You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA TAHUN 2012

Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:

17 .01.2012 ( Selasa )
2.15 petang
Bilik Gerakan, SK Inderapura

Agenda :
1.
2.
3.
4.

Aluan Pengerusi
Program / Aktiviti / Perancangan 2012
Takwim
Program Peningkatan Matematik Tahun 1 6 :
(a) Program Utama
(b) Program Sokongan
(c) Program Sampingan
LINUS
Jadual Waktu Guru Matematik
Penggunaan bahasa dalam P & P
Pemulihan bagi tahun 2012
Bilik Matematik dan Mural Matematik
Hal-hal lain.

5.
6.
7.
8.
9.
10.
Kehadiran :
1.
2.
3.
4.
5.
1

Pn. Amiza bt Mohamed Salleh


Pn. Kamariah bt Abd Karim
Pn. Zahanim bt Mohamed Yusof
Pn. Norrafida bt Ibrahim
Cik Jezdiani bt Janal

Aluan pengerusi
1.1 Mengucapkan syukur dan terima kasih di atas semua kehadiran guru.
1.2 Selain itu, pengerusi meminta Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian
dilengkapkan di dalam buku rekod mengajar. Bagi Tahun 1 dan Tahun 2, format rancangan pengajaran harian
berlainan manakala Tahun 3 hingga Tahun 6 masih menggunakan format pengajaran harian yang sama.
Namun demikian, rancangan pengajaran harian Tahun 4 ditulis dalam Bahasa Melayu. Tahun 3,5 dan 6 masih
ditulis dalam Bahasa Inggeris.
1.3 Bilik Matematik masih dalam proses dikemaskini dan masih dalam kerja penambaikkan untuk menjadikan
bilik ini lebih menarik dan efektif.
1.4 Manakala Sudut Matematik ke laluan kantin akan dikemaskini dengan maklumat-maklumat terkini seperti
aktiviti Panitia Matematik dan pencapaian pelajar terbaik dalam subjek Matematik bagi setiap PKSR.
Tindakan : Makluman semua guru Matematik

Program / Aktiviti / Perancangan 2012


2.1 Semua program yang dirancang dipersetujui dan diterima oleh semua guru.
2.2 Program I Love Mathematics dan July Maths akan diteruskan lagi pada tahun ini. Program ini dapat menarik
minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan membantu murid-murid mengukuhkan faktafakta asas Matematik.
2.3 Bengkel Matematik Tahap 1 dan Tahap 2 akan masih diteruskan pada tahun ini. Bengkel untuk Tahap 1
adalah Bengkel Cekap Fakta Asas. Manakala bengkel untuk Tahap 2 adalah Bengkel Penyelesaian Masalah.
2.4 Sebarang aktiviti Matematik yang melibatkan masa subjek lain, guru Matematik kelas berkenaan
dikehendaki memohon kebenaran daripada guru-guru subjek lain yang terlibat dan pihakpentadbir.
2.5 Mural Matematik akan dilukis di Bilik Matematik supaya lebih ceria dan menarik.

Takwim
3.1 Rujuk Lampiran A

Tindakan : Makluman semua guru Matematik

Tindakan : Makluman Pentadbir dan semua guru Matematik

Program Peningkatan Matematik Tahun 1-6


4.1 Disediakan oleh setiap guru Matematik setiap kelas. (Rujuk Lampiran B)
Tindakan : Makluman Pentadbir dan semua guru Matematik

