You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN LINUS BIL 1/2014 DAERAH HULU SELANGOR Tarikh : 20 Februari 2014 Hari : Khamis Masa

: 2:00 Petang Tempat : Bilik Mesyuarat Utama PPD Hulu Selangor

KEHADIRAN: BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 NAMA Shahrul Riza bin Razali Kamarol Idzham bin Abu Bakar Megawati binti Yunus Mohamad Rizal bin Hassan Zainorida binti Muda Asnida binti Osman Fatimah binti Yusof Shahrul Anuwar bin Adnan Mohd Noor Azwan Norzuliana binti Amir Suzita binti Mohd Arif Noor Aswani binti Kamaruddin Siti Zaleha binti Md Isa Nazariah binti Omar Halimatun Sa'diah binti Othman Noriza binti Jarmin Nor Wahira binti Ali Maimunnah binti Abdul Aziz Nor Azilah binti Sabidin Sanisah binti Mat Isa Rosnormala binti Mohd Yazid Zuria binti mohammad Saidi Nor Aniza binti Chin Siti Zainah binti Zakaria Haryati binti Adzan Sharifah binti Arifin Mohd Hezry bin Abdolah Hindun binti Md. Noor Fakrulzzaman bin Ramli Masita binti Toyeban Norziah binti Md. Ali Mohd Farid Helmyzan bin Fauzi Noor Azlinda binti Abu Hassan Haslina binti Ahmad Wong Ley Ming Chng Lye Yien Lee Chun Fatt Ong Siew Eng Lim Chia Loong Nor Aripah binti Nokman Tuan Zanariah binti Tuan Mohamad JAWATAN Pegawai FasiLINUS numerasi Pegawai FasiLINUS literasi Penyelaras SK Batang Kali Penyelaras SK Rasa Penyelaras SK Sungai Choh Penyelaras SK Sungai Selisek Penyelaras SK Ulu Yam Baharu Penyelaras SK Ulu Yam Lama Penyelaras SK Hulu Bernam Penyelaras SK Kuala Kubu Bharu Penyelaras SK Kerling Penyelaras SK Kalumpang Penyelaras SK Kampung Kuantan Penyelaras SK Gedangsa Penyelaras SK Sungai Buaya Penyelaras SK Kampung Soeharto Penyelaras SK Tun Abdul Razak Penyelaras SK Gesir Tengah Penyelaras SK Sungai Tengi Penyelaras SK Sri Keledang Penyelaras SK Serendah Penyelaras SK Bukit Beruntung Penyelaras SK Ampang Pecah Penyelaras SK Bandar Baru Batang Kali SK Bandar Sungai Buaya( wakil ) Penyelaras SK Serii Fajar Penyelaras SK Taman Bunga Raya 1 Penyelaras SK Kuala Kubu Bharu 1 Penyelaras SK Kuala Kubu Bharu 2 Penyelaras SK Bukit Sentosa Penyelaras SK Lembah Beringin Penyelaras SK Antara Gapi Penyelaras SK Taman Bunga Raya 2 Penyelaras SK Bukit Beruntung 2 Penyelaras SJKC Batang Kali Penyelaras SJKC Khing Ming Penyelaras SJKC Serendah Penyelaras SJKC Choong Chee Penyelaras SJKC Bukit Fraser Penyelaras SJKC Kalumpang Penyelaras SJKC Kampung Gurney 1

42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53

Leong Wai Mun Tan Phim Yun Prudence Loh Huey Cheng Sellam a/p Ramachandran Malini Devi Pavalakodi a/p Subramaniam R. Paramasivam A. eswary Prabu a/l Arumugam Monasangkari a/p Tarumalingam Manivannan a/l Chelladurai Chennamah a/p Marimuthu

Penyelaras SJKC Kerling Penyelaras SJKC Rasa Penyelaras SJKC Bukit Tangga Penyelaras SJKT Batang Kali Penyelaras SJKT Ladang Changkat Asa Penyelaras SJKT Ladang Escot Penyelaras SJKT Kuala Kubu Bharu Penyelaras SJKT Ladang Kerling Penyelaras SJKT Ladang Kalumpang Penyelaras SJKT Ladang Lima Belas Penyelaras SJKT Ladang Sungai Choh Penyelaras SJKT Bukit Beruntung

