You are on page 1of 30

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan strategi dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa strategi mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa strategi itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah strategi.

Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa strategi itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, strategi mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.

Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa strategi itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah strategi, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas,

seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain.

An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih strategi yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

Strategi pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu strategi yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Strategi harus

berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih strategi yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.

Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu strategi pengajaran, antaranya ialah strategi mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran. Strategi juga mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai dan haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar. Selain itu, strategi mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar dan mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru. Guru juga haruslah mempunyai masa yang cukup untuk

mengaplikasikan strategi bekenaan dan strategi yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada. Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.

1.1

KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR

Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru, pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid mereka.

Pusat Perkembangan kurikulum (2001b) menegaskan Belajar Cara Belajar (BCB) sebagai satu proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru mahupun belajar tanpa bersama guru. Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Hj. Nik Basri (2007), BCB melibatkan aspek kemahiran pengurusan kendiri, kemahiran mendengar, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran mengingat. Belajar cara belajar merupakan proses memperoleh teknik pembelajaran yang boleh diaplikasikan oleh murid sama ada bersama guru atau tidak atau semasa belajar di kelas atau di luar waktu sekolah. Teknik pembelajaran BCB meliputi cara kemahiran belajar yang efektif, mengumpul maklumat

daripada pelbagai sumbe, strategi metakognitif, pengurusan masa, mengetahui gaya pembelajaran sendiri dan persediaan peperiksaan.

Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran ini melibatkan beberapa kemahiran seperti mendengar dengan berkesan, membaca secara luncuran (skimming), membace secara imbasan (scanning), membaca secara intensif, membaca secara laju, mencatat nota, menulis laporan dan mengingat.

1. Skimming / Luncuran. Skiming ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen. Dalam proses bacaan ini juga ialah bertujuan untuk membuat pandangan umum mengenai dokumen dengan segera. Bacaan skimming boleh dilakukan dengan cara membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan sesuatu bahan atau dokumen, begitu juga dengan membaca menggunakan pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca.

2. Scanning / Imbasan. Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming. Antara tujuannya ialah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawaban kepada sesuatu persoalan. Membaca secara imbasan adala membaca

pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan.

3. Bacaan intensif Bacaan intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Bacaan intensif memerlukan penumpuaan yang teliti terhadap bahan atau dokumen yang dibaca. Ketekunan dalam pembacaan juga mesti tinggi dan selalunya bacaan secara intensif ini mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna apa yang dibaca. Tujuan bacaan secara intensif adalau sematapmata untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.

4. Bacaan Laju. Bacaan laju ialah teknik bacaan yang memerlukan kebolehan seseorang membaca dengan laju dan mampu memahami dengan serentak apa yang dibaca. Membaca laju menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama. Ini boleh dibuat dengan membaca cepat seluruh buku, membaca cepat senarai bab, membaca cepat semua bahagian dan membaca cepat semua perenggan. Tujuan bacaan laju adalah untuk menggunakan masa terhad dengan lebih produktif, dapat menjimatkan masa, dan untuk memperolihi maklumat tambahan pada kadar yang cepat.

5. Kemahiran Mencatat Nota. Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain. Perlunya mencatat nota adalah untuk mendapatkan isi-isi penting sebagai bahan rujukan. Daripada isiisi penting ini dapatlah ia dikembangkan kepada fakta asas. Catatan nota yang telah dikumpul akan dapat membantu sebagai bahan rujukan tambahan pada masa hadapan.

6.Menulis Laporan Pada umumnya untuk menyediakan laporan adalah seperti yang beriku memilih topik sekiranya tidak diberikan, mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber, meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik, membuat nota, menyediakan kerangka laporan, menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik, melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik yang lain yang sesuai, menyemak draf, membuat pemurnian dan menulis draf kedua, dan menerbitkan laporan.

7. Kemahiran Mengingat Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama. Jenis ingatan adalah ingatan jangka pendek dimana maklumat yang diterima akan hanya diingat dan tersimpan dalam jangka masa yang singkat sahaja manakala ingatan jangka panjang adalah maklumat yang disimpan dan kekal dalam ingatan.

