You are on page 1of 17

MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN

OLEH: EN. MOHAMAD ROSLAN BIN AROFF JIP IPG KTHO

JENIS MOTIVASI
MOTIVASI

EKSTRINSIK MOTIVASI INTRINSIK

MOTIVASI EKSTRINSIK

Penggerak yang mendorong untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan. Terdapat motivasi yang positif dan negatif Contoh positif : diskaun yang ditawarkan oleh kompleks membeli belah Contoh negatif : rasuah, peras ugut

MOTIVASI INTRINSIK

Menggerakkan untuk melakukan sesuatu kerana percaya ia adalah tindakan yang betul atau baik. Wujud dari dalaman diri sendiri Contohnya hobi

Cara mewujudkan motivasi instrinsik dalam kalangan murid-murid :

Matlamat dan ganjaran pembelajaran yang bermakna dan boleh dicapai tetapi bukan terjamin perolehannya. Pembelajaran amat penting untuk membantu murid mencapai prestasi yang diingini Berupaya mengawal kadar pembelajaran Pengalaman pembelajaran mencabar, menimbulkan rasa ingin tahu dan memberi peluang pelajar melibatkan diri secara aktif

Perbezaan Motivasi Ekstrinsik dan Intrinsik


Motivasi Ekstrinsik Berbentuk luaran dan nyata Belajar untuk memperoleh ganjaran seperti duit bukan untuk memahami apa yang ingin dipelajari. Motivasi Intrinsik Berbentuk dalaman Belajar demi menimba ilmu atau mencapai matlamat yang ditetapkan

PENDEKATAN MOTIVASI

Pendekatan behavioris Pendekatan humanistik Pendekatan kognitif Pendekatan sosio-budaya

PENDEKATAN BEHAVIORIS

Menurut pandangan ahli behavioris, motivasi merujuk kepada perubahan tingkah laku akibat interaksi pengalaman seseorang dengan persekitaran Menekankan motivasi ekstinsik

Motivasi ekstrinsik Skinner

Ganjaran merupakan sesuatu objek atau peristiwa yang diberi akibat kelihatan atau manifestasi sesuatu tingkah laku yang diingini Insentif merujuk kepada sesuatu objek atau peristiwa yang menggalakkan atau tidak menggalakkan tingkah laku yang diingini

PENDEKATAN HUMANISTIK

Memberi tumpuan kepada individu secara total termasuk dominan fizikal, sosial, emosi dan intelek. Lebih mengutamakan motivasi intrinsik

Hirarki Keperluan Maslow

Keperluan-keperluan yang tergolong bawah empat domain iaitu fizikal, sosial, emosi dan intelek. Keperluan peribadi dan sosial biasanya akan mendahului keperluan yang lebih kompleks seperti intelek.

Teori Hierarki Keperluan Maslow


1. 2. 3. 4. 5.

Fisiologi/hayat Rasa selamat Kasih sayang dan penerimaan Penghargaan kendiri Penyempurnaan kendiri

Carl Rogers dan Penerimaan Positif Tanpa Syarat

Carl Rogers telah mengasaskan pendekatan pemusatan perorangan yang menekankan kecenderungan menusia ke arah penyempurnaan kendiri. Beliau mengesyorkan supaya kecenderungan ini beroreintasikan pertumbuhan kendiri, autonomi dan kebebasan berbanding kawalan kuasa2 luar. Orang lain haruslah diterima secara holistik walaupun mempunyai kekurangan tertentu dari sehi tingkah laku

PENDEKATAN KOGNITIF

Memberi penekanan kepada kepercayaan, jangkaan dan keperluan untuk peraturan, ramalan dan pemahaman.

Teori Atribusi Weiner

Pengasasnya Bernard Weiner yang cuba memerihalkan secara sistematik penjelasan murid-murid berkaitan kejayaan dan kegagalan mereka. Mempunyai beberapa andaian asas seperti pembelajaran lalu dianggap asas kepada pembelajaran yang semakin kompleks. Atribut boleh wujud dalam 3 dimensi iaitu lokus, stabiliti dan kawalan.

Teori Expectancy X Value Vroom

Pengasasnya Victor Vroom yang membuat andaian kita biasanya termotivasi untuk melakukan sesuatu berasaskan kepada apa yang kita anggapkan sebagai impak ke atas tindakan kita Motivasi = Harapan x Nilai

PENDEKATAN SOSIO-BUDAYA

Menganggap motivasi sebagai sesuatu yang bersifat sosial Menekankan penglibatan diri dalam komuniti amalan Murid-murod lebih termotivasi untuk belajar sekiranya rakan sebaya mereka juga bersifat sedemikian da sekolah mengutamakan pencapaian yang tinggi.

You might also like