You are on page 1of 31

1

Pengenalan Tugas utama seorang pelajar. pengajar Untuk atau memenuhi guru tugas adalah ini, untuk pengajar

memudahkan pembelajaran para

atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

Kaedah-kaedah pengajaran berkesan


Definisi pengajaran Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Sang (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz AlQur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada misalmisal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Sang (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.

Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi kefaham kepada pelajar bagi mencapai objektif

pengajaran maka itu adalah kaedah, walaupun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Panduan mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 1. kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran 2. Kaedah mestilah sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai 3. Kaedah juga haruslah sesuai dengan tabiat pelajaran yang diajar 4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar 5. Kaedah mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru 6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan 7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah sesuatu yang sangat

penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:

1. Tujuan am (learning goal) 2. Objektif pelajar 3. Langkah-langkah pelajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran 4. Perlu ada mekanisme untuk memantau kemajuan pelajar 5. Penilaian (summative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu: 1. Planning 2. Implementation 3. Evaluation Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru. Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan. Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching). Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang dedikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif (effective teacher). Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang

akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan Islam atau penerapan nilai Islam. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjolkan supaya pelajar ikut mencontohinya dan sebagainya. Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam dengan cara yang betul. Jadi, penekanannnya ialah penghayatan Islam, bukannya peperiksaan. Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal memberi pendidikan Islam, iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi orang Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). Ia bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar (Huitt, 1994). Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya. Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976). Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Kaedah pengajaran yang berkesan

Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :

Kaedah sumbang saran Kaedah bercerita Permainan dan simulasi Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah Kaedah projek

Kaedah sumbangsaran merupakan satu aktiviti perbincangan yang dikendalikan secara kumpulan. Tujuan sumbangsaran menjana idea tanpa mengira idea tersebut sesuai atau tidak. Cara ini mengelakkan berfokus kepada satu cara penyelesaian sahaja. Oleh yang demikian, penilaian, perbincangan dan kritikan ditunda sehingga semua percambahan idea sudah dibuat. Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid-murid. Dalam kaedah sumbangsaran ini, tempoh masa untuk mengemukakan idea ditentukan oleh guru. Secara kebiasaannya, ia ditentukan dalam masa dua puluh minit. Melalui cara ini murid-murid diberikan peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat tentang tajuk perbincangan. Semua pendapat atau idea dicatat dalam pengembangan idea orang adalah digalakkan oleh guru. Sumbangsaran dijalankan apabila guru memberikan tajuk perbincangan sebelum murid-murid dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan yang tertentu.Setiap kumpulan biasa terdiri daripada 8 hingga 12 orang ahli. Seterusnya murid-murid akan membincang tajuk tersebut dalam kumpulan masing-masing tentang masalah tersebut. Dalam sesi sumbangsaran yang sebenarnya. Ahli-ahli akan mengemukakan pelbagai pernyataan masalah daripada pelbagai sudut pandangan. Namun dalam setiap aktiviti sumbangsaran guru hendaklah mengambil inisiatif untuk menasihat murid-murid supaya tidak mengkritik atau menilai pandangan ahli-ahli kumpulan yang lain. Oleh yang demikian, seorang guru seharusnya bertindak positif dengan menerima semua idea. Oleh yang demikian, seorang guru seharusnya bertindak positif dengan menerima semua idea yang diterima oleh murid-murid. Dalam satu sesi sumbangsaran, guru seharusnya melantik seorang pengerusi dalam setiap kumpulan dan peranannya ialah untuk menyelaraskan idea-idea yang akan dipilih oleh ahli-ahlinya. Pengerusi setiap kumpulan akan merumuskan segala idea-idea selepas mendapat persetujuan daripada ahli-ahli kumpulan. Dengan cara ini, segala aktiviti yang dijalankan menunjukkan kaedah menggalakkan pemikiran kreatif dalam kalangan murid-murid. Kaedah ini merupakan satu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah satu cara untuk memperolehi banyak idea dalam tempoh masa yang singkat. Dalam kaedah ini, lebih banyak idea baru dikemukakan oleh murid berbanding dengan kaedah analitikal biasa.