KAITAN BELAJAR CARA BELAJAR DENGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Kemahiran belajar cara belajar ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Antara kemahiran yang dapat diaplikasikan ialah kemahiran mendengar. Murid akan mendengar arahan guru dengan baik bagi mendapatkan maklumat dan penerangan seterusnya. Kemahiran mendengar ini dapat dipertingkatkan jika murid mendengar dengan penuh teliti dan mendengar dalam suasana tenang. Murid juga perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap segala yang diperkatakan oleh guru dan memandang tepat ke arah guru.

Sebagai contoh, guru memberikan penerangan mengenai kaedah digging bagi permainan bola tampar. Maka , murid perlu mengaplikasikan kemahiran mendengar yang dipelajari dengan baik. Hal ini kerana jika murid tidak menumpukan perhatian, murid tidak akan dapat melakukan perlakuan yang telah diterangkan oleh guru.

RUMUSAN Belajar cara belajar yang telah diperkenalkan ini adalah kerana disebabkan oleh keadaan yang memaksa .Sepertimana yang diketahui umum masa dalam bilik darjah adalah amat terhad bagi setiap murid untuk mendapatkan pengetahuan. Maklumat yang diterima dalam masa yang terhad juga adalah sangat kurang. Belajar cara belajar juga mendidik murid untuk merasa lebih bertanggungjawab dalam pelajaran mereka. Mereka akan belajar untuk mendapatkan maklumat di luar waktu persekolahan. Selain daripada itu, belajar cara belajar juga dapat menggalakkan murid supaya meningkatkan keupayaan mereka dalam mempelajari sesuatu. Kemahiran belajar cara belajar sejajr dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di kalangan murid.

1.2

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS

Kemahiran Berfikir secara Kreatif ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea baharu yang mementingkan keindahan. Kemahiran Berfikir Kreatif akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti menjana idea, membuat inferens,,menghubung kait, meramal, membuat hipotesis, mensintesis, mengitlak, menganalogi, membuat gambaran mental, reka cipta,

Kemahiran Berfikir secara Kritis ialah membuat analisis, membuat penilaian, membuat sintesis, membuat kritikan dan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Kemahiran Berfikir Kritis akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti mencirikan, membandingbezakan, mengumpul dan mengkelaskan, membuat urutan, menganalisis, menila, membuat kesimpulan.

Kemahiran berfikir (KB) merupakan satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesautu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiranm kognitif dan sikap atau nilai dalam minda individu. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK).

KEMAHIRAN BERFIkIR SECARA KRITIS 1. MENCIRIKAN Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek. Ia digunakan untuk mendefinisikan konsep atau item dan mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

2. MEMBANDINGKAN DAN MEMBEZAKAN. Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan criteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Ia digunakan bila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan dan semasa menbuat pilihan atau keputusan.

3. MENGUMPULKAN DAN MENGKELASKAN. Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masingmasing berdasarkan criteria tertentu seperti cirri atau sifat sepunya. Ia digunakan apabila terdapat banyak item atau maklumat yang tidak tersusun.

4. MEMBUAT URUTAN. Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.Ia digunakan untuk menyusun item atau maklumat supaya mudah difahami dan item tertentu mudah dikesan.

5. MENYUSUN MENGIKUT KEUTAMAAN. Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegaraan.Ia digunakan untuk menonjolkan perkara yang mustahak dan menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu.

6. MENGANALISIS

Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Ia digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

7. MENGESAN KECONDONGAN. Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentang sesuatu. Ia digunakan apabila terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat seseorang,menimbangkan ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan atau mengenal pasti kecondongan pandangan seseorang.

8. MENILAI Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.Ia digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu dan semasa membuat keputusan menerima atau menolak sesuatu idea.

9. MEMBUAT KESIMPULAN. Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara.berdasarkan penyiasatan.I a digunakan untuk membuat keputusan ,menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.

KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF

1. MENJANAKAN IDEA

Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Ianya digunakan apabila mencari idea baru dan mencari alternatif.

2. MEMBUAT INFERENS. Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. Ia digunakan apabila hendak merancang langkahlangkah tindakan atau membuat pilihan dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.

