You are on page 1of 10

UNIT KOKURIKULUM

SK LEMBAH KERAMAT
JALAN AU5C/6, 54200 HULU KELANG
KUALA LUMPUR

KOKURIKULUM SK LEMBAH KERAMAT TAHUN 2013.


VISI KOKURIKULUM
??????
MISI KOKURIKULUM
??????????

OBJEKTIF KOKURIKULUM

MENCUNGKIL BAKAT MURID UNTUK MAHIR DI DALAM BIDANG TERTENTU DENGAN AKHLAK DAN
SAHSIAH DIRI YANG TERPUJI

MEMBERI PELUANG KEPADA SEMUA MURID UNTUK BERGERAK AKTIF DALAM BIDANG KOKURIKULUM

MENYALURKAN MINAT DAN BAKAT MURID AGAR DAPAT DIKETENGAHKAN KE PERINGKAT YANG LEBIH
TINGGI

MEMUPUK DAN MENJALINKAN SEMANGAT KENEGARAAN DAN INTEGRASI KAUM MELALUI AKTIVITI
BERSEPADU

MELATIH MURID AGAR DAPAT MENGGUNAKAN MASA LAPANG DENGAN AKTIVITI DAN PROGRAM YANG
BERFAEDAH

MENYATUKAN NILAI FIZIKAL DAN NILAI KEROHANIAN AGAR DAPAT MELAHIRKAN MURID YANG
BERSAHSIAH TINGGI DAN BERKEYAKINAN.

MELATIH MURID UNTUK BERJAYA DI DALAM BIDANG SUKAN DAN DAPAT MENGHARUMKAN NAMA
SEKOLAH

MEMBINA NILAI INSAN DENGAN ADANYA DAYA KEPIMPINAN DAN WAJA DIRI

MEWUJUDKAN RUANG YANG KONDUSIF UNTUK MURID BERGERAK AKTIF SEMASA AKTIVITI

SASARAN
1. Murid-murid Tahap 1 (Tahun 3)

2. Semua murid Tahap 2.


PROSES KERJA
1. Pemilihan peserta/pemain melalui pertandingan dalaman.
2. Murid yang berpotensi diberi latihan khas untuk pemilihan pasukan sekolah.
3. Pembentukan Sahsiah dan Ketrampilan murid-murid.
4. Latihan dan penilaian.
5. Pembentukan pasukan sekolah.
6. Perlantikan jurulatih yang berkaliber.
7. Pembentukan pasukan pelapis.
8. Perlawanan persahabatan.
9. Perlawanan peringkat zon, daerah, dan negeri.
10. Aktiviti mingguan.
11. Penilaian dan Penghargaan.
12. Dokumentasi Program.

JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM


Setiap hari Rabu .

Jadual
Tahap 2
A. 7.30-8.30 pg-Unit Uniform/Kelab Persatuan/Sukan Dan Permainan
B. 12.25-12.55 tgh- Murid Tahun 3 (Unit Beruniform)

LATIHAN ACARA MSS


Waktu petang-Isnin hingga Jumaat sahaja pada sebelah petang iaitu di luar waktu persekolahan.
Hari Sabtu,Ahad dan hari cuti yang lain mesti mendapat kebenaran daripada Guru Besar.

SENARAI TUGAS SETIAP JAWATANKUASA KOKURIKULUM


A.

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


1. Mendaftarkan unit-unit yang telah dipersetujui oleh majlis kokurikulum
2. Mengendalikan mesyuarat kokurikulum.
3. Mengenal pasti gerak kerja kokurikulum yang boleh dilaksanakan.
4. Menetapkan jadual aktiviti dan takwim kokurikulum sekolah.

B.

PENYELARAS-PENYELARAS KUMPULAN
1. Membantu gerak kerja jawatankuasa kokurikulum menyelaraskan aktiviti
yang dirancangkan
2. Membantu guru-guru penasihat menjalankan aktiviti-aktiviti
3. Menentukan penglibatan murid.
4. Merekod kegiatan yang dijalankan.

C.

