You are on page 1of 12

3.

0 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH Strategi bermaksud cara yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah mengikut kesesuaian kepada masalah tersebut. Strategi-strategi penyelesaian masalah di dalam Rajah 3.1 seperti yang berikut adalah yang biasa digunakan

untuk menyelesaikan masalah di dalam matematik. Untuk melaksanakan strategi, penyesuaian perlu dilakukan berdasarkan kepada perancangan yang telah kita rancangkan pada awalnya iaitu bermula dengan menterjemahkan maklumat yang diberi kepada bentuk penulisan matematik dan kemudian diikuti dengan

melaksanakan proses yang terlibat.

1. Teka dan uji 7. Kerja secara songsang STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH 2. Mengurus Maklumat Dalam Carta,Jadual /Graf

3. Mencari pola

6. Melukis gambar rajah

4. Memudahkan masalah 5. Melakonkan masalah

Rajah 3.1: Strategi-strategi Penyelesaian Masalah

1) Strategi Teka dan Uji

Teka dan Uji adalah strategi yang paling asas selalu digunakan. Strategi ini memerlukan jawapan yang menggalakkan kita berfikir untuk meneka ya atau tidak dan betul atau salah dan membuat tekaan dan menguji samada jawapan kita betul atau salah. Proses ini boleh diulang-ulang sehingga dapat dijawab dengan tepat.

Antara proses yang sering digunakan ialah melibatkan ada pihak yang meneka dan ada pihak yang menjawab.

2) Strategi Mengurus Maklumat Dalam Carta, Jadual atau Graf

Sesetengah masalah dapat dipamerkan dalam bentuk carta, jadual dan graf agar dapat difahami dan mudah ditafsirkan oleh pihak yang terlibat dengan mudah. Melalui maklumat ini sama ada dalam bentuk graf atau carta dapat menunjukkan ada hubungan lebih dari satu set kumpulan. Seterusnya daripada maklumat yang terdapat di dalam graf, carta, piktograf, carta bar atau graf garis maka dengan itu dapatlah kita belajar untuk mentafsir, menganalisis dan menggunakan maklumat dengan baik.

3) Strategi Mencari Pola

Mencari pola adalah satu strategi penting dalam penyelesaian masalah.Membina jadual dari maklumat akan mendedahkan suatu pola dan strategi membina jadual juga dilakukan bersama strategi ini.Pola boleh didapati daripada data atau maklumat yang diberikan.Seterusnya melakukan ramalan dan generalisasi daripada

analisa.Pola boleh didapati dalam bentuk angka,visual atau perlakuan.

4) Strategi Memudahkan Masalah

Strategi memudahkan masalah ialah satu cara untuk memudahkan proses penyelesaian masalah. Kebanyakan masalah boleh diselesaikan kepada masalah yang lebih kecil apabila digabungkan kemudian akan memberi jalan penyelesaian. Ada masalah boleh diselesaikan secara songsang dan ada juga yang tidak boleh diselesaikan dalam satu langkah tetapi boleh dipecahkan kepada beberapa kes dan diselesaikan secara berasingan.

5) Strategi Melakonkan Masalah

Melakonkan situasi masalah mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan menggunakan orang atau objek sebenar seperti yang diceritakan dalam masalah tersebut atau mewakilinya dengan objek lain. Lakonan juga dapat membantu mencari atau menjumpai strategi lain yang boleh menentukan penyelesaian masalah tersebut. Strategi ini sesuai digunakan kepada kanak-kanak.

6) Strategi Melukis Gambar Rajah

Lakaran atau melukis gambar rajah adalah strategi yang boleh membantu dalam penyelesaian masalah. Terjemahan masalah dalam bentuk matematik dengan lakaran gambar rajah menjadi perantaraan antara konkrit dan abstrak. Lakaran gambar rajah hendaklah kemas, tepat dan mengikut skala serta boleh difahami.

7) Strategi Kerja Secara Songsang

Ada juga masalah yang memerlukan strategi kerja secara songsang ini iaitu dengan menggunakan penyelesaian akhir untuk melihat bagaimanakah proses di awal penyelesaian tersebut untuk mendapatkan jawapan.