Aktiviti bercerita pula merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kurikulum. Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan, penggayaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang

kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid untuk membaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperanan untuk memastikan cerita yang dipilih sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat menarik minat murid-murid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang mainan, kertas, dan sebagainya. Pada masa yang sama, guru hendaklah mempelbagaikan suara dan nada supaya cerita yang ingin disampaikan kepada murid-murid menjadi lebih menarik. Kebaikan teknik bercerita ialah dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif khasnya apabila guru bertanyakan solan tentang moral sesuatu cerita. Simulasi adalah gambaran realiti, model ciri-ciri penting dalam dunia sebenar. Simulasi dengan ciri-ciri permainan, iaitu melibatkan peserta untuk bersaing atau bekerjasama mengikut peraturan yang ditetapkan. Kaedah ini boleh digunakan untuk memberi motivasi kepada murid melalui pembelajaran yang menimbulkan keseronokan. Kedua-dua simulasi dan permainan memberi peluang kepada murid untuk mengamalkan kemahiran dan menggunakan prinsip-prinsip yang mereka telah belajar dalam persekitaran yang bebas daripada risiko. Guru perlu mempunyai kemahiran sebelum membuat keputusan untuk menggunakan kaedah ini. Perancangan yang teliti diperlukan supaya kaedah ini dapat memberikan kesan yang baik. Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana muridmurid berinteraksi sesama mereka dalam membincangkan satu isu atau

masalah.Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan murid. Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat, idea atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid. Murid-murid berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea tentang sesuatu topik dan guru bersama murid-murid akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan. Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak murid-murid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri dalam proses pembelajaran.

Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-objektif kognitif dan afektif. Dalam domain kognitif, perbincangan boleh menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau.Dari sudut afektif, perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapat-pendapat mereka, berinteraksi dan menilai idea-idea murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau apa pun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan. Kaedah projek melibatkan penyelidikan dan kajian terperinci tentang sesuatu tajuk untuk dilaksanakan oleh murid dalam bentuk tugasan projek sama ada secara individu atau kumpulan. Projek boleh dijalankan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah malah boleh melibatkan kawasan luar sekolah seperti perpustakaan awam, aked dan sebagainya. Guru boleh menyediakan panduan (rubrik) untuk diikuti oleh murid melalui penyediaan aspekaspek yang perlu diselidiki atau soalan-soalan yang perlu dicari jawapannya. Untuk mendapatkan jawapan atau maklumat, murid mungkin perlu melakukan penerokaan bahan, penyiasatan atau eksperimen yang dirancang. Sekiranya projek dilaksanakan dalam kumpulan, kerjasama semua ahli kumpulan adalah penting untuk menghasilkan projek yang baik. Oleh itu guru perlu memastikan keahlian kumpulan telah diatur untuk memudahkan kerjasama sesama ahli.

Menjelaskan Maksud pengajaran langsung


Definisi pengajaran langsung Pengajaran langsung merupakan satu pendekatan untuk pengajaran kemahirankemahiran asas,di mana pelajaran terarah matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur. Berdasarkan Arends(2001), pengajaran langsung adalah satu cara berkesan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran asas kepada murid. Jenis pengajaran yang terarah dan mengikut satu struktur tetap dengan langkah-langkah spesifik untuk membimbing pelajar ke arah mencapai hasil pembelajaran yang eksplisit. Guru kekalkan kawalan lokus terhadap proses pengajaran dan memantau pembelajaran pelajar sepanjang proses. Keistimewaan pengajaran langsung termaksuklah menyampaikan maklumat yang banyak dalam masa tertentu. Oleh sebab model ini terarah guru,maka guru mereka cipta perkembangan pengajaran yang sesuai dengan umur pelajar dan berperingkat-peringkat.

Strategi dan langkah untuk mengajar secara Terus / Langsung (Direct Instruction / direct teaching)

Pengajaran secara terus / langsung merupakan pendekatan berpusatkan guru. Strategi pengajaran ini sangat berkesan apabila matlamat guru adalah untuk: Memberikan atau menyampaikan maklumat Mengajarkan prosedur (SOP) Membina kemahiran langkah demi langkah

10

Strategi pengajaran secara terus / langsung melibatkan kaedah-kaedah berikut: Demonstrasi Penyoalan didaktik Latih tubi Pengajaran eksplisit Kuliah masteri Gambaran keseluruhan berstruktur

Demonstrasi

Demonstrasi dikenali sebagai tunjuk cara. Demonstrasi ialah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur tertentu. Ia melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran. Kuliah memerlukan murid mendengar, demonstrasi memerlukan murid memerhati. Dalam proses demonstrasi,terdapat satu komunikasi lisan secara langsung dari guru kepada murid.Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa proses,maklumat dan idea.Demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati benda-benda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. Terdapat demonstrasi tulen, demonstrasi dengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan dari murid-murid.Lazimnya,guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti secara individu. Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh muridmurid.

Demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur secara berkesan,merangsang minat dalam sesuatu topik, memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan. Bagi menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang demonstrasi secara teliti,mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan setiap murid memerhatikan demonstrasi, memperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan.

11

Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian,olahraga,permainan dan membuat uji kaji. Kebaikan tunjuk cara ialah ia memberi peluang kepada murid untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melihat prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru.Kaedah ini juga membenarkan murid-murid untuk mencontohi sesuatu perlakuan dengan mudah. Semasa membuat demonstrasi, guru perlu memberikan penerangan yang jelas supaya murid-murid dapat menepati apa yang ditunjukkan.

Dalam proses demonstrasi, guru mesti mewajibkan murid-murid memberikan perhatian yang sepenuhnya. Selepas membuat sesi praktis,perbincangan tentang perkaraperkara yang ditunjuk cara ia mesti dijalankan oleh guru. Guru juga boleh mengarahkan murid-murid untuk menulis laporan ringkas tentang demonstrasi tersebut. Dalam pelaksanaan demonstrasi,guru hendaklah menentukan topik,objektif dan menyediakan alatan atau bahan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran. Satu kebaikan demonstrasi ialah ia memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-murid melalui deria penglihatan dan pendengaran. Terdapat juga kelemahan dalam penggunaan kaedah demonstrasi ialah ia memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi dan teliti oleh guru sebelum sesi tunjuk cara.

Penyoalan didaktik

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri sendiri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

12

Latih tubi

Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).

Pengajaran eksplisit

Pengajaran eksplisit juga dikenali sebagai strategi pemusatan guru. Pengajaran eksplisit melibatkan persembahan bahan pengajaran ringkas. Maksud yang terkandung di dalam sesebuah pembelajaran adalah jelas, padat, terang, tegas dan positif. Strategi pengajaran ini sangat berkesan apabila matlamat guru adalah untuk memberikan atau menyampaikan maklumat, mengajarkan prosedur(SOP), dan membina kemahiran langkah demi langkah. Pengajaran eksplisit adalah salah satu daripada kaedah pengajaran secara terus terang.

Kuliah masteri

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masapembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama.

13

Kebaikan

Sekiranya digunakan dengan bijak, strategi pengajaran secara terus / langsung membolehkan guru menyampaikan ilmu pengetahuan atau maklumat yang kompleks mengikut tahap keupayaan murid. Melalui strategi ini juga guru akan berupaya untuk menyampaikan maklumat yang tidak sedia ada (not readily available) untuk membolehkan murid mengaksesnya walau dengan apa cara pun. Ia juga merupakan strategi pengajaran yang baik untuk membolehkan guru meningkatkan keghairahan murid untuk mata pelajaran berkenaan serta meningkatkan minat murid. Guru boleh menggunakan strategi pengajaran secara terus / langsung untuk membolehkan murid menunpukan perhatian kepada isi kandungan pelajaran yang relevan agar dapat membantu murid mengaitkan maklumat baru dengan maklumat sedia ada atau dengan pengalaman lalu.

Kelemahan

Salah satu kelemahan utama strategi pengajaran secara langsung ialah penyalahgunaan strategi tersebut. Ramai guru gagal untuk menyedari sepenuhnya tentang batasan strategi pengajaran secara terus atau secara langsung ini. Guru perlu akui bahawa keupayaan pengajaran secara terus / langsung sebenarnya terbatas untuk membolehkan murid mengembangkan sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikir secara kritikal serta membataskan keupayaan murid untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan. Oleh itu, pengajaran secara terus / langsung hanya boleh dilihat dan diterima sebagai salah satu strategi yang boleh digunakan oleh guru ketika mengajar.

Langkah-Langkah atau Fasa-Fasa Direct Instruction (Model Pembelajaran Langsung) Apabila guru ingin melaksanakan model pembelajaran langsung ini, maka ada 5 fasa atau langkah-langkah yang harus diperhatikan kerana sifatnya memang sangat penting. Berikut ialah fasa-fasa yang pembelajaran langsung:

14

1. Menyampaikan tujuan pembelajaran dan mempersiapkan siswa. Pada fasa pertama ini guru menjelaskan tujuan pembelajaran khusus, memberi informasi tentang latar belakang pembelajaran, memberikan informasi mengapa pembelajaran itu penting, dan mempersiapkan siswa baik secara fisik maupun mental untuk mulai pembelajarannya.

