You are on page 1of 2

NOMBOR ASLI Dalam bidang matematik, nombor asli boleh bermaksud satu unsur dalam set {1, 2, 3, ...

} (iaitu integer positif) ataupun satu unsur dalam set {0, 1, 2, 3}, ...} (iaitu integer bukan-negatif). Set pertama biasanya digunakan dalam teori nombor, manakala yang kedua lebih banyak digunakan dalam logik matematik, teori set dan sains komputer. Nombor asli mempunyai dua tujuan: untuk bilangan ("ada 3 biji epal di atas meja"), dan juga untuk menunjukkan tertib ("bandar ke-3 terbesar di negara ini"). Dalam teori set, nombor asli ditandakan dengan simbol INTEGER Integer ialah mana-mana nombor asli (0, 1, 2, ) atau nombor asli negatif (0, -1, -2, ). Dalam kata lain, integer ialah mana-mana unsur dalam lingkungan set {, -2, -1, 0, 1, 2, }. Set bagi semua integer ini diberi lambang khas . Bilangan integer adalah tidak terhingga. Namun begitu, integer diberi ukuran kekardinalan Ini dapat dibuktikan dengan membina sebuah fungsi bijeksi (injeksi dan surjeksi) daripada integer ( ) kepada nombor asli ( ): .

Dengan fungsi ini, setiap satu integer dipetakan kepada hanya satu nombor asli. Oleh itu, kekardinalan integer adalah sama dengan kekardinalan nombor asli. NOMBOR NISBAH Nombor nisbah ialah nombor yang boleh diungkapkan sebagai nisbah dua integer. Nombor nisbah yang bukan integer biasanya ditulis dalam bentuk pecahan. Contoh-contoh nombor nisbah ialah 1, , dan 1.5. dan e adalah antara contoh-contoh nombor bukan nisbah kerana tidak boleh diungkapkan sebagai nisbah dua ingeter. Set bagi semua nombor nisbah ditakrifkan sebagai,

di mana

ialah set bagi semua integer.

NOMBOR BUKAN NISBAH Nombor bukan nisbah ialah nombor nyata yang tidak boleh diungkapkan sebagai nisbah dua integer. Antara contoh-contoh nombor bukan nisbah ialah , e dan . NOMBOR NYATA Secara kasar, nombor nyata boleh ditakrifkan sebagai mana-mana nombor nisbah atau nombor bukan nisbah. Lawan bagi nombor nyata ialah nombor khayalan. Nombor nyata dan nombor khayalan sama-sama membentuk nombor kompleks. Nombor nyata sentiasa berada pada paksi nyata dalam satah kompleks. Set bagi semua nombor nyata ditulis .

You might also like