You are on page 1of 157

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3103

DR.HJ.SEMAN BIN SALLEH JABATAN PENGAJIAN MELAYU

INTERAKSI 1 PENGERTIAN DAN KONSEP


PENTAKSIRAN PENGUJIAN PENILAIAN

pentaksiran Pengukuran Pengujian penilaian

PENTAKSIRAN/PENGUKURAN

PENGUJIAN

PENILAIAN

Konsep Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Proses - langkah yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat - bukti tentang prestasi pelajar dalam perkara yang ditaksir.
Penghakiman - proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar. Produk - merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Pentaksiran harus dilihat sebagai:


Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan secara berterusan Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

Fungsi Pentaksiran :
1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh. 2. Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh. 3. Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain. 4. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

Pengukuran
Pemerhatian yang dinyatakan secara kuantitatif dan dapat memberi jawapan kepada sesuatu pertanyaan. Nilai kuantitatif biasanya dinyatakan dalam unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran.

Alat pengukuran yang digunakan oleh guru terdiri drp. Ujian, soal selidik, senarai semak.

Pengukuran
Pengukuran terhad kepada huraian kuantitatif. Pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan dan kedudukan antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran. Pengukuran berguna untuk pengelasan, pensijilan dan penempatan pelajar dalam jurusan yang sesuai.

Pengukuran
1. Stevens (1951) ; pemberian angka-angka kepada objek-objek atau peristiwa-peristiwa mengikut peraturan tertentu dengan skala yang telah ditetapkan terlebih dahulu. 2. Hopkins dan Antes (1990): satu proses yang menentukan angka-angka atau nilai kuantitatif kepada objek, individu atau peristiwa melalui pemerhatian terhadap beberapa aspek.

Pengukuran
1. Satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam pembelajaran. 2. Huraian kuantitatif prestasi dan keputusannya disebut dalam bentuk angka atau kategori. Skor memberi satu huraian kuantitatif yang objektif mengenai kemahiran atau tingkah laku yang diukur tetapi ia tidak memberi nilai terhadap keputusan yang diperoleh.

Konsep Pengujian
Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu terhadap pembelajaran. Pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam pembelajaran. Pengujian dapat dilaksanakan dengan cara pemerhatian, ujian bertulis dan ujian lisan.

Tujuan Pengujian
Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.

Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil- hasil pembelajaran yang lain.
Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum pengajaran. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

Apakah maksud ujian?


Ujian ialah satu alat yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa.

Konsep Penilaian
Suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, yang dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Kepentingan Penilaian dan Ujian


Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas sedia ada pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian ini biasanya disebut sebagai praujian. Daripada ujian inilah guru dapat merancang dan merencana pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut memberi gambaran kepada guru tentang keupayaan pelajar sebelum guru memulakan pengajaran.

Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar dapat menguasai atau mempelajari perkara yang disampaikan. Membandingkan pencapaian pelajar dengan temanteman sekelas. Perbandingan seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi individu. Mengenal pasti pelajar yang tinggi dan amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja pemulihan dan pengayaan.

Membuat jangkaan terhadap potensi pelajar agar dapat menentukan arah dan jenis pendidikan pelajar bagi menyalurkan mereka ke jurusan-jurusan tertentu seperti jurusan sains, sastera dan teknikal. Membolehkan guru menilai bahan, teknik dan kaedah pengajaran mereka sebagai asas meningkatkan pengajaran mereka.

Tiga langkah penilaian:


Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.

Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.

Dari segi konsep, penilaian adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan. Data kualiti diperoleh daripada rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu.

Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah seorang pelajar yang cerdas dan berinisiatif".
Data kuantitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti "Ahmad mempunyai darjah kecerdasan 120".

Penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan. Penilaian penting sekiranya ia menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, serta membantu guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.