2. Mendemostrasikan pengetahuan atau keterampilan. Pada fasa kedua ini guru berperanan sebagai model dengan mendemonstrasikan pengetahuan atau keterampilan secara benar, ia harus menyajikan informasi secara bertahap selangkah demi selangkah sesuai dengan struktur dan urutan yang benar.

3. Bimbingan Latihan. Pada fasa ketiga guru harus memberikan bimbingan dan pelatihan awal agar pelajar dapat menguasai pengetahuan dan keterampilan yang sedang diajarkan.

4. Menyemak pemahaman dan memberikan balikan (umpan balik). Pada fasa keempat ini guru melakukan penyemakan adakah pelajar dapat melakukan tugas dengan baik, adakah mereka telah menguasai pengetahuan atau keterampilan, dan selanjutnya memberi umpan balik yang tepat.

5. Memberikan kesempatan untuk pelatihan lanjutan dan penerapan. Pada fasa terakhir (kelima) ini guru kemudian menyediakan kesempatan kepada semua pelajar untuk melakukan latihan lanjutan, dengan perhatian khusus pada penerapan kepada situasi yang lebih kompleks atau penerapan dalam kehidupan sehari-hari.

15

Lingkungan Belajar dan Pembelajaran Langsung)

Sistem

Pengelolaan Direct

Instruction (Model

Apabila guru ingin menerapkan model pembelajaran langsung (direct instruction), maka guru harus melakukan perancangan yang hati-hati dan matang. Setiap butir penampilan yang diajarkan harus dikenalpasti secara saksama dan teliti, begitu juga dengan langkahlangkah dan penjadualan demonstrasi dan pelatihan.

Lingkungan belajar, meskipun berpusat pada guru (teacher centered), akan tetapi tetap menuntuk pelajar yang aktif belajar baik secara fizik mahupun mental. Pembelajaran langsung tidak akan berhasil jika hanya guru yang aktif. Pembelajaran yang dilakukan oleh guru harus menjamin terjadinya penglibatan pelajar, terutama memerhatikan saat-saat demonstrasi dilakukan oleh guru, memberikan kesempatan soal jawab untuk penguatan. Sistem pengelolaan dan lingkungan belajar yang sesuai akan mendorong implementasi direct instruction yang dilakukan oleh guru dapat berjalan dengan lancar.

Kaedah-kaedah penguasaan pembelajaran dan cara-cara pemindahannya

Definisi Pemindahan Pembelajaran(Transfer Learning) Pemindahan pembelajaran bermaksud kemampuan untuk mengaplikasi

(gunapakai) ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari dalam satu konteks kepada situasi dan konteks yang baru atau berlainan. Dengan lain perkataan, mengambil sesuatu yang kita telah pelajari dan menggunapakainya semula di situasi yang berlainan. Pemindahan pembelajaran tidak berlaku dengan mudahnya seperti kita fikirkan. Walaubagaimanapun ianya adalah merupakan matlamat (goal) proses pembelajaran, tetapi jarang sekali tercapai.