3. MENGHUBUNG KAITKAN Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Ia digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis, membuat kesimpulan dan mengitlak.

4. MERAMAL Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Ia digunakan untuk menjuruskan,merancang dan mempertimbangkan pilihan.

5. MEMBUAT HIPOTESIS Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-

pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya .Ia digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan.

6. MENSINTESIS Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk

menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifik. Ia digunakan untuk membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk dan menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah dan laporan.

7. MENGITLAK Membuat penyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sample kumpulan itu. Ia digunakan untuk mencari pola, menyusun maklumat dan meramal.

8. MENGANALOGI Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan pekara yang mudah , maujud dan mempunyai ciri yang serupa .Ia digunakan untuk memahami perkara mujarad dengan cara mengaitkan dengan sesuatu perkara maujud yang di ketahui.

9. MEMBUAT GAMBARAN MENTAL Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea , kosep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran . Ia digunakan untuk memahami konsep yang mujarad dan mengingat konsep yang kompleks.

10. MEREKA CIPTA Menghasailkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubah suaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad.

ALAT BERFIKIR Penguasaan murid dalam KB menjadi lebih berkesan melalui proses alat berfikir yang sesuai dengan P&P. Alat berfikir yang biasa di gunakan dalam proses P&P adalah penyusunan grafik, soalan serta penyoalan dan peta minda. Vcghfjtyjutdeyij

KAITAN

KEMAHIRAN

BERFIKIR

SECARA

KRITIS

DAN

KREATIF

DENGAN

PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dapat diaplikasikan dengan meminta murid berfikir dengan kreatif. Dalam matapelajaran pendidikan jasmani tahun 4, guru mengajar murid 4 gerak kreatif berasaskan kitaran hidup rama-rama iaitu polka, grape vine, merangkak dan berguling. Bagi memastikan murid berfikir secara kritis dan kreatif, guru akan meminta murid mereka 4 gerak kreatif yang baharu dan dipersembahkan di hadapam rakan-rakan.

dtyjidtyikjd5

1.3

APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Kemahiran Kecerdasan Pelbagai merujuk kebolehan murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid mampu menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi.. Pusat perkembangan Kurikulum (2001c) mencadangkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid, iaitu Kecerdasan Verbal-Linguistik, . Kecerdasan Logik -Matematik, Kecerdasan Visual-Ruang, Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Muzik, Kecerdasan

Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal dan Kecerdasan Naturalis.

Dalam konteks TKP, Howard Gardner mendefinisikan kecerdasan seperti yang berikut : "An intelligence is the ability to solve problems or to create products that are valued within one or more cultural settings."

TKP bukan sahaja memperluas keluarga kecerdasan , malah menjana definisi dan konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) ialah kebolehan seseorang itu menyelesaikan masalah yang dihadapi sebenar , kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya . Kecerdasan bukan terhad kepada IQ sahaja, malah kecerdasan seseorang itu boleh berubah mengikut masa dan kematangannya

LAPAN KECERDASAN PELBAGAI

1. KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK Kebolehan menggunakan kata-kata dengan berkesan secara lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.

2. KECERDASAN LOGIK MATEMATIK Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuk memahami kelompok asas, prinsip sebab-akibat serta kebolehan menjangka.

3. KECERDASAN VISUAL RUANG Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual.

4. KECERDASAN KINESTETIK Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, persaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti kordinasi, keanjalan, kepantasan dan kesimbangan.

5. KECERDASAN MUZIK Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuk kebolehan mengenal lagu mudah serta membezakan atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah.

6. KECERDASAN INTERPERSONAL Kebolehan memahami persaan, motivasi , tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal,

seperti mengglakkan murid menyertai sesuatu projek.

7. KECERDASAN INTRAPERSONAL Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama atau berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juga dapat membantu individu menangani persaan, beradap sopan serta mengawal kemarahan atau kesihatan diri.

8. KECERDASAN NATURALIS Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi tumbuh-tumbuhan galian, binatang termasuk rumput dan batu batuan, serta pelbagai flora dan fauna. Ia juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan.