Hubungan dan kaitan antara pengukuran, pengujian dan penilaian

PENTAKSIRAN
Tujuan Kepentingan Prinsip Asas Kesahan Ujian Kebolehpercayaan

TUJUAN
Sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Sebagai alat mencari punca kelemahan murid. Bagi mendapatkan maklum balas keberkesanan pengajaran guru. Menilai prestasi dan kemajuan pelajar. Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar.

Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan. Membuat ramalan kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar. Bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid. Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik. Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan.

Tujuan Penilaian
1. Mengumpul maklumat tentang pencapaian pelajar selepas aktiviti pengajaran pembelajaran untuk tafsiran dan tindakan sewajarnya. 2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar untuk merancang aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Tujuan Penilaian
3. Mengesan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran untuk merancang aktiviti akan datang. 4. Mengesan keberkesanan pengajaran guru untuk merancang strategi yang lebih berkesan. 5. Merekodkan keputusan penilaian dalam rekod prestasi untuk profil murid. 6. Menilai keberkesan sesuatu program.

KEPENTINGAN
Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran.

Megesahkan suatu paras pencapaian pelajar.


Membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu. Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif.

CIRI-CIRI UTAMA UJIAN


Kesahan Kebolehpercayaan Keobjektifan Kebolehtadbiran Kebolehtafsiran

Kesahan
Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. Ia terbahagi kepada empat iaitu;

kesahan isi kesahan ramalan kesahan gagasan dan kesahan serentak

Kesahan isi
Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian
menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu.

Kesahan ramalan
Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat membuat karangan dalam sesebuah bengkel. Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel dijalankan, maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi.

Kesahan Gagasan
Kesahan gagasan merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan dalam pencapaian ujian. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya.

Kesahan Serentak
Kesahan serentak bertujuan menentukan taraf seseorang murid. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu, objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis dengan baik berdasarkan peraturan tatabahasa. Para pelajar yang memperoleh markah yang tinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi.

Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang hampir sama selama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.

Keobjektifan
Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh perasaan / emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.

Kebolehtadbiran
Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas mengikut masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.

INTERAKSI 3 TAKSONOMI DAN DOMAIN

TAKSONOMI DAN DOMAIN


Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat ]

Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.

Tiga domain utama dalam pendidikan:


Domain Kognitif - melibatkan perkembangan pemikiran pelajar. Domain Afektif - melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. Domain Psikomotor - melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

DOMAIN KOGNITIF
Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran. Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman. Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

TAKSONOMI BLOOM
Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).

Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

ARAS TAKSONOMI BLOOM


Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

TAHAP Pengetahuan Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf. Penggunaan / Mengaplikasi Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

ISTILAH Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan. Takrifkan, perihalkan, kenal pasti, Labelkan, Padankan, nyatakan, lukiskan, Senaraikan, Lakarkan, Tuliskan Pilih, terangkan, Ubahkan, Anggarkan, Berikan contoh, Ukur, Tentukan, Tukarkan, Banding bezakan, Tambahkan, Ramalkan, Buat Inferens, Hubungkaitkan, Cirikan, Kelaskan, Sukat tulis semula. selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat. Kirakan, Tunjuk cara, Hintungkan, Jelaskan dengan contoh, Ubahsuai

TAHAP

Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Penilaian

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

ISTILAH Bezakan, pasti, pilih. Cerakinkan, Asingkan, buat andaian, jelaskan melalui contoh, kawal pembolehubah, susun mengikut keutamaan, Huraikan buat, kesimpulan, buat urutan , Selesaikan masalah. Bina, hasilkan, susun, kembangkan, Gabungkan, rancangan, ringkaskan, binakan, rangkakan, buat eksperimen, buat analogi, reka cipta, konsepsikan, buat gambaran mental, definisi secara operasi, buat hipotesis, rekabentukkan Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan. Taksirkan, tafsirkan, kritik, wajarkan, kesan kecondongan, buat keputusan, sokong.

PENGETAHUAN
Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.

Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.

Contoh Soalan
Pelancong Barat lebih suka . di bawah matahari.

A. dijemur B. berjemur C. berjemur D. menjemur

KEFAHAMAN
Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.

