You are on page 1of 17

TUTORIAL EDU 3107 Tajuk 8

AMIRAH IZZATI BINTI MOKHTAR HARYANI BINTI MUHARAM NURUL ASHIKIN

SOALAN TUTORIAL
Bincangkan satu inventori personaliti dengan menekankan kepada implikasi inventori berkenaan kepada murid-murid sekolah.

INVENTORI PERSONALITI
Cara atau alat ukuran yang digunakan untuk mengukur personaliti seseorang.
Inventori Personaliti Warna (IPW)

Inventori Personaliti Sidek

CONTOH

Inventori Gaya Pembelajaran

Inventori Personaliti Eyesenk MMPI (Minnesota Multiphasic Personality Inventory)

INVENTORI PERSONALITI WARNA (IPW)

Dibangunkan menggunakan pendekatan rasional berasaskan teori personaliti warna yang diperkenalkan oleh Don Lowry melalui kadkad aktiviti True Colors. Alat ukuran yang asal dibina oleh Dr. Sidek Mohd Noah dan pelajar Bachelor Pendidikan (B&K) UPM Terengganu pada tahun 1997. Draf asal ukuran = 200 item yg setiap jenis personaliti warna diwakili 50 item. Setelah proses pembinaan alat ukuran selesai, hanya 100 item yg benar-benar bermutu dan signifikan telah dipilih. Format jawapan = YA atau TIDAK Empat skala = Emas, Hijau, Biru dan Jingga.

Contoh bentuk item inventori personaliti warna (IPW)

Pentafsiran Inventori Personaliti Warna

Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu dengan klien anda.

Umumnya, setiap individu mempunyai keempat-empat jenis personaliti, namun jenis personaliti yang memperolehi skor tertinggi adalah mewakili personaliti dominan individu.

Pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah :


EMAS HIJAU

Sistematik Bersifat keibubapaan Bertanggungjawab Ikut peraturan Patuh adat resam Tradisional Boleh dipercayai Romantis

Penyabar Ingin tahu Kompleks Falsafah Panjang akal Tenang Mementingkan teori Berpengetahuan luas

Harmoni
Tulen Kerjasa ma Unik

Peraturan Perasaan

Fikiran Kebebasan
Tidak suka peraturan Suka cabaran Spontan Gopoh tetapi bersemangat Berkemahiran Suka pertandingan Seronok aktiviti bahaya Berani JINGGA

Berseni
Empati Setia
BIRU

Implikasi Inventori Personaliti Warna (IPW) kepada murid-murid

1. Memberi Gambaran Kepada Murid Tentang Personaliti Mereka


Murid yang menjawab semua soalan yang diberikan tersebut, guru akan dapat mengira dan menganalisis warna yang dimiliki oleh murid yang berkenaan. Setiap warna mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Dengan mengetahui warna yang dimiliki oleh murid tersebut, mereka dapat mengenalpasti ciri-ciri personalitinya masing-masing.

2. Meningkatkan kematangan Emosi Murid


Ciri bagi murid yang memperolehi kematangan emosi iaitu yakin pada diri sendiri, sabar, menyayangi orang lain dan mencapai kebebasan kebergantungan emosi. Kematangan ini tidak akan dapat dicapai sepenuhnya andai tiada bimbingan dan sokongan orang dewasa.

Maka IPW yang dijalankan oleh murid berkenaan merupakan suatu bimbingan dan sokongan yang dengan membolehkannya lebih memahami kelebihan yang ada padanya. Perkara tersebut akan dapat membantunya untuk meningkatkan kematangan emosi.

3. Pengekalan Personaliti Murid


Bagi mengekalkan personaliti yang dimiliki oleh pelajar-pelajar tersebut, sokongan dan bimbingan dari orang-orang dewasa amat diperlukan. Sokongan ini diperlukan bagi membolehkan pelajar menguasai pelbagai tugas perkembangan remaja sebagai persediaan menghadapi alam dewasa.

4. Meningkatkan Pencapaian Akademik Murid


Soal selidik IPW ini mempunyai hubungan langsung dengan pengurusan dan pembangunan diri murid. Ia boleh dijadikan input kepada guru-guru untuk menilai dan mengenalpasti personaliti murid dan kesedaran ini diharapkan akan mendorong kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik murid dengan lebih cemerlang.

RUJUKAN
http://www.scribd.com/do c/4710211/INTERPRETIPW Dilayari 7 Januari 2014 http://www.scribd.com/do c/52906034/LATARBELAKANG-ALAT-UKURAN Dilayari 7 Januari 2014

SEKIAN,

TERIMA KASIH

You might also like