KAITAN APLIKASI KECERDASAN PELBAGAI DENGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Kecerdasan pelbagai sememangnya banyak diaplikasikan dalam pengajaran pendidikan jasmani. Kebiasaannya, terdapat beberapa kecerdasan pelbagai yang akan diaplikasikan dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru mengajar mengenai gimrama kepada murid-murid. Semasa melakukan gimrama, murid-murid akan mengaplikasikan beberapa kecerdasan pelbagai seperti kinestatik iaitu pergerakan semasa melakukan pergerakan gimrama, kecerdasan muzik iaitu lagu yang akan digunakan dalam pergerakan gimrama dan kecerdasan logik matematik di mana murid akan mengira langkah yang perlu diambil sepanajang melakukan gimrama.

1.4 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi bermaksud kebolehan, keupayaan menggunakan alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah, terancang, kesesuaian, dan berkesan. Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai persembahan dan demonstrasi. Kemahiran maklumat merupakan keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu. Kemahiran-kemahiran

mengumpul maklumat ialah kemahiran menemu ramah, kemahiran membuat rujukan, kemahiran mengenal maklumat bahagian dalam buku, kemahiran merujuk ensiklopedia, kemahiran merujuk kamus dan kemahiran mencari maklumat melalui internet.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (atau lebih dikenali sebagai ICT) secara berfikrah , terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran. Melalui kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran dan memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.

Pada masa yang sama, kemahiran ini juga meningkatkan motivasi murid dan membolehkan pembelajaran bersendiri (individualised learning). Selain itu, kemahiran ini juga membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi serta mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Malahan kemahiran ini dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid. Kemahiran ini turut memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum dan meningkat kemahiran ICT.

Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategorikan kepada empat iaitu tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi.

TUTORIAL ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran ekspositori, demontrasi sesuatu fenomena yang ditunjukan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem dan latihan atau latihtubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem.

PENEROKAAN Penggunaan ICT untuk pembelajaran penorokaan berlaku apabila ICT digunaan untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan sebagainya. Penerokaan juga berlaku apabila murid mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. Malahan, murid juga dapat melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.

APLIKASI ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran , bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat P&P. Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau pengunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf. Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.

KOMUNIKASI ICT dikatakan sebagai pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (Internet). Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi pelbagai mod.

KAITAN

TEKNOLOGI

MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI

DENGAN PENGAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru akan menggunakan ICT bagi menunjukkan kepada murid mengenai gerakan yang dipelajari secara lebih jelas lagi. Penggunaan ICT dalam pendidikan jasmani dan kesihatan akan dapat meningkatkan tahap minat muriddan memudahkan murid memahami sesuatu gerakan yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, guru akan menayangkan cara mengelecek yang betul kepada murid menggunakan LCD sebelum murid melakukan lakuan itu bersama rakan.

1.5

PEMBELAJARAN MASTERI

Pembelajaran masteri merupakan suatu pendekatan P&P bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses P&P yang berkualiti. Pembelajaran masteri dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza. Selain itu, pembelajaran masteri juga dijalankan kerana murid memerlukan pendekatan P&P yang sesuai dan berkesan serta murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.

Antara prinsip pembelajaran masteri ialah murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru dan pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai. Prinsip lain pembelajaran masteri ialah murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan serta arahan P&P bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

Antara ciri-ciri pembelajaran masteri ialah hasil pembelajaran perlu ditentukan. dan hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran. Selain itu, aktiviti P&P hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokan. Seterusnya penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK) dan bahan P&P yang digunakan mestilah berkesan. Malahan murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit lain. Pada masa yang sama, aktiviti pemulihan dan penggayaan dilaksanakan.

LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN MASTERI I. II. III. IV. Penentuan Hasil Pembelajran P&P Penilaian Tindakan susulan

PENENTUAN HASIL PEMBELAJARAN

Guru akan mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid dan memberi tumpuan dlm penguasaan Hasil Pembelajaran. Guru juga akan merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar dan membantu membina ujian formatif dan sumatif.

