You are on page 1of 17

Isi Kandungan

Perkara Halaman Pengakuan Soalan Tugasan Borang Kolaborasi Penghargaan 1.0 Pengenalan 2.0 Kaedah Kajian . . . . .....

Muka Surat. i ii iii iv v 13 4 5 - 12 13 14 15 16

3.0 Dapatan Kajian . 4.0 Kesimpulan 5.0 Refleksi 6.0 Lampiran . . .

7.0 Bibiografi .

1.0

Pengenalan

1.1 Latar Belakang dan Objektif Kajian

Sebagai sebahagian daripada kehendak pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik Asas, kami telah diminta untuk melaksanakan tugasan projek ini. Kami telah memilih topik berkenaan dengan aspek kesihatan para pelajar. Kami telah mensasarkan 50 orang responden daripada pelajar PPISMP Semester 3 Ambilan Jun 2011. Kami harus melaksanakan tugasan ini kerana ia merupakan tugasan wajib dalam Semester 3 untuk Matematik Asas. Melalui kajian ini kami dapat mengetahui apakah faktor yang mempengaruhi berat badan dalam kalangan pelajar PPISMP Semester 3 Ambilan Jun 2011. Berat badan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan semua orang. Semua orang mengimpikan berat badan yang ideal. Selain itu, berat badan juga memberikan kesan kepada penampilan seseorang. Berat badan juga penting kerana ianya merupakan salah satu aspek yang penting dalam kesihatan seseorang. Objektif kajian kami adalah untuk mengkaji perkaitan diantara tiga faktor yang mempengaruhi berat badan seseorang iaitu, jenis makanan yang diambil, kekerapan bersenam dan kekerapan makan dalam sehari oleh pelajar PPISMP Semester 3. Selain itu, kajian ini dapat menunjukkan faktor apakah yang paling mempengaruhi berat badan dan dapat membantu para pelajar untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

1.2 Sampel Kajian Sampel untuk kajian yang dijalankan adalah pelajar daripada PPISMP Semester 3 Ambilan Jun 2011.

1.3 Tempoh Pelaksanaan Kajian Kami telah menjalankan kajian ini sejak 29 Julai 2012 sehinggalah 24 Ogos 2012.

1.4 Instrumen Kajian Untuk mendapatkan data bagi kajian ini, satu borang soal selidik telah kami bina berdasarkan topik yang kami pilih iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi berat badan pelajar PPISMP Semester 3. Soalan borang soal selidik yang kami sediakan telah di terima oleh pensyarah sebelum kami menjalankan dan mengedarkan borang soal selidik tersebut kepada para responden.

1.5 Kaedah Pengumpulan Data Borang soal selidik telah diedarkan kepada responden untuk sebagai maklum balas kepada kami. 50 set soalan telah kami edarkan kepada 50 orang pelajar PPISMP Semester 3 secara rawak. Semua borang soal selidik yang diberi diisi oleh responden dan dikembalikan kepada kami. Untuk menganalisis maklumat kami telah menggunakan perisian Microsoft Excel 2007.

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil dapatan kajian memberi kebaikan dan pengetahuan kepad apara pelajar kerana mereka dapat mengetahui faktor utama yang mempengaruhi berat badan mereka

sendiri. Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai panduan kepada para pelajar untuk merancang tabiat pemakanan yang sihat, kekerapan bersenam dan sebagainya untuk mencapai berat badan yang memuaskan. Kajian ini juga dapat membantu para pelajar untuk kekal sihat didalam aspek penjagaan dan pengawalan berat badan. Tambahan pula, kajian ini dapat memberi info kepada pensyarah sama ada para pelajar benar-benar peduli tentang cara kehidupan yang sihat atau tidak.