Contoh soalan
Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah : Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit. A. Ke manakah Fahrin pergi? B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital? C. Siapakah yang pergi ke hospital? D. Fahrin berada di hospital?

APLIKASI
Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.

Contoh Soalan
Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian. Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan pakaian itu? i. Sejuk ii. Berangin iii. Mendung iv. Panas A. i dan ii sahaja B. i dan iii sahaja C. ii dan iv sahaja D. iii dan iv sahaja

ANALISIS
Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.

Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

Contoh soalan
Bezakan maksud bersama dengan bersama-sama. Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara.

SINTESIS
Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.

Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

Contoh soalan
Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan nasihat.

PENILAIAN
Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Contoh soalan
Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

TOKSONOMI KRATHWOHL
Diasaskan oleh, David R. Krathwohl Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.

Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL


Penerimaan Gerak Balas Penilaian Organisasi Perwatakan

PENERIMAAN
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagianbahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

3 perkara berhubung dengan aras penerimaan:


(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.

(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian.

GERAK BALAS
Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

PENILAIAN
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.

Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

PERWATAKAN
Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

Aktiviti
Arahan: Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami Taksonomi Bloom dan Domain Krathwolh. Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan. 1. Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun di sekolah anda dari segi: a. Aras kesukaran/ kognitif Taksonomi Bloom. b. Sila nyatakan bilangan soalan yang dianalisis mengikut aras Bloom. c. Sila huraikan sejauh manakah penggunaan Domain Krathwohl dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun di sekolah anda.

INTERAKSI 4
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Definisi Kepentingan Langkah Pembinaan

Definisi JSU
Merupakan rancangan persediaan soalan yang dikenali sebagai Test Blue Print. Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi. iaitu paksi kandungan (menegak) dan paksi aras kemahiran ( melintang). Kandungan topik-topik pengajaran.

Aras kemahiran mengikut aras taksonomi pendidikan. Pemberatan (peratus) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran diajar. Bilangan item mengikut bentuk atau kandungan aras sesuatu kemahiran.

Bentuk-Bentuk Ujian
Objektif Esei Amali Kertas Khusus

KEPENTINGAN JSU
Mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik dan aras kemahiran.

Menentukan perseimbangan antara topik dan aras-aras kemahiran yang diuji.

Memberi panduan untuk membentuk soalan.

Memberi panduan untuk membentuk format ujian.


Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

LANGKAH PEMBINA JSU rujuk ms 10


Langkah Pertama Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji. Langkah Kedua Tentukan soalan yang hendak dibina - Objektif - Jumlah soalan bagi setiap topik. Langkah Ketiga - Tentukan model aras kesusahan / kesukaran item lazimnya JSU menggunakan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah Keempat - Pastikan jenis ujian yang akan diuji, antaranya ujian objektif, esei, struktur (dll). Langkah Kelima - Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen. -menentukan aras kesukaran soalan - penetapan markah Langkah Keenam - Menyatakan mata pelajaran- kelas/ susunan nombor soalan mengikut tajuk.

INTERAKSI 5
Analisis Item
Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

ANALISIS ITEM
Faktor Penentu Mutu Ujian

Pembinaan kertas soalan bagi sesuatu ujian perlu dilaksanakan dengan teliti untuk menjamin mutunya dari segi kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability).
Ujian dikatakan bermutu jika ujian itu sah dan boleh dipercayai. Sebagai alat pengukuran, sesuatu kertas soalan berkemampuan mengukur apa yang hendak diukur, di samping boleh dipercayai, yakni dapat menghasilkan keputusan yang tekal (konsisten).

Faktor-faktor utama dalam proses pembinaan kertas soalan adalah seperti yang berikut ;

Kerelevanan
Ujian yang dibina mengandungi soalan-soalan yang dipilih dengan teliti agar dapat menguji apa yang hendak diuji. Kertas soalan yang relevan seharusnya dapat menguji objektif sukatan pelajaran.

