You are on page 1of 27

BAHASA MELAYU

KATA MAJMUK DAN KATA GANDA


Dibentangkan oleh : Nur Kamilah bt Kamarul Zaman Ain Syafiqah bt Abdullah Asmira bt Muda Nur Atikah bt Ibrahim

KATA MAJMUK

Kata Majmuk
Proses pemajmukan Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Kata majmuk terbahagi kepada tiga kelompok


Rangkaian kata bebas

Mendukung maksud kiasan

Istilah khusus dalam ilmiah

Rangkaian kata bebas


Contoh: gambar rajah biru laut air hujan jalan raya nasi minyak terima kasih

Rangkaian kata bebas


Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda Setiausaha

Istilah khusus dalam ilmiah


kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah Contohnya: garis pusat mata pelajaran pita suara

Mendokong maksud kiasan


Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa Contohnya: kaki ayam buah hati makan angin pilih kasih

Bentuk kata majmuk yang telah mantap


Terdapat sebilangan kecil bentuk kata yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang sedemikian tetap dieja sebagai satu perkataan.

Bentuk-bentuk kata tersebut adalah:


antarabangsa apabila bagaimana beritahu bumiputera olahraga Pesuruhjaya tandatangan tanggungjawab

Rumahtangga kakitangan kerjasama pesuruhjaya jawatankuasa


Suruhanjaya Pilihanraya Matahari Sukarela dukacita

Maharaja serikandi maharani mahasiswa warganegara citarasa citrawarna sukaneka

Penggandaan kata majmuk


Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contoh : Alat- alat tulis Jalan jalan raya Menteri- menteri besar

Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap;penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.
Contoh : anak emas- anak emas Kaki bangku- kaki bangku Ayam tambatan- ayam tambatan Buah hati- buah hati Buah tangan- buah tangan

Pengimbuhan kata majmuk


Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu: i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.

Contohnya;

campur aduk litar selari ambil alih temu bual daya serap

bercampur aduk berlitar selari mengambil alih ditemu bual daya serapan

Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya bercantum.
Contohnya :
campur aduk daya serap garis pusat satu padu tunjuk ajar
mencampuradukkan kedayaserapan mengarispusatkan menyatupadukan menunjukajarkan

KATA GANDA

Kata ganda
1. Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan. 2. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Gandaan penuh Gandaan berentak

Gandaan separa

Kata ganda penuh


Melibatkan pengulangan keseluruhan kata dasar tanpa sebarang perubahan bentuk. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-). Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja,

Contohnya
Gandaan kata nama Buku- buku Lembu- lembu Murid- murid Gandaan kata kerja Baring-baring Pandangpandang Jalan- jalan Gandaan adjektif/sifat Manis- manis Besar- besar Awal-awal

Penggandaan separa
Melibatkan suku kata pertama kata dasar bagi kata nama dan sebahagian daripada kata dasar yang berimbuhan bagi kata kerja dan kata adjektif. Contohnya ; lelangit, berlari - lari, tolong - menolong, besar - besaran, kecil-kecilan.

Gandaan separa kata nama lelangit

Gandaan separa kata kerja Berlari-lari

Gandaan separa adjektif/sifat Kecil-kecilan

kekura lelabi

Tolongmenolong Berjalan-jalan

Besar- besaran Kebiru-biruan

Kata ganda berentak


Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan. Contohnya: (a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, batu-batan,kayu-kayan,bukit-bukau dan sebagainya.

(b) persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar, sayur-mayur, kuih-muih cirit-birit, saudara-mara, tunggang-langgang, lauk-pauk dan sebagainya.
(c) penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik,hirukpikuk, gunung-ganang,huruhara,mundar-mandir ,huyung-hayang, kusut-masai dan sebagainya.

You might also like