Professional Documents
Culture Documents
Visvanathan
HOKI
Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar.
Kemahiran asas :
Menggelecek Memukul Menguis
MENGGELECEK
Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu:
MENGGELECEK LONGGAR
Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan. Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.
Kedudukan kayu hoki 45 ke tanah
MENGGELECEK RAPAT
Pegangan seperti menggelecek longgar. Badan juga seperti menggelecek longgar Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak sambil mengkaji situasi padang. Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki.
Menggelecek rapat
MENGGELECEK INDIAN
Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan memegang dengan longgar. Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu.
Menggelecek Indian
Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus. Gunakan hanya satu biji bola. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama rata. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu garisan yang lurus.
Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek bola. Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada kumpulan B memperoleh bola tersebut. A --------------10 meter-------------- B
Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua kumpulan tersebut sehingga pelajar benar-benar mahir.
Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10 meter. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan membuat membuat pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan pelajar.
Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan pelajar kedua memperoleh bola tersebut. Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama dan begitulah seterusnya sehingga pelajar terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan aktiviti ini.
OBJEKTIF 1. Melakukan kemahiran asas hoki mengelecek dengan cara yang betul. 2. Mengetahui teknik mengelecek dalam permainan hoki. 3. Memupuk minat, keseronokan dan membina keyakinan diri.
BUTIRAN MENGAJAR
1. Pegangan kayu - Tangan kiri atas, tangan kanan tengah kayu