You are on page 1of 36

Definisi motivasiKeadaan dalaman yang merangsang mengarah dan mengekalkan tingkah laku.

Motivasi intrinsikMotivasi yang berkait dengan aktiviti yang merupakan ganjaran tersendiri. Motivasi ekstrinsikMotivasi yang direka cipta oleh faktor luaran seperti peneguhan dan dendaan. Motivasi dalam pembelajaran: Mengalakkan pelajar belajar dengan dorongan diri sendiri.

Motivasi Intrinsik
Jenis Motivasi

Motivasi Ekstrinsik

Dorongan dan minat yang terdapat pada diri seseorang pelajar untuk melakukan sesuatu tanpa mengambil kira ganjarannya. Berkait dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam pembelajaran. Berkait dengan aktiviti yang merupakan ganjaran dan berasal daripada gerakan dalaman.

1) Rangsangkan pelajar untuk mencari ilmu pengetahuan. 2) Gunakan strategi-strategi seperti kejutan raguan kekeliruan(perplexity) dan konflik untuk mengekalkan naluri ingin tahu. 3) Gunakan pelbagai medium persembahan. 4) Minta pelajar menentukan matlamat sendiri. 5) Adakan permainan dan simulasi.

Direka cipta oleh faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan. Wujud daripada persekitaran. Galakan atau tarikan yang berpunca daripada persekitaran. Berkait dengan unsur luaran yang tidak semula jadi dengan pembelajaran.

Menitikberatkan persekitaran luaran bagi memotivasikan seseorang untuk melakukan sesuatu. Berkait rapat dengan prinsip, di mana tingkah laku yang telah diberikan peneguhan akan berlaku berbanding dengan tingkah laku yang tidak diberikan peneguhan. Ganjaran atau hadiah memainkan peranan dalam mengekalkan tingkah laku. Peneguhan ekstrinsik berguna jika pelajar tidak mempunyai keinginan untuk bertingkah laku.

Peneguhan ekstrinsik yang berterusan meningkatkan kemahiran dan kompetensi pelajar bertambah baik sehingga pelajar akan berpandangan bahawa aktiviti tersebut sesuai untuk mereka demi kebaikan mereka sendiri. Guru harus secara konsisten memberikan ganjaran kepada sesuatu tingkah laku yang diharapkan supaya membentuk kebiasaan dalam diri pelajar untuk bertindak dengan cara yang tertentu.

ADAB GURU

Menekankan kebebasan peribadi, kegigihan kendiri dan menuju ke arah pertumbuhan kendiri. Ahli psikologi menegaskan tentang peranan keperluan dalam menentukan sama ada kita bermotivasi untuk melakukan sesuatu. Maslow(1997):Keadaan deprivasi yang memotivasikan seseorang untuk bertindak terhadap sesuatu matang, sama ada keperluan fisiologi, psikologi, emosi atau intelek.

merangsang pengalaman

Matlamat

mengurangkan tabiat mempertahankan diri

lebih terbuka terhadap pembelajaran daripada persekitaran.

Membantu pelajar menimba kejayaan

Mengurangkan persaingan

Menggalakkan pelajar mencari makna

Menentukan matlamat sendiri

Memberi pelajar mekanisme konkrit

Perspektif humanis menyarankan bahawa perlunya pilihan yang ditentukan oleh diri sendiri dan bukan pilihan yang ditentukan oleh faktor luaran. Cara untuk membantu seseorang yang berasa dirinya berautonomi dalam membuat keputusan: i. Membantu mereka menentukan matlamat yang realistik. ii. Merancang aktiviti yang boleh mencapai matlamat. iii. Memberikan tanggungjawab kepada mereka atas tindakan mereka. iv. Memberi mereka peluang berdikari. v. Memberi mereka peluang untuk membuat pilihan. vi. Menilai prestasi mereka dalam pelbagai keadaan dan ini akan meningkatkan harga diri mereka.

Menekankan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh cara manusia berfikir tentang mereka dan persekitaran. Empat pengaruh: i. Keperluan untuk membina suatu asas pengetahuan yang teratur dan konsisten. ii. Harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan berjaya. iii. Faktor-faktor di mana seseorang percaya akan menghasilkan kejayaan atau kegagalan. iv. Kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.

Pengaruh terhadap keempat-empat teori kognitif: i. Teori dissonance kognitif (Covington) ii. Teori atribusi (Weiner, 1979) iii. Teori ekspektansi x nilai iv. Teori efikasi kendiri (Bandura) Ahli kognitif berpandangan bahawa motivasi menekankan seseorang mencari makna, pemahaman, kompetensi secara aktif serta kebolehan seseorang membuat interpretasi.