16

Jenis-jenis pemindahan pembelajaran Terdapat beberapa jenis pemindahan pembelajaran antaranya, pemindahan positif dan pemindahan negatif. Pertama, pemindahan positif (Positive Transfer) dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu Pemindahan mendatar (lateral transfer) dan Pemindahan menegak (vertical transfer). Pemindahan mendatar merujuk kepada pengalaman seseorang dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya kepada suatu situasi yang serupa atau peringkat kesukaran yang sama. Contohnya, Kanak-kanak mempelajari maksud perkataan untuk memperolehi lebih banyak pengetahuan. Manakala pemindahan menegak merujuk kepada penambahbaikan pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi. Ia melibatkan pembelajaran prinsip, hukum dan teorem. Contohnya, murid-murid mempelajari konsep sisi empat, maka murid-murid dapat menyelesaikan konsep segiempat sama sisi, segiempat tepat dan segiempat selari. Kedua, pemindahan negatif ialah pembelajaran lama yang mengganggu pembelajaran baru dan menyebabkan kekeliruan dan menyebabkan pemindahan pembelajaran yang salah. Sebab-sebab berlaku pemindahan pembelajaran negatif ialah gangguan proaktif, ganggunan retroaktif dan gangguan tabiat. Gangguan proaktif berlaku di mana pembelajaran sebelum menganggu pembelajaran berikutnya. Contohnya, mempelajari Fizik menganggu pelajaran Kimia. Manakala pembelajaran retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran baru menganggu pembelajaran sebelumnya. Contohnya, selepas belajar Bahasa Inggeris, murid melupai struktur Bahasa Melayu yang dipelajari sebelumnya. Gangguan tabiat pula berlaku apabila tabiat lama mengganggu tabiat baru. Contohnya, murid yang mempunyai tabiat menulis tangan kiri akan mengganggu pembentukan tabiat menulis tangan kanan. Selain itu terdapat jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang lain iaitu pemindahan bilateral, pemindahan pengantara, pemindahan set pembelajaran dan pemindahan sifar. Pertama, pemindahan bilateral juga dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross education). Ia melibatkan pemindahan pembelajaran dalam bidang dan latihan kemahiran seperti Pendidikan Jasmani. Contohnya, latihan menggunakan tangan kiri dipercayai boleh membantu latihan tangan kanan. Kedua, pemindahan pengantara, ia berlaku setelah murid menguasai satu tindak balas dan menggunakannya sebagai pengantara untuk membentuk satu tindak balas baru. Contohnya, selepas menguasai sebutan suku kata, murid lebih mudah mempelajari ejaan perkataan. Ketiga, pemindahan set pembelajaran. Set pembelajaran (learning set) ialah teknik pembelajaran yang diperoleh hasil pengalaman pembelajaran yang berulang-ulang. Contohnya, murid diberi latih tubi berkaitan topik mendarab dan murid dapat menguasai operasi mendarab dengan baik. Keempat, pemindahan sifar, ia bermaksud tidak berlaku sebarang pemindahan. Seseorang berusaha menggunakan kemahiran atau konsep untuk

17

pembelajaran baru tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan. Ini berlaku kerana penggunaan konsep atau kemahiran sedia ada tidak mempunyai perkaitan langsung dengan konsep baru. Contohnya, menggunakan konsep operasi tambah untuk mempelajari operasi bahagi.

Prinsip-prinsip Pemindahan Pembelajaran Menurut C. Ellis (1965), terdapat beberapa prinsip-prinsip pemindahan pembelajaran iaitu pertama, prinsip unsur kesamaan. Fenomena pemindahan pembelajaran lebih mudah berlaku apabila kedua-dua pembelajaran mempunyai unsur-unsur sama dan seiras. Prinsip kedua ialah prinsip banyak latihan asas. Semakin banyak latihan asas diadakan untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan. Prinsip yang ketiga, prinsip kepelbagaian rangsangan. Semakin banyak latihan dipelbagaikan untuk pembelajaran awal, semakin banyak pemindahan pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan. Manakala prinsip keempat ialah prinsip pengukuhan konsep. Penguasaan konsep, prinsip atau hukum yang kukuh lebih memudahkan pemindahan pembelajaran. Prinsip yang terakhir ialah prinsip celik akal. Pemindahan pembelajaran mudah berlaku dengan kecekapan menggunakan celik akal melalui latih tubi.

Strategi & prinsip meningkatkan pemindahan pembelajaran positif dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa strategi dan prinsip yang dicadangkan untuk meningkatkan pembelajaran positif dalam pengajaran dan pembelajaran, antaranya pertama, menentukan pencapaian objektif eksplisit. Kedua, mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran berfikir. Ketiga, pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik dan yang keempat, mengajar konsep dengan contoh sesuai.Pertama, menentukan pencapaian objektif eksplisit. Mengikut kajian Ausubel (1957) didapati bahawa pelajar yg diberitahu objektif pembelajaran dan bentuk peperiksaan sebelum pembelajaran mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding diberitahu selepas pembelajaran. Ini kerana pelajar mempunyai persediaan mengingat fakta atau konsep penting. Kedua, mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran berfikir. Untuk mengingati sesuatu perkara, kita dapat memikirkan sesuatu prinsip untuk mewakilinya. Oleh itu, perkara yang tidak bermakna akan boleh menjadi sesuatu yang bermakna. Contohnya, untuk mengingat nombor 19572020 dengan lebih mudah, kita boleh gunakan perkataan yang bermakna Merdeka, Wawasan

18

Ketiga, pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik. Sekiranya berlaku pembelajaran negatif, iaitu pengalaman lama yang dikuasai kurang tepat untuk pembelajaran baru maka dua prinsip berikut perlu dilaksanakan iaitu pengalaman disusun secara sistematik iaitu dari pengalaman asas kepada yang lebih kompleks dan mengaitkan antara mata pelajaran, contohnya konsep Matematik dikaitkan dengan konsep Fizik. Keempat, mengajar konsep dengan contoh sesuai. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran , huraian konsep dengan contoh yang sesuai akan memudahkan pelajar memahami konsep tersebut. Contohnya, guru menerangkan konsep tuas dan memberikan contoh dacing, jongkang-jongket, rod pemancing dan penukul sebagai contoh tuas.

