You are on page 1of 3

bismillah hirrahamanirahim.. Asslamualaikum wmthbrkth.... Alhamulillah.......

Kalungan apreasasi untuk Pengacara majlis, barisan panel hakim yang bertunjangkan keadilan, seterusnya para hadirin yang dihormati. Di dewan ini merupakan bakal-bakal pendidik pada masa hadapan yang mungkin juga akan mengajar pendidikan prasekolah. Adakah anda sudah menyiapkan diri dengan situasi pembelajaran yang dihadapi pada masa akan datang? Pastinya ada yang sudah siap memperlengkapkan diri dengan sepenuhnya dan mungkin juga ada yang sedang mengumpul ilmu untuk bekalan pengetahuan semasa mengajar kelak. Namun pada hari ini, kita ingin melihat dari sudut perlaksanaan dan usaha kerajaan dalam melaksanakan pendidikan Prasekolah ini. Hadirin yang dikasihi sekalian,

Hadirin sekalian, Seterusnya ialah perlaksanaan yang kedua iaitu sebanyak 4194 kelas prasekolah baru akan diwujudkan menjelang tahun 2012. Ini merupakan inisiatif bagi menambahkan institut prasekolah dan galakan kepada ibu bapa yang tidak mempunyai ruang dan peluang dengan alasan kurangnya institut prasekolah di Malaysia lalu tidak menghantar anak-anak mereka. Ada sesetengah ibu bapa yang merungut sekolah yang sangat jauh dari tempat tinggal. Ada yang kena meredah hutan untuk menghantar anak ke prasekolah. Hadirin sekalian perlu tahu bahawa situasi ini biasa terjadi terutamanya di kawasan pedalaman. Ini akan menyebabkan keciciran dalam pelajaran secara amnya. Namun, usaha kerajaan ini akan membantu mengurangkan masalah seperti ini apalagi baru-baru ini kerajaan mengumumkan akan mewujudkan prasekolah di rumah-rumah panjang di kawasan Sabah dan Sarawak yang kebanyakannya di kawasan pedalaman.

Hadirin yang dihormati sekalian Keempat, pelan ini menggalakkan penyertaan pihak swasta melalui cadangan pemberian insentif. Ini merupakan salah satu jalan untuk menggabungkan tenaga

pengajar sama ada dari badan swasta mahupun badan kerajaan. Ini akan meningkatkan kualiti dan mutu pembelajaran pada tahap prasekolah secara seragam di seluruh Malaysia tidak kira di mana dan sosioekonominya. Oleh itu, semua pengajaran dan pembelajaran adalah seragam dan tiada pertikaian yang perlu wujud akibat masalah kualiti pengajaran dan pembelajaran. Anda tidak perlu risau akan masalah sebegini kerana sebagai pendidik anda perlu yakin dan berkerjasama dengan tenaga pengajar dari badan swasta yang sama juga taraf dengan anda.

Sidang hadirin yang dikasihi, Strategi perlaksanaan yang keenam ialah melaksanakan pelbagai program kesedaran dan promosi untuk menggalakkan penyertaan ibubapa luarbandar, pedalaman dan berpendapatan rendah. Ini bertujuan menimbulkan kesedaran agar mereka tidak mengabaikan pelajaran anak-anak mereka walaupun dibatasi oleh ruang dan kemampuan mereka. Program-program ini akan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan di kawasan mereka. Lazimnya, sesetengah masyarakat dalam kalangan penduduk luar bandar tidak menghantar anak-anak mereka kerana dibatasi masalah-masalah tertentu. Ada yang berpendapat menghantar anak-anak ke prasekolah hanya membazirkan wang ringgit kerana anak-anak mereka boleh terus masuk ke darjah satu jika hanya untuk mendapatkan ilmu. Kadang-kadang, pemikiran masyarakat seperti ini dibatasi sempitnya pemikiran terhadap kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, program-program yang dijalankan akan membuka minda masyarakat tentang kesedaran pentingnya pendidikan prasekolah kepada anak-anak mereka.

Hadirin sekalian, Saya telah nyatakan sebanyak tujuh strategi perlaksanaan dalam memperkasakan prasekolah melalui NKRA yang ditubuhkan. Secara keseluruhan, jika anda perhatikan, strategi-strategi perlaksanaan tersebut menjurus kepada satu matlamat utama. Ianya adalah untuk memajukan pendidikan prasekolah secara seragam di seluruh Malaysia. Perlaksanaan ini merupakan salah satu langkah kerajaan dalam mencapai wawasan 2020 iaitu untuk melahirkan modal insan cemerlang. Ini merupakan langkah awal untuk membentuk kanak-kanak yang cemerlang seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

You might also like