Keseimbangan
Sesuatu ujian hendaklah mempunyai bilangan soalan yang ditentukan mengikut tajuk/subtajuk berdasarkan penekanan tajuk/subtajuk berkenaan dalam sukatan pelajaran.

Lazimnya keseimbangan sesuatu ujian (terutamanya bagi ujian aneka pilihan) boleh dicapai dengan menggubal soalan mengikut kehendak Jadual Spesifikasi Ujian yang mengandungi maklumat tentang bentuk ujian, panjangnya ujian, jenis soalan, kandungan tajuk/subtajuk, aras kemahiran yang hendak diuji, bilangan soalan, dan peruntukan markah.

Keobjektifan
Semua soalan dalam sesuatu ujian hendaklah jelas dan jawapan yang disediakan hendaklah tepat. Bagi soalan aneka pilihan, semua pakar (penaksir soalan) dalam bidang yang diuji hendaklah bersetuju tentang jawapan yang betul (atau jawapan terbaik) antara pilihan jawapan (opsyen) yang diberikan oleh penggubal. Demikian juga, jawapan bagi soalan esei hendaklah diperakukan oleh semua pakar dalam bidang berkenaan.

Aras kesukaran
Soalan sesuatu ujian hendaklah mempunyai kesukaran yang sederhana, iaitu tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar. Aras kesukaran sesuatu soalan dapat dilihat daripada kadar bilangan calon yang dapat menjawab soalan. Julat aras kesukaran yang boleh diterima ialah 30%- 80%. Soalan yang dapat dijawab betul, kurang daripada 30% calon dianggap terlalu sukar, manakala yang dapat dijawab lebih daripada 80% calon dianggap terlalu mudah.

Diskriminasi
Soalan sesuatu ujian hendaklah dapat membezakan dengan jelas antara calon yang baik (tinggi prestasinya) dengan calon yang lemah (rendah prestasinya).

Sesuatu soalan dikatakan mempunyai kuasa diskiriminasi yang baik apabila kebanyakan calon yang baik memilih opsyen yang betul manakala kebanyakan calon yang lemah memilih opsyen yang salah.

D U L N

Salah satu cara mengukur kuasa diskriminasi adalah dengan menggunakan rumus D= U-L N/2 = indeks diskriminasi, = bilangan calon daripada kumpulan yang tinggi prestasinya yang menjawab soalan dengan betul, = billangan calon daripada kumpulan yang rendah prestasinya yang menjawab soalan dengan betul, = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan kumpulan rendah.

Bagi soalan aneka pilihan, soalan yang baik hendaklah mempunyai nilai D yang positif bagi jawapan dan nilai D yang negatif bagi semua yang bukan jawapan (distraktor).

INTERAKSI 6
PEMARKAHAN DAN MARKAT
Kepentingan Pemarkahan Kecenderungan Berpusat

INTERAKSI 7 TEKNIK PEMARKAHAN UJIAN KARANGAN

Secara Keseluruhan (Holistik) Sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan pelajar itu baik kandungannya, tidak terdapat kesalahan kesalahan bahasa yang serius, huraiannya jelas, sudah tentu karangan itu meninggalkan kesan tanggapan (impression) yang positif kepada guru atau pemeriksa. Berdasarkan kesan secara keseluruhan, karangan seperti ini bolehlah diberikan markah cemerlang.

Contoh Penentuan Ciri-ciri Esei


Bil. Esei Cemerlang

1. 2.

Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi. Huraiannya terperinci dan jelas. Dapat meyakinkan pembaca. Tidak memuatkan perkaraperkara yang tidak berkaitan dengan calon untuk memperlihatkan kematangan. Idea dijalin dengan kemas dalam perengan yang bersesuaian panjangnya. Memperlihatkan penggunaan bahasa baku yang baik iaitu dari segi struktur dan perbendaharaan kata. Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pembaca tidak merasakan sebarang kejanggalan.

3. 4. 5.

6.

Memperlihatkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil.

Esei Baik

1.

Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi tetapi kurang terperinci huraiannya.