TURUT HADIR 1 Tuan Haji Azman bin Abdul Rashid 2 Puan Ummal Salmah binti Sultan

Pegawai SISC Mat Pegawai SISC BM

AGENDA MESYUARAT: 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir Mesyuarat . dalam

1.3 Pengerusi memaklumkan agar sekolah mengikut KPI yang ditetapkan dan mempamerkan KPI LINUS. 1.4 Memastikan masalah kehadiran murid ditangani agar tiada murid yang tercicir dalam pelajaran. 1.5 Kemasukkan pegawai baharu yang akan mengendalikan literasi Bahasa Inggeris. 1.6 Berharap daerah Hulu Selangor mencapai 100% dalam LINUS. Tindakan : Makluman 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.
2.1 Minit Mesyuarat Penyelarasan LINUS Bil.1/2013 dibentangkan oleh urus setia mesyuarat yang lalu iaitu wakil dari SK Gedangsa. 2.2 Penyelaras SK Kuala Kubu Bharu mencadangkan supaya Minit Mesyuarat Penyelarasan Bil.1/2013 disahkan dan disokong oleh penyelaras SK Tun Abdul Razak.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada perkara berbangkit.

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU 4.1 DAPATAN PPD 2013 BERKAITAN SARINGAN 2 4.1.1 Berdasarkan saringan 2 pencapaian LINUS bagi daerah Hulu Selangor Literasi Tahun 1 : 82.7% Tahun 2 : 92.9% Tahun 3 : 99.7% Numerasi Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

: 90.1% : 95.4% : 99.8%

4.1.2 Kedudukan daerah Hulu Selangor dalam saringan 2 mendapat tempat kedua bagi 10 daerah di Selangor. 4.1.3 Salah satu punca yang menyumbangkan kepada pencapaian tidak mencapai 100% adalah masalah ketidakhadiran murid ketika saringan dijalankan. Tindakan: Makluman 4.2 DAPATAN PPD BERKAITAN PENGURUSAN FAIL 4.2.1 Hasil dapatan daripada bimbingan berkaitan sistem pengurusan fail didapati mesyuarat kurikulum berkaitan LINUS dibincangkan dan guru belum meminitkan minit tersebut. 4.2.2 Guru yang menghadiri bengkel/taklimat/kursus perlu menulis minit curai dan perlu disimpan di dalam folder dan semua aktiviti berkaitan program LINUS perlu didokumentasikan. 4.2.3 Surat makluman kepada ibu bapa perlu dikeluarkan jika anak mereka terlibat dalam program LINUS. 4.2.4 Laporan saringan NKRA perlu dibuat analisa dan takwim/perancangan program belum terdapat di dalam folder. Tindakan: Makluman

4.3 DAPATAN PPD BERKAITAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS LITERASI BM DAN NUMERASI 4.3.1 Masih terdapat segelintir guru tidak menggunakan modul LINUS semasa pdp. Guru perlu menggunakan modul LINUS bagi kelas yang terdapat murid literasi BM dan numerasi. 3

4.3.2 Guru perlu melaksanakan pengukuhan dan pengayaan atau pemulihan terhadap tajuk yang diajar. 4.3.3 Guru perlu mengaitkan kemahiran yang diajar dengan kehidupan harian serta menerapkan unsur didik hibur semasa pdp. 4.3.4 Kurang tugasan atau latihan yang diberikan kepada murid menyebabkan murid menguasai mengganggu proses pdp dalam kelas bercampur. 4.3.5 Penggunaan ICT perlu dalam menarik minat murid. Guru perlu menggunakan cd interaktif yang dibekalkan untuk membantu dalam proses pdp. 4.3.6 Guru baharu yang mengambil alih kelas selepas murid naik darjah tidak dapat mengenal murid menguasai dan tidak menguasai serta murid yang baharu menguasai. Tindakan:Makluman