LINUS
5.1 Tiada murid LINUS bagi Tahun 3. Semua murid Tahun 3 iaitu seramai 34 orang telah mengikuti arus
perdana.
5.2Seramai 25 orang murid Tahun 2 mengikuti arus perdana. Terdapat 2 orang murid LINUS Tegar iaitu Mohd
Fikri dan Saifull Nizam.
5.3 Bagi Tahun 1, ujian saringan LINUS belum diadakan.
5.4 Murid LINUS Tegar sedang menjalani program bersama guru pemulihan iaitu Pn. Norrafida.
5.5 Bahasa yang digunakan dalam P & P bagi Tahun 1 dan 2 adalah Bahasa Melayu. Manakala bagi Tahun 3, P & P
dijalankan dalam dwibahasa.
5.6 Berikut adalah jadual ujian saringan LINUS akan dijalankan pada tahun ini.
Tahun 1 (Kohort 3) : Saringan 1 Mac
Saringan 2 Ogos
Saringan 3 Oktober
Tahun 2 (Kohort 2) : Saringan 4 Mac
Saringan 5 Ogos
Saringan 6 Oktober
Tahun 3 ( Kohort 1) : Tiada ujian saringan kerana sekolah telah mencapai lulus 100% .
Tindakan : Makluman Pentadbir dan semua guru Matematik

Jadual waktu guru Matematik


6.1 Rujuk Lampiran C

Tindakan : Makluman Pentadbir dan semua guru Matematik

Penggunaan bahasa dan buku teks dalam P & P


7.1 Bagi Tahun 1 ,Tahun 2 dan Tahun 4, P & P dijalankan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Semua buku teks
yang dibekalkan juga menggunakan Bahasa Melayu. Manakala Tahun 3, Tahun 5 dan Tahun 6, P & P
dijalankan dalam dwi bahasa dan masih menggunakan buku teks yang lama iaitu dalam Bahasa Inggeris.
Tindakan : Makluman semua guru Matematik

Pemulihan
8.1 Menurut Pn. Norrafida, terdapat seorang murid dari tahun 4 iaitu Syukri yang masih mengikuti kelas
pemulihan. Manakala, terdapat 2 orang murid dari tahun 2 yang mengikuti pemulihan iaitu Fikri dan Saiful.
Tindakan : Makluman Pentadbir dan semua guru Matematik

Bilik Matematik dan Mural Matematik


9.1 Bilik Matematik dan Mural Matematik masih dalam proses penambahbaikkan. Oleh hal demikian, sedikit
kewangan yang diperlukan untuk mengemaskini serta menceriakan bilik Matematik. Ketua Panitia meminta
setiausaha untuk mengisi Nota Minta bagi membeli barangan dan peralatan yang diperlukan dengan
menggunakan kewangan Panitia Matematik. Antaranya barangan dan peralatan tersebut adalah plastik
laminate, kertas A4, kertas warna A4, gam, kertas pembalut hadiah alas meja plastik, alas meja guru dan
foam board. Selain itu juga, ABM Matematik iaitu 30 buah sempoa akan dimasukkan di dalam Nota Minta.
9.2 Buku rekod penggunaan Bilik Matematik mengikut kelas hendaklah ditulis bagi setiap kali penggunaan bilik
tesebut. Guru Matematik setiap kelas dikehendaki menyediakan senarai nama murid dan ruangan penandaan
penggunaan dan ditampal di dalam buku rekod penggunaan yang disediakan. Ini dapat menjimatkan masa bagi
dalam P & P.
9.3 Inventori Bilik Matematik hendaklah direkodkan dengan lengkap dan di tampal di papan kenyataan di Bilik
Matematik.

10

Hal-hal lain
10.1 Murid Tahun 1 dan Tahun 2 tiada peperiksaan dan menggunakan penilaian berasaskan sekolah. Ujian akan
dijalankan dalam bentuk bertulis dan lisan selepas setiap topik pengajaran. Ia adalah markah terkumpul dan
direkodkan dalam fail untuk setiap murid.
10.2 Ketua Panitia mengingatkan supaya semua fail-fail panitia dikemaskini dan lengkap untuk persediaan
pemantauan bagi pencalonan Baiah.
Tindakan : Makluman semua guru Matematik
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.15 petang.
Disediakan Oleh :

( CIK JEZDIANI BT JANAL )


SU Panitia Matematik 2012

Disahkan Oleh :

( PN KAMARIAH BT ABD KARIM )


Ketua Panitia Matematik 2012

You might also like