2.0 Kaedah Kajian


Untuk mengetahui perkaitan diantara tiga faktor yang mempengaruhi berat badan pelajar PPISMP Semester 3, satu kaji selidik telah dijalankan. Kaji selidik ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang berkaitan dengan pemakanan dan aktiviti bersenam yang mempengaruhi berat badan seseorang. Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada pelajar PPISMP Semester 3 daripada 29 Julai 2012 sehingga 1 Ogos 2012 dan dianalisis sehingga 27 Ogos 2012. Soalan yang ada dalam borang soal selidik cuma berkisar tentang faktor yang akan mempengaruhi berat badan pelajar dan hanya digunakan sebagai objektif kajian. Dengan mendapat maklum balas daripada responden, ini akan memberikan bukti dan maklumat yang berkaitan dengan topik kajian. Melalui maklum balas daripada responden kami dapat menganalisis setiap soalan secara kritis. Data dan maklumat dapat dikumpul daripada responden dan kami telah menjadulkannya untuk memudahkan kami membina graf yang bersesuaian. Statistik dianalisis menggunakan ujian analisis deskriptif kerana penemuan boleh dilaporkan dalam bentuk peratusan, carta pai, graf bar dan sebagainya.

3.0 Dapatan Kajian

3.1 Jadual data setiap soalan.

Soalan 1 : Apakah berat badan anda sekarang ? a) ( 40 49 ) kg b) ( 50 59 ) kg c) ( 60 69 ) kg d) ( 70 79 ) kg Jumlah keseluruhan Jadual 1 Bilangan orang 14 19 12 5 50

Soalan 2 : Berapa kali anda makan dalam sehari ? Bilangan orang a) Sekali b) Dua kali c) Tiga kali d) Empat kali Jumlah keseluruhan Jadual 2 1 20 26 3 50

Soalan 3 : Tentukan kekerapan anda bersenam ? Bilangan orang a) Setiap hari b) Sekali dalam seminggu c) Dua kali dalam seminggu d) Sekali dalam sebulan e) Tidak pernah Jumlah keseluruhan Jadual 3 2 21 18 6 3 50

Soalan 4 : Apakah kelas makanan yang banyak terkandung dalam hidangan seharian anda ?

Bilangan orang a) Beras, roti, bijirin ( Karbohidrat ) b) Daging, telur, ikan ( Protein ) c) Buah-buahan dan sayur-sayuran ( Vitamin ) d) Makanan ringan, coklat ( Lemak ) Jumlah keseluruhan Jadual 4 30 12 7 1 50

Soalan 5 : Daripada sudut pandangan anda, apakah faktor utama yang mempengaruhi berat badan anda ? Bilangan orang a) Jenis makanan yang diambil b) Kekerapan bersenam c) Kekerapan makan dalam sehari Jumlah keseluruhan 26 11 13 50

Jadual 5

Jadual jadual di atas merupakan dapatan data daripada responden mengikut soalan yang kami kemukakan. Jadual-jadual data ini dapat memudahkan kami untuk membina graf yang bersesuian.

3.2 Graf Data


Soalan 1

Berat Badan dalam kalangan pelajar PPISMP Semester 3 Ambilan Jun 2010
20 18 16 Bilangan Pelajar 14 12 10 8 6 4 2 0 40-49 50-59 60-69 70 -79 Berat badan Pelajar

Graf 1 Graf 1 menunjukkan berat badan bagi 50 orang responden daripada pelajar PPISMP semester 3 Ambilan Jun 2011. 14 orang pelajar mempunyai berat badan dalam julat ( 40-49) kg, manakala 19 orang pelajar pula dalam julat ( 50-59) kg. Seramai 12 orang pelajar yang mempunyai berat badan dalam julat (60-69)kg dan berat badan 5 orang pelajar pula dalam julat (70-79) kg. Kesimpulannya, kebanyakan pelajar mempunyai berat badan dalam julat (50-59)kg dan yang paling sedikit adalah dalam julat (70-79)kg.