Teori-teori pembelajaran

Teori pembelajaran kognitif mengikut jean piaget

Jean Piaget ialah seorang ahli psikologi bangsa Swiss yang terkenal dalam bidang pendidikan. Selepas beliau mendapat ijazah Doktor Falsafah (Biologi) pada umur 25, beliau terus menumpukan perhatian kepada kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat deria motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun), dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor yang penting penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak. Di dalam Teori Perkembangan Kognitif kanak-kanak yang telah dibincangkan, Piaget menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat bahawa, di dalam proses pengubahsuian diri dalam alam sekitar,pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada proses intraksinya dengan orang lain, perkara, atau benda yang terdapat dalam alam sekitar.

19

Teori Behaviorisme Mazhab behaviorisme diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan skinner berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan

perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing,tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku.Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori Humanisme Mazhab humanisme pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum. Implikasi Teori Piaget dalam pengajaran-pembelajaran Mengikut Teori pembelajaran kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu dari konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus, mengikut perkembangan individu masing-masing. Mengikut Piaget, pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah mengunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli mazhad neokognitif : konstruktivisme) menyaran dan

mengaturkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan implikasi

20

Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, dalam kajian terdapat 4 jenis iaitu merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk belajar. Selain itu, Menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar, dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhatikan tindak balasnya. Selain itu,Memberi kerja tugas yang berkaitan untuk pemindahan pembelajaran. Seterusnya, Membina kumpulan yang mengandungi pelajar yang sama peringkat perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di peringkat perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah perkembangan kognitif yang lebih rendah.

21

Kesimpulan Secara keseluruhannya,terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan. Dalam perancangan pengajaran, pendekatan, kaedah, teknik, dan alat serta sumber yang digunakan haruslah selari dengan perubahan semasa Oleh itu, dalam perancangan pengajaran, pendekatan, kaedah, teknik dan alat serta sumber yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar zaman sekarang bagi memastikan objek dan matlamat pengajaran dapat dicapai dengan cemerlang. Ianya bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan isi pengajaran secara berkesan, tetapi dalam masa yang sama juga ia berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa setiap pelajar.Guru adalah pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan. Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi , professional dan sosial yang baik dan murni. Di samping itu, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan Wawasan Negara. Kenyataan ini adalah selari dengan perutusan Mantan Menteri Pelajaran Malaysia yang berbunyi: sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan Wawasan Negara, peranan guru amat penting untuk memastikan Nilai Nasional dapat disempurnakan.(Y.B Dato Sri Hishamuddin bin Tun Hussin, Perutusan Hari Guru 2006). Oleh sebab itu hanya guru yang mempunyai komitmen, iltizam dan kompetensi terhadap tugasnya dan mempunyai akhlak, budi pekerti dan tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia juga akan berjaya menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan sempurna dan afektif.

22

Rujukan Baharom mohamad dan Iliyas Hashim. (2010). Gaya pengajaran dan pembelajaran. Terbitan: Kuala Lumpur. Penerbitan Pts Professional Publishing Sdn.Bhd

Datin Dr Hjh Asmah Ahmad.(2013).Strategi Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Mohd. Yusuf Hasan.(2007). Teori pendidikan (pemikiran global). Terbitan: Tanjung Malim.Penerbitan Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim

http://www.slideshare.net/army_gulz87/pendekatan-kaedah-teknik-dan-strategi http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008/07/122-mengaktifkan-pembelajaran-dan.html

23

Lampiran

24

25

26

27

28

29

30

Rujukan Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turuq at-tadris al-`ammah. Riyadh: Dar Al-Huda. Al-Kailany, Taisir dan Iyad, Mulhim (1986). At-Taujih al-fanny fi usul at-tarbiyah wat-tadris. Beirut: Maktabah Lubnan.

31

An-Nashmy, Ajil Jasim (1980). Ma`alim fit-tarbiyah. Kuweit: Makatabah Al-Manar. Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Azman Wan Chik (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur: Karya Bistari. Cangelosi, James S.(1992). Systematic teaching strategy. New York: Longman. Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara,. Mahfuzdh Shalahuddin (1987). Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya: Bina Ilmu. Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Parrot, Elizabeth (1986). Effective teaching. London & New York:

You might also like