PROSES P & P Guru harus mengambil kira beberapa perkara yang berikut semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza, kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, kemudahan yang sedia ada dan masa yang diperuntukkan

PENILAIAN Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancanag, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Ia berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria, Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Ia mestilah berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang telah ditetapkan. Hasil Pembelajaran boleh dinilai secara lisan, pemerhatian dan penulisan yang dijalankan secara berasingan atau digabungkan.

TINDAKAN SUSULAN DALAM PEMBELAJARAN MASTERI

Tindakan murid ini adalah bagi memastikan kelemahan murid tidak terhimpun dan memperkukuhkan dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran yang dikuasai. Tindakan pemulihan juga boleh dilakukan melalui aktiviti pemulihan dan pengayaan (pengukuhan dan pengembangan

KAITAN PEMBELAJARAN MASTERI DENGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Aplikasi pembelajaran masteri dalam pendidikan jasmani telah lama dilaksanakan. Hal ini terbukti di mana guru akan meminta murid melakukan lakuan yang bersesuaian dengan tahap kemampuannya. Sebagai contoh, bagi lakuan lompat lari berpagar, guru akan meminta murid melakukannya mengikut tahap kemampuannya. Bagi murid yang tidak dapat melompat pagar mengikut ketinggian yang ditetapkan, guru akan menurunkan tahap ketinggian pagar tersebut.

1.6

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Kemahiran Pembelajaran Kontekstual. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001d) Pembelajaran Kontekstual (PK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam pekerjaan. PK menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (mengamalkan) dan minds-on (memikirkan) dalam persekitaran pelbagai. Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu ,masyarakat dan alam pekerjaan. Kemahiran Pembelajaran Kontekstual adalah seperti menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan ilmu.

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara bermakna dalam minda mereka . Teori ini juga menyatakan pembelajaran akan lebih menjadi berkesan jika maklumat di sampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bemakna kepada murid. Tetapi penekanan perlu di beri kepada pelbagai persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan (bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian). Seterusnya sasaran murid yang boleh mendapat manfaat yang lebih darinya ialah kumpulan murid jenis sederhana.

BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Dalam proses pembelajaran kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut iaitu R- - relating/ Menghubung kait (belajar dalam konteks menghubungkait pengetahuan baru dengan pengalaman hidup), E- - experiencing/ Mengalami (belajar dalam konteks , penerokaan ,penemuan dan reka cipta), A ---applying/ Mengaplikasi (belajar konteks bagaimana pengetahuan boleh digunakan dalam situasi lain ), C- - Cooperating/ Bekerjasama (belajar konteks bekerjasama memberi maklum balas dan komunikasi) serta T ---Transfering/ Memindahkan (belajar konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina dari apa di ketahui.

Antara perkara yang perlu

dipertimbangkan bagi melaksanakan perbelanjaan

kontekstual dengan berkesan ialah komunikasi antara guru dan murid, ibubapa dan masyarakat. Selain itu, pengajaran guru juga hendaklah berdasarkan kurikulum, suasana bilik darjah, persekitaran luar sekolah, penilaian dan teks/bahan sokongan. Seterusnyaa,

sokongan pentadbir sekolah diperlukan terutamanya dari segi perkembangan staf, infrastruktur, kewangan, kepimpinan dan masa. Malahan, sokongan masyarakat iaitu dari segi sokongan teknikal juga kewangan, penyediaan situasi tempat kerja sebenar dan kerjasama masyarakat dan sekolah juga diperlukan

KAITAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DENGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Pembelajaran kontekstual merupakan pembelajaran yang mana murid akan mengaplikasikan perbuatan dalam kehidupan seharian semasa mempelajari pendidikan jasmani. Guru perlu membimibng murid-murid agar mengenal pasti perbuatan tersebut. Sebagai contoh, dalam mempelajari tajuk gerakan bukan lokomotor , murid dapat mengaplikasi gerakan dalam kehidupan seharian iaitu gerakan mengilas yang dilakukan semasa menggeliat bangun dari tidur. Selain itu, gerakan meregang badan juga dapat diaplikasikan daripada gerakan meregangkan badan selepas bangun tidur. Selain gerakan bukan lokomotor, mruid juga dapat mengaplikasikan gerakan lokomotor dalam pendidikan jasmani. Sebagai contoh, semasa dikejar oleh anjing atau tertinggal bas, murid akan mengaplikasikan lari pecut.