Berpengaruh terhadap implikasi untuk motivasi akademik. Menegaskan bahawa pelajar akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini. Merangkumi teori kognitif dan efikasi kendiri Ditumpukan kepada persepsi pelajar yang mempengaruhi cara mereka mentafsir kejayaan atau kegagalan usaha mereka.

Mengikut teori ini, kejayaan atau kegagalan boleh dianalisis seperti berikut:
Boleh disebabkan oleh faktor luaran atau dalaman. Sebab kejayaan atau kegagalan mungkin stabil atau tidak stabil. Mungkin boleh dikawal atau tidak boleh dikawal.

Terdapat 4 faktor yang berkait rapat dengan teori atribusi yang akan mempengaruhi motivasi dalam pendidikan:
Kebolehan (faktor dalaman stabil) Kesukaran tugasan (faktor luaran stabil) Usaha (faktor dalaman tidak stabil dan pelajar boleh mengawalnya) Nasib (faktor luaran tidak stabil kerana pelajar mempunyai kawalan yang paling sedikit sekali.

Peranan guru dalam meningkatkan motivasi pelajar:


Memastikan mereka percaya bahawa mereka adalah kompeten Galakkan Pastikan pelajar berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya. Membantu pelajar memahami bahawa tingkah laku mereka akan menuju ke tahap kejayaan atau kegagalan. Merangsangkan konsep kendiri pelajar dan sentiasa berfokus kepada usaha(faktor kejayaan)

Teori ini bermakna bahawa motivasi ialah gabungan antara 2 kekuatan:


harapan seseorang itu untuk mencapai ke arah matlamat yang ditujunya nilai matlamat itu untuk dirinya (Atkinson, 1964).

Strategi motivasi tidak akan efektif tanpa sokongan daripada persekitaran yang kondusif, tahap kesukaran tugas yang sesuai, hasil pembelajaran yang bermakna dan kesederhanaan. Motivasi dilihat sebagai gabungan antara 2 elemen penting iaitu nilai dan ekspektasi.

Konsep yang pertama(nilai):


Nilai tugasan yang dipersepsikan atau persoalan seperti, Mengapa saya harus lakukan tugasan ini? Berdasarkan kepercayaan kognitif peribadi termasuk matlamat, nilai dan minat.

Konsep kedua(ekspektasi):
Seperti dalam persoalan, Bolehkah saya lakukan tugasan ini? Dalam efikasi kendiri Bandura (1997), merupakan kepercayaan tentang kompetensi peribadi serta kebolehan individu terhadap sesuatu tugasan.

Dibentuk oleh Festinger (1957), menekankan hubungan antara kognisi. Terdapat kecenderungan individu untuk mencari ketekalan antara kognisi, iaitu kepercayaan atau pandangan. Dua faktor yang mempengaruhi kekuatan disonansi:
bilangan kepercayaan disonansi kepentingan yang berkait dengan setiap disonansi

kurangkan kepentingan kepercayaan dissonansi tersebut

tambahkan lebih banyak kepercayaan konsonasi untuk melebihi kadar bilangan kepercayaan dissonansi

ubah kepercayaan dissonansi supaya mereka tidak konsisten lagi

Gabungan antara pendekatan behaviorisme dengan kognitivisme. Penekanan ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkah laku Minat ahli kognitif ke atas impak hasil daripada kepercayaan serta harapan seseorang itu. Peneguhan vikarious dan peneguhan langsung amat penting dalam meningkatkan efikasi kendiri individu terhadap sesuatu tugas. Cara seseorang bertingkah laku berasaskan kepercayaan mereka menilai kebolehan diri sendiri.

Efikasi kendiri dipengaruhi oleh:


Pengalaman lampau. Pengalaman vikarious. Input lisan daripada pihak luar terhadap kepercayaan kebolehan individu menyempurnakan tugas. Gerak hati fisiologikal dan emosi.

Kepentingan kepercayaan efikasi kendiri:


Merangsang pencapaian manusia Mempengaruhi pilihan seseorang terhadap tindakan selanjutnya. Menentukan usaha seseorang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti, tempoh masa untuk berusaha dan betapa kuatnya apabila dalam situasi yang sukar. Mempengaruhi pola pemikiran dan emosi seseorang.

You might also like