2.
3. 4.

Dapat meyakinkan pembaca. Calon memperlihatkan kematangan tetapi tidaklah sebaik atau setinggi peringkat cemerlang.
Idea dijalinkan dengan baik walaupun mungkin terdapat sedikit kelonggaran( jalinan agak kurang mantap). Menunjukkan penguasaan bahasa yang baik. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit-sedikit kesilapan yang tidak begitu serius. Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Mungkin terdapat sedikit kejanggalan tetapi tidaklah mencacatkan esei secara keseluruhan. Menunjukkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

5.

6.

Bil.
1.

Esei Sederhana
Isinya ada tetapi kurang tepat. Jumlahnya mencukupi huraiannya kurang terperinci. Terdapat idea yang kurang meyakinkan dan memperlihatkan kematangan yang amat sederhana. Idea-idea dijalin dengan tidak begitu kemas dan tidak diperkembangkan dengan baik.

2.

3.

4.

Terdapat kelemahan dalam penggunaan bahasa, misalnya terdapat struktur dan penggunaan perkataan yang salah.
Tidak memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pemeriksa mendapati kejanggalan dan mungkin terdapat bahagian-bahagian yang kurang jelas. Terdapat kesilapan-kesilapan ejaan walaupun tidak begitu teruk.

5.

6.

Bil.

Esei Lemah

1.
2. 3. 4.

Isi dangkal
Idea tidak menyakinkan dan tidak memperlihatkan kematangan. Jalinan idea tidak kemas, tidak ada huraian dan perkembangan. Penguasaan bahasa lemah. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan. Tidak menguasai teknik penulisan. Pemeriksaan dapat merasakan kelonggaran dan kejanggalan penyampaian isi. Menunjukkan kelemahan yang serius dalam aspek ejaan.

5.

6.

Perincian (Analitikal)
Memeriksa unsur-unsur terpenting merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan proses secara berasingan. Contohnya dalam ujian karangan, skim pemarkahan dicerakinkan kepada tiga komponen:
Isi 40 (5 markah bagi setiap isi yang diulas & dikembangkan dengan baik)

Bahasa 40 (tatabahasa dinilai. Setiap tiga kesalahan ditolak satu markah). Gaya Jumlah 20 (aspek yang dinilai kelicinan olahan dan kesesuaian pemerengganan) 100

Kebaikan dan Kelemahan Kedua-dua Teknik Pemarkahan


Bil. 1. Teknik Keseluruhan (Holistik) Kebaikan 1. Semua aspek penulisan diberi pertimbangan yang sama rata. 2. Dapat menilai kebolehanam dalam bidang penulisan. Kelemahan 1. Guru mungkin bersifat bias semasa memeriksa. 2. Tiada maklumat diagnostik yang khusus; oleh itu pelajar tidak dapat melihat di mana kekuatan dan kelemahan karangan mereka. 3. Sekiranya pemeriksaan memerlukan ramai guru, koordinasi sukar dilaksanakan.

3. Pemeriksaan boleh dibuat dengan lebih tepat; latihan yang banyak boleh dijalankan.
4. Pelajar bebas menulis. Esei merupakan suatu kemahiran yang memerlukan gabungan beberapa proses.

Bil.
2.

Teknik
Perincian (Analitikal)

Kebaikan
1. Kesalahan pelajar dapat diperlihatkan dengan jelas.

Kelemahan
1. Dengan mengasingkan aspek-aspek yang dinilai, kemahiran penulisan seolah-olah terasing. Penulisan bukan lagi merupakan paduan beberapa proses secara natural. 2. Pemeriksaan memerlukan masa yang panjang. 3. Kebolehan penulisan secara keseluruhan sukar dilihat. 4. Kemungkinan penekanan kepada mencari kesalahan lebih daripada mencari kekuatan sesebuah esei.

2. Esei boleh diperiksa hanya sekali baca.


3. Orang yang kurang mahir dalam bidang penulisan boleh menjalankan tugas pemeriksaan. 4. Pelajar dapat melihat di mana dan apa kelemahan mereka.