4.4 PEMBENTANGAN PROGRAM-PROGRAM LINUS BAGI SESI 2014 PERINGKAT DAERAH 4.4.1Encik Shahrul memaklumkan program-program yang akan dijalankan di peringkat daerah seperti berikut: a. Taklimat Pembugaran Linus Bersama Guru Besar b. Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Linus Bil 1/2014 c. Kursus Pemantapan Pdp Literasi Dan Numerasi d. Taklimat Saringan 1 Peringkat Daerah e. Kursus Pendedahan Modul Asas 3 Literasi Dan Numerasi f. Taklimat Pengisian Data Saringan 1 g. Dialog Prestasi /Pos Mortem Saringan 1 h. Kursus Pembinaan Bbb Literasi Dan Numerasi i. Bengkel Kerja Lesson Study Linus Literasi &Numerasi j. Mesyuarat Kilauan Permata & Kem Bestari Orang Asli Bil 3 k. Taklimat Linus Saringan 2 l. Bengkel Kerja Pembinaan Bbb Program Kilauan Permata m. Program Kilauan Permata & Kem Bestari Murid Oa Bil 3 n. Taklimat Pengisian Data Saringan 2 0. Post Mortem Saringan 2 p. Mesyuarat Penyelarasan Program Linus Bil 2/2014 Tindakan : Makluman

4.5 ISU DAN PERUBAHAN DALAM PROGRAM LINUS 4.5.1 Encik Shahrul memaklumkan dalam mesyuarat JNJK dan bahagian KPM penggunaan kelas LINUS, murid LINUS dan guru LINUS tidak dibenarkan. Sebaliknya digantikan dengan kelas literasi BM atau numerasi dan guru literasi BM dan numerasi.

4.5.2 KPI LINUS bagi tahun 2014 adalah seperti berikut : Tahun 1 : 90% Tahun 2 : 97% Tahun 3 :100% Tindakan Makluman 4.6 PERKONGSIAN ILMU 4.6.1 Encik Shahrul memaklumkan berkaitan cd Kancil, cd i-Kelas dan eTuisyen LINUS perlu diperbanyakkan dan harus digunakan semasa sesi pdp kelas literasi BM dan numerasi. Bagi memudahkan pengurusan fail dan folder LINUS segala borang dan bahan-bahan yang perlu ada di dalam fail dan folder boleh dimuat turun di dalam linusppdhs@gmail.com. Bahan-bahan ini disediakan bagi tujuan membantu penyelaras dalam melengkapkan fail dan folder LINUS. Encik Shahrul juga memaklumkan tiga buah sekolah telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk pemantauan berkelompok.Sekolah-sekolah yang terlibat iaitu SK Bukit Sentosa, SJKT Sungai Choh dan SJKC Bukit Tangga. Memaklumkan penulisan rancangan pengajaran harian bagi kelas bercampur perlu mempunyai objektif bagi murid menguasai dan tidak menguasai. Aktiviti pdp perlu berbeza kerana di dalam kelas bercampur terdapat kumpulan murid yang mempunyai aras yang berbeza. Selain itu, penulisan refleksi juga perlu ditulis berdasarkan murid di dalam kelas bercampur. Tindakan : Makluman

4.6.2

4.6.3

4.6.4

HAL-HAL LAIN 5.1 Encik Shahrul memaklumkan agar sekolah yang menerima Modul LINUS Numerasi menghantar borang akuan penerimaan modul LINUS di PPD Hulu Selangor. Tindakan : Penyelaras

PENUTUP 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua penyelaras yang terlibat yang telah menjayakan mesyuarat pada kali ini. 6.2 Pengerusi berharap agar penyelaras dan pegawai FasiLINUS dapat menjalinkanhubungan yang baik demi memastikan pencapaian murid mencapai 100% .

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang.

Disediakan oleh: Setiausaha Mesyuarat LINUS Daerah 5

You might also like