MASALAH 2 Seutas dawai yang panjangnya 52 meter dipotong kepada dua bahagian.Setiap bahagian dibentuk menjadi sebuah segiempat sama.Jumlah keluasan kedua-dua segiempat sama tersebut adalah 97 meter persegi.Cari panjang setiap bahagian dawai tersebut.

i. STRATEGI MEMUDAHKAN MASALAH

Langkah 1 : Memahami masalah

a) Membaca dan memahami masalah serta dapat menerangkan masalah dengan perkataan sendiri. b) Melukis gambar rajah untuk menyelesaikan masalah.

Memahami masalah dan melukis gambar rajah Dawai 52 meter dibahagikan kepada 2 bahagian. Dawai dibentuk menjadi segiempat sama Keluasan kedua-dua segiempat itu adalah Perimeter kedua-dua rajah adalah 52 y y y
Rajah A Rajah B

Keluasan Rajah A + Rajah B = Perimeter Rajah A + Rajah B = 52

Langkah 2 : Merancang strategi penyelesaian

a) Mengenalpasti operasi b) Mengenalpasti strategi

Operasi - pembentukan persamaan linear Strategi memudahkan masalah dengan membentuk persamaan linear.

Langkah 3 : Melaksanakan strategi penyelesaian

a) Terjemahkan maklumat yang diberi kepada bentuk matematik. b) Laksanakan semua proses yang terlibat.

Perlaksanaan penyelesaian masalah Dawai 52 meter dibahagikan kepada 2 bahagian. Dawai dibentuk menjadi segiempat sama Keluasan kedua-dua segiempat itu adalah Perimeter kedua-dua rajah adalah 52 y y y
Dawai A Dawai B

Keluasan Dawai A + Dawai B = Perimeter Dawai A + Dawai B = 52

Membentuk persamaan linear berdasarkan maklumat yang diberi iaitu berdasarkan luas bagi kedua-dua bahagian dawai tersebut untuk persamaan 1: =97.

Manakala untuk persamaan 2 iaitu berdasarkan perimeter bagi kedua-kedua dawai tersebut iaitu . Setelah membentuk persamaan mulakan

menyelesaikan persamaan 1 dan diikuti persamaan 2.

Luas Primeter

= 97

1 2

4y = 52 4 y = y = 13 -

= 97 ( ) = 97 = 97

)(

y = 13 y = 13 4

y=9 Jadi, sebab itu panjang: 4 y= 9 4 9

4
Dawai A

9
Dawai B

Jadi,untuk mencari panjang dawai A dan Dawai B adalah dengan menambah kesemua bahagian panjang dan lebar bagi setiap bahagian Dawai A dan B bagi mendapatkan perimeter bagi setiap dawai tersebut.

Untuk itu langkah mencari perimeter bagi Dawai A dan Dawai B adalah seperti berikut: Primeter Dawai A = 4 + 4 + 4 + 4 = 16 meter

Primeter Dawai B = 9 + 9 + 9 + 9 = 36 meter

Maka, jawapan bahagian dawai yang pertama ialah 16 meter dan untuk bahagian dawai kedua ialah 36 meter.

Langkah 4 : Menyemak semula jawapan

a) Semak semua maklumat penting yang telah dikenalpasti. b) Semak pengiraan c) Pertimbangkan penyelesaian yang logic d) Lihat penyelesaian yang lain

Perimeter yang diberi adalah 52 meter bagi jumlah kedua-dua bahagian dawai tersebut. Manakala jumlah keluasan kedua-dua bahagian tersebut adalah 97 meter persegi. Untuk itu bagi menyemak jawapan samada betul atau tidak jawapan panjang atau perimeter bagi setiap bahagian dawai tersebut adalah seperti berikut: Jawapan: Panjang Dawai A = 16 meter Panjang Dawai B = 36 meter

Semak semula jawapan Seutas dawai dipotong kepada dua bahagian membentuk segiempat sama sisi dengan panjang dan lebarnya adalah sama.