INTERAKSI 8 PEMBINAAN UJIAN

Pembinaan Ujian
Soalan Objektif Memerlukan murid memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa. Kebolehpercayaan pemarkahan ujian ini adalah tinggi. Pelajar mestilah memilih / memberi satu daripada beberapa pilihan yang mungkin berupa perkataan, rangkai kata, angka-angka atau lambang-lambang yang betul.

Contoh Soalan Objektif


a) Item jawapan pendek Boleh diklasifikasikan sebagai item objektif yang menyumbang gerak balas bebas. Ia boleh merupakan soalan dan melengkapkan ayat-ayat sama ada dengan perkataan, rangkai kata, atau lambang-lambang.

b) Item jenis padanan Item padanan menghidangkan masalah (premises atau stimuli) dan beberapa penyelesaian masalah (tindak balas). Stimuli diletakkan di sebelah kiri dan tindak balas pula diletakkan di bahagian kanan. Murid kemudiaanya di kehendaki memadankan stimuli dan tindak balas yang berkaitan.

c) Item jenis aneka pilihan

Item jenis ini adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas.
Item ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu stimulus (rangsangan), stem (bahagian yang mengandungi tugasan) dan jawapan pilihan.

d) Item jenis kloz Satu teknik pengukuran yang dibina dengan meninggalkan kosong perkataan-perkataan atau rangkai kata tertentu dalam sesuatu ujaran.

Tempat-tempat kosong diisi dengan perkataanperkataan atau rangkai kata secara bebas ataupun daripada pilihan yang diberi. Soalan jenis ini sesuai untuk menguji keupayaan dalam bidang perbendaharaan kata dan tatabahasa secara mendalam.

Soalan Subjektif
Bersifat pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif. Terbahagi kepada dua jenis item iaitu; item struktur dan item jenis esei.

a) Item jenis struktur

Merupakan item yang disusun dan diatur secara sistematik serta berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau berkaitan dengan satu-satu tema.

b) Item jenis esei


Memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dengan menggunakan perkataan sendiri.

Gerak balas memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengenal fakta, menilai fakta, mengatur idea dan mengembleng idea-idea. Kebolehpercayaan pemarkahan item jenis ini adalah rendah.
Item jenis esei ini terbahagi kepada dua jenis iaitu item tindak balas terhad (dihadkan skop/topik tertentu) dan item tindakbalas lanjutan.

JENIS PENILAIAN BAHASA

Ujian Formatif
Ujian formatif dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Ia juga merupakan bahan atau alat yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau sub kemahiran bahasa yang telah diajar. Ujian jenis ini merupakan jenis ujian yang berasaskan kemahiran (yang diajar dalam jangka masa pendek).

Ujian Sumatif
Ujian sumatif digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan pembelajaran.

Merupakan bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangkamasa panjang (selepas satu-satu semester/ selepas satu tahun). Kemahiran bahasa yang diuji ialah kemahiran lisan, bacaan dan penulisan. Ujian sumatif biasanya dilakukan pada akhir pembelajaran.
Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar.

Ujian Kefasihan
Bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini tidak berdasarkan sesuatu kandungan atau isi pelajaran tetapi menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajari.

Ujian ini penting untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang.

Ujian Kemajuan
Ujian jenis ini adalah ujian ringkas yang dibina oleh guru-guru kelas untuk penggunaan kelasnya sahaja. Ia hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Ujian ini harus berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan yang ingin diuji. Ia membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan seseorang murid dan kemajuan darjahnya secara keseluruhan.

Ujian Bakat
Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang murid dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya. Ia selalu melibatkan data-data bahasa yang artifical iaitu mengandungi unsur fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.

Ujian Pencapaian
Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan/isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka. Soalan yang diajukan dalam ujian jenis ini mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.