Soalan 2

Kekerapan Pelajar PPISMP Semester 3 Ambilan Jun Makan Dalam Sehari


Empat kali 6% sekali 2%

Dua kali 40% Tiga kali 52%

Graf 2 Graf 2 di atas menunjukkan perwakilan carta pai yang mengandungi peratusan kekerapan pelajar PPISMP Semester 3 makan dalam sehari. Daripada perwakilan data carta pai diatas 52 % pelajar makan tiga kali dalam sehari, 40 % pelajar makan dua kali dalam sehari, 6 % makan empat kali dalam sehari dan 2 % makan sekali dalam sehari. Daripada maklumat yang diberikan ini rata-rata pelajar makan tiga kali dalam sehari iaitu seramai 26 orang dan hanya seorang sahaja yang makan dalam sehari. 9

Soalan 3

Kekerapan Pelajar PPISMP Semester 3 Ambilan Jun bersenam


Tidak Pernah 3

Sekali Dalam Sebulan

Dua Kali Dalam Seminggu

18

Sekali Dalam Seminggu

21

Setiap Hari

10

15

20

25

Graf 3 Graf 3 di atas menunjukkan kekerapan pelajar PPISMP Semester 3 Ambilan Jun 2011 bersenam. Kebanyakan pelajar bersenam sekali dalam seminggu iaitu seramai 21 orang. Pelajar yang bersenam dua kali dalam seminggu pula adalah seramai 18 orang dan pelajar yang bersenam sekali dalam sebulan pula seramai 6 orang. Manakala seramai 3 orang tidak pernah bersenam. Melalui maklumat ini kebanyakkan pelajar mengamalkan cara hidup yang sihat.

10

Soalan 4 Kelas Makanan Yang Banyak Terkandung Dalam Hidangan Seharian Pelajar PPISMP Semester 3 Ambilan Jun 2010

Karbohidrat, 30 Bilangan Orang

Protein, 12 Vitamin, 7 Lemak , 1 Kelas Makanan

Graf 4 Graf 4 di atas menunjukkan kelas makanan yang banyak terkandung dalam hidanagn seharian pelajar PPISMP Semester 3 Ambilan Jun 2011. Kebanyakkan mereka tahu pengambilan kelas makanan yang sepatutnya dalam hidangan seharian. Seramai 30 orang pelajar yang mengambil hidangan seharian yang banyak mengandungi karbohidrat. Manakala seramai 12 orang pula mengambil makanan yang mengandungi protein dalam hidangan seharian dan seramai 7 orang mengambil makanan yang banyak mengandungi vitamin. Hanya seorang sahaja pelajar yang mengambil hidangan seharian yang banyak mengandungi lemak. 11

Soalan 5 Faktor - Faktor Yang Mempengaruhi Berat Badan Dalam Kalangan Pelajar PPISMP Semester 3 Ambilan Jun 2010

Bilangan Orang
30 25 20 15 10 5 0 Jenis Makanan Yang Diambil Kekerapan Bersenam kekerapan Makan Dalam sehari

26 11 13

Faktor- faktor

Graf 5 Graf 5 di atas menunjukkan pendapat pelajar PPISMP Semester 3 Ambilan Jun 2011 berkenaan faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi berat badan mereka. Daripada 50 orang responden, 26 orang memberikan pendapat mereka bahawa jenis makanan yang diambil membawa impak yang besar kepada berat badan mereka. Manakala 13 pelajar berpendapat bahawa kekerapan bersenam mempengaruhi berat badan mereka dan 11 orang pelajar pula berpendapat bahawa faktor yang mempengaruhi berat badan mereka adalah kekerapan makan dalam sehari. Dapat disimpulkan bahawa daripada faktor yang mempengaruhi berat badan seseorang adalah jenis makanan yang diambil dalam hidangan sehari-hari. 12

4.0 Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan kajian yang dilaksanakan adalah kebanyakkan pelajar PPISMP Semester 3 Ambilan Jun 2011 di IPG Kampus Pulau Pinang mempunyai pendapat yang positif berkenaan jenis makanan yang diambil dalam sehari dalam hidangan mempengaruhi berat badan mereka. Kebanyakkan mereka juga makan tiga kali sehari dan ini akan meyebabkan pengambilan jenis makanan dalam sehari semakin banyak kuantitinya. Oleh itu, kami mencadangkan supaya pelajar PPISMP Semester 3 perlu mengelakkan daripada mengambil jenis makanan yang sama sahaja setiap hidangan. Mereka harus mengambil makanan berdasarkan saranan piramid makanan tetapi kuantiti pengambilannya kelas makanan hendaklah seimbang. Selain itu, pelajar PPISMP Semester 3 juga haruslah mengelakkan daripada makan tiga kali dalam sehari kerana pengambilan makanan yang banyak dalam sehari juga menyumbang kepada berlakunya perubahan dalam berat badan. Pelajar juga haruslah bersenam sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu dan masa yang disarankan untuk satu sesi adalah 30 minit. Kami menharapkan saranan dan pendapat kami dapat diterima oleh para responden dan semoga mereka dapat mempraktikannya dalam kehidupan seharian.