1.7

KEMAHIRAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Menurut McBrien & Brandt, dan M. Briner yang dipetik oleh Pusat Perkembangan kurikulum (2001e) Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan dengan membina pengetahuan baharu atau konsep baharu secara aktif. Aspek pembelajaran Konstruktivisme ialah mengkonsepsikan idea, analisis, penghasilan, hipotesis atau tesis. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Antara implikasi daripada pengetahuan konstruktivisme ialah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid. Malahan pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Selain itu, guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannyan dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Pada masa yang sama, guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. Guru juga berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.

Antara ciri-ciri pembelajaran secara konstrutivisme ialah menggalakkan murid bertanya dan berdailog dengan murid dan guru. Selain itu, guru mestilah menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang penting dengan hasil pembelajaran dan menyokong pembelajaran secara koperatif. Pada masa yang sama, guru mestilah menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid. Strategi ini juga memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar. Strategi ini juga juga menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen dan mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Pembelajaran secara konstruktivisme juga mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid serta menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan meggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

Antara peranan murid dalam kelas konstruktivisme ialah murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu, murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka, murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan dan murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menjana idea dan pengetahuan.

Seterusnya peranan guru dalam kelas konstruktivisme adalah menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan meraka, menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid, membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka, mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas., menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis, menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka, menggalakkan penemuan murid melalui pertanyaan soalan, memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan, memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan, menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalakan tugasan tertentu dan membimbang murid mendapatkan jawapan yang tepat.

KAITAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DENGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Pembelajaran secara konstruktivisme merupakan pembelajaran berasaskan lakuan yang pernah dipelajari sebelum ini sama pada tahap 1 atau semasa kecil. Sebagai contoh, bagi mengajar lakuan melontar peluru bagi murid tahun 6, murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai teknik melontar peluru iaitu murid telah mempelajari cara melambung dan menyambut pundi kacang semasa tahun 2 dan murid juga telah mempelajari cara menghantar bola dan menyambut bola semasa tahun 3. Kesemua pengetahuan sedia ada tersebut akan dapat membantu murid serba sedikit dalam mempelajari pendidikan jasmani.

1.8

KAJIAN MASA DEPAN

Kemahiran Kajian Masa Depan. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu cara menyusun pemikiran atau cara kita mengkonsepsikan kehidupan. Antara aspek pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah membuat ramalan, menjangka akibat dan mengendalikan perubahan. Pengajaran berlandaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan terbaik dan bertanggungjawab. Konsep KMD ditujukan kepada kesedaran dan rangsangan murid supaya mereka berfikir panjang tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi.

Antara objektif pengajaran berlandaskan kmd adalah berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa depan, berkomukasi secara berkesan tantang hal-hal masa depan serta membina nilai dan sikap tentang masa depan. Objektif pengajaran yang lain ialah mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang KMD serta membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.

Komponen kajian masa depan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran asas kajian masa depan dan kemahiran khusus kajian masa depan. Antara komponen bagi kemahiran asas kmd ialah membuat ramalan, menjangka akibatnya dan mengawal dan

mengendalikan perubahan. Seterusnya, kemahiran khusus kmd di mana pemahaman konsep masa depan yang terdiri daripada pengumpulan maklumat analisis trend, ramalan dan analisis, penggunaan imaginasi dan kreativiti, strategi mengatasi kebimbangan, proses inovasi sosial, pembinaan senario, penjelasan nilai dan masa depan dan pemahaman dimensi.

Antara perancangan guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran kajian masa depan ialah perancangan yang strategik dan isu dan tema yang relevan. Seterusnya proses pembelajaran perlu berpusatkan murid. Malahan, guru perlu melakukanvaplikasi sebagai projek, kerja kokurikulum atau sepanjang hayat. Selain itu, peranan guru pula akan bertindak sebagai fasilitator.