PENASIHAT UNIT
1. Mempromosikan unit-unit dan mendaftarkan ahli-ahli
2. Mesyuarat agung unit dan menubuhkan jawatankuasa unit tersebut.
3. Merancang aktiviti tahunan
4. Menjalankan program yang dirancangkan
Surat menyurat
Perjumpaan
Kewangan
Jadual Tugas
5. Merekod kegiatan unit
6. Mendedahkan murid-murid kepasa kokurikulum Asas, Khusus, dan elektif
7. Laporan Tahunan

D.

AHLI JAWATANKUASA UNIT


1. Membantu guru-guru Penasihat mengendalikan aktiviti-aktiviti
2. Penyimpanan rekod-rekod dan alatan

E.

JAWATANKUASA KOKURIKULUM

1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah


2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti
5. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum
7. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Hari Kokurikulum dan
kegiatan lain
8. Memastikan guru-guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum
9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan
10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit
dilaksanakan
11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan
yang akan digunakan
12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang
telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
F.

GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB


1. Membentuk jawankuasa Persatuan/Kelab
2. Memastikan aktiviti persatuan/kelab selaras dengan objektif sekolah
3. Membentuk peraturan dan undang-undang
4. Merancang aktiviti tahunan, memastikan aktiviti yang dirancang berjalan
mengikut jadual.
5. Merancang strategi untuk meningkatkan pencapaian
6. Membuat anggaran perbelanjaan, mengurus kewangan, harta benda dan
peralatan kelab dan persatuan
7. Memastikan minit mesyuarat dan laporan permainan disediakan dan
difailkan
8. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti yang
dirancang
9. Mengurus surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar

10. Memastikan papan kenyataan digunakan sepenuhnya


11. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak untuk menerima Sijil
Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum
G.

MAJLIS SUKAN SEKOLAH


1. Menetukan objektif sukan sekolah tercapai
2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang/pendek
3. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan
4. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di
sekolah
5. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan
6. Menambahkan kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui
kursus dalaman/luaran
7. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi
menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan perlaksanaan

1)

SETIAUSAHA SUKAN
a.

Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah

b.

Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan


aktiviti MSSD/MSSS/MSSM

c.

Membantu Guru Besar dan GPK Kokurikulum mengagih tugas guru


dalam olahraga dan permainan

d.

Menetapkan pelajar dalam rumah sukan

e.

Menyediakan anggaran belanjawan untuk aktiviti dan peralatan

f.

Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah

g.

Mengurus dan menjaga keselamatan kesemua peralatan sukan


sekolah

h.

Menyimpan dan mengemaskini buku stok inventori peralatan sukan

i.

Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan

j.

Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah,


luar sekolah untuk edaran rujukan dan rekod

k.

Sentiasa berbincang dengan Guru Besar dan GPK Kokurikulum untuk


kepentingan sukan sekolah

l.

Merekod pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan dalam Buku


Rekod pencapaian sekolah

2)

KETUA RUMAH SUKAN


a. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap
b. Membentuk pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan
c. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar meliputi acara
olahraga permainan
d. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan
e. Menetukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan
peringkat sekolah
f. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/GPK Kokurikulum
sekiranya menghadapi masalah

g. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan


rekod
h. Merekod dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada
setiausaha sukan jika pelajar dicalonkan sebagai wakil sekolah
3)

GURU RUMAH SUKAN


a. Menguruskan latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan
b. Guru dan pelajar wajib hadir sewaktu latihan rumah sukan. Kedatangan
dicatat dalam buku kehadiran
c. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan
antara rumah sukan
d. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah
e. Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar
yang tidak hadir
f. Mengawasi keselamatan pelajar sewaktu sesi latihan
g. Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar

4)

GURU PERMAINAN
a. Membentuk jawatankuasa
b. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan minat pelajar
dalam sesuatu permainan
c. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar
d. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi
e. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim
kokurikulum sekolah
f. Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan/kelas/sekolah
g. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar
h. Menguruskan surat kebenaran ibu/bapa/penjaga untuk pertandingan luar
sekolah
i. Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang
disertai

j. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan


k. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar
l. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam
keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan
m. Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan
n. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkannya
o. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (Johan
Daerah/Negeri/Negara)
p. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa

You might also like