Ia juga bertujuan untuk menentukan penempatan jenis sekolah, jurusan atau kumpulan-kumpulan tertentu murid.
Dalam pengajaran bahasa, ujian ini diberikan untuk mengasingkan calon-calon mengikut kebolehan mereka dan ini adalah semata-mata untuk tujuan strategi dan perancangan pengajaran guru.

INTERAKSI 4 Kaedah Penilaian Bahasa

PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO


Portfolio pada umumnya merupakan folder atau file atau sebagainya yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan / menjelaskan / menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedia tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri Portfolio
1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. 2. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif . 3. Pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. 5. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. 6. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Jenis Portfolio
1. Porfolio kerja harian Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan. 2. Portfolio hasil terbaik Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif. 3. Portfolio dokumen. Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

Penilaian Portfolio
1. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang. 2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui buktibukti lain. 3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Kepentingan Portfolio
1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.

2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar.


3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan. 4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.

5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki. 2. 3. Kenalpasti isi kandungan portfolio. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

4.

Penilaian bagi Portfolio


1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan. 2. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman. 3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio


Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak. - Penilaian awal - penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala - senarai ciri-ciri paling penting - penentuan gred.

Kriteria penilaian
1. Struktur dan organisani 2. Strategi pengurusan 3. Variasi isi yang sesuai 4. Struktur ayat dan gaya bahasa

5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar. 7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN


1. Kualiti Pemerhatian - Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya. - Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan. - Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil. - Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu. - Tekal dan stabil dalam penilaiannya

2.

Bentuk perancangan

- Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.


- Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. - Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

3. Merekod penilaian pemerhatian - Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi: - Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan - Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas - Menjalankan Tugasan

3. Merekod penilaian pemerhatian


- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang

diperoleh dihurai dengan tepat .


- Cara merekodkan dapatan dan rumusan - Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul. - Tindakan Susulan - Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

4. Jenis Pemerhatian
- Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai. - Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.

- Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan. - Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.

5. Strategi pelaksanaan
Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/ dirancang. Menggunakan senarai semak. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian

Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan.


Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian


- Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar. - Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN


PENGENALAN

Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu.
Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.

KONSEP
Kontrak Pembelajaran atau Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.

Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan;


Bentuk akhir tugasan dihasilkan Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan) Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja) Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak. Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN


Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar : mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri. kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya.
bukti

menunjukkan objektif tercapai

bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai. Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing - masing mengikut minat dan keupayaan sendiri. Menghasilkan kerja yang terancang. Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya.

BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?


Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-

1. Penilaian objektif tugasan Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru.

2. Hasil Pembelajaran Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll) Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru.

3. Penilaian Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU

Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya.

FORMAT / BENTUK KONTRAK


Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal, tetapi terancang dan jelas. Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat.

Penilaian Melalui Soal Jawab


Guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dilaksanakan di dalam kelas. Sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas P&P bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajar. Melalui soal jawab juga membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topik / tajuk pelajaran.

Guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Penilaian Melalui Projek


DEFINISI BROSUR Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu. Rubrik Penilaian Brosur 1. Lemah (0-5) 2. Sederhana (6-8) 3. Cemerlang (9-10)

Kreativiti dan keaslian


1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat).
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian. 3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

Fungsi
1. Reka bentuk dan paparan yang salah.
2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik. 3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

Ilustrasi
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.

2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat.


3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.

DEFINISI POWER POINT


Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Persembahan dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciriciri tambahan persembahan seperti background format, drawing, colour, transitions dan animations, drawing tools dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

MATLAMAT Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan P&P berasaskan ict.

OBJEKTIF Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan P&P berasaskan ICT Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru.

