You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN TAWAR, 28200 BANDAR BERA, PAHANG

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN 2014

1.0 PENDAHULUAN

Barisan kepimpinan murid sekolah adalah terdiri daripada murid-murid terpilih yang diberi tanggungjawab untuk membantu guru-guru dan rakan-rakan terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian dari segi sahsiah diri, perlakuan, akademik dan kokurikulum muridmurid ke tahap yang lebih baik. Mereka memerlukan keyakinan diri untuk menjalankan tugas tersebut. Oleh itu, mereka memerlukan bimbingan dan panduan yang betul. Murid-murid yang memegang jawatan penting seperti dalam unit pengawas, unit beruniform dan kelab persatuan sekolah perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas masing-masing. Pertambahan ilmu adalah salah satu cara yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.

2.0 RASIONAL

Setiap jawatan dalam semua unit yang disertai oleh murid sekolah memainkan peranan penting untuk mengerakkan segala aktiviti yang dirancang. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, murid-murid tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini murid-murid yang dilantik memegang jawatan akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu perkembangan unit yang diwakili di sekolah.

3.0 MATLAMAT

Untuk memastikan murid-murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya. 4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin. 4.2 Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan. 4.3 Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi. 4.4 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.

5.0 KUMPULAN SASARAN Murid yang berjawatan dalam unit di sekolah.

6.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : Hari :

Masa : 7.0 TEMPAT SK Durian Tawar

8.0 JADUAL PELAKSANAAN KURSUS


MASA AKTIVITI

8.00-8.30 am 8.30-9.30 am 9.30-11.00 am 11.00-1.30 am 11.30-1.00 pm

Pendaftaran Taklimat/ice breaking Ceramah : Konsep Kepimpinan Rehat / Jamuan Aktiviti kumpulan: Keterampilan Diri / Kreativiti Berpasukan

1.00-1.30 pm 1.30 pm

Majlis Penutup Bersurai

9.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN

Perkara Jamuan Makan RM 2.00 x orang Fail RM 2.00 x orang Bahan Edaran dan Sijil Fotostat Jumlah

Jumlah

Sumber kewangan

RM

RM RM RM RM

10. 0 AHLI JAWATANKUASA KURSUS Jawatankuasa Induk Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Setiausaha Bendahari : En. Md yusof bin Ghani : En. Zaini bin Ab Kadir (Guru Besar) (GPK Kokurikulum)

: Pn. Noraini binti Sulaiman (GPK HEM) : En. Abd Razak bin Singah (GPK Kokurikulum) : En. Saiful Azhar bin Mohamad (GPK Pend.Khas) : :

Jawatankuasa Kecil Pendaftaran: Persediaan Tempat: Penyediaan Alatan dan Bahan: Siaraya dan dokumentasi: Jamuan: Cenderahati Fasilitator:

11.0 PENUTUP

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan. Kursus ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan.

Disediakan oleh,

. ( )

Disemak oleh,

. (PN. NORAINI BINTI SULAIMAN) Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Durian Tawar

Diluluskan oleh,

.. (EN. MD YUSOF BIN GHANI) Guru Besar SK Durian Tawar

You might also like