4
Dawai A

9
Dawai B

i) Keluasan dawai yang diberi = 97

Luas Dawai A = Panjang x Lebar = 4 x 4

= 16 meter persegi Luas Dawai B = Panjang x Lebar = 9X9 = 81 meter persegi

Luas Dawai A + B = 97 meter persegi

ii) Perimeter yang diberi = 52 meter

Dawai A = 4 + 4 + 4 + 4 = 16 meter

Dawai B = 9 + 9 + 9 + 9 = 36 meter

Jadi untuk menentukan jawapan panjang dawai A adalah 16 meter, manakala dawai B adalah 36 meter adalah betul, maka kedua-dua bahagian dawai A dan dawai B ini perlulah ditambah dan jawapannya mestilah mendapat 52 meter seperti perimeter yang telah diberi. Perimeter Dawai A + Dawai B = 52 meter

16

+ 36

= 52 meter

Maka, dengan itu berdasarkan pengiraan dan jalan penyelesaian yang telah dibuat jawapan bahagian dawai yang pertama ialah 16 meter dan untuk bahagian dawai kedua ialah 36 meter adalah betul. Berdasarkan penyelesaian yang dilaksanakan,nyatakan strategi manakah yang paling berkesan bagi setiap masalah

a. Penyelesaian masalah 1,

b. Penyelesaian masalah 2, strategi yang paling berkesan ialah Strategi memudahkan masalah. Strategi memudahkan masalah amat membantu menyelesaikan masalah dengan cara memudahkan proses penyelesaian masalah. Strategi ini amat membantu dalam menyelesaikan masalah 2 dengan mudah dan cepat dengan menyelesaikannya kepada masalah yang lebih kecil apabila digabungkan kemudian akan memberi jalan penyelesaian. Oleh itu cara yang digunakan adalah dengan membentuk persamaan linear daripada soalan yang diberi untuk membentuk masalah yang lebih kecil.

Apabila pesamaan linear ini dapat dibentuk dan diselesaikan, secara tidak langsung dapat memudahkan jalan penyelesaian yang seterusnya untuk mendapatkan jawapan. Dengan itu, strategi ini amat berkesan dan memudahkan jalan pengiraan serta dapat mempercepatkan lagi proses mendapat jawapan.

Berikan justifikasi terhadap pilihan anda

Pelajar yang mahir dalam matematik biasanya dikaitkan dengan kebolehan mereka memahami sesuatu konsep, teori, keupayaan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu serta kebolehan menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategistrategi heuristik yang tertentu. Mengapakah ramai pelajar tidak mampu

mengaplikasikan kemahiran dan konsep matematik yang telah dipelajari ? Kenapa matematik dikatakan sukar? Matematik dianggap sukar kerana pada dasarnya ia adalah berbentuk hiraki. Pemahaman tentang satu konsep adalah perlu untuk mempelajari suatu konsep yang lain. Kegagalan pelajar untuk memahami sesuatu konsep asas boleh menjejaskan pembelajaran matematiknya. Apakah kriteria yang digunakan oleh seseorang pelajar dalam mempelajari matematik? Bagi seorang pelajar, mendapat maklumat dalam matematik adalah satu prosedur yang sukar kerana ia melibatkan cara memikir dan membuat. Tiga aktiviti utama yang terlibat adalah penerokaan/penyiasatan, penyelesaian masalah dan pembuktian. Kemahiran penyelesaian masalah adalah penting dalam matematik. Pelajar digalakkan menggunakan pengetahuan sedia ada dan kemahiran untuk mencari jawapan kepada masalah matematik, contohnya hubungan nombor dengan pola nombor. Penyelesaian masalah yang efektif bergantung kepada imaginasi, kreativiti, pemikiran logik serta kesungguhan pelajar. Kegagalan pelajar dalam matematik mencerminkan kegagalan mereka dalam penyelesaian masalah. Selain daripada mengajar konsep dan kemahiran kepada pelajar, guru harus menekankan kemahiran penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan konsep dan kemahiran yang diajar. Penggunaan masalah matematik yang praktikal dan benar akan lebih bermakna kepada pelajar. Suatu masalah dianggap sebagai masalah jika ia memenuhi tiga kriteria iaitu mesti ada penerimaan, halangan dan penerokaan. Suatu masalah yang merupakan masalah kepada seorang individu tidak semestinya menjadi masalah kepada sorang individu yang lain. Dalam suatu masalah mesti terdapat tujuan yang jelas untuk dicapai oleh individu itu dan mesti terdapat halangan terhadap jalan kepada pencapaian tujuan itu. Penyelesaian masalah pula boleh ditakrifkan sebagai suatu proses yang terancang untuk mencapai tujuan yang dikehendaki dalam suatu masalah dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi. Ia adalah cara seorang individu menggunakan pengetahuan yang diperolehi dahulu, kemahiran serta kefahaman untuk memenuhi tuntutan suatu situasi yang tidak lazim. Individu itu dikehendaki mensintesis apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi yang baru dan berlainan itu.

You might also like