You are on page 1of 11

ANSUR MAJU LATIHAN LARI BERPAGAR

Latihan 1 :

Berlari dengan tangan dibelakang dan kai akan menyepak sehingga mencapai punggung.

Catatan :

Latihan ini membantu menguatkan cengkeman kaki semasa berlari pecut.

Latihan 2 :
(a)

Tali Gimnastik 1 meter

Berlari dan melangkah tali yang tersusun di jarak yang tertentu.

(b)

5 meter

Berlari melangkah tangga tali.

Latihan 3 :

1 meter

1 meter

Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan.

Catatan :

Latihan satu dan dua bertujuan untuk :-

I. II.

Membantu setiap peserta membina ritma Membantu setiap peserta membina bilangan langkah yang seragam ketika berlari antara halangan.

Peserta digalakkan membilang setiap langkah yang mereka lakukan semasa latihan berlari. Contoh lompat..satu...dua...tiga..

Latihan 4 :

Peseta perlu berjalan dan melangkah dihujung batang rotan. Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan dan diikuti dengan kaki belakang yang dibengkokkan sehingga paras tumitmya menjadi rapat dengan punggung peserta. Mulakan latihan ini dengan mencuba cara berjalan dan kemudian tukar kepada berlari anak.

Catatan :

Latihan ini merupakan latihan yang menggerakkan kaki belakang melepasi halangan.

Latihan 5 :

Berlari melepasi tengah-tengah batang kayu yang tersusun.

Catatan :

Latihan ini bertujuan melatih pergerakan kaki hadapan dan belakang melepasi halangan sebenar nanti.

Latihan 6 :
(a)

Peserta melatih kaki menendang bola yang digantung ke hadapan

(b)

Kaki menendang ke dinding.

You might also like