CIRI-CIRI
Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa. Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut: - Hasil ciptaan sendiri - Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri - Berasaskan Windows - Interaktif

ASPEK - ASPEK PENILAIAN


1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti.
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan 3. Ketepatan isi kandungan

4. Kelengkapan laporan
5. Cara penyampaian maklumat

6. Keistimewaan persembahan 7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd. 8. Masa terhad untuk persembahan.

INTERAKSI 5

PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

Penilaian Kemahiran Lisan

Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara : - pelajar dengan pendidik - pelajar dengan pelajar - pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek yang boleh dinilai :


- kefahaman konsep

- pengetahuan fakta - pemikiran peringkat tinggi - kecekapan mendengar - penggunaan bahasa yang tepat - kecekapan metematik - gaya persembahan/ kelancaran berbahasa - pertuturan dan sikap

Penilaian Kemahiran Membaca


penggunaan bahasa yang tepat kelancaran bahasa yang baik penggunaan intonasi yang betul sebutan dan jeda yang tepat

Penilaian Kemahiran Menulis


Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai : - karangan - laporan projek/kerja kursus/folio

- latihan dan ujian bertulis


- huraian atau tafsiran data / jadual, graf atau carta.

Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah : - kemahiran menulis - menyusun idea - perbendaharaan kata - mengaplikasi - mentafsir - menilai - mempertahan / menyokong hujah - menyebar idea/buat rumusan/cadangan

Penilaian Sistem Bahasa


Morfologi Sintaksis Sistem ejaan Kosa kata Peribahasa

Interaksi 7
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
* Rasional * Ciri ciri * Prinsip * Aspek penilaian

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH


Rasional Penilaian Berasaskan Sekolah:
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa. iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru. iv. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.

v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.

CIRI CIRI
Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu: Kerja kursus / PEKA Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

Sekian Terima Kasih

You might also like

  • RPH Tahun 2 & 4
    RPH Tahun 2 & 4
    Document12 pages
    RPH Tahun 2 & 4
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • RPH T4 Tembikar
    RPH T4 Tembikar
    Document6 pages
    RPH T4 Tembikar
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • RPH Gasing Tahun 2...
    RPH Gasing Tahun 2...
    Document5 pages
    RPH Gasing Tahun 2...
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • Mobail Sotong T4
    Mobail Sotong T4
    Document7 pages
    Mobail Sotong T4
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • RPH T4 Set Perabot
    RPH T4 Set Perabot
    Document4 pages
    RPH T4 Set Perabot
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • Meng Gun Ting
    Meng Gun Ting
    Document5 pages
    Meng Gun Ting
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • RPH PSV T4 Topeng Serkup
    RPH PSV T4 Topeng Serkup
    Document3 pages
    RPH PSV T4 Topeng Serkup
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • RPH Catan Tahun 2
    RPH Catan Tahun 2
    Document6 pages
    RPH Catan Tahun 2
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • Minggu 2
    Minggu 2
    Document10 pages
    Minggu 2
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • RPH Minggu 4
    RPH Minggu 4
    Document25 pages
    RPH Minggu 4
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • RPH Minggu 2 (Siap)
    RPH Minggu 2 (Siap)
    Document25 pages
    RPH Minggu 2 (Siap)
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • RPH Minggu 3
    RPH Minggu 3
    Document22 pages
    RPH Minggu 3
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • RPH Minggu 1 (Siap)
    RPH Minggu 1 (Siap)
    Document23 pages
    RPH Minggu 1 (Siap)
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • EDU 3107 iNVENTORI pERSONALITI
    EDU 3107 iNVENTORI pERSONALITI
    Document17 pages
    EDU 3107 iNVENTORI pERSONALITI
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • Inovasi PBS BM Tahun 3 18
    Inovasi PBS BM Tahun 3 18
    Document1 page
    Inovasi PBS BM Tahun 3 18
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • Pantun Muhibah Dan Perpaduan
    Pantun Muhibah Dan Perpaduan
    Document1 page
    Pantun Muhibah Dan Perpaduan
    نورالعاشيقين سمسالدين
    No ratings yet
  • Menyenangkan Belajar Tentang Alam Sekitar
    Menyenangkan Belajar Tentang Alam Sekitar
    Document5 pages
    Menyenangkan Belajar Tentang Alam Sekitar
    muhdnazmeer
    No ratings yet