13

5.0 Refleksi

Tugasan kerja kursus pendek untuk subjek Matematik Asas ini merupakan tugasan yang wajib dilaksanakan pada Semester 3 ini. Kami telah diagihkan kepada kumpulan masing-masing dan membentuk satu kumpulan. Semasa menjalankan tugasan ini kami telah mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan satu hasil tugasan yang dapat memuaskan dan memenuhi kehendak soalan tugasan. Melalui kajian yang kami laksanakan ini kami telah mempelajari banyak perkara baru terutamanya semasa menganalisis data. Contohnya, penggunaan dan

pemilihan jenis graf yang bersesuaian dengan data yang ada. Melalui tugasan ini juga kami dapat mengenali lebih dalam jenis-jenis graf dan kesesuaian penggunaan graf. Selain itu, kami juga dapat menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Excel yang memudahkan kami untuk memasukkan data

secara automatik kepada graf yang akan kami gunakan. Kami juga mempelajari bagaimana untuk membina soalan kaji selidik yang bersesuaian dengan topik yang kami pilih. Di samping dapat mengetahui bagaimana untuk menjalankan kaji selidik kami juga dapat menambah kemahiran kami dalam menjadualkan data untuk memudahkan kami mendapat maklumat untuk di gunakan dalam graf-graf yang berkaitan. Dengan pelaksanaan tugasan ini juga kami mendapat pengalaman baru. Melalui pelaksanaan tugasan ini, kami perlu berkomunikasi dengan orang yang berlainan kelas kami. Kami dapat memperbaiki kemahiran komunikasi kami. Selain itu, kami dapat mengenali orang lain dan sekaligus menambah kenalan. Kami berharap, melalui tugasan yang dihasilkan ini kami dapat mengaplikasikan sepenuhnya apa yang telah kami pelajari di dalam kelas.

14

6.0 Lampiran Contoh Borang Soal selidik

Faktor faktor yang mempengaruhi berat badan dalam kalangan pelajar PPISMP Semester 3 Ambilan Jun 2011 di IPG Kampus Pulau Pinang Kumpulan : Jantina : Umur:

Arahan : Sila tandakan pada jawapan yang berkenaan . 1) Apakah berat badan anda sekarang ? a) ( 40 49 ) kg b) ( 50 59 ) kg c) ( 60 69 ) kg d) ( 70 79 ) kg 2) Berapa kali anda makan dalam sehari ? a) Sekali b) Dua kali c) Tiga kali d) Empat kali 3) Tentukan kekerapan anda bersenam ? a) Setiap hari b) Sekali dalam seminggu c) Dua kali dalam seminggu d) Sekali dalam sebulan e) Tidak pernah 4) Apakah kelas makanan yang banyak terkandung dalam hidangan seharian anda ? a) Beras, roti, bijirin ( Karbohidrat ) b) Daging, telur, ikan ( Protein ) c) Buah-buahan dan sayur-sayuran ( Vitamin ) d) Makanan ringan, coklat ( Lemak ) 5) Daripada sudut pandangan anda, apakah faktor utama yang mempengaruhi berat badan anda ? a) Jenis makanan yang diambil b) Kekerapan bersenam c) Kekerapan pengambilan kelas makanan dalam sehari 15

7.0 Bibliografi

Mandel, M. (2009, March 13). wikipedia (meaning of weight management). Retrieved August 21, 2010, from http://en.wikipedia.org/wiki/weight

Nationmaster.com. (2010, January 16). Retrieved September 23, 2010, from. http://www.nationmaster.com/country/my-malaysia/spo-sports

Sharp, C. (2009, october 3). sport. Retrieved september 23, 2010, from http://www.answers.com/topic/food.

16

You might also like