Terdapat beberapa strategi kajian masa depan di dalam bilik darjah iaitu menggunakan matriks sepenuhnya dan menyisipkan kajian masa depan dalam pengajaran. Guru juga boleh menggunakan unsur-unsur kajian masa depan sebagai induksi dan susulan pengajaran.

KAITAN KAJIAN MASA DEPAN DENGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Kajian masa depan agak jarang diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Namun , jika strategi ini diaplikasikan, pasti muridmurid akan lebih seronok dan teruja. Guru boleh meminta murid memikirkan sesuatu yang akan terjadi pada masa hadapan iaitu kira-kira 20 tahun akan datang. Sebagai contoh, guru yang mengajar tema kesenggangan bagi tajuk perkhemahan tahun 2 boleh meminta murid membayangkan jenis-jenis khemah yang akan digunakan pada masa 30 tahun akan datang.

1.9

AKSES KENDIRI

Akses kendiri adalah satu pendekataan pembelajaran yang boleh memberi akses kepada sumber pelajaran dan membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran berdikari. Dalam program akses kendiri, bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya pelajar belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Bagi membolehkan pelajar mendapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka. Program akses kendiri menyediakan pentaksiran kendiri.

Akses kendiri ini dibentuk untuk menggalakan pembelajaran kendiri di mana pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran kendiri dengan menyedari mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Akses kendiri ini melatih pelajar untuk belajar sambil memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan yang berbeza dengan eviromen pembelajaran yang kondusif.

Pendekatan murid berdikari ini adalah berasaskan persepsi bahawa hanya murid itu sendiri yang boleh melakukan pembelajaran secara optimum. Ini dikukuhkan lagi melalui pemerhatian bahawa murid berbeza antara satu sama lain dari segi gaya, keperluan dan kadar pembelajaran. Adalah sangat penting bagi murid menentukan strategi pembelajaran yang terbaik dan sesuai dengan diri mereka. Ini akan menghasilkan individu yang boleh berfikir dan bertangung jawab ke atas pembelajaran mereka.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid telah semakin diterima dan dipraktikkan dalam bidang pendidikan. Peranan guru yang secara tradisinya lebih cenderung kepada penyampai maklumat sahaja telah berubah dan peranan mereka sebagai fasilitator, jurulatih dan kauselor semakin diterima.

Akses kendiri memerlukan guru yang sedemikian adalah untuk menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri dalam kelas dan mewujudkan environmen pembelajaran yang memberi peluang murid menguji kemampuan mereka. Selain itu, pusat akses kendiri juga membantu murid menyedari pelbagai strategi dalam pembelajaran. Akses kendiri juga melatih murid untuk belajar secara kendiri serta membimbing dan membantu murid di mana perlu.

Dalam program akses kendiri,

murid menetapkan matlamat pembelajaran

mereka sendiri. Muridlah yang menyediakan rancangan pembelajaran mereka dan bertanggungjawab menyempurnakannya. Bagi tujuan itu murid hendaklah mengenal pasti keperluan pelajar, mengenal pasti tahap kebolehan mereka sendiri, menetapkan matlamat pembelajaran sendiri, mengenal pasti masa pembelajaran yang ada dan menyediakan pelan pembelajaran yang realistic.

Program akses kendiri mempunyai ciri-ciri seperti persekitaran pembelajaran fleksibel, selesa dan tanpa tekanan, bahan akses kendiri dan bantuan fasilitator mudah diakses. pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas, kemudahan yang membolehkan murid belajar secara bersendirian atau dalam kumpulan. Akses kendiri juga membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan murid dan

membolehkan murid mentaksir pencapaian sendiri.

KAITAN AKSES KENDIRI DENGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Semasa melakukan akses kendiri, murid akan melakukan aktiviti sendiri dan guru hanya bertindak sebagai pemantau sahaja. Sebagai contoh , semasa aktiviti fart lek, akses kendiri akan diadakan. Setiap murid diminta melakukan aktiviti yang ditetapkan oleh setiap stesen secara bersendirian. Kebiasaaanya terdapat 4 hingga 6 stesen bagi aktviti fart lek seperti stesen melompat setempat, stesen lari pecut, stesen membaling dan menyambut bola, dan stesen lompat bintang.

You might also like