasil dari kajian terbaru yang secara asasnya mendapati orang dewasa yang mengalami obesiti kurang aktif dalam seks dan masalah ereksi bagi lelaki manakala bagi wanita pula akan terdedah kepada kandungan tidak terancang. Dalam kajian di Perancis dan United Kingdom seramai 12,300 orang dewasa berumur 18 hingga 69 tahun terlibat dan 411 responden wanita dan 350 responden lelaki yang terlibat menghadapi isu obesiti. Dapatan kajian tersebut mendapati lelaki yang obes 2.5 kali lebih tinggi menghadapi masalah ereksi atau erectile dysfunction dan lebih terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin. Berat badan yang berlebihan terutamanya pengumpulan lemak di bahagian perut boleh mempengaruhi fungsi seksual lelaki. Obesiti akan mengganggu kemampuan tubuh badan untuk membekalkan darah ke bahagian zakar dan menyebabkan penghasilan testosteron menurun. Fakta menunjukkan bahawa kaum lelaki yang aktif secara fizikal dan mempunyai tabiat pemakanan yang sihat lebih cenderung memiliki kehidupan seks yang berkualiti dan keadaan kesihatan yang baik.

5.0 LANGKAH MENGATASI MASALAH OBESITI

5.1 Pemakanan Jenis nutrien (makro dan mikronutrien), bekalan dan penggunaan tenaga, makronutrien yang ditunjukkan oleh contoh-contoh praktikal dan bahan

ilustrasi(piramid makanan). Melaksanakan latihan, arahan semasa memasak perlu diberikan, ianya direka bagi menunjukkan bahawa makanan berkalori rendah dan keseronokan memakannya tidak ada perbezaan. Kaunseling perubatan diatetik dianggap sebagai penghantar maklumat, sokongan dan bantuan dengan tujuan untuk menukar tabiat makan kepada makanan yang rendah lemak, buah-buahan, dan sayursayuran yang banyak khasiat. Mempunyai satu protokol diet harian anda bagi menilai tabiat pemakanan anda merupakan salah satu elemen utama rawatan.

Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperi ikan. Kita juga hendaklah mengelakkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.

Cara makanan yang baik adalah cara makanan "orang miskin" iaitu makan makanan biasa seperti nasim sayur, dan sejenis protin sahaja setiap kali makan utama dan makan besar hanya sekali sekala sahaja. Begitulah cara orang miskin makan. Mereka hanya makan besar sekali sekali seperti ketika ada jemputan kenduri. Sebab itulah ramai orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakanan yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan kita adalah apa yang kita makan. Kuih-muih tidak patut dimakan dengan banyak. Seperti yang dinyatakan, kuih banyak mengandungi bahanbahan yang boleh menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek, ambillah buah seperti jambu, sengkuang, betik dan sebagainya.

Penjajahan barat bukan setakat mengongkong politik dan ekonomi kita agar serasi dengan mereka bahkan turut melibatkan budaya kita termasuklah apa yang kita makan. Mereka menjadikan negara dunia kita sebagai tempat lambakan barangan mereka. salah satu produk mereka adalah makanan ringan dan makanan segera.
10

Makanan dan minuman jenis ini mengandungi bahan-bahan yang sudah diproses yang sudah hilang keasliannya, pewarna dan perasa tiruan, kandungan gula dan lemak yang tinggi yang boleh mengganggu sistem penghadaman dan pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan kegemukkan.

Makanan yang dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita hanya perlu makan yang diperlukan oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja harian kita. Seseorang itu mungkin berkata, "Saya makan apa sahaja. Badan saya tidak gemuk." kata-kata itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi perubahan mungkin berlaku apabila ia menjangkau usia 40-an dan hal itu sudah banyak kita lihat dalam realiti kehidupan dalam mana seseorang yang "slim" ketika usia belasan dan 20-an tahun tetapi menjadi gemuk setelah usia 40-an. Oleh itu, khasnya untuk generasi muda, kawal nafsu makan hari ini untuk keselesaan hari esok.

5.2 Aktiviti Fizikal Terapi fizikal mampu membantu kanak-kanak atau remaja gemuk bagi mendapatkan perasaaan serta pemahaman yang baik tentang badan mereka. Mereka patut mendapat keseronokan semasa bersukan. Sehubungan itu, jurulatih perlu

bertanggungjawab terhadap semua keperluan individu kanak-kanak dan tiada keperluan yang berlebihan. Mereka boleh terdorong untuk menyimpan kalendar bagi menulis segala aktiviti sukan yang dijalankan. Kalendar ini akan memberikan gambaran keseluruhan berkenaan masa, jenis, dan kepelbagaian aktiviti-aktiviti yang digunakan secara berkesan dalam psikologi kaunseling.

5.3Bersenam Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurangkurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja

11

memproses makanan dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen.

6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat banyak sebab yang menyebabkan masalah obesiti dalam kalangan pelajar. Setiap pelajar haruslah bijak mengatur masa tidur, mengawal emosi dan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan agar menjadi seorang pelajar yang holistik dan seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Dengan ini, barulah Malaysia dapat mengurangkan kadar masalah obesiti yang semakin meningkat di negara kita. Bersama-samalah kita hidup secara sihat. Badan cergas, otak cerdas.

12

You might also like